Thursday, February 10, 2011

Saat istimewa Valentine

Assalam.


Aku menulis ini bukan nak cakap pasal cinta, aku memang bukan orang yang layak nak cakap pasal cinta sememangnya. Tapi, sebagai seorang Muslim yang cintakan aqidahnya, seorang manusia yang rindukan haruman etika dan tamadun, seorang pencinta moral yang risau akan kelangsungan sifat kemanusiaan, juga sebagai warga Malaysia yang benci apabila orang Islam buat-buat tak nampak apa yang jadi dengan sekeliling dengan alasan 'toleransi', juga benci apabila orang belum Islam buat-buat tak faham tentang apa yang mereka buat, aku nak ingatkan kita sama-sama kalau kita tak bendung sekarang, lagi banyak nyawa akan hilang.
Aku faham kondisi hari ini, lain macam zaman dahulu. Dulu nak berhubung, paling kurang pun bawah pokok tepi jalan kampung. Tak pun berdua-duaan tepi sawah. Jarang dengar tertebuk sana-sini. Tapi sekarang memang lain. Di hujung jari katakan. Kalau nak berhubung, boleh terus. Taip dan tekan. Video call ada. MMS ada. Semua ada. Itu baru medium. Cuma nak beritahu, di Malaysia semua benda ini dah ada. Tinggal nak pilih sahaja.

Hari ini nak kata tak duduk dengan perempuan sebelah menyebelah pun memang tak betul la. Di LRT, di dalam kelas, di kafe. Semua kita duduk dengan perempuan dan berlainan jantina. Group discussion, lab group, assignment, dan macam-macam lagi. Cuma, yang aku kecewa, bila kita campurkan nafsu dan juga keperluan. Kita campur-adukkan 'kemodenan' dan 'kenikmatan'. Trend yang sangat mengelirukan dan menakutkan. Aku pun takut, takut satu hari nanti aku termasuk dalam golongan macam itu. Golongan yang keliru. Dasar pandang Barat - silakan. Atas dasar apa? Untuk kemodenan, juga etika bekerja, dan lain-lain silakan. Untuk akhlaq, tingkahlaku, dan worldview? Jangan. Orang hebat-hebat bukan orang yang rosak akhlaq mereka. Di dalam cerita mereka sudah cukup untuk buktikan, yang mereka ini bukan seperti Barat yang kita lihat. Flash of Genius, The Beautiful Mind, dan banyak lagi. Tokoh-tokoh kemajuan lebih ramai yang cintakan keluarga, setia pada isteri juga berbudi bahasa, pakaian mereka bertamadun, berbanding mereka yang menganut hedonisme. Kita ada kuasa untuk memilih dan menapis. Kita boleh makan ayam, tapi jangan kita telan sekali dengan tulangnya.

Ajak pilih side
Hari ini, aku nak menulis untuk ingatkan semua supaya kita mula memilih side. Pilih pihak mana kita nak berjuang. Sebab satu hari nanti, pilihan kita akan membentuk masa depan kita dan anak-anak kita, cucu dan cicit.

“There have been campaigns promoting ‘no panties’ on Valentines Day and even free hotel room offers for unmarried couples. We must stop such practices here as these are sinful activities”
Dipetik daripada Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasaruddin Tantawi di msn.com.


Rasa kita boleh pilih mana baik mana buruk. Jangan pandang 'on the surface' sahaja. I'm not talking about this campaign only. But behind it. The actual mindset. Perhaps this is a tease. But, dumb people will take it seriously and not wearing underwear during that day. We'll see. Prove your true love by not wearing panties? Isn't it might be more suitable to say, prove your lust? :) Aku nak kita tengok di sebalik kempen ini. Budaya atau mindset yang meng'akar' masyarakat kita. Mencengkam sehingga keliru mana satu baik, mana satu buruk. Yang mana kalau St. Valentine hidup pada hari ini, mesti dia sedih dengan apa yang terjadi. Hari di mana dia sepatutnya diraikan dengan sesuatu yang sejati menjadi hari yang bakal mencatat peristiwa-peristiwa berdarah. Hari yang melihat ramai benih-benih tercambah. St Valentine mati pada 14 Febuari 270 dalam mempertahankan Kristian (Catholic Encyclopedia). Dia mati memperjuangkan agama dia, orang duduk sambut perkara yang menghancurkan agama. Apa yang baik, apa yang buruk? Well, some say morality is subjective, why don't we take a look at something objective?
_________________________________________________________
1. Buang bayi
Dari tahun 2005 sehingga Januari 2011, sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan.
203 orang bayi lelaki
164 orang bayi perempuan
159 yang tak dikenal pasti jantina kerana mayat reput.


2. Anak ibu bapa tak sempat nikah -Sumber
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

_________________________________________________________
Moga kematian bayi suci ini menjadi iktibar untuk kita. Kesian sangat.. 


Data statistik ini sangat-sangatlah objektif. Straightforward. Kita boleh pilih nak justify morality pasal seks luar nikah dan seks bebas etc. Sememangnya kajian terbaru menunjukkan lagi besar jumlah mangsa, lagi sikit empati kita(Bad Science). Tapi kita tak boleh tolak tepi fakta yang menunjukkan beratus dan beribu anak-anak yang terkontang kanting nasibnya, siap ada yang mati lagi.

Jadi, aku nak ajak semua yang membaca, kita pilih side yang aman dan harmoni, tenang dan bahagia, bertamadun dan berakhlaq. Kita hormati wanita. Jangan disentuh wanita yang belum kita nikahi, jangan ditiduri walaupun dah bertunang. Kalau ikut agama kita selamat. Baca betul-betul, jangan tengok MUSLIM, tengok ISLAM. Kalau korang agama lain, ikutlah agama masing-masing. Masing-masing dah ada undang-undang masing-masing. Tinggal kita je nak ikut tak nak.

Kenapa side ini aman, tenang dan bahagia? Yang pertama, ini pasal cinta. Antara nama Allah, al Wadud. Bermaksud Maha PenCINTA. Inilah yang buat aku yakin sangat, cinta ini bukan sekadar peluk, cium, rindu, dan sayang. Ianya lebih, sangat-sangat lebih. Kalau tidak kenapa Allah ada nama Maha Pencinta kalau ianya sekadar itu. Cinta perasaan suci.

Yang kedua, aku yakin sebab side ini menghormati wanita. Tidak menghadkan kemuncak cinta kepada tidak memakai panties, tidak menjatuhkan martabat cinta dengan hanya tidur dan tidak menodai cinta. Bila kita tak hadkan cinta pada perkara fizikal, tiada risau kalau fizikal itu hilang. Macam-macam cerita dah aku baca, memang orang jenis ni bahagia sehingga ke tua, Alhamdulillah.

Yang ketiga, side ini mostly akan membawa kepada family yang beradab dan bahagia. Tak ada incest, tak ada sumbang mahram dan bukan-bukan. Values uphold are invaluable. Insya Allah. Anak-anak dan cucu-cucu yang baik. Allah pun akan kumpulkan kita di syurga dengan anak-anak cucu-cucu kita. Memang la awkward sikit sebab masa itu semua umur sama. Haha. Bayangkan kalau orang sebaya panggil korang, ya Atuk! Assalamu'alaikum.. Tak tersedak pulak masa itu kan? :D Moga kita termasuk ahli syurga. Amin.

Jadi, macam mana nak sokong?
Amalkan Islam. Kalau tak boleh sempurna, cuba.

Mula bagitahu orang, MUSLIM tak mencerminkan ISLAM sepenuhnya. Jadi, jangan judge Islam hanya sebab MUSLIM teruk. Check betul-betul.

Kalau ada yang kacau sendi-sendi Islam, kita bagitahu elok-elok. Cakap, hormati agama. Macam atheist uphold ethics, kita uphold way of life, Islam.

Nak bercinta? Kalau sudah datang cinta tu, cater betul-betul. Bagi pada naqib atau parents. Elakkan jumpa, elakkan dating. Sentiasa la berdoa agar dapat yang terbaik untuk masing-masing. Memang la tangan menggeletar nak tahan tangan dari contact, tapi, dalam Quran pun ada cakap, zalika azka lahum. Yang itu lebih suci. Kalau bab ikhtilat dan cinta, mesti ada pasal kesucian. Sebab cinta itu suci, dan menenangkan. Susah for sure memang sangat susah. Ia berkaitan pasal kekuatan dan keazaman. Kalau dah jumpa lelaki, atau perempuan yang sanggup tahan rindu, cinta, dan sayang, tak contact, tak ada apa-apa, sebab takutkan Allah, percayalah, dia akan pegang cinta betul-betul kalau dah dapat. Kalau gagal, dia akan terus mencuba. Sebab dia masih takutkan dan cinta pada Allah. Kalau belum dapat jaga, siap dating-dating lagi, ehem, bak kata si Coklat, kalau sebelum kahwin tak dapat jaga amanah pada Allah, macam mana nak jaga lepas kahwin? :D Kan Coklat?

Tapi kalau cinta belum datang lagi, bergembiralah. Sebab tugas mudah sikit. Nak jaga iman pun lagi mudah berbanding yang dah jatuh tapi belum nikah. Kan?
Nak bina masjid? Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. (Lirik lagu ape eh?)
Either way, pastikan Allah redha. Jangan biar matlamat menghalalkan cara sudah.

Pesan kat kawan-kawan. Kalau ada yang nampak bunga-bunga nak buat anak secara tak sengaja, nasihat elok-elok. Isi hati dia dengan cinta Allah. Doa banyak-banyak. Kalau tak, takut kat akhirat nanti dia menjadi salah seorang yang didakwa oleh si anak. Nauzubillah..

Jadi, untuk kita Muslim, uphold elok-elok syariah Islam. Jangan ustaz perangai teruk jadi alasan tak nak ikut syariah. Apa kaitan ustaz dengan syariah? Ustaz manusia, syariah dari Allah. Kita ikut nabi la kan? :) Main kejar-kejar dengan isteri(ei..tak kahwin lagi, nak main kejar-kejar apa..).

Jadi, untuk non Muslim yang nak sambut Valentine. Sambut elok-elok. Jangan jadi pesta seks, tapi biar jadi hari melamar untuk kahwin. St.Valentine itu orang Kristian yang taat. Kalau nak sangat sambut, sambut secara beradab. Ok? Jangan ajak orang Islam, kami tak sambut Valentine. Sebab ia bukan sendi agama kami. :)

Lakum diinukum, waliya diin. :)

6 comments:

  1. hah, my college dah blossomed dengan bau-bau valentine nih.

    Masih banyak usaha yang perlu dilakukan - nak betulkan mindset dulu, pastu baru betulkan sistem. InsyAllah

    ReplyDelete
  2. syazana - :) = ape? ada teringat yg di 'sana'.

    syazwan - aha.. di sini pun sudah ada booth tersedia sejak selasa lagi.. booth Valentine's day..

    btul2.. i see mindset b4 system. :)

    ReplyDelete
  3. " Memang la tangan menggeletar nak tahan tangan dari contact, tapi, dalam Quran pun ada cakap, zalika azka lahum. Yang itu lebih suci"

    =_____=

    ReplyDelete
  4. correction..
    ''zaalika azkaa lakum''..
    bukan lahum..kn?

    ReplyDelete
  5. ira - erkk.why? eh, memang ada la yg tgn menggeletar. ada yg smpai tumbuk dinding pun ada.

    ada lahum, ada lakumm

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.