Monday, November 5, 2012

Heroes!

Pada tahun kelima kenabian, nabi berjalan dan melihat ramai pembesar Quraisy sedang berkumpul di hadapan Ka'bah. Nabi berdiri dan terus membaca surah an Najm.

Kesemua pembesar Quraisy yang selalunya akan meninggalkan nabi, terdiam dan tercengang. Mereka tidak sempat berbuat apa-apa. Hati mereka digamit keindahan Al Quran, tembok kedegilan mereka cair. Mereka terus diam dan mendengarkan bacaan al Quran yang sungguh indah. Sehingga ke ayat sajdah pada ayat ke 62 :
''Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran) dan beribadatlah kamu kepada-Nya (dengan sepenuh tauhid)''  (An-Najm : 62)
Nabi terus bersujud. Pembesar-pembesar Quraisy turut serta bersujud. Mereka tanpa disuruh sujud - tunduk dan lemah di hadapan kebenaran ayat al Quran. Mereka yang sebelum ini sangat kuat menentang tanpa disangka sujud kerana hati mereka terpaut dengan al Quran. Walaupun sesudah habis mereka sujud, mereka segera bangun dan menentang.

"How does my heart react when I read, listen, or tadabbur the Quran?"


Bulan ini pada zaman nabi, tahun keenam kenabian adalah bulan yang amat bermakna.
Islam dikuatkan oleh dua orang pahlawan yang hebat.
Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib dan Umar bin Al Khattab.
"What are my contributions to Islam?"

Hari ini mula memasuki muka surat ke-200 Raheeq Makhtum. Sungguh, terlalu banyak mutiara untuk dikutip dalam sirah nabi. Terlalu banyak. Macam-macam perasaan dialami semasa membaca sirah. Sedih, gembira, bangga, rindu dan bersemangat!

Rasa dunia ini kecil, rasa akhirat itu tujuan. Moga istiqamah kawan! :)

Tinggal kita, umat Islam, memilih untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur atau tidak.
Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa sahbihi ajma'in.


1. JOM! Jumaat ini ke talk Syeikh Zahir Mahmood. Mengenai pedang Allah, the one who remained undefeated in battles. Until he died. Di UIA Gombak.


2. JOM! Hadir ke Conference of Heroes 13 November ni. Di UIA Gombak. Yang dari Uni lain pun jom lah. Tapi harga tiket up sikit.




No comments:

Post a Comment

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.