Thursday, August 26, 2010

Bi'ah

Assalamu'alaikum

Bismilllah.

Sudah mula terasa rindu dengan bi'ah solehah Al-Amin dan Darul Quran. Sedari kecil dididik dengan suasana terjaga. Tadika Amal sehingga Darul Quran. Semestinya kerinduan untuk melihat bunga-bunga akhlaq itu memuncak. Di saat berjalan dihadapan mereka yang lebih dewasa, ditunduk. Bercakap dengan guru, dihormati. Tiada salah untuk tidak sependapat dengan guru-guru, namun batasan hormat perlu lebih dijaga. Juga apabila bertugas, terasa hati memberontak. Dibincang dengan hati, adakah ianya terbaik untukku sekiranya tidak disertai redha guru? Logik yang kuat kami diterapkan. Logik yang terkait dengan kehidupan akhirat. Sayang, saya hanya mula menghargainya setelah keluar daripada bi'ah tersebut.

"Sudah tiba masanya orang Melayu Islam difahamkan bahawa Islam mereka itu di bawah Perlembagaan" kata peguam Azlina Jailana, Dato' Dr Cyrus Das.

When we have no wind against us for our airplanes to take off. When we have no pressure for our coal to form diamonds. When we have no hardship for our consciousness to appreciate; this is what happens.

Kadang-kadang terfikir, adakah bi'ah solehah itu membunuh? Lama persoalan ini bermain dalam benak fikiran. Kerna kelihatan seakan-akan graduan sekolah dan institusi agama layu dihumban gelora nafsu. Tidak - masih ada segelintir yang istiqamah.

Saya bukan bermazhab mereka yang menyalahkan kereta jika pemandu mengalami kemalangan.

Baru saya faham, mereka yang ada ma'rifah perlu naik kepada fikrah. Yang ada fikrah, perlu terus memecut menjadi harakah. Bergumpal bersama jemaah. Membina khilafah. Dalam proses transisi, Allah menyaring.

Saringan. Menapis-napis yang berkualiti sahaja untuk terus kekal. Kadang-kadang bila mahu kejar, tak dapat. Selagi istiqamah, insya ALLAH tak terbuang dalam tapisan. Insya Allah.

* Alhamdulillah. Ramadhan tahun ini, masih tak sebaik yang lepas. Masih memecut. Rindu kawan-kawan dan bi'ah. I need it!!!!

No comments:

Post a Comment

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.