Showing posts with label Sengal Optimum. Show all posts
Showing posts with label Sengal Optimum. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Catatan pengalaman bekerja di MAHA International 2012

* Ini catatan peribadi. Tidak mewakili individu mahupun institusi lain.

Alhamdulillah. Cuti kali ini aku isikan dengan manfaat, insyaAllah. Moga Allah redha. Aku bahagikan masa untuk keluarga aku - duduk rumah, main game dengan adik-adik besar, jalan-jalan dengan adik-adik kecil, malah ketika aku menaip post ini adik-adik kecil sedang bermain basikal di belakang aku. Aku cakap pada adik-adik kecil aku, nak jadi budak sejati kena naik basikal biar jatuh luka berdarah lutut siku berkali-kali. Belajar dari kesilapan. Macam aku dulu. Ceh. Sampai pokok jambu yang tinggi itupun aku panjat buat gaya kelawar kalau jatuh mesti patah tengkuk. Lepas itu balik kena rotan. :)

Masa aku bahagikan juga untuk pergi ke seminar-seminar, majlis ilmu, kuliah dan kursus. Membaca tidak lekang pada malam-malam yang kosong alhamdulillah. Walaupun buku Raheeq Makhtum belum habis baca, sebab terlalu banyak ilmu untuk dicatit dan dihurai dalam buku itu. Aku perlu catit isi-isi penting semasa membaca, termasuk rujukannya. Supaya senang dirujuk suatu hari nanti. Selain itu, aku menulis balik apa yang dah jadi input, supaya lebih memahami untuk amalan. Buku-buku nipis alhamdulillah habis dibaca. Buku yang aku rasa paling memberi impak ialah What I Believe oleh pakcik Tariq Ramadan dan juga Dahsyatnya Ibadah oleh Pak Amr Khalid.

Dan lagi sebahagian masa cutiku untuk bekerja. Alhamdulillah, kali ini dapat job di MAHA International 2012. Sebagai crew yang menjaga 'show ground' laman ternakan dan laman jentera, under department Outdoor - Exhibition and Operation - MARDITECH. Aku mendapat seorang partner yang bernama Azizi, seorang guru dan performer Qasidah. Kami mula bekerja 2 hari sebelum MAHA bermula. Aku keluar rumah pada pukul 7.30 (more or less) dan perjalananku di atas motor mengambil masa selama 45 minit tops sebelum aku sampai di tempat aku bekerja. Masa aku bekerja berakhir kebiasaannya pada pukul 11 malam, kalau debrief berjalan lancar.

Laman Ternakan
Alhamdulillah. Tugas aku secara basicnya agak mudah. Meronda dan memantau area ternakan dan machinery, menugaskan kontraktor dan electrician andai terdapat masalah pada wiring dan khemah, menjadi tempat pertanyaan pengunjung andai terdapat apa-apa inquiry atau masalah, dan yang terakhir handle exhibitor dan peniaga secara matang dan berhemah dan membawa perkara berkaitan ke pihak yang berkaitan.

Area ternakan sangatlah luas. Banyak crew lain yang mengatakan area kami terlalu luas hanya untuk kami berdua sahaja cover. Alhamdulillah, dua-dua ada motor. Tak ada masalah sangat. Cuma nak cover area yang perlu berjalan kaki amatlah besar. Terutamanya bila perlu sweep the area every hour or two hours.

Laman ternakan adalah kawasan yang sangat interesting. Terdapat pameran ternakan hidup yang mempamerkan rusa, kambing, ayam, arnab dan juga lembu. Dalam dewan pameran ternakan pula ada burung-burung dan ayam-ayam yang sangat cantik, dan harganya sangat mind-blowing. Fasa kedua pameran juga ada pameran kucing. Meluangkan masa selama hampir dua minggu di area ternakan, aku sudah mula mengenali manakah lembu yang baik bakanya, manakah baka pedaging dan baka tenusu. Aku mula mengenali Charolaise, juga baka Limousine. Aku mula menyayangi baka Brahman. Aku mengagumi baka baru yang dibangunkan oleh MARDI iaitu Brakmas. Saban pagi sewaktu membuat rondaan pagiku pergi dari satu pameran ke satu pameran bertanyakan apakah masalah yang ingin dilontarkan dan diselesaikan, aku mengisi sela-sela masaku dengan membelai-belai lembu-lembu itu. Sangatlah besar lembu-lembu yang berada di situ, ada yang menyamai ketinggianku. Aku juga mula mengenali kambing Boer yang membawa baka yang sangat bernilai. Kambing African Dwarf yang saban hari akan ada pengunjung yang bertanya dimanakah dapat mereka membeli kambing itu. Sempat juga aku bermain-main dengan arnab - Teddy Bear, juga Holand Hop, dan Red Eye. Pada waktu petang, aku akan membaca ma'thurat di sebelah kawanan rusa jinak. Kali pertama aku mendengar bunyi rusa merengek. Sepanjang 21 tahun aku hidup, tidak pernah sekali pun aku mendengar rusa bersuara, tapi Alhamdulillah aku mendengar suara itu semasa aku bekerja di situ. Di situlah aku tahu betapa bernilainya tanduk rusa, Velvet.

Tidak lupa juga kepada binatang yang sangat comel dan setia kepada tuannya, sugar glider. Binatang ini dia akan setia sampai dia mati. Selalu je nampak orang jalan-jalan sambil sugar glider ini duduk atas bahu tuan dia. Tanpa diikat. Harga asas RM200. Perrh.. Terbatuk-batuk masa first time dengar. Tapi masih tak boleh lawan harga ayam dan burung [RM 500-3000], kambing dan lembu.

Aku juga sempat berjumpa dengan ayam yang sangat besar, Giant Coachin, hampir sama tinggi dengan pinggang Saif. Juga ayam-ayam yang tak pernah aku nampak seumur hidupku. Aku tak nak belai-belai ayam. Sebab dulu selalu kena kejar dengan ibu ayam masa kecil. Aku berpeluang duduk bersama-sama volunteers dan veterinars yang meluangkan masa untuk berjuang demi binatang-binatang. Aku berjumpa dengan pelajar-pelajar yang menjadi rescue team untuk anjing dan kucing semasa masa lapang mereka. Terima kasih aku ucapkan pada Save A Stray Malaysia dan Scratch(Kucing Terbiar Anjing Jalanan) sebab memberi aku peluang untuk duduk bersama-sama dan menimba ilmu. Hari pertama aku berjumpa mereka, aku terus bertanya, macam mana mereka beroperasi. Aku meminta kad untuk dihubungi dan aku memberitahu mereka, aku ingin membuka satu pusat perlindungan binatang bila aku besar nanti. Sebelum tiba masa itu, aku ingin belajar sebanyak-banyaknya dengan mereka. Terlalu banyak kezaliman dan ketidakadilan terhadap binatang yang telah berlaku. Dan aku membenci setiap saat apabila aku tak berdaya untuk membantu dan hanya mampu untuk berdoa.

Laman Jentera
Berada di dalam bidang kejuruteraan berasaskan elektrik, tidaklah susah untuk aku menghargai betapa bernilainya jentera-jentera yang dipamerkan. MasyaAllah, yang dipamerkan lebih 90 peratus produk tempatan. Seperti mesin mengupas buah kelapa, buah rambutan malah buah durian! Macam-macam mesin dan jentera ada. Jawatanku sebagai crew yang memantau area jentera memudahkan aku untuk berjumpa sendiri manager-manager pameran dan bertanyakan mengenai inovasi produk, kolaborasi dan kerjasama, malah peluang pekerjaan. Saat itu, aku berasa bangga menjadi warga Malaysia.

Electricians dan aku
Alhamdulillah, kebanyakan masa aku bekerja, aku meluangkan masa untuk belajar mengenai asas-asas power dan elektrik. Aku pergi berjumpa bos electrician meminta izin supaya dapat ikut sama-sama dan memerhati kerja-kerja yang dilakukan. Antara sebab utama mengapa kulit aku rentung di bahagian lengan dan muka adalah disebabkan aku berada di lapangan tak kira masa hujan atau panas. Sebab kuasa elektrik sangat penting untuk pameran dan maintenance, jadi keutamaan adalah untuk mengembalikan kuasa elektrik kepada dewan, exhibitor dan peniaga. Asalnya tugas aku hanyalah memaklumkan pada kontraktor di mana tempat bermasalah, tapi alang-alang dah ada peluang, apa lah sangat kotorkan seluar baju berpanas dan berhujan nak dibandingkan dengan pengalaman yang dapat. Ada 3 technicians Bangla, seorang Indonesia, dan seorang Melayu. Merekalah kawan-kawan aku semasa aku bekerja di sana. Mereka sering dimarahi dan dimaki oleh exhibitor dan peniaga bila ketiadaan power, dan akulah yang akan berada di sana untuk meredakan keadaan, dan kadang-kadang bila hilang sabar, exhibitor pula akan dapat lecture aku mengenai basic consumption of power. Orang kita ini pelik, khemah dipower untuk kegunaan pameran. Jadi bila mereka pasang dua tiga extension untuk charge laptop, handphone, tambah lampu, tambah freezer tambah kipas kaki, laptop pula kalau boleh satu khemah itu nak lima laptop. Kemudian bila wayar terbakar, connector cair, plug meletup mula nak mengamuk. Kalau marah itu normal, tapi bila yang dihambur adalah maki hamun sumpah seranah, aku rasa kasihan pada electricians ini.

Tapi exhibitor macam itu tak semua. Ramai sahaja yang bila dah setel masalah, bagi kami susu free, daging kambing free dan macam-macam lagi. Pada hari terakhir, aku belanja mereka makan dan aku salam dan peluk mereka. Rasa sedih juga nak berpisah. Ceh. Tacing pulak.

Ada juga DJ yang tak reti nak perlahankan volume masa azan. Siap karaoke lagi. Aku cakap elok-elok tiga kali sepanjang dua minggu aku bekerja. Pada hari kedua terakhir, masa azan Maghrib berkumandang, mereka berkaraoke dengan sangat kuat. Sebenarnya ramai exhibitor dan visitor yang complain, tapi sebab DJ tersebut ada di situ melalui 'orang atas', bila ditegur jadi tak lut. Masa itu, aku terus melangkah dengan perasaan yang meluat, aku naik stage pergi pada PA system, aku cakap "Abang-abang kakak-kakak sekalian, saya ini student power engineering. Setakat saya nak short-circuitkan PA abang ni sekejap je saya boleh buat, abang nak saya bagi port dekat speaker abang terbakar pun saya boleh buat, tu semua basic bagi saya. Sekarang ni tengah azan, saya minta tolong hormat. Tutup karaoke, kalau tak nak tutup alih speaker tempat lain jangan sampai saya dengar. Kita orang Islam, tolong hormat. Terima kasih." Dan aku berlalu pergi. Masa itu marah sangat. Di area ternakan dan machinery, ada 3 DJ. Lagi dua DJ siap pasang azan lagi. DJ satu ini aku pun tak faham kenapa tak boleh hormat. Walhal orang Islam.
Kismot, Sulaiman, Salman dan An.

An dan Ijal

Bharat
Yang semua di atas ini group pertama. Mereka handle khemah punya electrical component dan wiring, generator dan distribution box. Ada lagi satu group electricians, under company 2J handle bahagian lain. Dengan kedua-dua group ini lah aku bersama sepanjang MAHA. Macam-macam aku belajar. Daripada troubleshoot problems sehingga merasa kena renjatan sampai sakit jari masa hujan. Pengalaman yang amat bernilai.

Bosses
Aku ada tiga boss atas aku. Boss under Outdoor, namanya Firdaus aka Fida. Dia seorang yang sangat sempoi, muda dan belum berkahwin. Sporting dan masuk dengan orang-orang muda. Sebab dia pun muda. Daripada dia aku belajar pengurusan dan PR yang baik.  Atas Fida, namanya tak nak aku sebutkan. Sebab dia seorang yang sombong. Atasnya lagi merupakan manager MAHA, namanya Encik Joehan. Kami panggil Encik Joe. Walaupun agak tua, tapi punya lah humble dan 'rock' kalau perkataan ini sesuai. Walaupun first day ada staff dah kena tengking, kami crew Operation alhamdulillah dia kamceng.

Tertinggal topi aku atas motor dia pula.
Nak ceritanya, tiap-tiap hari masa aku check in, di HQ Operation and Exhibition, ada motor Harley Davidson. Sampainya lagi awal dari kami, crew Operation, perginya lagi lewat dari kami. Jadi kami tak tahu siapa tuan dia. Sampai hari ketiga terakhir, baru kami tahu itu motor Encik Joe. Aku ini faham-faham lah macam mana. Kalau nampak motor macam ini, mulalah excited. CC motor ini 883.

Hari terakhir aku berjumpa dengan seorang bro. Masa kami lunch di HQ, dia duduk bersama-sama kami. Sambil open kotak rokoknya, dia bercakap "Bro, aku masa muda dulu macam engkorang lah jugak. Tapi aku sesat jalan, Tuhan balas". Dia berkongsi macam-macam dengan kami. Dia berasal dari keluarga miskin, jual karipap sahaja. Dia berpesan, bila dapat duit yang penting sekali bagi pada parents dan family. Itu mesti utamakan. Dalam apa-apa hal. Yang kedua, jangan tikam belakang bila buat bisnes. Yang ketiga, nak cari partner, isteri atau kawan, cari yang sanggup susah sekali sama-sama. Yang terakhir, jangan sombong di dunia ini, dengan Tuhan dan manusia. Dia berkongsi mengenai bisnes, dari macam mana mula dengan korporat enterprise dan SDN BHD, kepada networking, kepada retails punya strategy dan marketing. Macam-macam juga aku tanya. Masa itu kami tak tahu siapa dia. Tapi dia pakai baju korporat. Boss kepada Fida masuk masa kami tengah makan sama-sama, dia kata pada bro itu, "Boss, kenapa duduk sekali dengan diorang ni?". Bro itu jawab "Asal, aku lepak sekali salah ke?". Boss kepada Fida jawab "Mana boleh. Diorang tak layak duduk sekali dengan boss. Lain taraf". Berdesing telinga aku dengar. Aku tak terasa langsung, tapi masa itu Fida yang merupakan staff ada sekali dengan staff-staff lain. Aku volunteer, memang tak terasa. Bro itu pun diam je. Bro itu pesan last sekali, "Ingat, bro jangan sombong. Kita ini bukan tuhan". Masa itu dia keluar, ada budak (visitor) tanya public phone di mana. Visitor itu cari parents dia. Bro itu ambil HP dia, tak fikir dua kali terus bagi visitor itu suruh call parents dia. Bila dia keluar HQ, itu dia, motor dia lagi tak boleh belah. Harley Davidson 1700 CC. Aku minta kad dia, dia bagi. Aku gelak seorang-seorang. Aku duduk lepak dengan electricians 2J, bro ini boss company ini rupanya. Company yang supply beratus-ratus khemah untuk MAHA 2012. MasyaAllah, moga Allah berkati bro ini.
Fida dan motor.
Ini semua boss under department aku. Sepanjang MAHA, ada je kes boss-boss bertumbuk. Ganas betul dunia pekerjaan ini. Bertumbuk betul-betul, sebab tension mungkin.

Colleagues


Mereka semua some of my colleagues under department kami. My good friends. Walaupun ada droput college, ada yang jenis merempit semua, tapi mereka ada taman dalam hati. Ada yang tak solat, tapi marah kalau orang yang solat lewat solat. Despite what people think, I choose to think good of them. Aku cuma sempat berborak, mengenali mereka dengan lebih dalam, dan berharap satu hari nanti Allah akan membantu mereka menjadi muslim yang lebih baik, kerana mereka orang baik-baik. Banyak aku belajar, moga Allah pelihara aku daripada ilmu tak bermanfaat. Apa-apa pun, aku rasa gembira dengan mereka sepanjang MAHA.

People
Kalau masa hujan, tak ada kes, aku akan duduk bawah bus stop. Tranportation di MAHA guna bus, trem dan trak. Jadi, akan ada ramai yang rehat-rehat bawah bus stop. Aku jumpa macam-macam orang di sini. Daripada acik microbiologist, abang tatoo, mak nyah peserta pertandingan kucing cantik, kepada pakcik tasawuf. Aku belajar dan timba pengalaman.

Paling seronok, bila ada seorang orang Arab datang, tunjuk "this, bus stop?". Aku faham dia kurang fluent dalam English, terus aku speak arabic. Walaupun kurang fluent, tapi dia faham. Paling bahagia bila dia cakap moga Allah berkati aku sebab bercakap dalam bahasa al Quran. Tacing kot, dah lah hujan masa itu, lagilah sentimental. Agaknya dapat tak jumpa Nabi masa di telaga kauthar nanti?

Aku rasa kita rakyat Malaysia, masih racism. Kita masih pilih nak hormat orang ikut bangsa. Kita treat bangla dan indon macam second class. I don't know about you, but I don't agree about this.

Conclusion
Alhamdulillah, Allah kurniakan aku peluang ini. Aku rasa puas, aku manfaatkan cuti kali ini without any regrets. Aku berpeluang belajar dari pelbagai lapisan orang. Now, it's time to focus untuk universiti pula.

p/s - awak, saya dah pergi HOM dah. Tapi tak sempat pergi STS sebab dah mula kerja, ingat nak sambung di Penang nanti :)
p/s 2 - kulit sudah rentung. Angkat lengan terus Ayaz dan Saif "Huyyoo!" sebab nampak jelas sempadan kulit terbakar dan kulit biasa. Iman balik rumah pun kata, kulit muka dah terbakar! :)

Monday, October 29, 2012

Update & Nikah Abu Bakr

Semalam bersama naqib masa sekolah menengah dahulu, Abg Sarep ke walimah junior kami yang berumur 19 tahun, Abu Bakr Abdullah. Anak pakcik Nicholas Sylvester. Kami berdua naik kereta ke Masjid As-Syafi'e di Taman Maluri. Dia bernikah dengan Khadijah 'Atifah, akhawat sebaya dengan Abu Bakr. Abu Bakr belajar di UTM Skudai dan Khadijah belajar di Mesir.

Bahagia tengok junior dah bernikah. Masa kami makan, kawan rapat aku dan abang kepada Abu Bakr, Omar datang berbual bersama kami. Aku tanya pasal mas kahwin, hantaran, dan perancangan selepas nikah pada abang dia. Alhamdulillah, baik. Mudah dan murah.

Masa kami nak pulang, jumpa ramai ikhwah-ikhwah senior. Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia pun datang, Dr Parid. Bersalam dan berbual sikit sahaja sebab dia pun sibuk. Abang Sarep lah yang seronok nak jumpa salam semua. Pakcik Syed Ibrahim ada, Dr Hatta ada, ramai sungguh. Sebelum nak balik, pakcik Nicholas tepuk belakang aku masa aku ucap tahniah pada dia. Seronok tengok muka dia seorang anak dah kahwin.

Abu, Khadijah, makcik dan pakcik :) Makcik dan pakcik ni sangat baik orangnya. Dua-dua sepadan. Pakcik Nicholas dan isterinya.

Baju pengantin lelaki memang kena gelak dengan abang Sarep sebab macam uniform Jepun. Still, to me it looks good.

Abu dan Abang Sarep [Kredit to Amir Mohsein atas gambar-gambar]

Dulu, masa darah pemuda baru nak bergelojak dengan syahwat dan nafsu, aku pernah tanya pada Abang Sarep kenapa walaupun puasa keinginan itu sangat-sangat kuat? Nabi kata puasa dapat 'hold' keinginan itu. Aku terus sambung soalan aku, aku bukan puasa fizikal sahaja, tapi pancaindera sekali. Tapi kenapa masih kuat dan mengganggu?

Jawapan dia sampai sekarang aku ingat. Adakah kita berpuasa dengan sebenar-benar puasa macam yang nabi maksudkan? Kekuatan datang dari dalam katanya. Inisiatif kita untuk menundukkan nafsu. Inisiatif dan kekuatan dalam diri untuk menolak tepi keinginan dunia untuk fokus pada akhirat. Puasa tahap yang ketiga - bukan sekadar menjaga pancaindera dan mengharapkan hasil, tetapi menjaga hati dari berbuat maksiat kepada Allah. Walaupun kecil. Walaupun ianya hanya lintasan hati.

Allahu Akbar.

Masa dalam kereta on the way balik ke rumah (Yes, he picked me up, and he sent me home. I refused, he insisted), banyak dapat mutiara berharga daripada Abang Sarep. Dia jadi driver untuk kedua-dua Naib Mursyid Am IM yang datang ke Malaysia. Allah susun sangat cantik. Masa tengah cuti - ada orang bawa jalan-jalan sambil bagi nasihat. Masya Allah. Oh. Ya. Abang Sarep, walaupun senior kami, masih belum berkahwin. Belum sampai seru mungkin. Dia menceritakan mengenai komen Syeikh Jum'ah Amin pada ikhwah di Malaysia. Syeikh berkata "Aku hairan pada ikhwah-ikhwah di Malaysia. Bagaimana mereka boleh hidup tanpa bernikah?".

Sampai rumah aku pahat azam baru. Tiada masa akan kosong pada waktu cuti ini. Masa kosong membunuh pemuda seperti aku. Meliarkan angan-angan kosong. Melemahkan jiwa. Tiadalah aku nak melemahkan diri masa cuti setelah aku berdisiplin hempas pulas masa di kampus. No way. Kalau di kampus dah jumpa orang untuk tasmi' al Quran setiap minggu, sini pun jangan miss. Selalu juga cemburu dengan ikhwah akhawat UIA, ada kelas tasmi'. Di kampus, aku mencari orang untuk tasmi' aku. Hidup Allah dah stabilkan, jangan kita kucar kacirkan. Emotion and lust are tools. Tools yang patut digenggam dengan kuat di bawah kawalan. Rindu juga pada suasana Darul Quran. Tapi fikir balik, to what ends am I gonna sit and wait for opportunity to come? Teringat dalam kisah "Cinta di rumah Hasan Al Banna", ahli keluarga Imam Hasan bercerita bahawa Imam Hasan akan sentiasa tasmi' Qurannya dengan mana-mana ahli keluarga. Andai tiada yang dewasa, dengan anak kecil pun jadi. Masya Allah.

Alhamdulillah, kerja dah dapat. Itu pun lagi dua minggu baru mula. Bayaran RM 80 sehari. Insya Allah. Cukup. Sekarang ini mengambil tugas sambilan menulis ringkasan dan nota-nota pelajaran. Ok lah kot satu ringkasan RM20. Kalau banyak. First ringkasan buat pasal Hadith pertama, hadith niat. Last sekali rasa bersalah gila nak ambil upah. -.-

I just love teaching. But now, there's no one to teach. SPM dah hampir. Dan anak murid aku sekarang tengah berhempas pulas untuk prepare SPM. Sebelum raya, aku ada berjumpa dengan manager sebuah kedai buku. Nak pohon kerja. Dia tanya, sebelum ini masa cuti buat apa? Aku jawab mengajar. Subjek Add Math, Biology, Physics as tuition dan mengajar Al Quran di dua buah masjid. Dia membalas, "Oh..Cikgu. Tak payah kerjalah. Cikgu sekarang banyak duit. Sangat banyak". Itu fakta yang baru aku tahu. Aku kemudian gelak besar, menafikan. Aku bukan seorang cikgu dalam kerjaya.

Lusa insyaAllah akan ke seminar finance. Di Hotel Boulevard. Baca The Star dengan kawan, jumpa seminar. Terus daftar. Kawan itu juga lah yang minta nak berusrah Alhamdulillah, setelah satu semester study dengan dia. Dulu langsung tak minat bisnes finance etc. Sekarang ini dah ada tanggungjawab. Asyik fikir macam mana nak pacu IkramSiswa UITMPP punya DnT dan kewangan. Nak fikir projek dana. Kalau ada idea roger lah. Kami open untuk cadangan. Projek jual beli emas dan perak dah ada yang mula.

Dah target nak habiskan dua buku tebal. Buku sirah Raheeq Makhtum, yang selama ini hanya jadi rujukan. Dan fiqh dakwah.

Masuk team RnD Robotic UiTM. Will be busy. Busynya sampai masuk keluar lab sampai pukul 2 pagi. Let's give it a try. Dah dijemput masuk, tak moleklah kalau menolak. Jadi, masa cuti ada pembacaan sikit-sikit.

Itulah rancangan setakat masa cuti.

Masa cuti - aku spend untuk keluarga(family first), kerja dan perancangan untuk Ikram Siswa nanti. Membaca diteruskan.

Anekdot masa cuti. Ayaz selalu, kalau kami jadi imam dia akan sebut masa tengah solat surah yang dia nak revise untuk sekolah, contohnya kalau rakaat pertama tengah imam tengah Al Fatihah dia akan sebut "Al 'Alaq". Kami pun baca al 'Alaq. Kemudian dia sebut al Bayyinah. Kami baca al Bayyinah. Kalau kami tak baca, dia akan ulang dan ulang, "al 'Alaq..al 'Alaq..". Geram juga kadang-kadang. Tapi melayan lah. Dia adik kecil yang aku sayang.

Ada elemen comel terbaru - Meelo. Cucu Avatar Aang, dalam Legend of Korra.

Dia fartbending, extension of airbending. Mengarut betul budak ni.


:)

Itu lah update sedikit sebanyak.

1. "Tafaqqahu qabla an tusawwadu" -Umar al-Khattab r.a [Kata-kata Umar yang menunjukkan peri pentingnya ilmu sebelum dilanti
k sebagai pemimpin (at-Tasawwud bermaksud ar--Riasah) sangat jarang diulas sebagai "tuntutlah ilmu sebelum kamu berkahwin" kerana menurut az-Zabidiy dalam Taj ul-'Arul semasa mensharahkan maksud at-Tasawwud, katanya ia juga bermaksud at-Tazawwuj (berkahwin), justeru membawa maksud pelajarilah ilmu sebelum berkahwin kerana orang yang berkahwin akan disibukkan dengan urusan rumahtangganya.] - FB Marwan Bukhari



2. Oleh itu aku menyeru kamu wahai ikhwah, janganlah kamu berpada hanya sekadar menjadi akh muslim, atau berpuas hati sekadar dirinya telah bersolat, berpuasa dan bermujahadah. Jangan! Menyebarkan dakwah itulah yang dituntut daripada kamu, setiap orang. Maka, awas kamu! Jangan berlengah, jangan bermalas, jangan berasa berat untuk melaksanakan kewajipan ini. Awas! Jangan kamu tanggalkan baju yang telah dipakaikan Allah kepada kamu dengan memilih Muhammad s.a.w. sebagai ikutan dan pemimpin kamu. - zaadut-taqwa

Allahumma solli 'ala Muhammad.

Moga aku dikurniakan cinta pada Allah dan Rasul melebihi segala-galanya.

Roger and out.

Monday, September 3, 2012

Mai Cek nak habaq skit.

Di Penang ni, selalu tergelak.

Masa halaqah, Umar dan Abu Bakar akan jadi Umaq dan Abu Bakaq. Selalu masa halaqah gelak sorang-sorang. Geli hati. Sampai sekarang. Huduh habis bunyi dia. Punya lah nama Abu Bakar dan Umar tu ada izzah dan megah dia, terus hilang bila sebut macam tu. Kelakar kot. Memang tak boleh fokus bila masa naqib cerita pasal sirah. Nak gelak je.

Masa jalan-jalan, Tasik Gelugor jadi Tasik Gelugoq. Masa dalam lab, cecair jadi cecayaq! Nasi Daging jadi Nasi Dagin. Kambing jadi Kambin. Parit Buntar jadi Parit Buntaq. Motor jadi Mutoq!


Tapi Kelantan pun macam tu jugak.

Uthman jadi Uthme. Pasir Mas jadi Pasir Mah. Kok Lanas jadi Kokk Llanah. Kubang Kerian jadi Kube Khie. Gua Musang jadi Guo Muse.

Zainab jadi Mek Nab. Azman jadi Mea. Rubber jadi Roba. Shock Absorber jadi Saksoba. Biskut jadi Sekut'. Duit jadi pitih. Syiling jadi Skeleng. Tapi tak kelakar pulak. Sebab dah biasa kot.

Kesimpulan, kena biasakan diri. Insya Allah. Lama-lama tak gelak dah lah. Takkan nak gelak sepanjang duduk sini.

Hari itu pergi beraya rumah ustaz Syazalie. Ahli DPN IKRAM termuda. Belajar di Yaman. Rumah dia penuh  buku-buku arab. Macam library. Tawadu' dan mesra orangnya. Dia SPM skor straight, pilih untuk ambil bidang agama.

Selalu jumpa dia, mesti belajar pasal Tasyaabuh al Alfaz - salah satu disiplin dalam Ulum Quran. Mengenai perkataan yang nak dekat sama maksud. Contoh macam wa Saari'u ila maghfirah(Ali Imran) dan Saabiqu ila maghfirah(Al Hadid 21). Ataupun apa beza Khashyah as in Khashyatillah dengan Ar Ru'b as in wa fi qulubihimurru'ba (al Hasyr). Ataupun beza al Ghafuur dan al Ghaffaar. Tahu pasal disiplin ni masa ustaz bagi kuliah pasal tajuk ni, sejak tu baru tahu ada disiplin ilmu ni dan berminat.

Lagi satu minat nak faham kenapa certain ayat ada Ghafuururrahim, tapi ayat lain Rahiimul Ghafuur. Kenapa sekejap Qawiyyun 'Aziz sekejap 'Azizun Hakim. Kenapa nabi Yusuf sebut Hafiizun 'Aliim(masa nak jadi bendahara) kenapa nabi Musa sebut Qawiyyun 'Amin(apply kerja dengan nabi Syu'aib). Banyak lagi. Sebab memang jenis tak keruan kalau ada persoalan tak terjawab. Ini nak tawakkal kat Allah macam mana nak bagi jawapan, pemalas lah namanya. Ini bukan bab cinta atau nikah ke apa nak serah pada Allah macam tu saja. Ilmu kena cari, kena usaha.

Masa raya haritu tanya pasal Ar Ru'ba dan Khashyah pada ustaz. Ustaz terus bagi kitab Arab, Itqan fil Quran kot nama dia. Ustaz suruh baca. Dah lupa dah bahasa Arab tinggi masa form 5. Nak kena asah balik. Serius, 'Ulum Quran antara ilmu yang aku nak sangat kuasai. Tapi tak boleh lah nak terus macam tu. Kena faham Arabic, dan Nahu segala bagai. Ustaz cakap kita nak faham, bukan satu buku je baca. Kena ada lima enam buku untuk cross reference silang pendapat, baru ada basic kefahaman disiplin tu.

Masya Allah. Cemburu. Harap sepanjang di Penang ni dapat belajar banyak lagi dengan ustaz. Insya Allah.

Ingat masa cuti nak belajar ilmu ini. Tapi nak kerja juga nak cari duit. Tak tahu lagi mana satu. Harap boleh lah dua-dua.

Nanti kalau jumpa boleh lah kita borak-borak, you choose. Loghat penang boleh, loghat klate pung boleh. Cuma, macam ada seorang kawan ni jugak lah, dia cakap Kelantan bunyi macam Siam, sama lah, orang Kelantan kat sini pun cakap aku cakap bunyi macam Siam. Tapi takpelah. Kita try lah. Lama-lama jadi lah tu.

Orang Kelantan ini kuat Assobiyah jugak. Kat sini pun macam tu. Walaupun aku macam cakap Kelantan tak seberapa, tapi derang memang melekat jugak dengan aku. Iftar sekali, solat sekali semua sekali. Pergi kelas pun sekali. Sebab diorang tahu aku orang Kelantan, walaupun aku selalu cakap KL dengan diorang ni. Tapi diorang tak pun menolak orang luar. Bukan jenis assobiyah tegar. Kitorang malam-malam kalau dah habis study, ada lah yang bawak gitar main sama-sama. Walaupun selalu aku suruh diorang keluar bila dah pukul 12. Nak tidur. Still, I love them.

Scene yang selalu jadi macam ini. Scene jenis perasan tahap gaban.

1. "Eh Fikri, mu gi dok male ni, hok Imam Muda tu?" aku tanya.
"Meme lah..aku hok mesej die, suro die maghi. Geng aku tu. Kitorang selalu main mase kecik2 dulu." dia balas.
"Mu mesej die, takde pun. Lebong ni. Handset aku dok dapat pun mesej ape2." implying that I'm the Imam Muda. Haha.

2. "Eh Nazim, mu doh tengok movie IP Man hok yang keduo? " aku tanya.
"Tengok bakpenye, movie tu pasal aku." -.-

3. Bila ada jet air force lalu, akan ada sorang cakap "aduh..awalnya bapak aku datang. Aku minta datang pukul lima, ni baru 4.30" implying that the jet bapak dia bawak. Ada orang pulak reply, "Aik..sejak bila bapak mu amik jet control aku? Ni mainan aku masa kecik2 dulu. Patut tak ada dalam garaj mainan aku". -.-

And many more.



P/s - It's good to be a student. I spent countless sleepless nights just to finish doing my tutorials, homework, and study. It feels really good. It's not last minute, I don't sleep because I love doing my work. I love equations, and I love being stuck at questions and working out every possible solutions. I love staring at formulas for hours just to understand how they derive them. I will not be satisfied until I understood how they were derived. Although engineering equations should not be as hard as physics equations, except for understanding the applications, still it feels very good. I bet physics and math students enjoy their courses very much. Plus, I never realize how much I love experiments. Except for the lab report part. I will choose to do the discussion and conclusion parts, in which the parts are not very technical and provides me a very wide range to discuss and understand the experiments. Especially in the ElectroTechnology lab. The lab session is 4 hours straight, and not even once I feel sleepy.

p/s 1 - Sekadar mengisi masa lapang kejap tulis post ni. Semua dah exhausted dah study group. Circuit Analysis.  :)

p/s 2 - ada pernah tanya, outlier di label post bawah ni maksudnya lying ke? Tak. Outlier ni term statistics. Search lah.

Friday, August 10, 2012

Anecdote

1. This Ramadan was a very hectic Ramadan. Lelah dan penat itu terasa makan dia. Dengan malam ada test, dengan kawan-kawan minta buat kelas express sebelum test, dengan nak ikut naqib kumpul dana untuk Aqsa2Gaza8 dan tugas baru, jadi personal escort dan translator untuk Imam dari Gaza yang lain akan datang. I really need to have a quick course nak cakap Arab pasar. They must feel awkward when I speak Arabic baku. Can anyone help me? Lepas ini gerak untuk iktikaf, and I'll be on duty untuk tiga hari aside from class.

"Barangsiapa yang bernazar dalam dirinya, untuk hidup bersama agamanya, maka dia akan hidup dalam kelelahan. Namun, sesungguhnya dia (walaupun lelah) akan hidup dalam keagungan dan menjemput kematian dengan keagungan" (Syeikh Ahmad Yasin)

2. Hari itu masa Ramadan dengan Imam Muda Mu'min, alhamdulillah dapat kutip around RM 24 ribu. Masa jadi tukang kira, banyak kejadian berlaku. Ada yang bagi cincin emas kahwin depa, ada yang bagi dalam sampul surat buka ada lebih RM 500. Ada yang tulis dia bagi duit itu as zakat. Masya Allah. Memang duduk follow pengurus Aqsa Syarif Pulau Pinang, dari awal sampai habis. Dengar beliau berucap, macam mana pengalaman beliau di Gaza, macam mana bila dia balik betapa yakinnya dia bahawa kita semua sedang bersama-sama kumpulan yang menang di Palestin. Macam mana dalam sejarah terbukti Al Quds ini berfungsi sebagai spiritual inspiration bagi umat Islam. Sama-sama dengan ikhwah, lagi-lagi salah seorang usrahmate akan bertolak ke Gaza untuk A2G8. Ya Allah, nikmatnya. How can I describe the feeling? After all these years, Allah put me in this place, where I met many unsung warriors who spent their lives upholding Islam.

3. Biasa lepas program Ramadan ini, akan tidur di Baitul Ikhwah. Ada seorang ikhwah pandai main keyboard. I always sit beside him. Just listening to him playing beautiful pieces macam Beethoven's Fur Elise, Yiruma's Kiss in the rain dan River flows in you, even The Chosen One Maher Zain. I would sit and wait for mengantuk datang. Bila mengantuk, ambil bantal tidur. Music is beautiful, di syurga, akan ada halwa telinga yang tak pernah ditanggapi oleh mana-mana telinga di dunia ini. How much more beautiful would it be?

4. Ada seorang brother di hostel, masa mandi dia akan always pakai seluar dalam only. Nak masuk pun segan, bukan dalam bilik air, kat sinki pun dia pakai macam itu masa awal-awal semester dulu. Tapi sekarang tak dah. Hari itu masa borak-borak dengan dia, cakap dia tak mo pakai macam itu dah. Because of me. I asked why, I never mentioned anything pasal perkara itu. Dia kata, dia malu, orang hafal Quran. And kami gelak sama-sama. He helped me buat ruqyah dan pagar masa ada bilik di aras kami kena gangguan, bau busuk, laptop kena curi dan ada air kencing merata-rata, kerusi bergerak sendiri malam-malam. Alhamdulillah, dah tak ada sekarang, kuasa Allah. He'a a smoker. And he's not my roommate. Yet, he understood how much I hate people smoking in my room, he told people not to smoke in my room even when I'm not around. My roommates are smokers, Alhamdulillah, mereka pun tak merokok dalam bilik. I want to make our room as comfortable as possible. As peaceful as possible. And somehow, our room got the nickname surau aras, -.- although it's not me who makes it a surau. Other people always came to our room to pray, sebab bilik masing-masing ada pasang radio kuat, main gitar, main game dan merokok. So the only place is our room. Kadang-kadang pukul 2-3 pagi ada lagi yang datang untuk solat. Lagi-lagi Ramadan.  Kadang-kadang kesian kat budak-budak baik, tapi dapat roommate macam apa, mereka tak kuat sangat nak resist. Our room is also a place to study. Sometimes, people I don't really know datang nak study kat bilik. Sambil mengomen kat bilik sendiri bising. Tapi tak apalah, as long as I can provide a safe, peaceful, calm and clean room for others cukuplah. Moga dapat redha Allah.

5. Rabu ini akan balik KL!!!!!!!! Hoyeah I dunno macam mana seronoknya rasa nanti! Mesti gembira kalau yang duduk oversea balik rumah. Yang duduk Penang pun dah happy dah! Dah nak dekat tiga bulan tak jumpa family. Walaupun dah besar, tapi rasa macam nak meloncat-loncat je! Haha. Bulan pertama duduk sini turun 8 kg. Tapi bila balik ni macam nak makan je Mama masak banyak-banyak! Rindu masakan Mama. 

Dari kiri: Hawari, ME, Imam Mu'min, Ust Syazalie, Akh Harryzan
Wassalam. Selamat mengejar lailatul Qadr kawan-kawan. Jangan slow down, masa ini nak naikkan momentum! [0132724207- kalau nak menderma untuk Palestin, atau Rohingya atau Syria, do contact me.]

Sunday, February 26, 2012

Tunggangan baru, Alhamdulillah.

Hari tu, motor Xcite rosak, semput katanya. Bawak-bawak mati tiba-tiba. Motor yang dah accident dua tiga kali dengan aku sama-sama. Cabut itu ini, calar itu ini. Motor yang dah banyak sangat berjasa pada aku. Sayang sangat. Dah berapa kali hantar baiki, rosak juga. Sampai haritu nak pergi program, on the way, rosak. Tersadai tengah highway. Immobile lah jugak beberapa hari.

Ada kelmarin, ayah aku close deal dengan seorang abang ni. Beliau belikan motor baru. Taklah motor BARU, motor second hand jugak, maklumlah, orang bujang tak payah nak power sangat lah motor BARU. Cukup untuk keperluan. Ayah aku tahu aku minat motor besaq. Aku pernah minta RX-Z. Tapi motor tu panas sangat, sebab kawasan rumah ini banyak pencuri motor. Yamaha LC jiran aku yang pasang rantai dan alarm pun diangkut motor bawa lari naik lori. Motor SS aku pun kena curi tahun lepas. Jadi untuk tak ambil risiko, ambil motor kurang panas. Ingatkan motor cup biasa je. Tengok-tengok dapat motor ni, Alhamdulillah, seronok tak terkata. Motor ni tak panas di pasaran penjenayah (Ceh.. cakap macam kita ni penjenayah jugak ye dak? -.-)

Ayah aku[dalam gambar]  close deal malam tadi.
Jelita sungguh!! 
Kena banyak berlatih posture baru. Tak biasa. Sebab biasa motor kapcai dengan motor Jaguh je. Motor macam ini tak pernah lagi. Insya Allah, moga Allah berkati pembelian ini, berkati aku sebagai rider dia, dan bantu aku untuk menjadi rider yang bermanfaat untuk dakwah. Lepas ini boleh lah nak pergi daurah ke, jogging ke, sekolah ke naik motor ni. Tapi malu sikit lah, segan. Motor cantik, yang bawaknya tak berapa skillful. Takpe, pelan-pelan kayuh!

Moga Allah limpahkan berkat ke atas ayah aku, aku, dan motor ini. Terima kasih Baba!

Selamat tinggal Xcite! T_T

Tuesday, November 22, 2011

Picturesque 4 : Of Superbike and Baby Po

Of A Superbike

Kawasaki Ninja
On road, there are a few types of drivers. Along my years (only 5 years.. heh) of driving, I come to a conclusion that drivers of cool cars aren't the same with drivers of cool bikes. They aren't the same. Still, my conclusion only applies to my living area and its vicinity.

The above picture is one example of great bikes. And drivers of these kind of bikes really have set a very good example on road. Let me tell you a bit about how most of them behave on road.

Of Whys
1. During red light, bikers from 'golongan marhaen', rempit or any kind will ignore the red light, find a space, wait for a clear line and then accelerate. Especially when it is raining or on a very hot day. Most bikers will develop a kind of sharp sense knowing when the lights will turn color, the duration for each color, and few seconds of buffer between colors. If you can see at any time, you can see that they don't actually looking at the light in front of them. They will either look at the traffic light across them, or they will see reflection of colors from either signboards or poles from traffic light they can't see straight. So they can have a good guess when their light will turn green. And then, when the other light turns orange, even when their own light is still red, they will accelerate. Most of them will behave this way. BUT, for superbikers, they are different. Even when all bikes have gone ignoring the red light, you will find them still at their place. Relaxed and cool. I don't know the real reason behind this. Whether if they get a ticket it would be much more expensive than normal bike, wallahu a'lam. But, in term of obeying traffic, yes, they do set a very good example.

2. There was a time, at Youth Leadership Programe URI, I sit beside our van driver for the program. He said to me, the thing he's afraid the most on road was motorcyclists. Because of their unpredictable nature. Well, that's understandable. Often, when a motorcyclist sees a hole to slip in a tight traffic, he/she will try to slip as fast as possible. It is because their size is small, so, any hole will do. We call this 'cilok'. And often too, they forget to give signals. It's like if you draw any graph, their curve will not be very smooth and predictable. Still, a large portion of them gives signals. Same goes to superbikers. They respect the road, and they are respected.

3. Usually, when the light turns green, some motorcyclists will 'press' like heaven sampai yang terpacak-pacak. If not terpacak pun, it's like they are trying to lead and be the first of the horde that's just been released. And you know how cool are superbikers, they don't even get distracted by the other bikers. They just speed up normally, and with their own pace catching up with others. Although initially they are left out from the rest of the speeding bikers, those superbikers will end up un'chase'able by the early speeders. And the way you see how they behave from a spectator's view, so cool.

4. And the best is, they are so polite on road, yet they are so skillful. What does I mean is that they give way to people, they don't just cut people's way, during traffic jam especially, they are so skillful in 'mencelah' to the extend sometimes even when usual bikers are afraid to pass through some narrow slips between cars, they pass through it like nothing. And if they can't pass it, they will stay quiet and wait. On the contrary, some bikers even press in free gear to warn car drivers to make way for them. Some even hit the side mirrors. And most will honk 6 harakat or more.

5. And you know why they can drive so fast? One factor that I know is because of their attire. You know, when you are wearing something loose, and you ride your bike so fast, your shirt and your trousers are flapping so fast, it makes you feel cautious. But, when you wear tight driving jacket, the air doesn't make any of your parts flapping, so you kind of forget how fast you are and you just cruise along the road happily. But, it's a bit dangerous, it can be very deceiving.

Why do I say superbikers are different than expensive car drivers?

From what I've seen and experienced, most BMW and Mercedes drivers in the area of Damansara, PJ, Gombak - they really don't have any sense of giving signals. Most of them. The numbers can go up to 90 percent. Even when I'm driving car, they don't know how to give signals. I don't know why. It happens mostly to people with expensive cars. Proton, Innova, and other normal cars do give signals. But them? Entah. Perhaps I'm committing a fallacy of  generalization - but again, this situation only applies in my living area as far as I'm concerned.

If someone wants to compare drivers of great cars and bikes, I can say, they are not the same. One side have less sensitivities, less skillful, and a bit 'noob' on road (Noob in context of respecting road users), another side is more skillful, does a better job in setting example for other drivers.
Ini pun superb!
There are some things worth sharing here, so that new motorcyclists can take note.

1. If it is too windy, stop. I once drove along MRR2, where at that time, rain started to pour. Few of us motorcyclists still continued, so we sped up hoping to get past the raining cloud. So, in that cluster it was like around 100 km/h or more. Then, all of a sudden, a huge blast of wind passed. My cluster, at that time was in the middle lane, somehow was pushed to the right lane where the cars moved so fast. One of us was even almost hit a big lorry. That wind pushed us to the next lane while we were moving. It felt like your bike moved without you realizing. I never thought that wind could be so powerful. Since, I will always bend my body lower when  I'm speeding in rain in case of emergency.

2. For motorcyclists, it is dangerous if you are travelling when the road is wet and there are thunders dancing upon you. For cars, it is safe. But not for bikers. Because lightning can struck you while you are on bike. Once, when some bikers and I stopped under a fly over during a heavy downpour, a flash of lightning struck very near to us. At the same time, almost all of us under the fly-over felt the 'shock', the same feeling when you touched a leaked circuit - hot and numb. We talked about it, and we never knew that lightning have that kind of 'area-of-effect' (AOE). But then, I still suspended my conclusion, until after I watched River Monster, where in that episode, Jeremy Wade's cameraman was zapped by lightning, and he felt a little dizzy. The lightning didn't hit him directly, but the spot so near it made the cameraman went dizzy and fell. So, watch out if there any thunder festival up there. You might get stunned.


Baby Po
So, since baby Shrek, I've never found anything cuter. But, when Dragon Warrior Po came into action to search for his long-lost history, I found his 'smaller' version very intriguing and exciting. And seriously, I couldn't stand the cuteness. Let the picture tells the cuteness....So, I rank baby Po as the most cutest thing in history.







p/s 1 : There're so much reasons for people out there to continue living, why give up? :D
p/s 2 : I'm towards a healthier life. Just weeks ago, masa program, jadi Faci, seorang budak perempuan datang, 'abang akan jadi lagi hensem kalau kurus lagi skit'. *blushing* .. For that, I've been swimming 0.5 kilometers every day. So, keep motivating me! Haha.. Siapa-siapa nak ajar Butterfly Stroke boleh datang rumah.

Tuesday, November 8, 2011

Ouch.. It hurts.

Assalam.

Semalam, kami satu keluarga beriadah petang-petang main basketball. Memang selalu main. Selalunya game memang laju dan memenatkan, sebab semua main kecuali Ayaz dan Saif paling kecil - mereka buat hal sendiri.

Tapi sebab mereka pun dah membesar, hari ini pula nak join sekali. Jadi, dari game basketball bertukar ke game passing-passing bola dengan budak kecil dua orang itu. Kami semua melayan sekali. Naim, adik aku yang sekarang tengah belajar kat DQ rasa boring ambil nunchaku dia main sementara menunggu Ayaz dan Saif habis main.

Nunchaku dia macam ini lah.
Tengah-tengah duduk pusing-pusing libas-libas nunchaku dia, Bammmm...! Kena gigi dia. Tengok gigi dia bukan patah wholly, tapi gigi depan dia patah dua. Gigi arnab tu masih ada, cuma, pecah - kira gigi dia tinggal separuh. Haha. Agak comel. Kena appointment dengan doktor nak sambung balik gigi.

Dia nilah idola Naim dalam main nunchaku.

Ini pengaruh dalam Tae-Kwon-Do dulu. Tak hilang-hilang lagi.. Balisong. Ingat lagi masa dengan senior-senior dulu, pisau itu memang selalu kena basuh, sebab tak reti main, berdarah. So, kalau sape-sape risau, have this in your pocket - it will be quite handy. I have one. :)