Wednesday, November 17, 2010

'Adil Adha

Salam.

Bismillah.

Selamat Hari Raya 'Eidul Adha saya ucapkan pada semua.

Buat semua kenalan, rakan-rakan, pembaca-pembaca yang dikenali, yang terhubung dengan ikatan 'aqidah, mahupun yang disatukan bangsa khalifah umat manusia.

Moga kita dapat sama-sama memperbanyakkan takbir, dan berusaha memahami hakikat tersurat dan tersirat di sebalik peristiwa ini, dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Solat bersama family, dan melapah bersama family - apa lagi yang boleh kita harapkan selain redha Allah turun bersama bahagia dengan family.

Tiada lagi yang sempat saya kongsikan dek kehangatan suasana di rumah yang super seronok - angin sejuk, bau masakan 'mama' tersayang memenuhi ruang tamu, kebisingan adik-adik - melainkan ingin saya kongsikan sedikit kefahaman cetek saya mengenai peristiwa ini.

Ibrahim dan Ismail. Satu nilai yang dapat saya garap oleh kecetekan kefahaman saya.

Perjuangan tanpa pengorbanan merupakan perjuangan yang sia-sia.

Oleh itu, ikhwah dan akhawat - teruskan berkorban. Sememangnya ia tampak sukar, dan secara batiniyah lebih lagi - namun, Allah telah membekalkan kita sumber terhebat menjadi inspirasi. Khalilullah Ibrahim 'alaihissalam dan Isma'il - pengorbanan yang tiada tara. Moga kita dapat sama-sama ambil 'ibrah.

Alhamdulillah - lima ekor lembu tumpas di tangan tahun ini. Agak-agak lagi dua tiga tahun capai target untuk hadam proses 'Qurban' dari menjatuhkan dan mengikat lembu sehingga ke menimbang (?). Boleh lead Qurban satu hari nanti. Memasak biar kaum perempuan. Mereka lagi mahir. Pengkhususan kerja kan ciri-ciri tamadun. Tapi, kaum lelaki lagi terer kot masak - sebab dah tiga musim Top Chef lelaki yang menang :D

Okeh. Salam.

3 comments:

  1. Salam aidil adha buat abang Asif :), wah,5 ekor lembu tu tumpas di tangan, hebat2 . Moga kita dapat ambil ibrah daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim.

    ReplyDelete
  2. pergh...lembu pon kalah dgn ko..bukan sekor, tapi lima ekor kot..haha

    ReplyDelete
  3. isyraf - bukan ana sorg buat la..haha

    hanif - oit. bukan aku sorg pun.. ramai kot berpencak masa tu..haha

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.