Friday, February 18, 2011

He's a Wahabi?

Assalam.

Saya bukan nak mengulas mengenai siapa betul dan siapa salah.

Cuma, baru semalam saya dikejutkan, junior saya, dituduh wahabi salafi dan sesat. Junior ini telah saya kenali sedari saya sekolah rendah. Dan kami telah ke banyak program bersama, kami minat sukan yang sama iaitu basketball, juga kami kenal keluarga masing-masing. Rapat sangat.

Mengapa? Dia hanya berkongsi tentang hadith shahih mengenai doa sebelum makan dan selepas makan. Tiada mengutuk, tidak menyesatkan orang, juga tak marah-marah, tak mention pasal bida'ah. Hanya berkongsi apa yang dia baru belajar. What do you expect? He's an IRK student. He won't be sharing about rational function or Lorentz Transformation. Saya kenal sangat dia. Dia mungkin berharap kawan-kawannya dapat beramal dengan lebih baik. We are like that, if something better comes in case of Hadith or pendapat, we are open and go for it. That's what I thought. And I thanked him. Tiba-tiba, tahu-tahu komen kat bawah dah ada kena kutuk wahabi salafi sesat. Peliknya. Terkejut pun ada juga.

No need to comment about the one who accused him. I can cut his arguments straight to his neck - with discrepancies and fallacies, BUT, hey, are we forgetting what do we mean to each other? We are brothers. And brothers don't do that, especially in the name of Islam. If I think my friend is wrong, I will ask him if I'm not sure, and I will tell him he's wrong in a much better way. Never will I say, he's sesat. Whoever do this, I wonder, are they really want people to know the truth and convey the message for the love to his brothers, or they just want to be right and others to be wrong? Because real da'ie will bear in mind that every mad'u is invaluable and to lose them is a loss to Ummah.

Budaya saling menyesatkan makin menebal sekarang. Mungkin sebab kurangnya sifat bertolak ansur, dan kurangnya ilmu dalam Public Relations menyebabkan sesuatu mesej itu kadangkala disampaikan secara keras dan 'blunt'. Dari kedua-dua belah pihak. Saya tidak mewakili mana-mana pihak, namun saya ingin menjadi antara orang yang menyatukan kedua golongan ini. Alangkah baiknya kalau dua-dua ini disatukan.

Mesej yang dibawa tak salah, ianya methodology dan adab berikhtilaf yang kurang. Jangan diambil yang 'extreme' untuk mewakili general population. Pendapat mungkin dari kedua-dua belah pihak ada yang sedikit 'pelik' dan 'keras' namun ia tak bermakna pendapat yang sedikit itu mewakili pandangan umum sesuatu golongan. Kenal dahulu elok-elok. Saya sempat rapat dengan kedua-dua belah golongan, dan masya Allah akhlaq kedua-dua kawan yang saya kenali di DQ baik dan soleh. Dan kedua-duanya tidak saling mengutuk dan menyesatkan. Apabila mereka memahami adab ikhtilaf, cantik hasilnya. Saling menghormati.

Sahaja nak mengingatkan, dalam Quran kita ini Ummatan Wasatan..Ummah pertengahan. Dalam Quran cakap seimbang. Dalam kelas Islamic Studies mengingatkan tentang kepentingan menjadi sederhana.
خير الامور أوسطها
 “Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).” (Hadis riwayat Baihaqi)
Jadi, buat Muslim yang dicintai, jangan kita sembarangan menuduh orang sesat. Kita kena ikut macam Al-Quran ajar kita, 


Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. [Al Fath -43]
Ayat ini kalau baca memang sedap. Cantik bahasa dia, seindah maksud dan mesejnya. Contohi dan fahami sirah. Kalau dirasakan ianya boleh membawa perpecahan, diamkan. Atau bawakan ia dengan cara baru. Atau, biar generasi itu terdidik dahulu. Terdidik dengan tarbiah. Saya melihat, mereka yang sudah terdidik dengan tarbiyah tiada masalah dalam berinteraksi dengan pembaharuan. Sama ada di'smooth'kan ketajaman pembaharuan, atau dihormatinya sebagaimana yang diajarkan dalam adab berikhtilaf.  Sebagaimana Abdullah bin Mas'ud berselisih pendapat sehingga ke tahap kritikal dengan 'Uthman bin 'Affan kerana 'Uthman menunaikan solat zohor 4 rakaat, sementara Nabi, Abu Bakr dan 'Umar menqasharkan dua rakaat, semasa haji. Akhirnya, Abdullah bin Mas'ud mengikuti Uthman, apabila ditanya mengapa, beliau menjawab, "Sesungguhnya perpecahan itu lebih buruk".

Hebatnya sahabat-sahabat Rasulullah, kefahaman mereka tidak memberi mereka lesen untuk menyesatkan, juga tidak memberi mereka lesen untuk memecah-belahkan. Sebagaimana kefahaman Hasan Al Banna yang meninggalkan golongan yang bergaduh untuk solat 20 atau 8 rakaat, dan mengajak kepada sesuatu yang lebih tunjang, bukan cabang. Di akhir ajakan itu, masyarakat belajar erti toleransi dan kepelbagaian pendapat, tanpa menuding jari itu sesat ini sesat.

Saranan -

1. Golongan tradisionalis. Belajar statistics kan? Pernah dengar measure of central tendency kan? Guna pelajaran itu baik-baik. Ada mean, ada median, ada mode. Pilih lah mana-mana. Sesuai sekali guna median sebab ianya sesuai untuk set of data yang ada extreme value. Ambillah yang pertengahan. Jangan dilayan semua sama. Jangan senang-senang  dituduh sesat kalau tak tahu hujung pangkal. Jangan juga buat 'hasty generalization'. Kalau ada yang bukan mana-mana golongan mengharap perkara lebih baik, dibawanya hadith lebih sahih dengan aman, interaksi elok-elok sekiranya rasa ia boleh membawa perpecahan. Jangan dituduh sesat, anda secara tidak langsung sedang menolak dia jauh dari golongan anda dan tekan dia lebih dalam untuk memasuki golongan yang anda kurang sukai. Jadi, apa pointnya menegur kalau macam itu?

2. Golongan bawa hadith. Silakan. Cuma, cara dan tempat itu kena bertempat sikit. Macam Imam Syafi'e pernah cakap, dia benci ditegur dikhalayak ramai. Kenapa? Malu. Kita dalam nak membawa perkara bersih macam nas-nas ni, kita kena bawa dengan molek dan sempurna. Nabi dicaci dan dimaki bukan sebab cara beliau yang blunt dan kasar, dan tak melihat sensitiviti. Dalam usul fiqh dan fikrah pun ada belajar tajarrud dan tadarruj.
Tajarrud - Bersihkan dan kosongkan fikrah dulu. Biar yang nak disampaikan tak dihijab, oleh paranoid perubahan atau ria' atau jumud.
Tadarruj - Proses membaikpulih secara beransur-ansur. Khalifah Umar Abd Aziz pernah berkata kepada anaknya apabila didesak membuat perubahan drastik,
“Jangan tergesa-gesa, ya anakku, sesungguhnya Allah SWT mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekali gus (drastik) maka mereka meninggalkannya juga sekali gus, maka berlakulah fitnah.”
Jadi, kalau betul-betul nak buat pembaikan, hormati sensitiviti dan 'adat masyarakat. Boleh diubah, tapi biar diubah dengan berhikmah. Saya harap sangat tak wujud dichotomy yang tegang dan jelas pada masa hadapan  nanti. Ubati sekarang elok-elok.
Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas..?

Kalau nak sangat puaskan nafsu menyesatkan orang, mari datang kolej. Dalam kelas saya je yang dah Muslim, ha, puaskan nafsu dalam kelas saya ok? Just Kidding :)

6 comments:

  1. Assalamu'alaikum. Betul-betul, Ustaz Jumadi pun cakap hidup ni, kita jangan EXTREME dan sentiasalah berpada-pada serta bersederhana. :) Nice post abang Asif, ana hargainya.

    Btw, adab ikhtilaf itu apa? ana taktau.

    ReplyDelete
  2. Isyraf - adab dalam berselisih pendapat.. :)


    http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/982-mengapa-peminat-agama-berpecah-sebegitu.html

    http://www.almanhaj.or.id/content/885/slash/0

    Kalau orang betul-betul faham, khilaf sekadar pada tahap cabang-cabang, kalau yang tak faham akan jadi, HANYA satu betul dan lain salah.. :)

    ReplyDelete
  3. hmm,kes macam ni sering berlaku..biasanya orang
    yg nk bw kebenaran akan sering digelar wahabi.
    Bg insan2 yg cepat menggelar seseorang as 'wahabi',check blk diri.dalm idop ni kene la ade tolak ansur dan kene sering berlapang dada.

    ReplyDelete
  4. Kupasan yang menarik. Sangat menarik.Alhamdulillah.

    Ya, kita kenal sirah, dan juga rentetan dan perkembangan ilmu selepas itu yang membawa kepada aliran-aliran pemikiran yang ada sekarang.

    Benarlah, manusia jadi musuh kepada apa-apa yang tidak difahaminya.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum.

    jika antum belajar Introduction to Fiqh di UIA,
    tiada sebab kenapa antum perlu mengkafir.

    Tapi sayang,
    manusia tak nak belajar. Rasa ilmu dah cukup. Full Stop.

    "Apa yang aku belajar, itulah yang betul!"
    - kalau ini sikap kita, org arkitek kata mereka betul, org engineer kata mereka betul, org medik akan kata mereka betul, org sains akan kata mereka betul. Last2 siapa yang betul?


    *senyum :)
    senyum itu menghilangkan perpecahan. tak percaya? mesti antum tak pernah senyum. :)

    Assalamu'alaikum.

    ReplyDelete
  6. anon - bukan pada wahabi saja, wahabi kepada golongan ahbash pun sama.. tak bertepuk sebelah tgn.

    syazwan - :) memang musuh sgt..haha

    hamidi - dah senyum pun drg gaduh mcm kucing anjing.. kene tgk tasawuf pulak kot.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.