Wednesday, December 1, 2010

Barang Amanah

Salam

Bismillah

Sedang dalam mood yang agak sibuk kebelakangan ini. Program-program besar dan agenda-agenda peribadi memenuhi jadual hidup. MAHA 2010, SMM Final, XChallenge, dan sebagainya. Terasa bersyukur juga kala teringat tahun tahun lepas sibuk 'subscribe' dan join Yahoo Group. Alhamdulillah, pulangannya amat memuaskan - terutama semasa cuti. Memanglah syok..

Juga dalam mood kecemburuan yang amat sangat di kala melihat 'penuh'nya dada sahabat-sahabat yang telah berjaya menamatkan FCR phase 3 baru-baru ini. Perkongsian menguatkan lagi azam saya - moga tahun depan ada kelapangan untuk menghadirinya - lebih baik jika 'jiwa' saya hadir. Amin. Program yang memberikan pendedahan juga pencetus anjakan paradigma untuk para peserta - diakhiri dengan lawatan ke rumah-rumah ibadah agama lain. Phase 3 tidak berakhir begitu sahaja. Insya ALLAH. Dalam pandangan saya, when it ends, our real job starts. Saya berbangga untuk berkongsi perkongsian hebat rakan-rakan saya di blog mereka - Nidzam Yatimi dan Syazwan Adzhar. (Gembira derang 'rasa' perasaan tu, cemburu pun ade!!! takpe2, cemburu dibolehkan dalam hal ni.. bukak SOLUSI sila...)

****************************

Dua hari lepas, kami AJK XChallenge bermesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, ada disentuh mengenai cadangan untuk barang amanah yang akan diberikan kepada para peserta. Sebelum itu, saya ingin berkongsi sedikit anekdot-anekdot sepanjang hidup saya yang berkaitan dengan barang amanah.

Anekdot 1 : Telur Ayam 
Telur ayam antara barang amanah pada peringkat kami yang susah dijaga, namun agak kuat jika hendak dibandingkan dengan biskut kering. Puncak ke'kantoi'an dalam menjaga barang amanah ini adalah apabila kami tersilap atau terlambat, kami dihukum pumping. Ha, masa ni kalau letak telur ayam dalam poket, pecahlah telur dan kotorlah baju..

Anekdot 2 : Biskut kering
Selagi kekal di darat dan tidak terkena air, ia mudah dijaga.
"Mana biskut kamu??? Kamu dapat jaga tak?" tanya ustaz..
"Err.. dapat ustaz. (Dikeluarkan biskut dari poket baju).." seorang kawan menjawab.
"Bagi ustaz tengok jap.. nak tengok kamu jaga elok-elok ke tak."  pinta si ustaz.
Ketika itu, hampir seluruh ahli kumpulan berbisik kuat-kuat, "Oii..oit.. jangan bagi! Jangan bagi!".
Si kawan lalu memberi biskutnya kepada ustaz.
Ngapp! Biskutnya dimakan.. 
Pengalaman di DQ.

Anekdot 3 : AYAM!
Ini barang amanah paling best. Semasa kursus kepimpinan di Kem Kembara. Kami dapat ayam sebagai barang amanah. Ayam ni, kalau pegang dan gerakkan badan dia, kepala dia stay kat point original. Ha... masa tu memang apply konsep inertia. Habis ketika perbarisan digoyang-goyang badan ayam, bagi nampak macam ayam tengah menari. Tapi, yang bestnya masa tengah pegang kaki, kadang-kadang terasa panas di tangan. Bau pun semerbak. Tengok-tengok ayam qadha' hajat. Masa tu nak tergelak tak boleh, nak geli-geli tak boleh - tengah berbaris kan? haha. Tapi, rindu jugak, ayam-ayam yang kami pegang berhari-hari akhirnya kami sembelih makan.

Anekdot 4 : Tayar Bas/Lori
Barang ini diberi semasa kem sama juga, tapi kepada kumpulan yang ayam derang lari. Barang ni memang besar, dan berat. Tiap-tiap kali ada arahan berkumpul, nanya la dekat kumpulan tu, kene heret dengan pikul. Ha. ni pun best jugak.



*********************

Hari ini, kami pergi survey barang-barang amanah untuk peserta XChallenge. Cikgu kata, harga RM10. Kedai pertama kami pergi, harga RM45. Kedai kedua, RM38. Kedai ketiga, RM70! Jadi, kami tukar lain. Kalau murah, kami nak borong dekat MAHA 2010. Amin. Huh. Letih sungguh. Oh..masa lapang, aku merinduimu. Benarlah kata nabi, masa lapang tu jarang disyukuri. Setempek kena pada diri sendiri.

Boleh lawan? [Sumber]
Barang amanah - agaknya dalam hidup kita, apa amanah kita ye? Macam mana kita handle atau tunaikan amanah kita? Diam 10 saat, fikir dalam-dalam. Akhirat nanti kita ditanya.

7 comments:

  1. Salamualaikum,

    Tergelak ana bila membaca post nta ni. Terkenang masa Kem Asas Form 1, masa tu nta antara fesi-fesi yang ada.
    Barang amanah yang dapat masa tu telur. Samalah jugak tempat dikantoikannya.

    ReplyDelete
  2. barang amanah- paling intimadating

    ReplyDelete
  3. wah, sekolah enta memang rajib buat kem ke? banyak ni.. barang amanah yang pnah ana jaga, selain daripada yang enta sebut (oh ayam tak pernah) ialah kacang hijau. Huu~ letak dalam file je hilang =__=||

    ReplyDelete
  4. Daripada Ibnu Abbas ra berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W. : "Terdapat dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupakan yaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang" (Riwayat Bukhari).

    Haha mmg kena pada diri sendiri. Huhu. "kadang-kadang terasa panas di tangan. Bau pun semerbak". hehe tersenyum ana baca ayat tu. :D amanah-amanah. moga dilaksanakan.

    Time kursus kejuralatihan syabab '09 yg lepas, brg amanah tu kertas. Time nightwalk AJK semua provoke mintak kertas tu, haha, ana hampir terkena dengan Ust Shahrulnizam. Dengan Amirul pun hampir2. :)

    ReplyDelete
  5. afiq - haah. memang pun. ana pun igt batch nta. sampai skng.. masa tu kitrg faci ada berkenalan dgn sekor monyet. name die Cepot. igt x? hehe

    madihah - intimidating? hm. kurang faham.

    syazwan - taklah rajin sgt..bese2 je. tapi, every form akan ada that kind of program. outdoor. indoor byk la.macam mabit dan katibah. and tu zaman ana. zaman skng mungkin berubh skit. haah. lupe nk masukkn kcg. tu lagi sakit hati. hilang tanpa disedari. sama macam LEAD pencil. haha

    isyraf - ha.. memang bengang.. oh..time nightwalk, kene igt, apa pun dunia provoke, genggam tali ALLAH dengan gigi geraham. :)

    ReplyDelete
  6. wah..
    dasyat! hilang ayam, kena angkut tayar lori plak..haha

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.