Monday, July 5, 2010

The Arrivals Reloaded

Salam

Bismillah.

Alhamdulillah, kelmarin tamat saya menonton siri terbaru Wakeup Project - The Arrivals Reloaded. Dengan kelajuan broadband(bila slow sangat-sangat nama bertukar jadi 'beruk'band..) 20Kbps, episod akhir berjaya di download. Alhamdulillah.

Dengan isi-isi yang sangat impaktif, musik iringan yang amat berkesan, serta video teknik yang membantu penonton terus tersangkut dan bersama-sama dalam pengembaraan sejarah masa dahulu dan kaitannya dengan kehancuran zaman sekarang. Juga ia berjaya membawa penonton ke masa depan - di mana akan berapi-api setiap jiwa-jiwa pemuda, di mana akan berlangsungnya klimaks terhebat sepanjang sejarah penciptaan manusia. Pabila dunia kian hapus, pabila nilai-nilai ketuhanan makin lupus, turun tanda-tanda yang mampu mengubat hati-hati yang kekal istiqamah.. Kerinduan terhadap sesuatu yang dinanti-nanti.

Siri ini menceritakan tentang bagaimana kejahatan dan kezaliman hari ini berpunca. Bagaimana setiap raja-raja kejahatan dirancang untuk menguasai manusia. Bagaimana mereka mempengaruhi golongan muda-mudi supaya tunduk, golongan kanak-kanak supaya terperdaya. Siri ini juga mendedahkan tentang 9-11 dalam kaitannya dengan U.S, pembunuhan Michael Jackson, keterlibatan artis-artis terkenal seperti Madonna, Britney, dan Christina dengan ritual-ritual penyembahan syaitan. Ia juga mendedahkan temuramah seorang ahli "Secret Society" dan pengakuannya dalam menyembah Lucifer, juga dalam merancang untuk mengambil alih dunia.

Episod akhir merupakan episod kegemaran saya - di mana motivasi disuntik-suntik ke dalam jiwa. Tentang bagaimana Imam Mahdi akan mengambil alih dunia dan menjadikannya aman sebagaimana kezaliman memenuhi dunia sebelumnya. Juga bagaimana Nabi Isa akan turun ketika umat Islam dikepung. Bagaimana Nabi Isa akan menyapu keperitan di muka-muka pejuang dan memberitakan mereka tentang darjat mereka di syurga. Bagaimana Dajjal akhirnya musnah dan kalah. Sejujurnya, saya merasakan ia merupakan suatu inspirasi yang amat bermakna. Jika hidup saya panjang, saya berdoa pada Allah agar saya termasuk dalam mereka yang berjuang bersama-sama Imam Mahdi, malah sebaris insya Allah. Jikalau Allah menjemput saya terlebih dahulu, saya berdoa agar anak-anak dan cucu saya termasuk dalam kalangan yang memperjuangkan Islam.

Saya akhiri post ini dengan part 2 dalam episod 10 - amat bermakna.. hayati..

No comments:

Post a Comment

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.