Tuesday, December 21, 2010

Permudahkan

Assalam.

Kalian tolong doakan keselamatan peserta dan kami ALUMNI dan guru-guru Al Amin dalam program XChallenge kali ini. Program yang berkonsepkan perlumbaan, di mana sebolehnya kami ingin memahamkan mereka sebanyak yang boleh tentang cabaran dunia luar dan peranan mereka.

Program yang insya ALLAH akan menguji fizikal, fikrah dan mental. Moga-moga hasil yang kami harapkan dalam melahirkan ikhwah dan akhawat terus dibantu Allah.

Program yang diharapkan dapat terus menyambung mereka selepas sekolah dalam circle 'tarbiyah', di mana dalam fikrah kami Alumni yang terlibat dalam menyambung penglibatan mereka yang berminat dalam manhaj dakwah amnya, dalam IKRAM khususnya. Di mana dapat menerapkan toleransi dan kefahaman yang dalam - moga tidak menjadi asbab perpecahan dalam gelora fanatisme dan ketaksuban yang mencekik nafas perpaduan. Moga kasih sayang antara muslimin dan keikhlasannya terus menguasai. Moga hatinya lapang menerima perbezaan. Moga wujud 'fastabiqul khairat' yang disarankan dalam al Quran, perlumbaan yang sihat.

Menjadi harapan untukku menyaksikan umat yang bertuah ini, menjadi bersatu hati. Buangkan yang keruh, ambillah yang jernih. Tiada yang lebih berharga, selain dari perpaduan. - (Nasyid kumpulan Raihan berdendang.. )

p/s - siap sedia untuk berparang bagai.. :)

6 comments:

  1. Moga berkat Allah mengiringi. Maaf tak dapat bantu hari tu.

    ReplyDelete
  2. moga Allah permudahkan segalanya..rabbi yassir wa la tu'assir...

    ReplyDelete
  3. Salam.

    sempat bermadah.
    siapa tak kenal Asif.

    hehe.
    BitTaufik wan Najah.

    - "Bersama kesusahan itu kesenangan".

    Salam.
    :)

    ReplyDelete
  4. Jannah - tahun depan pulak insya ALLAH.

    incik - syukran atas doa.

    nidzam - :)

    isyraf - amin

    abang hamidi - hehe..maaf tak dapat pergi mukhayyam. :)

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.