Sunday, February 19, 2012

Askar Palestin Plastesin - [Global March to Jerusalem]

Salam.

Saya suka tunjuk pada adik-adik kecil saya, mengenai video-video Palestin, penindasan hak asasi manusia di seluruh dunia. Walaupun soalan yang ditanya ketika saya memasang video itu selalunya sukar untuk dijawab, contoh "Kereta kebal mana lagi kuat?, Askar ni baik ke jahat?, Kenapa orang Israel tembak budak?, Mana Allah tak tolong ke orang Palestin?, Pistol tu kalau kene tembak sakit ke?, Berdarah boleh mati ke?", tapi untuk kesedaran masa depan mereka, saya layan je. Ada satu hari, mereka beli Plastesin, saya tunjuk video-video Global March to Jerusalem, ini hasil karya saya dan mereka, Ayaz dan Saif. :D

Rumah orang Palestin
Adik-adik Palestin
Saja letak, nak tunjuk betapa keciknya model kami. Seni sungguh har har har..[poyo]
Adik-adik Palestin dengan pahlawan Palestin, dengan Bazuka dan roket mereka
Belakang tu macam mine, pijak meletup mati.

************************************************


Nak buat satu pengumuman. Ada event baru, nak anda semua sertai sama-sama. Samada di Malaysia, atau di luar negara. Yang lagi untung untuk mereka yang belajar di Timur Tengah.

Inisiatif baru dianjurkan, untuk mengajak semua citizen dunia yang mengambil berat terhadap hak asasi dan keadilan agar menyertai 'non-violent civil resistance' pada 30 Mac 2012 seluruh dunia. Event ini akan membawa mereka yang menyertai perarakan ini ke point terdekat tempat masing-masing dengan Jerusalem. Malah yang di Jordan, Syria, Mesir, point terdekat mereka ialah di gun-point Israeli soldiers. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar.

Anda boleh baca mengenai Global March to Jerusalem di link di header blog saya di atas. Anda boleh baca About. Kalau anda ingin tahu mengenai objektifnya, anda boleh baca di Objectives. Kalau anda ingin tahu macam mana ia dilaksanakan, anda boleh klik Action Plan. Untuk website Gm2J Malaysia, anda boleh klik di sini.

Setakat ini sebanyak 23 NGO di Malaysia yang sudah mendaftar untuk terlibat bersama GM2J.
  1. Al-Mustafa Foundation Malaysia
  2. Aqsa Syarif Berhad
  3. Dewan Pemuda Masjid Malaysia
  4. Global Peace Mission
  5. Islamic Relief Malaysia
  6. Kelab Putera 1 Malaysia
  7. Malaysian Medical Relief Society (MERCY Malaysia)
  8. Malaysian Social Research Institute (MSRI)
  9. Muslim Care Malaysia
  10. Palestine Centre of Excellence (PACE)
  11. Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) 
  12. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  13. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  14. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
  15. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  16. Sekretariat ABIM Pusat
  17. Sekretariat HALUAN Palestin
  18. Sekretariat MAPIM
  19. Viva Palestina Malaysia (VPM)
  20. Yayasan Amal Malaysia
  21. Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF)
  22. Yayasan Salam Malaysia
  23. Yayasan Wanita Islam (YATI)
Tidak dipastikan andai ada lagi NGO lain yang ingin menyertai. Segalanya tertakluk pada keputusan mesyuarat. Anda boleh baca lanjut di sini Senarai NGO.

Wallahu a'lam. Segala usaha kita cuba, hasilnya kita serah pada Allah.

2 comments:

  1. kretip! very practical indeed. baru lepas tenguk video inianwarhadi yg latest. asif ahmad tu enta ye? hoho ini sungguh kool.

    ReplyDelete
  2. Haah.. saje je nak tny dalam twiiter tu. sebab die open counter. ingatkan tak masuk bidio, rupe2 masuk. peh..malu gue.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.