Monday, August 17, 2009

Aura the Energy

Salam.

Kali ini ana nak post tentang aura. Hanya sedikit tentang aura, kerana memang ana tak tahu banyak pasal aura cuma mahu berkongsi. Pada asalnya ana tak berniat langsung untuk post pasal benda ini untuk permulaan, namun ada orang tanya, kita kongsi. Kalau perkara ini ditanyakan pada kebanyakan orang, memang adat mereka yang tahu akan cuba untuk menyembunyikan. Bukan untuk sembunyikan kadang-kadang, tapi takut orang tersalah faham. Faham masyarakat, nampak perkara yang bukan 'urf dalam kalangan mereka, akan ada label pada kita. You name it, 'bida'ah, khurafat, sesat' and anything. Tak mengapa kalau mereka dah faham dan belajar, bukan sekadar 'on the surface', yes go ahead. Alhamdulillah, ana dikenalkan mengenai aura oleh seseorang yang ana hormati. Kerana dia amalkan apa yang dia belajar. Dan tentang perkongsian ini, ana akan ingatkan pada permulaan tentang perkongsian ilmu daripada Hadith nabi. Dia yang sering ingatkan ana tentang ini.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui; kemudian ia menyembunyikannya, ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat"
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)


So, Share.

Apa itu aura?
Aura sebenarnya sejenis tenaga dalaman. Seperti yang kita maklum, kita ini diperbuat daripada tenaga. Elementary particles. Famous 'e=mc2'. Ini semua menunjukkan kita terdiri daripada tenaga-tenaga. Aura hanyalah sejenis daripada beberapa jenis tenaga dalaman. Yang lebih dense daripada aura ialah chakra. Macam yang semua tengok dalam Naruto. Aura datang dalam berbagai-bagai wavelengths. Dan daripada itu muncul dalam pelbagai warna. Dan warna melambangkan peribadi atau perasaan kita ketika itu. Peribadi yang mewarnakan aura, bukan aura yang menentukan peribadi.
Aura diperhatikan dapat berinteraksi secara tidak langsung dengan dunia fizikal. Ana secara peribadi tak tahu aura berasal daripada particles mana, sama ada daripada golongan fermions mahupun leptons, itu masih luar batasan ilmu ana. Sekarang, set dalam minda anda, ianya hanya merupakan sejenis tenaga yang boleh diolah.


Apa kaitan aura dengan tao?
Sejak dahulu lagi, manusia sudah mula mengkaji tentang tenaga dalaman manusia. Dan Taoist antara yang dapat menerokanya dengan baik. Consequently, tenaga yang mereka temui telah mereka selarikan dengan kepercayaan mereka. Tentang Kundalini yang melilit bumi, dan sebagainya. Sedangkan hakikatnya ia tak benar. Biar ana bagi analogy, contohnya kita jumpa buah baru yang orang tak pernah jumpa, kemudian kita namakan dia buah Tuut. Dan kemudian kita kaitkan buah itu merupakan tangan daripada malaikat dan sebagainya sehingga masyarakat betul-betul mempercayainya. Sehinggakan mereka yang berbeza kepercayaan akan cuba menjauhinya, dan meminggirkannya. Sedangkan, buah tersebut memang dicipta Tuhan untuk manusia dan berada di mana-mana. Begitulah halnya juga dengan aura. Dan kebanyakan mereka mencampur-adukkan pure philosophy of aura dengan perkara-perkara tahyul dan khurafat. Hal inilah yang menyebabkan seni yang indah ini dicemari. Jadi boleh tak ambil seni ini dan manfaatkan untuk kita? Boleh. Ambil seni sahaja without kepercayaan mereka. Mafhum hadith nabi Muhammad, carilah hikmah kerana hikmah merupakan sesuatu yang hilang daripada kaum muslimin. Kalau ini dalil untuk kita ambil TEKNOLOGI barat, tak ada salah juga untuk kita ambil 'seni' ini.

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Al-Mu'minuun, 115


Ana percaya kepada ayat ini. Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa tujuan. Lalat pun ada tujuan, dan tujuannya hanya dapat dihuraikan oleh manusia 100 tahun yang lepas. Aura, ana percaya ada tujuan Allah ciptakan ia.


Physics dan Aura
Bila mana ana tahu tentang aura ini, ana terus cari bukti saintifik. Agak lama juga ana mencari, memang amat susah. Akhirnya ana terjumpa satu 'research'. Mengatakan sekeliling manusia terdapatnya ion-ion bebas, dan ianya hanya boleh dikawal oleh minda. Ya, at last. Seperti yang semua tahu, otak ada 'field of energy' tersendiri. Tentang energy tersebut. Ana tak tahu sejauh mana ia dapat dibuktikan dengan science. Yang penting, ana masih menunggu keputusan 'string theory'. Dalam Physics, theory ini mengatakan selain tiga dimensi + dimensi masa, terdapat beberapa dimensi lain. Ana amat percaya, masih ada dimensi yang belum manusia terokai. Someway somehow auras and chakras interact with our body. Mainly chakra interact dengan endocrine dan nervous system.


Apa boleh buat dengan aura?
Ada banyak manfaat. Merawat boleh, self defense boleh, scan orang boleh. Macam-macam boleh. Sebagai contoh, untuk berubat. Aura manusia ini unik, dan manusia amat unik. Dalam kalangan pengamal, mereka panggil 'senjata rahsia' khalifah di muka bumi. Hanya manusia yang Allah kurnia kebolehan untuk mengolah aura ini. Tidak pada jin dan syaitan. Kadang-kadang ianya amat berkait rapat dengan mata ketiga. Third eye, atau Sixth Sense. Semua ada, cuma tajam atau tak. Itu sahaja. Not more than that.

”Akan tetapi di dalam diri manusia ada bashirah (yang tahu)” Al-Qiyamah, ayat 75:14

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
At-tiin, 4


Mungkin bagi sesetengah tak minat, atau tak percaya, itu tak mengapa. Tapi, kalau nak bantah atau tak, bring out forth evidences. Itu sahaja.

Boleh ke? Nabi tak buat pun.
Jangan risau, ini bukan bida'ah. Ada certain sunnah kita ambil maksud di sebaliknya. Contoh bersugi, kita memberus gigi. Dan tidak menjadi masalah untuk kita bersugi, kerana kita ikut nabi sebijik macam nabi Muhammad. Situasi sama dijawab oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, bila salah seorang pengikut dia bertanya boleh tak guna meriam? Beliau jawab, kalau pada zaman nabi Muhammad sudah tahu menggunakan meriam, sudah tentu beliau orang yang pertama manfaatkan ilmunya. Begitu juga aura, tiada masalah. Ianya ilmu, bukan kepercayaan atau perkara-perkara lain. Manfaatkan ilmu yang kita ada, itu sunnah.

Apa bukti interact dengan dunia fizikal?
1. Doktor, mungkin anda tahu juga. Ada sesetengah doktor, ana maksudkan doktor yang grad officially, yang menggunakan teknologi aura. Ada yang menggunakan bandul untuk check pesakit, yang kemudian maklumat pesakit diselarikan dengan frekuensi yang bersesuaian yang kemudiannya dialirkan frekuensi tersebut kepada air. Frekuensi itu digetarkan pada air oleh sebuah mesin. Pesakit diberi minum air itu.

2. Bedah. Ana haritu semasa Akademi Imam, di mana mereka yang terpilih di situ memang orang Al-Quran yang hebat kecuali ana, tersalah masuk tempat tu kot. Di Akademi, situlah yang bangun tahajud, yang juara-juara peringkat negeri dan kebangsaan sama ada tilawah atau hafazan. Kurang daripada umur 25 la. Tengah belajar, ada sorang bukak cerita tentang dia dibedah 'secara' batin. Ana tanya guna jin ke? Dia kata, tak, guna ilmu batin. Just to make sure ana tanya macam mana dia bedah? Nta sedar tak? Dia kata, ya ana sedar tengok tengkuk ana kena bedah. Tonsil katanya. Ana kata macam mana tak rasa sakit? Dia kata, tahu tak manusia ada jasad batin dan fizikal. Jasad batin mati, jasad fizikal akan mati. Tapi kalau jasad fizikal mati, jasad batin masih hidup. Bedah batin ini, dia matikan bahagian batin, jadi fizikal tak sakit. Ana tanya tak ada apa-apa upacara atau apa ke? Dia kata tak ada, cuma dia minta solat dua rakaat then ingat Allah setiap masa.

3. Fights. Ana pernah tengok orang yang berlawan guna seni ini, memang terpelanting. Ana tanya, macam mana boleh terpelanting, logically tak boleh. Bila dengar expalanation Prof Fizik yang masuk seni itu, ana tak ingat apa nama dia, baru faham. It is logical. Malah ada maklumat baru dapat. Alhamdulillah. Ianya hanya tentang diri kita, tentang 'inside-out' principles. Kalau dalam jahat, automatik charged field around badan kita bertukar, another field yang belajar seni ini sudah confirm strong akan menolak field yang berniat jahat. Simple principle.

Sejarah
Sebelum Islam datang, masyarakat Melayu sememangnya dipengaruhi amalan-amalan Hindu-Buddha. Apabila datang Islam, Islam ubah hidup pengamal-pengamal ini. Totally. Kalau ikut apa yang ana belajar tentang sejarah seni, ia wujud selepas Islam datang. Apabila antara orang-orang Islam ditindas oleh mereka-mereka yang mengamalkan ilmu ghaib. Sama ada menggunakan jin atau tenaga dalaman. Jadi, yang dianugerahkan ilmu mula mengajar kepada orang Islam sehingga muncul mereka yang hebat. Namun apabila masa berlalu, masyarakat lebih ingin jalan lebih mudah iaitu menggunakan jin. Sehingga lama-kelamaan seni ini kurang diamalkan secara tulen, kalau ada kebanyakannya sudah mencampur adukkan dengan jin sehingga seni ini hilang sendiri. Seni ini akan hilang bagi sesiapa yang mempunyai jin kerana jin memang diciptakan untuk berasa 'panas' duduk sekali dengan tenaga ni. Mengapa masyarakat dulu dan sekarang lebih prefer jin? Ustaz ana selalu bagi contoh, tentang tenaga aura ini di'generate' sama konsep dia seperti dinamo. Kalau berlatih ada, kalau tak, malap la. Seni yang tak ada pantang larang, tak ada korban makanan, tak ada pengeras. Yang ada ialah peringatan untuk jangan tinggal solat, sentiasa yakin Allah berkuasa makhluq tidak, sentiasa jauhkan diri daripada syirik dan perkara-perkara berdosa. Kalau bagi yang berilmu lebih sikit, jangan reka-reka apa yang akal manusia tak tercapai. Dari rekaan itulah, akan timbul perkara. Senang cerita, tak tahu cakap tak tahu.

Tips untuk belajar
1. Berguru, jangan sekali-kali cuba seorang diri.
2. Tengok guru, MESTI sebelum belajar, check aqidah dan prinsip dia. Biar banyak tanya.
3. Cari tempat dan suasana guru tersebut, tengok orang keliling dia beriman atau tak. Ada benda yang tak patut macam tangkal dan lain-lain atau tak. Kalau ada, jangan masuk, manis mana pun mulut dia, jangan masuk.
4. Kalau boleh cari sijil-sijil terkenal di tempat mengajar dia, macam sijil JAKIM, Harun Din(Dar As Syifaa'), Ismail Kamus dan sebagainya.
5. Pastikan ilmu yang dipelajari dekatkan kita pada Allah, kalau makin jauh memang ada benda tak kena.
6. Yang paling penting, jangan taksub. Jangan taksub. Jangan taksub.
7. Rujuk dulu orang yang berilmu. Jangan masuk seorang diri, belajar bersama kawan yang dipercayai supaya bila kita tersilap dia menegur.


Itu saja. Cukup untuk pengenalan. Selamat bermuhasabah. Percayalah, ilmu manusia amat sedikit. Salam.

18 comments:

  1. Salam.

    mirol - Thanks. Ada pape nk tmbh add je sini. KOngsi.

    Hakeem - Syukran. Ada cerita bertani?

    ReplyDelete
  2. tambah? aku mana tahu benda2 macam ni :D

    ReplyDelete
  3. yea you know. hehe.
    we both knew it.

    ReplyDelete
  4. hahahahaha..... sronok tul ana bace posting kali ini... mmg ni yg plg best ana pnh bace dpt byk mklumat.... ape yg x pnh tahu dh tahu skrng ni....

    ReplyDelete
  5. Amboi gelak. Sakan eh. Ha, apa lagi, kongsi2 la apa yg nta tahu. nta kan antara pengamal 'tegar'..haha

    ReplyDelete
  6. ookeh..aura itu tenaga dalam
    drpd particle yg bergetar dan menghasilkan gelombang...gelombang tu hasilkan warna yg berbeza..
    jadi gelombang tu boleh interact dgn dunia fizikal kerana dunia fizikal ada ions yg bebas di sekeliling..
    Jadi saya angkat tangan, ada soalan nk bincang2..~

    1) Brain-waves dan ion bebas, tu penjelasan telekinesis kah?
    2) aura itu warna-warni, tumbuhan pn ada aura juga ek, camera kirlian pnah tangkap kalau tak silap..jadi, warna aura manusia tu boleh berhubung ngan warna aura di sekeliling ke eh..ade spesifikasi ke..?

    ReplyDelete
  7. eh, lagi satu..
    em..
    menda ni.physics atau psychology..
    atau kedua2nya skali..atau pun bukan dua2..
    okok..

    ReplyDelete
  8. Amin, jap nak teka. maybe phys explore n explain. under metaphys. psycho... em,tak pasti. tp ni yg subconcious mind. specifically named as aura. yeke?

    Salam. Ths article is very nice, interesting and lucid one. Jelas dan informative.

    Bedah secara batin? Inilah yang cuba saya explainkan kepada anda! Saya pernah lihat pakcik itu buang bbrp part lungs perokok, ketumbuhan di thyroid dan lemak di jantung. err. darah? banyak..tp sapu dgn kapas basah saja. pantang? minuman berkarbonat. pengeras? takde. bayaran? suka hatilah brp2. ubat? minum air bacaan al-fatihah. yakin dgn allah. doa.

    p/s: 'Tegar' dah karat. Apatah lagi saya yang tak tahu apa-apa ni. Tulah, pengajarannya amal zikir dan solat malam kena istiqamah. Ok salam.

    ReplyDelete
  9. Amin - tentang telekinesis, ana pun tak tahu apa exact explanation. sekadar ana cari, ana tk jmpe lagi scientific study yg ckp tntg ni. Tentang dunia fizikal, nta define dunia fizikal tu ape? Ana rasa selagi aura boleh di access thru electromagnetic spectrum dia masih boleh dianggap fizikal. cuma yg membuatkan dia kurang 'fizikal' ana rasa sebab we can control it, bend it, jadikan macam2. Imaginasi main peranan rapat. Ana tahu pasal kamera tu, pasal bending, ana tgk kamera tu tgkap gambar pengamal buat aura dia macam tangan gergasi. semua benda ada aura. itu lagi satu ana tk faham, indeed pengamal guna quran, sama ada dari segi tulisan atau bacaan antara sumber aura mereka besides kita. dengan syarat, tawakal pada allah, tak ada kurang efek dia. Kalau percaya pada quran membantu kita pun tk btol da, itu hanya alat. pasal hubungan aura kita dengan sekeliling, ana tak tahu. No idea. Sorry.

    Izzah - pakcik yg buang 'hormon' tu ke? oh. patutla. cuba tny nama dia apa. ya, tulah, ustaz ana pun pesan solat main peranan penting.

    ReplyDelete
  10. a'ah pakcik tu. ana kenal sebelum ana pandai cakap lagi.

    ReplyDelete
  11. cerita bertani?kena mai upm la, ukur tinggi kangkung.

    ReplyDelete
  12. hehe..
    alang2 nanti bawk la hang punya karung kurma..
    nak mrasa jugak kurma UPM..
    asik2 'yusuf taiyoob' je. hehe

    ReplyDelete
  13. Pseudoscience...

    http://en.wikipedia.org/wiki/Pseudoscience

    ReplyDelete
  14. I rather called it protoscience.

    ReplyDelete
  15. Ilmu yg berguna..best juga kalau tau pasal aura2 ni

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.