Friday, January 8, 2010

Untuk yang berdosa, Allah nak pesan sesuatu..

Katakanlah, "Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.
[Al Zumar, 53-54]

Ini pujukan Tuhanmu. Kembalilah kepadaNya. Still have times. Jangan tunggu nyawa di kerongkong. Yang dah buka aurat kaki tangan lengan dada dan apa-apa yang sewaktu dengannya, jom tutup balik haq ekslusif suami. Yang dah pegang tangan main mata jalin cinta, betul ke nak bina rumahtangga bermodalkan dosa? Pause kejap dulu. Yang dah sentuh arak dan lain-lain, jom taubat. Arak itu ibu kejahatan. Laknat wahai kawan, dari Tuhan. Yang rasa dah jauh dari parents, dekatkan balik. Redha mereka Redha Allah. Buat yang rasa hati dah gersang, jom join usrah. Apply siraman hati. Moga kita jumpa Allah dalam keadaan yang menggembirakan.
Salam.

3 comments:

  1. Thanx Bro Asif, hmm ana pon berdosa gak, rasa sedih kerana buat dosa, InsyaAllah, Allah Maha Pengampun, :) thx for ur tazkirah

    ReplyDelete
  2. Hmm ana nak copy paste boleh tak? nak letak kt blog ana jugak..ana pon nak berdakwah :) boleh kan?

    ReplyDelete
  3. ya Allah..ampunkanlah dosaku,dosa kedua ibu-bapaku,dosa para murabbi,dosa rakan-rakan seperjuangan dan dosa semua kaum muslimin muslimat di dunia ini mahupun yang telah kembali padaMu...

    ameen..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.