Monday, December 31, 2012

Aku sangat merinduimu!

Aku penat, tapi aku bersyukur. Keutamaan aku letakkan pada Allah dan Rasul. Aku pulang lewat, malamku bersengkang untuk agamaMu, siangku berhempas pulas menjadi yang terbaik.

Ya Rasulallah, sungguh aku merinduimu. Hati ini resah menginginkan dirimu.

"Kau serahkan segala demi Islam yang tercinta,
Hiba dirimu terkorban dan jua menderita,
Jikalau tidak kerana segala jasa-jasamu,
Tiada terpancar nur Islam di hati  sanubari.
Dikaulah pejuang yang disegani.

Walau kini kau tiada,dirimu tetap dijiwa. Kaulah Rasulullah yang agung, ya habiballah" Kau Istimewa; Saff-one.

Tumpah air mataku berderai-derai. Kitab sirah di tanganku ketika lagu ini berkumandang. Saat kewafatanmu sedang aku baca. Tiada dapat ku tahan tangis ini. Sumpah, aku merinduimu kekasihku. Sumpah, aku berharap kematian menjemputku dalam ku merindui dirimu. Aku ingin mati syahid, dan aku ingin mati merinduimu. Ya Allah, kabulkanlah!

Aku ingin tasmi' hafazan Quranku bersamamu di hadapan Jibril, guru alQuranmu.

Aku ingin menjemputmu makan malam bersamaku di syurga, bersama Abu Bakar, Umar, malah Uwais al Qarni.

Aku kepingin mendengar sirahmu, biarpun aku terlalu malu andai kau bertanya mengenaiku.

Dan aku amat ingin sekali agar kau dapat mengucup dahiku, walau dahi ini sangat jarang bersujud pada Allah.

Sungguh, aku sangat merindui kekasihMu ya Allah. Dia juga kekasihku. Hati ini memanggil-manggil dirinya.

Moga aku tergolong dalam hadith, Innaka ma'a man ahbabta. Aku amat mencintaimu. Aku terlalu merinduimu!

Moga aku terus kuat menghidupkan sunnahmu. T_T

Salam rindu,
Daripada umatmu yang amat mencintai dan merinduimu, namun seringkali gagal dalam mengikuti sunnahmu.

Wahai Kekasih Ar Rahman, sambutlah selawat kami. Sesungguhnya telah engkau sampaikan risalah ini, dan aku menjadi saksi.

Di atas sejadah, Baitul Ikhwah Baru, tepi bendang, Permatang Pauh.
Usai solat malam penuh syahdu. Syahdu bukan kerna dosa, tapi kerna terlalu rindu.

3 comments:

  1. Ni kena kencangkan Kuantan ni, xleh kalah ngan oghang belah sana!

    ReplyDelete
  2. :) fastabiqul khairat akhi! ayuh!

    ReplyDelete
  3. :) fastabiqul khairat akhi! ayuh!

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.