Friday, June 4, 2010

Alhamdulillah

Salam.

Bismillah.

Dah tiga minggu di kolej. Selepas peperiksaan akhir yang amat memerah otak dan memenatkan, saya bercuti dua hari sahaja sebelum menyambung pembelajaran di kolej. Alhamdulillah, sekarang akan bercuti selama dua minggu! Hoyeh!

Akhir-akhir ini, otak makin penat. Alhamdulillah, cuti datang. Sepanjang tiga minggu ini, ada sesuatu yang menganggu fikiran. Ianya bermula pada hari pertama di kolej, selepas baru menerima jadual kelas. Semasa di kantin(minum air kotak soya sahaja, tak ada makanan halal), seorang daripada kawan Kristian saya bertanya "Asif, have you looked at our Friday's schedule? Packed man.. how about your prayer?"

Speechless.....

"Em.. I'll meet someone to arrange this.. Thank you.." Saya membalas. Dia membalas kembali "Yeah.. Don't be naughty ok? Lots of Muslims doing naughty nowadays..". " ok. Thanks..".

Nasuha terus saya mesej, untuk bertanyakan mengenai perkara ini. Dia senior saya di kolej. Alhamdulillah, jawapan helpful. Terus pergi berjumpa dengan individu yang dikatakan boleh membantu. Alhamdulillah, Allah mudahkan.

"Yes.. You can meet him. About schedule, he is the right person.."..
"Oke.. I'll tell Mrs Christina. I can rearrange your schedule. We are sorry about this.. But, you need to skip few classes, until we can rearrange it".
"Don't worry ok? We acknowledge that you don't purposely skip the class. We'll settle this ASAP. "

Ini jawapan-jawapan yang amat membantu dari staf-staf pejabat, yang mana mereka semua bukan Muslim. Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Setelah tiga minggu berlalu, ada timbul segan sikit, dengan tertanya-tanya bila nak setel ni. Semalam pulak, ada kosong untuk pergi solat dhuha. Agak jauh. Tak apa. Syukur pada rezeki dimanifestasikan dalam solat dhuha.

Tengahari itu, sebelum solat jumaat, ada tutorial Pure Further Maths. Dalam kelas agak terganggu, lagi sekali skip class. Bila admin nak siap ni? Tertanya-tanya. Alhamdulillah, lepas habis tutorial, disapa ketua kelas, Ashton. "Asif, I have a happy news for you". "Whats up?". "You can go to your prayer after this, no worry ok? They have changed our schedule, for you, the only Muslim in our class, here, take a look". "Ok thanks dude.."

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Allah mudahkan. Tambah diberitahu dengan elok sekali. Hari itu keluar dengan hati lapang. Walaupun lepas itu rush balik ke kolej untuk kelas 2.30, dan ada kecewa sikit tak dapat pergi demo. Haha. Tapi tak apa, beginilah Allah mendidik aku. Aku terima dengan redha.

*I'm making a video, using Sony Vegas. Thanks Oma! Macam syok. Dua malam full miss study dok explore menda alah tu..hehe..
*Take a note - hampir setiap malam, di AWANI ada liputan dari LifeLine4Gaza.

Salam.

1 comment:

  1. Alhamdulillah..

    ~"MAN SALAKA THARIQAN YALTAMISU FIHI ILMAN SAHHALA LLAHU TARIQAHU ILAL JANNAH" ...

    i.Allah..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.