Saturday, October 2, 2010

Simfoni Kehidupan

Bismillah..

Saya meminati muzik sejak kecil lagi. Amat minat. Tak kira pelusuk, muzik Arab, Sepanyol, dan China. Mudah kata, hati (kadang-kadang badan) akan ikut terhibur dengan setiap rentak yang dialunkan. Lagilah jika di hutan. Bunyi air menghempas batu, angin membelah dedaun, burung berkicau. Hati mana tak jatuh cinta.

Muzik yang saya minati, muzik bersih. Saya meminati muzik yang tenang dan aman - orkestra, mungkin yang berbentuk instrumental. Kadang-kadang apabila mendengar bunyi sebegitu, saya bagai dihanyut. Dibuai-buai sambil mulut memuji Tuhan atas penciptaan seni indah ini. Kadang-kadang, air mata saya jatuh. Mengapa? Entah..

Mungkin kerana itulah juga, saya kurang setuju dengan nasyid berbaur cinta(?). Kerana takut yang fitrah dikotori. Mungkin. Nabi sendiri pernah bersabda dalam khutbah terakhir baginda,
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil."
Selalu juga terlepas, dengar perkara-perkara lagha. Minat ini perlu dikawal. Insya Allah, masih ada azam nak mahir bermain alat-alat muzik - gitar, piano, violin? (Tak payah, dia dah pandai main.. ;p) 

Muzik oh Muzik..

Bagi saya, muzik yang sedap dan menarik dan sebenar-benar muzik ialah yang menenangkan dan mendamaikan hati, serta menyihatkan badan. Teringat kisah ustaz Hasrizal bertanyakan mengenai muzik-muzik kepada peserta-peserta kem. Dia membawa reasoning yang cukup mantap. Mengapa semua tenang mendengar bunyi deruan air dan kicauan burung, orkestra unggas dan sebagainya (bunyi langsuir dan kucing mengawan tidak termasuk ye...)? Jawapannya - bunyi-bunyi itu adalah zikir kepada Allah. Sebab itu semua tenang - alunan zikir itu 'resonate' fitrah diri. Natural frequency. 

Tapi, dalam semua-semua muzik di atas. Ada satu lagi alunan dan irama yang Masya Allah - teramat mantap. Alunan semulajadi. Impeccable and Immaculate.

Al-Quran Al Karim
“Hiasilah Al-Qur’an dengan suaramu.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Al-Quran. Kitab yang amat-amat-amat mengagumkan. Pernah baca? Cuba baca. Kesemulajadian akan menyelimut diri ini. Ketenangan yang dirasai tidak terkalah. Pelik bukan? Di dalam kitab ini dihidangkan pelbagai sajian emosi - sedih, takut, gembira, berharap, semangat, motivasi, mujahadah - namun setiapnya diisi inti ketenangan. Saya percaya, setiap daripada kita ada alunan dan tarannum yang memikat hati. Sebutkan sahaja qari-qari - pasti dikenali. Namun, yang lebih berbisa dan memberi kesan adalah lantunan dan alunan suara sendiri, dibaca dengan tahqiq dan tajwid, dihanyutkan hati dalam gelora keinsafan. Itu lebih bermakna.

“Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan Al-Qur’an.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Bunyinya tegas bukan? Sewaktu menamatkan persekolahan tingkatan 5 - antara persepsi saya adalah biar tak ada tarannum, asalkan baca bertajwid dan tepat makhraj. Namun, pengajian di Darul Quran telah membawa saya untuk menghadiri kursus kerajaan negeri berkenaan menjadi Imam dan Al Quran. Apa yang saya pelajari sememangnya mengubah persepsi itu untuk selama-lamanya. Sememangnya, ia sangat indah. Al-Quran yang terindah. Sains di sebalik tarannum dan pernafasan - superb. Belum ada peluang untuk betul-betul serius lagi. Harap berjumpa (atau tak cari?)

Inilah alunan terindah. Apabila dibaca, alunan simfoninya menghidupkan kembali hati-hati yang telah mati. Meruntuhkan tembok-tembok keegoan. Membasahi hati-hati yang kering dan tandus. Menyuburkan tunas-tunas pengharapan. Menguatkan benteng-benteng keimanan. Menyuntik semangat mujahadah. Dan membungakan hati dengan cinta, Simfoni ini - bukan sekadar simfoni kosong - ianya penuh dengan syariat yang menyelamatkan hidup manusia, sarat dengan sejarah dan perkara yang pasti berlaku pada masa hadapan, sains mengekori kemajuan Al-Quran, penuh hikmah dan peringatan - dan ia bukannya sekadar kitab biasa. Kitab ini telah terpelihara - di atas kertas dan juga di dada. 

Ini sebahagian petikan daripada buku yang sedang saya baca, mengulas tentang Al-Quran,

By approaching the Koran (Al-Quran) in the right way, Muslims claim that they do experience a sense of transcendence, of an ultimate reality and power that lie behind the transient and fleeting phenomena of the mundane world.....
Many were converted on the spot, believing that God alone could account for the extraordinary beauty of the language. Frequently a convert would describe the experience as a divine invasion that rapped buried yearnings and released a flood of feelings....
It was the Koran which prevented God from being a mighty reality ''out there'' and brought him into the mind, heaert, and being of each believer..
A History Of God, Chapter; Unity : The God of Islam, page 146, 147

Jadi, jom baca al-Quran. Teringat naqib saya di Al-Amin dahulu, Abang Syarif. Taklif kami baca sehari sejuzu'. Ya Allah, masa itu punya lah berat rasa (sekarang pun lelah jugak..hehe..). Tips dia, baca 4 muka setiap kali selepas solat. Alhamdulillah, gua bantai lepas Subuh dan Maghrib je. Hehe. Murajaah tak boleh tinggal.. Nama pun simfoni kehidupan, tak baca sehari, kosong rasa... :)

Love of this life - bless from Allah
Hadis Abu Umamah r.a. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه

Maksudnya: “Bacalah Quran, kerana sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada ahli-ahlinya”. 
Direkod oleh Muslim

Moga segala tilawah dan usaha dalam menterjemahkan Al-Quran selama ini diberkati Allah. Amin. Kadang-kadang takut juga, baca Al-Quran ada dua ketentuan. Al-Quran jadi pembela atau pendakwa. Apa-apa pun, kita cuba yang terbaik lah. Tak dapat baca satu muka, satu ayat pun jalan.  Jangan segan-segan baca Al-Quran dalam rumah. Ajak family, biar satu rumah diisi dengan suara-suara membaca Quran.

Nabi bersabda "Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan solat dan membaca Al-Quran". Al Baihaqi

Tahu tak ada teori mengatakan alam ini terdiri daripada 'string' yang bergetar. Simfoni dan melodi menghiasi alam ini. Dan bagi saya, raja segala simfoni, yang mana ia dipelihara oleh Allah sehingga qiamat, ialah Al-Quran. Ianya bukan sekadar simfoni biasa, tanpa simfoni Rabbani ini, tiadalah kehidupan bagi saya.

****************************************************

[sumber]  
p/s 1 : Warna ungu tu Quran ana. Mak ana bagi hadiah.. harap hingga akhir hayat dapat bawa mushaf ini. Biar lusuh dirobek beribu selakan, biar usang didera air mata tumpah, biar kabur dakwat akibat semburan amylase saliva (heh?), akan tetap ku bawanya sehingga ke liang lahad. Insya ALLAH.

8 comments:

  1. tahniah mnang pertandingan hafazan anjuran IKRAM....nta kalah dgn YDP Ikram Gombak dapat 2nd pun kira mntap dah tuhh..

    ReplyDelete
  2. thaaqhib - :)

    syazwan - la tahzan akh.. there, Allah will see how much we appreciate it. I knw, u appreciate th Quran.

    wakil - heh? tak mntap. biase je. rezeki tibe2 dtg ALLAH bagi. tq btw

    ReplyDelete
  3. asif, nak tanya sikit..pasal buku eternity has already begun-harun yahya..aku dh baca(separuh) tapi kurang faham sikit..yang dikatakan illusion tu, semua benda ke?termasuk orang sekali??macam mana dengan hukum2 fizik plak..?boleh ko tolong terangkan sikit tak?

    ReplyDelete
  4. wah , lawa la Quran warna ungu tu :) , hmm ayah ana pernah beritahu sikit2 kat ana , pasal teori 'string' tu .

    ReplyDelete
  5. Maen piano sip. Serius aku nak org maenkan sblh aku pianooo.

    Plus piano + violin = keluarga bahagia?
    hahahahahaa

    ReplyDelete
  6. anon - itu aku slow sikit. ok. cni, pendapat aku, things are not just as we perceive. because all this thing are all in our head. perception. in the end, consciousness or perhaps soul yang last.. and soul ni awal2 quran dah cakap itu matter of Allah.. things still work according to laws. Sunnatullah.. itu still ada. but, buku tu nak stress this world isnt as real as what we thought..

    isyraf - mai la.. sama2.. haha

    asyraf roslan - omg fren.. aku boleh hentak2 piano boleh la..not yet. keluarga bahagia? erk?

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.