Saturday, July 30, 2011

Reunion Caliph14

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Reunion dilaksanakan pada 22-24 Julai 2011. Di Port Dickson.

Bukan nak bercerita penuh, sekadar berkongsi point-point penting yang saya rasakan bermanfaat.

Apabila kita masing-masing dah besar, dah ada circle of friends tersendiri. Gamers dengan gamers, bola dengan bola, music dengan music dan sebagainya - minat masing-masing mesti tidak menjadi sebab wujudnya 'gap' atau jurang dalam kalangan masing-masing. Begitu juga yang ber'usrah' dan tak ber'usrah'. Kita ikutlah nasihat Imam Al Ghazali, apabila dia melihat orang lebih tua darinya dia menganggap orang itu lebih banyak ilmu dan amal daripadanya. Apabila dia melihat orang yang lebih muda daripadanya, dia menganggap orang itu lebih bersih dan suci hati daripada dirinya sendiri. Begitulah kita sepatutnya dalam memahamkan mad'u terutama rakan sebaya. Jangan wujud perasaan dalam diri bahawa kita lebih baik atau hebat dari mereka. Jika pada hari sekolah, teguran kita mungkin diasaskan oleh baju hijau pengawas dan kuasa, Andalus dan taarbiyah, Masyab dan kawad; namun selepas zaman sekolah pada hari ini, teguran dan nasihat kita atas dasar sayang kita padanya dan atas dasar kita mahu mereka menikmati dengan Iman dan Islam sebagaimana yang kita rasa. Baju hijau pengawas sudah dicabut - yang tinggal baju kasih sayang dan hormat, untuk kita pakai bila bersama mereka.

Kita juga perlu faham - untuk kita memahamkan kawan-kawan kita, yang pertama sekali kita mestilah meraikan mereka, mengetuk pintu hati mereka dengan baik, dan menghormati mereka. Jangan kita terikut-ikut budaya masyarakat Islam hari ini yang terlalu judgmental. Senang cakap? Percayalah saya separuh mati cuba untuk keluar dari buih judgmental tersebut. Alhamdulillah, hari ini manfaatnya lebih besar. Alhamdulillah. Reunion kali ini saya anggap sebagai langkah tafahhum. Kenal sudah kenal - lima tahun, ada yang sebelas tahun bersama-sama dari darjah satu. Untuk memahami seseorang dan sikapnya bukan mudah. Lilin identiti  kebanyakan sudah keras apabila habis sekolah menengah. Perlu ada tolak ansur dan tegas dalam bersosial. Ajak saya main game? Besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Ajak pergi wayang? Maaf, saya takkan jejak kaki ke sana Insya Allah, ada sebab-sebab tersendiri. Setiap orang pun begitu. Bukan menyifatkan Islam ini subjektif dan liberal. Tidak. Tapi masing-masing sudah ada perspektif dan pandangan masing-masing. Di hujung usaha, kita tarik mereka untuk menjadi semakin dekat. Yang menganjing-anjing kita tumpulkan. Yang sudah terlajak kita inject perlahan-lahan, insya Allah akan dapat pertolongan.

Ingin saya ceritakan satu kisah, yang bagi saya agak kelakar. Malam perlawanan itu kami makan di Red Chair. Dan di situ memang tempat orang merokok dan syisya. Sedang duduk berborak-borak dengan teman-teman yang merokok dan syisya, saya terpandang Mentos di atas meja. Lalu saya minta sebiji Mentos. "Ko gila ke ape?" tanya dia. "Tulaaaahhh Mentos tuuu.." saya membalas. "Uish..ingat ko nak rokok tadi. Kalau ye aku nak amik kerusi ni baling dah. Ko mana boleh..aku tak bagi." gayanya nampak macam sedikit kasar. Tapi, sejak dari situ, seriously saya tahu mereka benar-benar nak jaga saya dan yang belum terlibat daripada terlibat sama. Nampak dalam mata 'concern' mereka. Haha. Di half time, mereka membuat kejutan hari jadi saya dengan membawa DUA biji kek dan menyanyi kuat-kuat tengah restoran. Terima kasih diucapkan. :D

Alhamdulillah. Moga reunion ini menjadi titik tolak permulaan untuk mengajak ahli-ahli batch mendekatkan diri pada Allah. Dan Ramadhan, nantikan.. Kami akan manfaatkan anda habis-habisan insya Allah. :D

Sila layan gambar-gambar di bawah :)
Main bola dalam air..

Game pagi pagi..



Ini gambar kontoversi.. Mereka bukan GAY

Ini tazkirah muzikal.. tentang redha.

Kami bolot berapa meja ntah tak tahu..

Menyambut birthday Zaki sejurus selepas AGM malam itu.
Dua-dua bekas Masyab. Dua-dua in charge api. Api dua-dua jadi... Tapi, ikan tak masak sebab lelaki kemas awal nak tengok bola.. habis marah banat. Sori banat...tak sedar tak masak sebab nak cepat. :)

Ada yang dah balik awal..
Sebelum makan baca doa berjemaah. Berkat insya Allah..


Ini ahli caliph 14! :D
Tahniah Aizat dan Siti Atiqah. Tahniah juga kepada yang lain.. Ramadhan Kareem!

3 comments:

  1. Proses 'itu' memang lama, tak perlu isti'jal kan? Taaruf, tafahhum, takaful. Semuanya mengambil masa, boleh jadi kejap, boleh jadi lama.

    Yang pasal Mentos tu ana kurang faham, Mentos tu sejenis rokok ke? Mentos gula-gula ana tau la.

    Tahniah kepada Aizat dan Siti Atiqah?

    Semoga ukhuwwah itu makin baik hari demi hari, makin terasa 'manis' :) InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..jgn berhenti dan berputus asa dgn mereka..sentiasa berdoa agar ade terbuka hati2 mereka mendekati ALLAH..bk masa skrg pujuk la mereka join usrah..insyaALLAH..TQ aw jemput cg..

    ReplyDelete
  3. syukran perkongsian tentang reunion :)
    susah betul nak buang mindset judgemental :P
    insha allah cuba sikit2,
    *cuak jugak bile asip mintak shisha,rupanya nak mentos,hehe

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.