Friday, January 18, 2013

Pemuda

Pemuda itu harusnya seperti lautan. Permukaanya nampak tenang tapi di dalamnya arus yang kuat.

Pemuda harus punya semangat yg menggelora dalam jiwa tapi tingkah laku, percakapan, dan karakternya harus tenang - 'Ammar Sahrim

Esok pelancaran Ikram Siswa Nasional. Kami dari Penang dua bas.

Masa borak dengan adik usrah, sebut satu ayat. Ayat Seribu Dinar. Pening kepala nak fikir pasal dana dan transportation untuk ke KL. Nak bawa ramai ikhwah-ikhwah baru. Nak minta bayar full, kita tak patut petik buah komitmen dan pengorbanan andai buah tak masak lagi.

Aku persoalkan diri sejauh mana aku yakin pada ayat itu. Usaha sudah. Setiap inci dah ikhtiar. Maghrib semalam, kemuncak pasrah aku pada Allah. Dalam ayat itu, Allah janji pada siapa yang bertaqwa - Allah akan tunjuk jalan keluar. Allah akan beri rezeki dari ceruk yang tak disangka. Memang sudah buntu, hanya istighfar peneman malam.

Sudah lah ada paper Electrical Measurement hari ini. Eventnya esok. Hectic. Senior semua praktikal dan projek. Maklumlah, orang kejuruteraan.

Alhamdulillah, pukul 12.45 malam ada hamba Allah ini call. Dari kena bayar mahal, jadi percuma. Tak perlu keluar duit apa-apa. MasyaAllah.

Alhamdulillah, Allah memang ada cara nak gembirakan hambaNya. Alhamdulillah.

Jadi, ikhwah akhawat, jumpa esok masa pelancaran! Saat bersejarah buat kita mahasiswa Ikram.

'Nahnu ruhul jadid fi jasadi ummah'

:)

1 comment:

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.