Friday, October 30, 2009

SOLUSI

Salam. Alhamdulillah. Kembali ana di sini, untuk menyampaikan isi-isi hati, hasrat dan harapan, di hujungnya impian dalam sumbangan untuk melihat Islam kembali berkuasa di dunia. Kuasa yang mendamaikan dan sejahtera. Satu sistem yang berkuasa, bersumberkan kuasa Yang Maha Kuasa.

Sebenarnya dah lama dah ana maklumkan perkara ini. Ana pun rasa most of korang dah tahu. Tapi tak apa, sampaikan sahaja amanah. Kita mulakan dengan media. Kita dapat lihat bagaimana media main peranan yang amat-amat berkesan dalam membentuk fikrah, penerimaan, adat, dan cara pemikiran masyarakat. Bagaimana iklan-iklan raya, yang mengajar budi bahasa dan toleransi membentuk pemandu yang berhemah. Bagaimana iklan-iklan artis, produk dan sebagainya sedikit demi sedikit menghakis senstiviti masyarakat. Bagaimana drama-drama MELAYU memaparkan adegan-adegan yang 'kurang' moralnya. Bukan ana nak kata bahawa tiada langsung nilai baik, namun mudharatnya lebih besar daripada manfaat. Memaparkan bagaimana masyarakat Melayu terikut-ikut dengan budaya negatif masyarakat Barat. Sounds familiar?

Haritu, Ust Zahazan datang Darul Quran. Ha, apa lagi memang semua happy. Bayangkan bila dia bangun nak bagi ceramah, not to say, I'm stunned. Dengan cahaya wajahnya yang terang, tenang riak wajah dia, penuh kerendahan diri. Masya Allah, agaknya inilah yang disebut ulama'. Kita tengok muka dia, hati kita tenang. Masya Allah, banyak betul kurnia Allah pada dia. Awal-awal agi kami dah kena perli. Tapi, itu bukan cerita post. Akhir ceramah dia, dia tekankan peranan media....

Alkisahnya..
Ust Zahazan, seorang pejuang agama yang menyedari bahawa media memainkan peranan yang amat besar dalam mempengaruhi manusia. Lalu dia mengembara, jumpa pegawai eksekutif Media Prima. Beliau bertanya, sekiranya dijual, agaknya berapa harga? Jawapan yang diperolehi agak mengecewakan. Terlalu besar harganya. Beliau lalu meneruskan pencariannya. Jumpa pegawai di stesen radio. Jawapannya yang sama keadaannya, mengecewakan. Terlalu besar. Dalam masa beliau berfikir, Allah telah memberi ilham. Tup tup, majalah? Idea yang timbul terus beliau menfaatkan. Beliau mencari rakan-rakan seperjuangan. Hasilnya amatlah mengagumkan. Anda pernah dengar SOLUSI? Hehehe.



Bagi ana, yeah. Majalah SOLUSI, amat-amat best. Rasa terisi rohani. Penulis-penulis dia, outstanding. Dari Ust Zahazan, SaifulIslam, Ust Zaharuddin, Prof Sidek, dan ramai lagi mereka yang hebat. Dengan pengisian yang mengeyangkan rohani. Konsep motivasi dan fardu ain. Ana cakap, tak rugi kalau beli. Inilah masa untuk kita angkat kembali majalah yang berkualiti. Yes, I don't mean to say that you can't buy Kreko(I don't read them), but think again. Go ahead, if you want to buy them, at least have a tour on SOLUSI. Of course we don't want to have our jaws opened in front of Allah. God gives us choices. We chose the 'less important' one. Then, errr, God, I guess that the magazine was too expensive. I buy comics, I can improve my drawing skills. I don't read religious articles, they're just too lame. I have enough in me. Yeah! =.=" Alasan? God created us. Pleaseee....


Ini isu ke-12. Manfaatkan sementara anda masih hidup.
Itu saja untuk kali ini. Buat sesiapa yang terasa 'dahaga', go ahead. Take a grab and enjoy.

No comments:

Post a Comment

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.