Tuesday, August 10, 2010

Harapan langkah masa depan.

Assalamu'alaikum

Bismillah

Kebelakangan ini, beberapa perkara telah berlaku - kemungkinan cukup-cukup kuat untuk mengubah perancangan hidup saya. Melontar jauh - tersasar. Boleh juga dikatakan bakal berlaku.


Ini perancangan hidup saya, sebelum ini.

Langkah Akademik 
Dalam masa dua tahun, saya akan menghabiskan A-Level. Ingin menyambung pelajaran ke Manchester - bersama Asyraf Roslan :) Dalam bidang fizik, insya Allah fizik nuklear. Kemudian, bercadang menyambung Master. PhD. Menyumbang kepada pembangunan nuklear umat Islam. Insya Allah. Langkah ini juga didasari minat yang mendalam terhadap ciptaan Allah ini. 
Simplicity lies within complexity
Langkah Kerjaya
Insya Allah. Masih kurang jelas, namun ingin terlibat dalam menyumbang kepada pembangunan nuklear umat Islam. Luas aplikasinya. Juga ingin melibatkan diri dalam sukarelawan ke Gaza dan ingin menyertai tentera simpanan atau apa-apa badan ketenteraan.
Go Muslim Physicists. We are needed!~

Langkah Peribadi
Insya Allah. Kekal istiqamah. Cukupkan muwasofat. Meningkatkan tahap intelektual dalam pemikiran, ilmu, juga isu. Menjaga hablumminallah dan hablumminannas. Bawa halaqah! Berusaha menyebarkan fikrah Islamiah. Insya Allah :)
Enrich human, you will enrich the world.

Langkah Keluarga
Ini yang penting juga. Hasrat membina keluarga sudah dirancang. Anak-anak pun sudah nak kena ditarbiah dari awal. Kawan saya, Muhammad Sheikh Salleh pernah pesan, apa yang kita buat, anak-anak kat tulang belakang ni tengok. So, kena start dari sekarang kalau nak ada anak yang baik. Insya Allah. Cadangnya, kalau jalan semua, dalam tempoh 'degree'. Dalam masa itu, cinta Allah itu jangan diganti. Hilangnya cinta Allah, petanda cinta itu tidak berkat. Apa nama cinta jika tidak dibawa kembali pada Allah, sedang Allah itu pemilik segala cinta?
Bila dua partikel ditemukan, coraknya amat cantik. Begitulah jika dua hati dimadu cinta Ilahi, hasilnya sangat memberangsangkan!!!! (Amboi..lain macam je)

Ini serba-serbi on the surface. Insya Allah, mengharapkan apa yang bakal berlaku tidak mengubah haluan ini, jikalau akan diubah, ya Allah datangkanlah kebaikan bersamanya. Kerana setiap langkah ini diiringi istikharah sebelum tekad - mengharapkan kebaikan dan redha Allah.


Up to now, five of my friends and my cousin had called me Micheal Scofield. Is it my face or my mind or my style that makes you called that?


P/s : Syukran kawan-kawan tersayang atas sokongan dan bantuan. Ramadhan sudah hampir!!!!!!!!!~  ALLAHU AkBAR!

Assalamu'alaikum.

Ramadhan Kareem!!!!

FROM ASHES SPRING NEW LIFE :)

8 comments:

  1. MasyaAllah. I am all inspired again to pursue my physics-ish thingy.

    hehe, yes, muslim physicists.. here we go ;]

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar. Ye ke? Inspired? Di Sabah lagi ye? tgk feed ada dari kota kinabalu.

    Go go go! ~

    ReplyDelete
  3. Bila dua partikel ditemukan, coraknya amat cantik. Begitulah jika dua hati dimadu cinta Ilahi, hasilnya sangat memberangsangkan!!!! (Amboi..lain macam je)..
    p/s, pergh, mmg lain mcm..!haha..

    ReplyDelete
  4. sengal kan? haha..

    tapi benar.
    ;p

    ReplyDelete
  5. jadi.... Kesimpulannya... Jangan lupa jemput kami semua apabila dua partikel sudah disatukan... Hehe..
    Maattaufik wannajan dalan mengejar pa yang di'target'

    ReplyDelete
  6. Sesungguhnya orang di sini amat cemburu,
    'ala kulli hal,mendoakan yg t'baik utk antuma,w'pun kita tak sehaluan cara dan gaya tapi sefikrah itu lebih baik bukan?dan cara kita utk mencapai matlamat itu bergantung kpd individu2 masing2 :)

    "We learn from our mistakes",Kullu insan khata' dan pada prinsip itu kita mesti belajar utk memanipulasi kesalahan itu menjadi kebaikan dan lebih baik lagi dr dahulu..

    Moga partikel2 tu casnya kuat utk menggerakkan seluruh norma positif ke seluruh alam,amin

    (sembang bagai,kita kne jumpa this ramadhan :D)

    ReplyDelete
  7. nidzam - insya Allah. nta dulu kot ;P

    awau - awat hang jeles? hehe. cara berbeza, matlamat sama. itu yg penting.

    itu lagi power, insya ALLAH.. cukuplah dgn kisah2 dulu maccam bdk2..

    insya ALLAH..ana tgh plan qiam dgn geng2 ramadhan ni di UIA>. jom>

    ReplyDelete
  8. moga tercapai segala cita-citamu..

    ameen..

    support by dua shj..itu yg termampu..teruskan asif!

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.