Sunday, November 21, 2010

Picturesque 2 - Memorabilia of Al-Amin and DQ

This is just an effort to collect some pictures to keep the memories awake. Ha.. Tengok jelah ye. Credit to Amirul 'Arif, Al Hasan, Anas Asnawi, Amirul Aizat and Nidzam Yatimi, Ibnu Dan, Rashid - I collect all these pictures from their sites. Syukran..


Sekolah Rendah Islam Al-Amin (1998 - 2003)

When this picture (1 Zaid) was tagged, within a day the comments were unbelievable. All of us started reminiscing. In this picture was Muallimah Ruslina Mustafa - a great teacher. Until now, when I meet her, she always says her prayer to me. Alhamdulilah.
This picture is the only picture I can find online. I got some in my album. Physically.


Sekolah Menengah Islam Al-Amin (2004 - 2008)
This place had served as my memory pool. I learned and experienced all sort of feelings here more than I could describe. Ineffable.

In the middle was Ustaz Ayub. I miss him very much. This class have been through Cikgu Wasitah's torment (Jalan itik naik tangga empat tingkat) together-gether, and my hand was red and swell sebab kena rotan dalam bilik pengetua when I was in this class too.
In this picture, yang sama batch yang group tiga orang di kanan gambar - Amirul, Muhammad, dan Farhan. Yang berbaju merah Ustaz dan juga bapa angkat yang amat dirindui - Ustaz Idris.
One aspect that stays strong in my mind about Al-Amin - its camping. Lasak. It taught me a lot of things. Kalau masa tingkatan 1, hidupkan unggun api guna berketul-ketul lilin askar, bila tingkatan 5, 1/8 daripada ketulan atau tak ada langsung. Kalau masa tingkatan 1, bina khemah pasang siap je, tingkatan lima tinggal bawak kain kanvas, tali, parang - yang lain buat sendiri. Kalau masa tingkatan 1, masak boleh, roti pun boleh - tapi masa challenge tingkatan lima, semua raw, masak pakai buluh, dapur pun kene dari sumber-sumber hutan. Aha..banyak lagi. Abu Dzar sempat belajar buat perangkap lagi dengan ustaz. Cuma, agak menyesal tak hadam betul-betul macam mana nak ikat tali untuk abseiling dan jambatan tali tu..huh. Menyesal-nyesal. Banyak sangat main dulu..

Time ni dah jadi AJK dah..lagi best.
Perkara yang best masa camping - boleh gelak tengok gelagat peserta, kongsi ilmu, dan hantu!!! Haha.. Masa Uji Cekap ni, memang ada yang kena kacau - siap kena rasuk jin jadi macam harimau lagi. Masa dengan Anas tengah nak buat pagar - lampu tiba-tiba kelip-kelip dekat pokok besar, lepas tu ramai-ramai nampak lembaga putih jatuh dari pokok. Hoho.. Memori enak. Kalau Allah takdirkan satu hari nanti tersesat dalam hutan, dengan mereka nilah aku nak bersama.

Masa KONSIS Nasional dengan senior. Ni orang-orang sama dekat gambar atas. Dua belah kanan tu senior, sampai sekarang ada kem atau prog kitorang jumpa. Yang dua belah kiri, sebaya - Mirol dan Anas, masing-masing sekarang sibuk dengan pengajian.. Insya ALLAH ada masa dapat jumpa dan spend masa betul2.
Hormat dan respek pada orang-orang macam kat atas. Ada agama dan prinsip. Campak mana-mana derang jalan. Ada yang on the way ke Oxford boleh lead halaqah lagi - bila lah aku nak jadi macam tu ye? (Moga ALLAH mudahkan..).

Kawan-kawan - beberapa ketika sebelum nak menempuh SPM '08. Batch kebudak-budakan. Ada sindrom childish kot.
Fius dah putus dek kehangatan SPM.. dianggap udara sebagai air.. ha, rindu kelas Fizik malam.

EXPLORACE! Here we go..
Untuk pengetahuan pembaca, sekolah Al-Amin setiap tahun mengadakan program terakhir untuk tingkatan lima, Xplorace. Kami berlumba dari KL ke tempat-tempat tertentu, batch kami dapat Perlis. Kami mendapat tugasan untuk diselesaikan di samping berlumba dan menang - aha 1. Menjual buku di tempat awam macam KLCC. 2. Buat tugasan dan dapatkan sign macam bersihkan masjid. erk..banyak lagi. Tapi serius best dan penat.

Kami juara..alhamdulillah.

Abang Sarep tersayang.. sori, masa die buat halaqah dlu, kitorang kuat tido.. aku je kot. besor2 ni baru nak minta balik tajuk2 dlu..

Jutaan terima kasih buat guru-guru SRIAAG dan SMIAAG serta naqib tersayang kerna mendidik kami.. Barakallahu fiikum.


Darul Quran (2009 -2010)
Di sini - aku datang untuk menghafal Al Quran alhamdulillah 30 juz. Namun, di tempat ini jugalah, segala yang aku pelajari di Al Amin - di upscale kan platform pemikiran ku di sini. Aku melihatnya dengan kaca mata baru.. Mungkin berkat Quran, siapa tahu..

Halaqah Quran.. sepanjang tiga sem menghafal Quran ni, dengan diorang ni la.. Jamuan berpuluh2, prank bday byk2, dan menghafal-kalau-lupa-kena-sound-dengan-ustaz sama-sama. Ustaz Abu Bakar dan Ustaz Saiful Nizam. Ini jamuan second last kot.
Di Darul Quran, kami ada kelas Quran, English, Tajwid dan Understanding Islam.

Ini class English kami. Ini kelas nombor satu - tapi bukan nombor satu - as we strongly believed at that time, there are still many people kena masuk kelas tu - cuma mungkin rezeki masa exam, tak dapat.
Amazingly, these people are bright people (me to be excluded seriously..). Bukan sikit yang tolak tawaran biasiswa. Cara mereka present dan tulis essay - exceptional. IELTS punya silibus macam pejam mata bagi derang. Aha..Banat sure ada, tapi tak masuk dalam gambar. We even planned to build Transformers - which they initially appointed me as the energy division director (ada kaitan dengan fizik? haha..).

Lepas liga bola sepak.. macam biasa - ana penonton bola sepak, pemain bola keranjang.. cuma, basketball sana sikit sgt orang main.. :(

Jamuan halaqah Quran kami. Aha.. ramai dah khatam Quran - jadi kami buat sikit makan-makan.

Mana-mana pun di AL AMIN dan DQ, kami masih budak-budak yang serius(?)

Hari terakhir untuk semester 3. Kereta masing-masing dah bukak enjin dah kat bawah tu.. tinggal tuan badan je nak drive. Sohaib buat bola terapung. Akan rindu kawan-kawan.

Alhamdulillah.. konvo. Perhatian - gambar ditangkap semasa tengah berkhayal. Credit to Nidzam Yatimi.

DQians - I hope we will meet in the line of pejuang ALLAH one day. Most will be in the field of science, some in the special line of religion. Apa-apa pun, selamat berjuang. Darul Quran, tempat aku merevolusikan pemikiran aku.

************************************

Mood 'girang'. Sebarang kepelikan dalam penceritaan harap abaikan. Antara usaha untuk menghidupkan memori - supaya dapat memotivasikan diri. Allahu Akbar. Di akhir hari, kita bertemu diri sendiri sebelum cahaya. Terima kasih..

Salam.

4 comments:

  1. Jauhnya perjalanan menimba ilmu sudah ditempuhi oleh Abang Asif. Walaupun begitu, masih jauh untuk capai hujung perjalanan.

    Semoga Allah bersama-sama abang selalu dan ilmu yang ditimba diberkati-Nya.

    ReplyDelete
  2. x sabar nak tengok gmbar kt UK plak
    dan gambar anak asif.. :P

    ReplyDelete
  3. afiq - tak delah jauh sangat..sampai kuala kubu bharu je. Amin.

    kamal - oit. kenapa anak pulak ni tibe2? awalnye.. kan?

    ReplyDelete
  4. salam, wah memori-memori :D, muka mohsein nampak 'kebudakan'-nya lagi. eyh gambar yg jadi AJK tu, bukan ke tu gambar korang jadi AJK Kem Asas '07? Batch ana punya Kem Asas. Tak silap ana la.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.