Friday, January 4, 2013

Jantung Hati: Al Quran

Dr Raghib al Sirjani menceritakan peristiwa masyhur peperangan Al Yamamah. Apabila peristiwa yang menggegarkan ini berlaku, maka mereka memohon pertolongan kepada penghafaz al Quran. Mereka memanggilnya dengan berkata: "Wahai ahli al Quran!" Maka mereka pun bangun dan bangunlah di belakang mereka para Muslimin yang lain, sehingga mereka gugur syahid dalam peperangan al Yamamah seramai 500 orang penghafaz al Quran. Kemudian bangkit para Muslimin selepas itu dan menyeru terhadap penghafaz-penghafaz surah al Baqarah; Wahai ahli al Baqarah! Maka mereka pun bangun sehingga sebahagian besar mereka gugur syahid. [Kaifa Tahfaz al Quran al Karim, ms 10]

Penghafaz Al Quran merupakan pembawa panji Islam. Tidak wajar baginya bermain-main bersama mereka yang bermain-main, dan tidak ia lupa bersama mereka yang lupa, dan tidaklah ia berbicara yang sia-sia bersama mereka yang lalai - Imam Fudhail bin 'Iyadh. [Ihya' Ulum al Din, jil 1, ms 274]

Abdullah bin Mas'ud, sahabat nabi yang hafiz juga pernah mengingatkan; "Seorang penghafaz al Quran sepatutnya mengenali malam tatkala manusia lain sedang tidur, dan harinya berpuasa sunat ketika manusia lain sedang berbuka, dan bersedih tatkala manusia lain sedang bergembira, menangis tatkala manusia lain gelak ketawa, diam tatkala manusia berbicara, penuh merendah diri tatkala manusia lain berbangga diri. Sepatutnya bagi penghafaz Al Quran itu seorang yang banyak menangis, sedih, tidak mudah marah, tenang dan lemah lembut. Tidak sepatutnya penghafaz al Quran bersikap kasar, lalai, berteriak, memekik dan penuh kemarahan". [Musannaf ibnu Abi Syaibah, no 36734]

Aku bertukar naqib minggu lepas. Seorang doktor perubatan, sedang housemanship di HSJ. Allah mengabulkan doa aku, dia juga seorang hafiz al Quran. Dia grad Darul Quran, sambung UIA Kuantan dalam bidang perubatan. Aku sering berjumpa dengannya semasa daurah di KL. Dia sering jadi muwajih kami. Alhamdulillah, Allah menghantarnya. Terus aku meminta untuk tasmi' Al Quran setiap kali selepas liqa'. Dia bersetuju. Maka Nikmat manakah lagi yang aku dustakan?

Moga aku terus dapat jatuh cinta dengan al Quran. Again and again. And again.

Moga aku dikumpulkan bersama huffaz seperti Abdullah bin Mas'ud, Ka'ab bin Malik, Salim Maula Abi Huzaifah dan Abdullah ibn Abbas di syurga kelak.

Amin.

Pelik, aku merasakan aku lebih merindui kematian. Apakah aku ini tergolong dalam mereka yang tidak bersyukur? Nauzubillah. Wastaghfirullah. Tapi sungguh, aku merindui mereka yang di 'sana'.

5 comments:

  1. The first time I saw you, you were reciting al Quran at Majlis Pelancaran Ikram Siswa Penang. Opening ceremony. It's the first time we saw you. Then you were appointed as timbalan for uitm, we were surprised. New people. Then at TOPS, you recited for the opening ceremony.

    The recitation was so beautiful it made me cried. I asked almost everyone about you but no one knew, you were a newcomer then. I just know your name. After reading this post, I know that you are a hafiz. May Allah bless you Asif.

    ReplyDelete
  2. T.T

    ya Allah, semoga kau baik-baik sahaja di sana wahai sahabat.
    aku rindu sangat kat kau sip. seriuslyyyy


    -nidzamyatimiramli-

    ReplyDelete
  3. Fatahallah 'alaik.
    Mohon copy info musannaf ibnu abi syaibah.
    Jazakallah.

    ReplyDelete
  4. Anon 1 - Amin.

    Nidzam - Alhamdulillah. Baik sahaja nidzam. utk kau juga :) rindu juga.

    Anon 2 - Sila. Afwan. Amik apa2 yg nak utk manfaat.

    ReplyDelete
  5. Anon 1 - Amin.

    Nidzam - Alhamdulillah. Baik sahaja nidzam. utk kau juga :) rindu juga.

    Anon 2 - Sila. Afwan. Amik apa2 yg nak utk manfaat.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.