Monday, May 24, 2010

Baru sekarang aku faham.

Salam.

Bismillah.

Dulu masa di sekolah, tarbiyah penuh keliling pinggang. Kadang-kadang tak terkejar. Kadang-kadang tak larat. Keluarga, itu sumber utama aku. Jadi, apabila tiba masa untuk tarbiyah di sekolah, ianya banyak membantu dari sudut keilmuan semata-mata.

Itu dulu. Ketika aku kurang memahami. Ketika masih setahun jagung, mentah dan tak tahu apa-apa. Macam kawan comel aku cakap, Ahmad Ridhuan, kami ini macam katak dalam kaca(betul tak wan? salah betulkan eh. hehe). Kami tahu apa yang terjadi di luar, tapi kami belum merasainya. Ketika itu, aku mula mengambil langkah untuk menjadi 'katak' yang bijak. Aku mula menyusun strategi bagaimana untuk mengelakkan 'kejutan budaya' mengubah hidup aku.

Lalu aku mengkaji, macam mana manusia berubah. Sepanjang pengkajian tahap budak tadika aku, aku mendapati ianya berlaku dengan dua cara. Satu budaya itu sendiri, yang kedua merupakan mindset, world view atau perspektif terhadap sesuatu. Inside-out dan Outside-in. Kedua-dua faktor umum ini berkaitan antara satu sama lain. Saling berinteraksi. Lalu aku mendapati untuk aku 'survive' dengan baik dalam suasana begitu, aku mesti membuat satu jalan lain untuk mengalirkan arus kejutan budaya. Macam buat 'parallel circuit' (Sila rujuk buku teks Fizik tingkatan 5).

Daripada mengalirkan budaya-budaya kuning mengalir ke dalam diri, aku membiarkan budaya-budaya positif mengalir ke dalam diri. Walaupun pada mulanya ia agak susah kerana 'voltage' positif lebih tinggi daripada 'voltage' budaya negatif, namun bagi mengelakkan berlakunya kegagalan dan konflik dalaman dalam mengekalkan keselarian antara prinsip peribadi, ilmu, tanggungjawab, amanah, dosa dan pahala, serta rasa perlunya memperbaiki diri ini, budaya positif berjaya menjumpai laluannya. Bagaikan bulan-bulan dipasangkan dengan planetnya dalam keseimbangan yang halus dan teliti. Subhanallah..

Itu antara usaha yang sedang giat disesuaikan dengan diri. Moga Allah permudahkan. Namun, dalam giat menentukan garis panduan peribadi dalam kehidupan sosial di kolej, Allah membuka satu lagi pintu untuk memudahkan diri ini. Alhamdulillah. Tarbiyah, yang selama ini dengan susah payah dileburkan ke dalam diri ini, mengenai kepentingannya, kesannya, dan bermacam lagi, akhirnya terbuka sedikit pintu untuk ku memahaminya.

Selama ini, perkara yang dianggap biasa dan sentiasa dibuat, kurang diambil perhatiannya. Sedangkan ianya amat penting. ''Solat itu tiang agama'' kurang diserap dalam-dalam maksudnya. Alhamdulillah. Dalam keadaan yang bagi diriku, amat pekat dengan perkara-perkara yang tidak selari dengan prinsipku, Allah memudahkan langkahku. Membuka kefahaman baru, malah penghargaan yang diberi nafas baru.

Apabila wudhu' dilihat sesuatu yang amat penting. Dihayati falsafah di sebalik wudhu', rasa sejuk dan bersih. Merasai diri dilindungi satu lapisan perisai yang halus, bersifat peribadi, tenang dan selamat. Dalam mengekalkan kebersihan fizikal, nurani terdorong oleh manfaat batin wudhu', iaitu membersihkan dosa kecil, untuk menundukkan pandangan, dan menjaga niat. Jikalau dari darjah satu aku melihat murid dan pelajar berkopiah dan bertudung labuh, ianya berubah dua minggu lepas. Sedari itu, setelah dihenyak-henyak oleh kesan suasana baru, aku mula merindui suasana sedemikian. Tiada hambatan nafsu, tiada deraan nurani, tiada rayuan iman untuk diselamatkan, yang ada ketika itu hanyalah 'rasa biasa', tidak menghargai. Sekarang, aku merindui...

Apabila solat, lebih dimaknakan. "Solat itu tiang agama". Sekarang, hadith itu lebih bermaksud. Apabila solat hanya pada sela-sela masa yang padat, terkejar-kejar. Setiap saat diperlakukan dengan lebih bermakna. Dan ini tidak lain dan tidak bukan, hanya untuk membentuk aku menjadi manusia yang lebih bermanfaat di masa hadapan. Ada jiwa yang menunggu..

Apabila solat membentuk kembali keseimbangan maknawiyah. Keseimbangan dalaman, fikiran, dan akhlaq. Tanpa solat, sejujurnya, aku boleh tewas... Kini baruku faham. Akan mengapa perkara-perkara yang dianggap asas dan kebanyakannya dipandang ringan begitu ditekankan sepanjang pengajianku. Di rumah, di sekolah, hampir di mana-mana sahaja.

Moga aku selamat dan menjadi insan yang lebih kuat.. Aku optimis dengan ujian ini. Ujian untuk mempersiapkan diriku untuk menempuh takdir yang lebih hebat pada masa hadapan. Insya Allah..

Moga Allah kekalkan perasaan ini.. Inspirasiku..

Salam.

1 comment:

  1. subhanallah.
    sgt menarik.
    benar,solat itu punya makna berkait dgn kehidupan.
    moga Allah permudahkan kita semua.

    analogi fizik yg mantap.syukron.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.