Saturday, June 26, 2010

Law of Motion (screwed mode)

Salam.

Bismillah.


Kawan saya memberi komen mengenai Newton ketika 'lecture' fizik. "ahh.. I wish it was the durian yang jatuh atas kepala Newton, not Rambutan.." hehe..

Saja nak mengisi masa lapang. Hidup kita dicipta oleh Allah. Macam program komputer yang dicipta oleh manusia, hidup kita juga ada 'program' yang mengawal hidup. Dalam cabang agama, ianya dipanggil sunnatullah. Terdapat banyak sunnatullah yang disebutkan di dalam Al-Quran. Terlalu banyak cabang hukum-hukum semulajadi yang dicipta Allah ini, antaranya hukum fizik. Kebiasaannya, antara pendedahan terawal kepada pelajar-pelajar fizik ialah berkenaan Newton's Law of Motion.

Saya akan kongsikan bagaimana hukum ini memberi kesan dalam hidup kita. Daripada apa yang saya pelajari, prinsip ini ada tiga.

First Law of Motion.

- Hukum ini memberikan definisi sifat semulajadi 'motion' setiap objek yang berada di dunia ini. Ia membicarakan tentang kecenderungan sesuatu objek untuk kekal pada keadaan asalnya. Keadaan 'motion' atau pergerakan objek terbahagi kepada dua bahagian, statik atau pegun dan bergerak. Istilah terhadap kecenderungan ini - inertia. Macam kita letak gelas berisi air atas meja yang beralaskan kain licin. Kemudian kita tarik alas itu, gelas itu kekal. Kerna ia cenderung untuk terus pegun di situ. Begitu juga dengan apabila kereta kita memecut tiba-tiba, kepala kita akan terkebelakang. Atau semasa kereta kita di brek mengejut, badan kita semacam terlajak kehadapan. Ini kerana walau kereta kita berhenti, badan masih cenderung untuk terus bergerak. Ada faham?

Ha.. ini contoh lebih kemanusiaan. hehe..
Situasi 1- Udin. Seorang budak tingkatan 5. Sedang berbaring tengok TV. Maknya berkata "Udin! Pergi buat homework. Jangan dok depan TV je". Udin, diam. Masih terus menonton rancangan Leverage kegemarannya. "Udin, pergi buat homework". Udin tetap tidak berganjak.

Udin dalam kedudukan pegun. Disebabkan ianya sifat semulajadi setiap objek untuk kekal pada posisi asal, Udin cenderung untuk terus dalam kedudukan pegun dan menonton TV...


Second Law of Motion.

Ianya membicarakan tentang kesan daya terhadap kadar perubahan momentum sesuatu objek. Daya, F is directly proportional to kadar perubahan momentum, ma. F=kma. k=1, constant of proportionality set as 1 -> F=ma. Semakin tinggi daya yang dikenakan, semakin tinggi kadar perubahan momentum. Perubahan terhadap daya secara terus mempengaruhi perubahan terhadap kadar perubahan momentum. Sebagai contoh, jika kita menendang sebiji bola yang mempunyai berat 0.1 kg dengan daya(net) 10 N, bola itu akan bergerak dengan pecutan 100m/s/s. Jika kita menendangnya dengan daya 2o N, bola itu akan bergerak dengan pecutan 200 m/s/s. Dalam kes ini, jisim bola itu tetap.

Contoh kemanusiaan..(pelik betul istilah)
Situasi 2 - sambungan.. Udin kekal di posisi asal. Inertia dapat diukur roughly melalui berat. Semakin berat, semakin tinggi inertia. Ini bermakna Udin berat. Berat Udin = Berat(Hati dan Badan)..hehe.. Mak Udin sudah mula naik angin. Jikalau tadi, daya tegurannya hanya 0.0001 N, namun sekarang ianya sedang menaik mendadak. Udin masih dengan Leverage dan muka seposennya. "UDIN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! PERGI BUAT HOMEWORK!!!" Terkejut Udin mendengar. Hatinya kecut tiba-tiba. Terus, tanpa berfikir panjang, Udin memecut ke dalam bilik. Situasi ini mematuhi prinsip kedua dalam Newton's Law, perubahan daya mempengaruhi perubahan kadar perubahan momentum. Perubahan daya 'teguran mak Udin' telah mempengaruhi daya pecutan Udin. Berat Udin assume tetap.

Third Law of Motion.
Action and Reaction. Setiap objek yang dikenakan daya, akan mengenakan daya yang serupa dalam arah yang berlawanan. Contoh - Tolak dinding 5N, dinding akan mengenakan daya 5N dalam arah berlawanan - arah kita.

Contoh kemanusiaan..
Situasi 3 - sambungan.. Mak Udin menyambung ".............." dengan daya yang sama. Tak tertahan dengan teguran maknya, hati Udin memilih untuk meneutralkan daya teguran maknya dengan... "Diamlah Mak!!! Mak ingat Udin ni robot ke!! @$%#&$%&*$". Daripada action mak Udin, terbit reaction Udin yang sama magnitude dengan arah berlawanan. Ketika itu, terdiamlah si ibu, bergegarlah arasy Allah, dilaknat-laknat Udin oleh penduduk langit, dan ketika itu hilanglah cahaya redha Allah yang menghiasi diri Udin.

Situasi 4 - sambungan dari situasi 2. Mak Udin menyambung ".............." dengan daya yang sama. Tak tertahan dengan teguran maknya, hati Udin memilih untuk meneutralkan daya teguran maknya dengan... Udin memeluk maknya. "Udin minta maaf mak.." Udin berlalu. Mak Udin terdiam dengan tindakan anaknya, lalu air mata mula membasahi pipi. Hatinya bersyukur. Udin memilih untuk memberi reaksi dalam lingkungan redha Ilahi.

The end.

Cerita dan contoh di atas hanyalah contoh. Dalam kita mengetahui, Allah telah menetapkan takdir kita, namun, kita juga diberikan kefahaman, mengapa kita memilih pilihan itu. Allah Maha 'Adil.

Kalau rindu, istighfar - moga kerinduan pada yang dicintai tidak mengganti Tuhan di dalam hati.
Kalau cinta, islah - kerana usaha kita merupakan action - pasangan kita merupakan reaction. Baik untuk baik :)
Kalau sayang, beriman - Perasaan datang kerana Allah beri. Untuk uji, sama ada nikmat atau istidraj. Makin dekat atau makin jauh. Jadi, hargai, perasan itu dengan beriman. Haq perasaan hanya pada Allah ketika ini. Selagi belum ada ikatan nikah, selagi itu dia tak ada haq.

* Pesanan ini untuk diri sendiri(?) juga untuk kawan-kawan yang sedang dalam konflik perasaan. Usah risau tentang loyalty and faith, and semua perkara itu, kerana jika dia jodoh anda tak lari ke mana pun. Jika masih lagi risau, check balik - anda masih dalam lingkungan redha Allah atau tidak. Sepakat membawa berkat :D Fokus pada yang lebih utama, jaga ikhtilat, dan jaga iman. Seorang rakan atheist pernah berkata "Emotion is a tool". Although cinta terlalu *undescribable* to be regarded as a tool, tapi, ia masih dalam lingkungan kepatuhan kepada Allah. Bahagia itu berpunca daripada ketaatan kepada Allah :)

Salam.

14 comments:

  1. agreed!

    wah2.. terus praktikkan ilmu ye?

    ReplyDelete
  2. wan...agreed part mane? bab perasaan ke bab fizik? ehehe..

    insya ALLAH.. nk bagi physics alive skit..hehe.

    ReplyDelete
  3. wah, hebat betul..lepas baca beberapa post ko, macam tak pecaya je ko sama umo dengan aku..rasa diri aku ni kerdil sangat jika nak dibandingkan dengan ko, terutamanya dari segi pemikiran..boleh ko bagi tips kat aku macam mna untuk dapat pemikiran macam ko?-diri kerdil-

    ReplyDelete
  4. lol sip. 2 hari lps ko post ni, status fb aku tu kuar. ko telepatikan kat aku ke. (aku tak bace lg smp skrg) =_=

    ReplyDelete
  5. totally agreed!!

    istighfar, islah, b'iman..

    baik utk baik;))

    ReplyDelete
  6. Yang ni knape sume nk anon2 ni..adoi..

    ANon 1 - haha..nasib baik ko tak jmpe aku lg, klo jmpe, memang ko x caya aku budak kolej. macam budak tadika..haha. nta salah tanggap tu, hehe, xde tips, cume, pkongsian.. read, and read, and read..

    Anon 2 - haha. aku tau ko capo-capi..sori cap.. masa tu tgh offline pun. tapi, yelah, dlu masa gune telepathy streamyx, stable..tp skng masa telepathy bband, dia tak stabil..hoho..tu yang ter ONline tu..

    anon 3 - hehe. agreed? takkan tak nak agreed kan? :)

    ReplyDelete
  7. salam..nta mcm perli sorg kawan ana je dlm bab perasaan tu..(-_-)
    bagi pihak dia, dia neutral skrg.jgn risau, ana kwn rapat dia.

    ReplyDelete
  8. anon - erk, perli? tak2. kenapa anggap cmtu? skadar perkongsian. serious.

    ReplyDelete
  9. mungkin x nampak mcm perli bg nta. tp bg dia? lagi2 nta guna perkataan 'konflik perasaan' tu..nta tahu kan kawan ana yg mana yg ana maksudkan? dia memang sunguh2 nak neutrlkan hati. sampaikan bila dgr nama nta, dia tutup telinga.bukan sebab benci, tapi sbb x nak ingat. ana tahu mcm mana kondisi dia. she suffered a lot. but, skrg dia feel better, lbh tenang..alhamdulillah.
    ana x blame nta atas kondisi kwn ana, cuma nta pun kena ingat la pesanan2 dr dia. maaf, dia bgtahu ana semua cerita dia. nta kena akui, at last, seorg pmpuan tetap akn brkongsi cerita dgn kwn rapat dia. seorg pmpuan menyimpan seribu rahsia. nta x leh salahkan dia kalau dia bercerita dgn kwn rapat dia.fitrah wanita tu. raikan fitrah seorg wanita sbgaimana nta meraikan fitrah seorg khalifah..
    (sori,nta xkan dpt teka sape ana..)

    ReplyDelete
  10. satu lagi..nta x pernah kenal ana. kita x pernah kenal satu sama lain.ana hanya kwn baik kpd dia.

    ReplyDelete
  11. dye disalahkan sbb org suka die?

    ReplyDelete
  12. sekali lg diingatkan, ana mahupun kawan ana itu tidak menyalahkan asif. jgn salah faham.

    ReplyDelete
  13. Anon - ana minta maaf. tak ada masalah, sila-sila kiranya masih ada yang tersisa. syukran. ana minta maaf kalau-kalau ada sesiapa yang terasa. Ana hanya gembira ada di antara kawan-kawan ana memilih untuk menghadapi cinta yg hinggap di hati mrk dgn halal. bukan terus berkapel mcm yg lain.. jadi, ana luahkan kegembiraan ana di sini. kawan-kawan di sini ana refer kepada banin-banin. tiada niat di hati, malah tidak terlintas untuk niat memerli. apa-apa pun terima kasih...

    and, ana tak blame sesiapa. ana tak buat apa-apa pun. and ana taktahu apa jadi. adoi. ujian2..

    ReplyDelete
  14. .... - bunyinya mcm tu jgk..tp, ntah..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.