Dalam satu jarak masa kebelakangan ini, beberapa ikhwah telah dijemput oleh Allah.
Kerna mereka pergi bertemu dengan kekasih mereka, ianya jarang menjadi sesuatu yang menyedihkan buatku. Sedihku selalunya bukan kerana mereka pergi, tetapi kerna bimbang mengenai nasib diriku.
Seni kematian aku tidak tahu bagaimana, adakah indah atau sebaliknya?
Sering, andai aku merasakan usrah sudah hilang umphnya, murajaah dan tadabur Quran sekadar meniti bibir, bersedekah pun kurang nikmatnya, jalan ke masjid sudah kering seronoknya, last resort aku akan ke kubur, always, secretly. Tak kisah siapa pemilik kubur, seperti kata nabi, manfaat menziarahi kubur bukan untuk si mati tetapi untuk yang hidup.
Dua pemergian insan yang sangat dalam kesannya. Akh Iman, yang mana naqibku mengenalinya. Dia bercerita mengenai beliau dalam usrah kami. Tiada sedih bagi diriku aku untuk beliau. Hanya rindu pada orang beriman seperti beliau.
Namun, pemergian seorang syeikh yang sangat aku cintai kerana ilmunya, Syeikh Said Ramadan al Buti sangat membuatkan aku sedih. Pada hari beliau meninggal, aku menangis. Menangis dan menangis. Air mata demi air mata tumpah. Aku jadi benci sehingga pada hari itu, mulut aku penuh lafaz doa agar Allah melaknat Basyar al Assad dan pembunuhnya. Sehingga lah keesokan harinya, reda sedikit.
Aku sangat mencintai beliau kerana ilmunya. Kitabnya Fiqh Sirah sangat aku gemari. Bagi pembaca buku, buku ada dua jenis. Ada buku yang dah habis baca disimpan. Ada buku yang sudah habis baca, dibaca lagi, dibaca lagi dan terus dibaca. Kitab Fiqh Sirah beliau termasuk dalam jenis kedua bagiku.
Aku sangat hiba dan sedih sehingga ke hari ini. Aku menulis post ini, hanyalah dengan harapan Allah meredakan kesedihan ini. Intipati pengajaran dalam Fiqhnya membuka satu ruang pandang yang sangat luas dalam mendalami sirah. Selepas membaca karyanya, sirah was no longer a distant past. It is a close friend, walking along in every step of my life. A window to peek the very lives of mun'im alaihim, the people that Allah has bestwod ni'mah upon them. The an'amta alaihim people.
Tapi, syeikh telah pergi. Beliau pergi bertemu kekasih beliau. Aku tak tahu mengapa aku sedih. Aku merasakan hati ini sangat-sangat mencintai syeikh Said. Hati ini sesak dan lemas bila mendapat berita mengenai pemergian beliau. Yang aku tahu, sehingga hari ini aku sedih. Aku rindu pada syeikh.
Satu Tazkirah
Pada suatu hari, di group facebook ikhwah, seorang akh telah menegur kami. Kenapa bila syeikh meninggal ramai yang bersedih? Kenapa sebelum ini biasa-biasa saja? Adakah beza nyawa seorang Muslim dan Muslim yang lain?
Allah.. Maafkan aku wahai kaum muslimin. Aku membezakan nyawa kalian semua. Sedangkan kalian juga wajar menerima doa dan juga simpati dari kami. Astaghfirullah, maafkan aku andai aku telah membezakan kalian dan syeikh.
Ke atas diriku dan pembaca, terletaknya haq untuk perjuangan umat ini. Sila ambil serius bagai nyawa kalian bergantung padanya. Bak kata akh Iman, biar dakwah dan tarbiyah jadi nadi kehidupan.
22 Mac
Tarikh Syeikh Ahmad Yassin dan Syeikh Said Ramadan pergi meninggalkan kita.
Juga tarikh adik kelima aku lahir, Ayaz. Aku telefon Ayaz keesokan harinya. Kerana aku terlalu sedih pada hari itu. Aku berazam akan mendidik Ayaz untuk bercita-cita untuk syahid sebagaimana pahlawan-pahlawan pada tarikh lahir Ayaz syahid.
Moga Allah redha.
No comments:
Post a Comment
Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.