Sunday, July 10, 2011

We'll carry on [BERSIH 2.0]

*Post ini adalah mengenai BERSIH 2.0. Ianya pendapat, pengalaman dan pandangan peribadi, tiada kaitan dengan mana-mana pihak dan pertubuhan.


9 Julai 2011

Damai
Malam sebelum itu mereka berkumpul di Damai. Sudah rutin hampir setiap hujung minggu mereka berkumpul dan qiam berjemaah. Namun kali ini, hangatnya semesti terasa lebih lain daripada biasa. Masing-masing yang di rumah dan juga di Damai, diingatkan supaya berdoa pada Allah agar dilindungi dan dikuatkan untuk 'event' pada hari tersebut. Secara peribadi, saya menyukai dan mencintai mereka. Mereka berdoa pada Allah dan bertawakkal, dan mereka berakhlaq. Jika ketika demo, mereka juga akan melaungkan slogan-slogan yang bersih seperti "Hidup, hidup hidup rakyat" dan "Tumbang 3x Kezaliman". Namun, mereka tidak bersetuju dan berdiam ketika diteriakkan "Hancur 3x Najib" dan "Hancur 3x BN". Demo dengan aman dan berakhlaq. Tiada provokasi, hanya berjalan dengan aman. Itu kami yakini akan berlaku sekiranya tiada gangguan mana-mana pihak.
Check berita sentiasa untuk pastikan jalan yang available
Pagi itu, saya tiba di Damai selepas menghantar Amru, adik saya ke KTM. Dia pergi bersama-sama rakannya. Beberapa kali saya memujuk ibu saya, yang ianya berbahaya bagi budak tingkatan 3 pergi bersama. Namun dia tetap ingin pergi. Nak buat macam mana? Degil macam abang la.. Saya tiba di Damai. Segar dan bersemangat. Arahan dari IKRAM, yang IKRAM tidak akan turun sedikit mengecewakan. Namun, kami dibenarkan untuk turun atas nama individu. Alhamdulillah. Kalau IKRAM tidak membenarkan ahli-ahlinya turun, akan saya turuti. Mereka pemimpin yang saya taati. Sedikit lega juga apabila mereka membenarkan kami turun. Alhamdulillah. Pagi itu, kami bermesyuarat dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Bersama saya, saya membawa sebuah kamera, baju kuning, dan juga sebotol air untuk kemungkinan 'tear gas' dan asid nanti. Kami membentuk sepasukan kumpulan untuk pergi meninjau jalan-jalan yang sesuai untuk tiba ke destinasi. Yang pertama sudah ditangkap oleh polis. Kami akan menyambung. Saya bersama-sama dua motor lain pergi meninjau jalan-jalan yang sesuai di sekitar Pudu, Masjid India, dan tempat-tempat lain untuk mencari jalan supaya kami boleh tiba ke destinasi. Sedikit anekdot dalam perjalanan kami meninjau, kami terpisah sebentar dek roadblock demi roadblock di KL. Ketika dalam perjalanan pulang, saya ternampak sebuah trak polis melintasi kami. Saya memandang lama ke dalam trak, ternampak beberapa orang dewasa dan beberapa orang budak. Pada masa itu, masih tak terdetik mereka ditangkap. Tiba-tiba, mereka mengangkat tangan dan menunjuk lambang 'PEACE'. Lah..tangan mereka digari. Allahu Akbar.. Kami pun men'salute' mereka. Masya Allah..semangat. Sepanjang riki,Alhamdulillah tak ada masalah. Kawan rapat saya juga baru tiba, Ahmad Ridhuan aka Ewan Jade, seorang cameraman yang 'talented'.

Beberapa das tembakan tear gas dilepaskan. Ewan, si baju hitam yang sedang mengangkat kamera.
Kami bertolak sekitar 12.45 tengahari ke Pudu. Dalam lebih kurang konvoi 10 motor kami menuju ke Pudu untuk menyertai crowd yang dah mula terbentuk. Terjumpa beberapa ikhwah dalam perjalanan. Saya dan Ewan park motor kami dengan cepat, dan terus memasuki crowd. Tak sampai seminit selepas kami sampai, 'tear gas' dilepaskan. Kami menyangka kesannya masih jauh, jadi kami tak berganjak dan terus menunggu untuk maju ke depan. Namun, ketibaan helikopter entah dari mana menukar suasana menjadi kelam-kabut. Angin dari bilah helikopter meluaskan 'reaching range' gas pemedih mata yang dilepaskan. Mata, kulit muka dan dada tiba-tiba terasa pedih, cukup untuk menbuatkan mata berair tanpa digosok. Kedengaran beberapa yang menjerit "Jangan gosok muka dan mata!". Tips supaya kesakitan tidak bertambah.
Mask pun tak function. Minum air banyak-banyak pakcik!
Kehadiran heli menambah parah.
Namun, kali ini tembakan gas pemedih mata sekali lagi bermula. Dan kali ini, ia lebih dekat dengan kami. Ya Allah..pedih semuanya. Terasa kasihan melihat makcik dan pakcik yang sedikit tua, semestinya azab. Gas tersebut sekali lagi disebarkan oleh helikopter yang terbang tetap tak bergerak-gerak di atas kami. Sakitnya makin terasa. Muka yang dah ditutup terasa amat pedih. Mata juga mula memaksa untuk digosok. Di dalam dada terasa sangat pedih. Cuba untuk tidak bernafas, namun tindakbalas otot-otot yang memerlukan oksigen lebih mendesak, memaksa saya menarik nafas panjang sekaligus menyedut gas dengan banyak. Saya melihat makcik dan pakcik Melayu, Cina dan India sudah ada yang mula menangis kesakitan. Alhamdulilah.. terasa bangga dengan remaja-remaja kita yang membantu memapah makcik dan pakcik secara sukarela. Saya mengeluarkan air cepat-cepat, menawarkan kepada mereka yang kelihatan terlalu sakit dan pedih. Ewan masih 'steady'. Selepas kesan gas sudah hilang, kami maju.


Di tengah-tengah perjalanan, sekali lagi kami dalam crowd panas. Juga kelihatan satu fenomena yang lain daripada yang lain. Beberapa orang menunaikan solat di tengah jalan di depan barisan kukuh FRU. Dalam ketegangan itu, saya amat menghormati mereka-mereka yang menegur wartawan-wartawan yang mengambil gambar di hadapan orang solat. Dan wartawan juga menghormati permintaan mereka. Dalam masa itu, saya juga sempat berkenalan dengan beberapa warga asing dan mereka yang sedikit unik. Kalau bukan sebab bateri kamera saya habis(dengan izin Allah), saya akan mengambil gambar mereka semua. Terkilan juga tak sempat mengambil gambar beberapa ikhwah dan bekas pelajar DQ dan Al-Amin. Jarang sangat dapat jumpa.
Sempat bersalaman sejurus sebelum gelombang tembakan pemedih mata bermula..
Baru lepas kena gas pemedih mata..
Kami meneruskan perjalanan, sehingga tiba di kawasan berhampiran Hibiscus Hotel di mana saya merasakan itulah saat yang paling menyeksakan bagi kami. Aku dan Ewan juga terpisah di situ. Di situ, crowd dihalang dari depan dan belakang. Tiada tempat untuk lari. Masih ingin mara. Lalu beberapa das tembakan gas pemedih mata dilepaskan. Masing-masing melarikan diri.. Kali ini, kerana jalannya kecil dan crowdnya pekat, kesan gas lebih sakit. Saya dan beberapa orang yang lain mengambil canister gas pemedih mata dan cuba membuangnya ke tempat lain, namun kami dikejar. Salah seorang berjaya ditarik oleh polis yang berpakaian biasa dan dibelasah habis-habisan dengan belantan dan kaki. Alhamdulillah dalam hati ketika itu. Dada masih pedih. Namun, kami yang muda-muda lebih menginginkan pakcik-makcik selamat. Saya dan beberapa pemuda lain yang tak dikenali, namun mempunyai tujuan yang sama segera berpatah balik untuk memapah mereka yang berusia dan terlalu sakit, dan menawarkan air serta garam kasar untuk mereka.
Sejurus sebelum dilepaskan gas dekat Hibiscus Hotel, abang ini memberi garam kepada orang ramai.
Membentuk 'ribath' atau ikatan. 
Namun, ketika crowd sedang lari ke arah yang bertentangan, sekali lagi kami ditahan polis. Kali ini lebih parah. Ramai yang mula duduk di hadapan polis. Hujan mula turun. Slogan-slogan yang sebelum ini diteriak "Bersih 4x!" menjadi "Hujan 4x!. Diselangi takbir. Sejenak waktu untuk kami menghilangkan ketegangan dan berhibur. Crowd semakin berani untuk maju. Hujan dianggap dapat melumpuhkan gas pemedih mata.

Sebelum ditembak [AlJazeera]
Namun, sangkaan itu salah. Kali ini berdas-das tembakan gas berkali ganda daripada biasa dilepaskan. Sekali lagi, saya sempat mengambil satu dan membaling jauh ke arah kami. Botol air dikeluarkan. Namun, gas pemedih mata terlalu banyak. Kiri, kanan, depan belakang semuanya ternampak kanister yang mengeluarkan gas yang tebal kekuningan putih sedikit. Di belakang kami, FRU sudah mula mara bersama belantan dan perisai. Loceng FRU dibunyikan. Beberapa das ditembak lagi. Kami sudah mula kucar kacir. Sakit. Saya minum air sebanyak mungkin. Namun, gas terlalu tebal. Kesannya amat menyakitkan, dada terasa terbakar. Saya mula terduduk di atas lutut. Muntah-muntah. Mata sudah mula kabur. Beberapa pakcik dan makcik juga sudah tersungkur memegang kaki yang masih kuat berlari. Hidung, mata, mulut, dada semuanya terasa pedih membakar. Masing-masing berlanggar sesama sendiri. Hujan tidak beberapa membantu. Saya cuba untuk bangun, memotivasikan diri bahawa ada orang lain yang lebih memerlukan air dan garam yang dipegang di tangan. Bangun untuk mencari.. Melayu, Cina, India semuanya kami bantu. Alhamdulillah.. terasa semangat untuk meneruskan makin membara. Yang jatuh diangkat dipapah. Sesungguhnya, saya bangga dengan pemuda-pemuda Malaysia. Mereka sememangnya menunjukkan sikap-sikap yang bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri. 
Gas dan asid dilepaskan ke dalam perkarangan Hospital  [malaysiakini]
Kami dihalau sehingga ke Hospital Tung Shin. Di situ saya berjumpa dengan beberapa bekas pelajar DQ - Iqbal, Basith dan lain-lain. Juga bersatu balik dengan kumpulan asal saya. Alhamdulillah. Ewan masih tidak kelihatan. Dari dalam, kami ditembak beberapa kali dari jauh. Kali ini kesannya tidak mendalam sangat kerana kami di dalam pagar, dan kebanyakan kanister yang ditembak di kawasan hospital dilempar ke luar kembali. Kebanyakannya duduk diam-diam sehingga kesan gas hilang. Ada yang berlari mencari tandas bagi mencuci muka. Kenyataan salah seorang pekerja yang ditemubual, 

Katanya, walaupun terdapat lebih 500 orang di tempat kejadian, tetapi "Berlaku beberapa keadaan huru-hara apabila pihak polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata. Mereka bersembunyi di dalam hospital, dan menunggu diam-diam sehingga gas tersebut hilang," tambahnya. Salah seorang pemandu ambulans hospital itu juga berkata orang ramai berkelakuan baik di hadapan hospital itu, tetapi ramai yang bergegas ke tandas untuk mencuci muka mereka untuk mengurangkan kesakitan terkena gas pemedih mata. Katanya, hospital tidak mengalami apa-apa kerugian dan insiden itu juga tidak menjejaskan pesakit di situ.[malaysiakini]
Kami dari hospital meneruskan sehingga ke KLCC. Sepanjang perjalanan, kami diiringi oleh hon-hon kereta yyang meryorak untuk kami. Kedai-kedai makan penuh. Mereka yang cedera juga dirawat oleh sukarelawan 'medic' yang memakai tag. Saya gerenti, kalau kedai lain bukak, sure untung. Pada masa ini, ada satu situasi yang mencuit hati saya. Ada satu ketika, di mana seorang melaungkan "Bersih 4x" saya bersama yang lain sama-sama menyorakkannnya termasuk yang di sebelah saya, seorang pemuda berbangsa Cina bersama kawan-kawan dan keluarganya. Namun, tiba-tiba yang sedang 'lead' sorakan menukar tune dan bertakbir, pemuda tersebut ikut turut bertakbir bersama-sama yang lain. Tersedak dibuatnya. Namun, saya menganggap mereka Muslim. Apabila saya berjumpa dengan Ewan, saya ceritakan keadaan ini, dia berkata mereka sebenarnya 'open' dengan amalan kita. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka suatu hari nanti. 


Kami berhenti di KLCC, untuk menunggu pemimpin berucap. Tuan Ibrahim, Dr Hatta, dan Chua Jui Meng tiba dan terus berucap. Semangat dimarakkan ketika itu. Sebelum berucap di atas 'stage' sementara, kami umat Islam berdoa dipimpin oleh Tuan Ibrahim. Seterusnya, mereka membacakan 8 tuntutan Bersih sebelum itu. Ucapan yang saya kira memberi pencerahan dan semangat, sekali gus mengingatkan balik tujuan kita berdemonstrasi. Ucapan yang diselangi takbir, dan mengingatkan balik rakyat mengenai hak-hak mereka. Ketika mereka berucap, helikopter polis terbang rendah di atas kami. Bunyi helikopter menenggelamkan suara-suara yang sedang berucap. Ucapan diteruskan. Dalam pukul 4, kami bersurai. FRU mula mengejar bersama-sama dengan trak mereka. 

Ewan, who picked me up at Wisma Perkeso. Thanks bro!
Ketika sedang dikejar, saya melihat seorang polis mengejar seorang cameraman dan merampas kameranya. Diambil begitu sahaja. Kami terus berlari sehingga ke Wisma Perkeso. Crowd diiringi dengan hon-hon kereta dan motor. Lalu sebuah trak yang penuh dengan mereka yang ditangkap, dan salah seorang daripada mereka melaungkan takbir dari dalam trak. Kami menyambut dengan bertakbir sekali. Allahu Akbar.. saya di pick up oleh Ewan di Wisma Perkeso, sejurus selepas bertemu sebentar dengan anak usrah saya. Mereka pun pergi.Alhamdulillah.. Moga usaha-usaha ini diredhai Allah. 

Penutup
Mungkin ada yang tak bersetuju dengan Bersih, dan ada yang bersetuju. Masing-masing mempunyai sebab masing-masing dan saya amat menghormati perbezaan pendapat yang wujud dalam kalangan kita. Cuma, izinkan saya berkongsi satu sebab antara banyak sebab lain mengenai mengapa saya menyertai Bersih. Kerana saya telah melihat apa yang mereka telah buat terhadap hidup beberapa orang yang saya kenali. InternalSecurityAct. Akta yang telah menghancurkan hidup-hidup mereka yang kurang bernasib baik. Kawan baik saya, antara salah seorang mangsa. Bapanya ditangkap ketika dia masih kecil, dan saya melihat dia membesar dengan 'struggle' yang luar biasa, ditambah dengan ketabahan si ibu untuk menyara diri. Sebab ditangkap? Percayalah. Ianya tidak boleh diterima akal, untuk kepentingan politik. Sekolah saya antara tempat di mana anak-anak yang tak berbapa disebabkan oleh ISA berkumpul. Saya juga melihat kesusahan sekolah saya di peringkat negeri dan daerah, untuk mendapat kelulusan dan sebagainya disebabkan status kami 'sekolah swasta'. Pada mulanya saya tidak nampak banyak perbezaan, saya menganggap mana-mana kerajaan akan melayan kami sebegitu. Namun, apabila Selangor jatuh bertukar pemerintah, Alhamdulillah nasib sekolah saya menjadi lebih baik dengan begitu jelas dan mendadak. Kenapa? Wallahu a'lam. 
Canister tear gas yang berjaya dikutip oleh seorang ikhwah.
Dan bagi saya, ia merupakan tanggungjawab saya untuk menuntut perubahan dan kebaikan demi kemaslahatan kami. Jangan dianggap ianya 'violent', dan jangan dianggap ianya merugikan rakyat. Saksikan sendiri bagaimana ruginya rakyat apabila duit-duit rakyat digunakan secara salah dan untuk kepentingan peribadi. Saya yang melihat dengan dekat, amat merasai kesannya. Jikalau ada jalan yang lebih baik, serulah saya. Nescaya saya akan menyahut seruan anda. Kerana saya mencari jalan yang terbaik untuk menjadi lebih baik. Wallahu a'lam.
It is violent.

p/s : Click link untuk lihat perjalanan crowd saya.
p/s 2 : jangan dikata polis jahat. mereka diperalat. dan mereka mempunyai dilema mereka sendiri. kerana ada yang melihat ketika demo polis menyokong mereka. kita pun faham bahawa mereka perlu ikut arahan.
p/s 3 : lebih semangat untuk membantu Palestin. Kita di sini, gasnya hanya memedihkan mata, telinga, muka, dan dada. Mereka di sana gasnya menghancurkan saraf, mata, muka dan dada. Allahu Akbar.. moga Allah membantu mereka di sana.

8 comments:

  1. salam alayk~
    mintak izin share boleh?
    kalu nak jadikan profile pic fb boleh?

    ReplyDelete
  2. Subhanallah. Terharu dan tersentuh bila bce entri ni. Teruskan perjuangan. Generasi muda mcm ni yg negara patut ada :)

    Tahniah!

    ReplyDelete
  3. Mintak izin utk link kn dkt blog sy ye? :)

    ReplyDelete
  4. bntu kamal - sila2..

    nidzam - jangan zam.. betulkan aku andai satu hari nnt aku tersasar.. :)

    syafika - sila2.

    ReplyDelete
  5. asif, semangat, semangat!

    Ada staff kat tempat aku kerja, cakap "tulah hujan masa diorang wat demo... Tuhan tak bagi la tuh"

    dalam hati aku, "Aih, hujan la yang bantu demo redakan asap-asap tuh"

    aku sendiri, tak nampak keikhlasan parti pemerintah untuk jelaskan misi bersih, adakah mungkin kerana mereka malu tembelang pecah? mula-mula suruh minta permit, bila dah minta cakap bersih bukan pertubuhan rasmi, pastu agung masuk campur minta adakan di stadium. Bila nak buat, kerajaan suruh buat di stadium negeri pembangkang.

    Adoi, dia tak faham ke, kalau buat kat negeri PR nanti orang cadang PR yang manipulate isu nih. Padahal PR is not bersih, PR is with bersih

    ReplyDelete
  6. Morning Chief,

    Mintak izin nak pakai pic tear gas tu.. buat research cket....nk tengok apa citer die yg sbnrnye

    ReplyDelete
  7. http://www.facebook.com/notes/kumaran-nagapa/my-bersih-20-tear-gas-findings/10150239502421659

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.