Wednesday, October 26, 2011

One Litre of Tears

Dua minggu lepas Naim balik dari DQ. Tengah-tengah dia guna komputer, dia promote suruh tengok cerita One Litre of Tears. Dia kata sedih, dia menangis tengok. Sebelum ini pernah juga baca blog Syazana Zahidah few years back, cerita pasal siri ini juga. Suruh dia copy, nak tengok jauh mana sedih cerita itu. Kalau tak sedih boleh buat bahan kata hati dia terlebih lembut sikit-sikit nangis bila tengok cerita, tapi kalau cerita itu buat aku menangis juga, aku diam je lah. Takkan nak bahan adik sebab menangis tengok cerita tu sedangkan diri sendiri pun tengok tumpah juga air mata kejantanan.
Neurologist yang baik bersama si pesakit.
Cerita ini mengenai kisah hidup seorang pesakit Spinocerebellar Atrophy. Sakit bahagian neurologi, yang mana penyakit itu membuatkan si pesakit hilang keupayaan secara perlahan-perlahan dalam tempoh yang lama. Mula-mula dia selalu jatuh, gagap, tak boleh lari, tak boleh jalan dengan betul, susah nak makan dan sampai dia kena baring atas katil.

Jadi, sejak dua minggu lepas, bila ada masa terluang sahaja tengok sikit demi sikit. Ada sejam setengah jam kosong usha sikit. Tak skip, tengok betul-betul sebab nak tahu macam mana Naim boleh menangis. Tapi sikit-sikit lah. Mula-mula dah yakin dah cerita ini emo biasa je, tak sedih pun. Tapi last-last cis, sedih yang teramat sangat sampai mengalir air mata di pipi. Rasa bersyukur ada macam-macam nikmat Allah bagi. Kagum juga dengan heroin dia, Aya. Dan kagum dengan 'consistency' si Akou. Cerita-cerita macam ini boleh hidupkan hati yang mati. Jadi, aku mengalah. Cerita ini sedih. T.T Sangat menyayat jiwa.

Bukan dia seorang menangis 1 liter, aku masa ESQ dengan Asyraf Roslan pun menangis nak dekat dua liter tak bising pun. "Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani."  Buat-buat menangis, it helps. Menangis akan menghidupkan hati. Serius. Faillam tabku, fatabaakau = Tak boleh menangis, buat-buat menangis.

* Cerita OLOT based on a true story.
* Sebelum ini tak minat sangat. Lagi-lagi cerita penuh emosi lagu ni. Tapi, cerita ini penuh emosi dan pengajaran. Jadi, siapa yang belum tengok sila tengok. Dah tengok, tak apa. Tapi jangan cakap apa-apa, memang aku lambat bab meng'update' cerita-cerita emosi macam ni. Tak minat. Kalau ada One Litre of Tears siri kedua aku takkan tengok(ade ke? haha)
* Sedang mendraf post HIMPUN dan DIALOG HARMONI. :)

Siapa yang malas nak baca sinopsis, sila tengok trailer ini.

5 comments:

  1. ana pernah dicabar tengok cerita tu, kata orang hati keras je yang tak menangis.

    so true, cerita ni sedih dan banyak juga pengajaran.

    *mmg xada pun siri kedua

    ReplyDelete
  2. Cerita ni membuka minda dan hati siapa je yang tgk. Sedih memang sedih tapi syukurlah ia mengajar kita utk bersyukur. :)

    ReplyDelete
  3. Khalilah - tahu pasal tak de siri dua tu. Saje je. memang banyak pengajaran.

    Syafika - Yup. memang bersyukur.

    ReplyDelete
  4. Yes! saya tak menangis. Berair je, tak sampai tumpah. hati keras ke?

    ReplyDelete
  5. Lol anon jangan sengal sangat lah. Dah berair ke tak berair hati siapa tahu hati. Itu urusan tuhan. Alah, poyo je tu berair. Pastu masuk bilik menangis jugak ..haha

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.