Thursday, December 31, 2009

Glimpses of 2009, Sparks of 2010

Salam.

Bismillah.

Saya pulang semalam. Saja. Ada urusan sponsor. Balik dengan KTM, pukul 4. Tahu bila saya sampai Terminal? 7.30! Iftar dalam kereta dengan ayah saya. Petang semalam luar biasa kesesakannya. Stesen-stesen KTM dan LRT sibuk mengumumkan bahawa mereka akan tutup pukul dua pagi sempena sambutan Tahun Baru. Mainan syaitan. Hati terasa sakit sepanjang perjalanan. Sakit melihat kesakitan umat. Sakit kerana diri ini hanya mampu membenci dalam hati. Hanya mampu menaip, serta mengingatkan rakan-rakan agar tidak terlibat dengan sambutan yang berbentuk kemaksiatan. Saya merasakan agama Islam itu agama yang tiada tandingan. Semalam, setelah hati membengkak melihat maksiat demi maksiat berleluasa, solat merupakan penawarnya. Di hujung hari, hati yang penuh benci kembali pulih dengan merendah diri menghadap Pemilik Alam. Juga membungakan hati melihat masih ramai yang solat di KL Sentral. Ada dua golongan, yang pergi ke surau untuk solat dan pergi ke tandas untuk tukar baju. Golongan kedua kata-kata mereka berbaur sumpah seranah dan perkataan lucah, persediaan untuk menyambut sambutan New Year di luar. Golongan pertama pulang juga untuk menyambut New Year, namun dengan kembali bersama-sama kawan atau keluarga, air muka mereka lebih tenang. Tak salah menyambutnya, tetapi yang salah bergantung bagaimana cara disambutnya. Kalau disambut dengan makan-makan bersama keluarga, solat berjemaah serta berkumpul dengan kawan-kawan di restoran, tanpa ada pergaulan bebas, silakan, itu malah menyebabkan ukhuwah bercambah. Namun, jikalau cara disambutnya dengan berkumpul ramai-ramai, bergig sana sini, dengan arak dan pil-pil perangsang, dengan bercampur lelaki perempuan, dengan bersepah-sepah kondom di atas lantai, itu sudah semestinya haram. Usah dinafikan perkara ini. Bukannya saya tak membaca. I have read plenty enough testimonial mereka yang bertaubat, semuanya bermula dengan perkara yang sama. Ianya atas pilihan kita. Satu peristiwa menarik ketika saya dalam LRT, ada sepasang manusia yang saling mencintai berpelukan dalam LRT. Mereka berada di belakang saya. Pakaian boleh tahan. Pada hemat saya mereka sudah berkahwin, kahwin muda agaknya. Lagi baik husnuzon. Tapi, saya agak geram kerana mereka bercakap perkara kotor. Sekeliling mereka sudah mula menunjukkan protes secara mimik muka. Saya yang duduk di depan lagi lah dengar. Geli jugak. Hati saya sudah mula panas. Mereka semacam semakin galak. Sudah tu apabila terlanggar makcik tua depan mereka, lagi kuat mereka gelak. Walhal makcik tu hampir jatuh. Mungkin agak biadap, saya memulakan bicara "Assalamualaikum. Bang, kakak, minta beretika sikit boleh tak?". "Yang kau nak sibuk pahal?" katanya. "Bukan sibuk bang, tapi, bang dan akak berdua mengganggu kami. Cakap mende tak elok, biadap". "Kau jangan kurang ajar sangat boleh tak? Karang aku bagi kang! Suka hati mak bapak aku la nak cakap apa, kau jangan kampung sangat cakap. Nak cakap bab agama pergi masjid la!". Saya diam. Terfikir, saya tak bukak topik agama pun. Saya terus menyambung "Bukan apa, abang duduk cakap pasal 'barang' masing-masing, duduk berahi-berahi peluk-peluk, cium-cium tengkuk, macam dah bukan manusia pulak. Bukan nak lepas cakap, tapi keliling abang semua dah merasa apa yang abang baru nak merasa. Jadi minta hormat je. Saya tak minta lebih bang". Saya memandang tepat mata abang tu. Mukanya sudah bercampur marah dan malu. Saya cuba mengekalkan ketenangan. Tak mahu menimbulkan pergaduhan. "Kau diam! Suka hati kitorang la nak wat apa..ini bandar la weh..bukan kampung". Suaranya sedikit keras. Tapi, saya sendiri tak tahu mengapa dari tadi dia duduk sebut kampung. Kemungkinan dia berasal dari kampung, di mana kampungnya dia tak boleh nak buat perkara macamtu, jadi datang bandar lepas geram. Saya lihat akak tu sedari tadi diam menunduk, melepaskan pelukan di pinggang suaminya. Dada mereka juga makin menjauh. Mungkin akak itu malu..saya menyambung "OK2. Kak, saya minta maaf kak. Abang memang ada hak, tapi abang tahu kan dalam kenderaan awam tidak boleh berkelakuan sumbang. Lagipun, kita manusia bang. Abang tak tahan balik lepaslah. Tapi sekarang hormat kami. Etika sikit. Itu beza kita dengan binatang..apapun saya minta maaf..tapi bang, badan tu bukan hak abang, satu hari nanti jadi tanah juga abang ngadap Tuhan nanti. Allah tanya bang.." Tren berhenti. Saya keluar. Dalam hati saya beristighfar. Nak naik angin dah masa itu. Cuma, ingat buat tu sebab Allah je. Kalau buat sebab diri sendiri, ha, nak cuba jugak menghembus aura-aura ni..lama tak mencuba dekat orang lain. Duduk scan je. Hehe..

Percaya pada saya, sekiranya ada di antara rakan-rakan anda mempertahankan hujah bahawa sambutan seperti itu tidak mengapa, maklumkan pada dia bahawa dia sudah termakan racun orientalisme, iaitu buah fikir liberalisme. Agama Islam itu punyai banyak simpulan, dan simpulan yang terakhir akan terurai di hujung dunia ialah solat. Sekarang satu demi satu sedang terurai. Ceh, konon moden. Katakan padanya dia sedang melucutkan prinsip agama sedikit demi sedikit. Katakan pada dia, dia sedang merendahkan prinsip Islam seperti dalam Electrochemical Series, yang mana dia meninggikan prinsip liberalisme, di mana dengan mudahnya prinsip liberalisme displace prinsip Islam. Katakan padanya inilah matlamat Freemasonry. Matlamat mereka mudah, Novus Ordo Seclorum - New SECULAR World Order. Most people translate New World Order. But, I guess Seclorum which is derived from saecculum, means Secular, plays the key role. It was and is a systematic order of attack. Orientalist do their job, to learn and find our weaknesses. Then, they claim that most developments from religion come from them. While our community is 'pelik'. Contohnya, bila Barat umumkan yang seseorang boleh membunuh seseorang, boleh mengangkat barang hanya dengan menggunakan fikiran, sebagai hasil pengolahan gelombang radionik yang wujud, masyarakat kita percaya. Bila sampai Ustaz-ustaz cakap pasal kasyaf dan karamah, terus kena label sesat dan tahyul. Isn't that weird? I mean we as Nusantarian has long possessed and mastered those psionic skills. Islam came just to purify it. That's the key of Orientalist. Then, slowly, they interpret religions according to their own will but it is very minute the way they do it. They claim to be tajdid and bring religion along to be parallel with the world modernization, but their interpretations are out of 'Thabat wal Murunah' principles, means Flexible and Constant principles. They dismiss any explicit commandments and syariah in Islam which they think are not suitable for this modern world. From this, they produce Liberalism. Day by day, more and more of Islamic principles and identities dissolved. After the micro identities has been dissolved, they produce new ideology, not new really, it just has been resurfaced by John Hicck if I'm not mistaken. Pluralism. It teaches that all religions teach good things and are believed to be true. If all religions teach good values and truth, then, all religions are the same because they have same goal. I prefer "Tuhan Manusia" by Faisal Tehrani. It is light and suitable for you. Tak payah kisah dia Syiah atau tak. Dia tak mengaku, kita tak payah nak pi cari salah dia. At least, karya-karya dia far better than 'novel cinta' or so on. Sihat nurani sihat hati. Bukan tak ada romance dalam novel dia, ada saja. Cuma, bertempat la. Jadi, baca lah karya dia. :) Of course not Maulana Rumi, even to read half of its poem had already bursting my brain, melting my eyes, and cracking my bones(exaggerate tahap seladang). Hehe. Okay. Now look carefully. Pluralists will admit that all religions are true and are the same. I don't have to list why this ideology is wrong, illogical and flawed. You'll have to find it yourself if you want to know. Most of pluralists are 'pakar-pakar agama'. Expensive conventions are held occasionally, and religious figures are invited and sponsored, from these conventions they turned religious figures into religious traitors - pluralists. Even Malaysians involved. Now, before I continue, from where did the money came? Sponsors and all of them. Open your eyes widely please. Okay. Then, pluralism will produce less sensitive people. I mean, as if they don't care in which religion they are. If liberalism tear apart the micro components of religions, pluralism destroy the main wall. Religion, what makes us mainly different from them is our God. Prophet Muhammad once said, Ummah is like a body. Now, let me take you into my ridiculous analogy. Prophet Muhammad (peace be upon Him) said ummah is like a body, then each muslim is a cell. Now, these ideologies are viruses. Liberalism destroys components inside the cell. Pluralism destroys the cell membranes. Later, there will be no cell. That's how they want to destroy us. Mankind. Lastly, after religions lose their identities, where faith doesn't matter anymore, secularism will take place. No religions anymore. But, eventually, human nature which is fitrah, will lead them to find something to worship. When these happen then the real colors of Illuminati will appear. They'll bring a new god, god that they had worshiped long time ago, the Light Bringer - Lucifer. Some said Lucifer is the Anti Christ Dajjal. Apa-apa pun, itu sahaja sebagai short brief tentang jalur-jalur ideologi yang membunuh kita.

Realiti 2009
Tahun ini tidak banyak yang berubah. Secara globalnya umat Islam masih ditindas, biarpun Obama sudah naik. Positifnya, perbankan Islam mula digunakan seperti di Jepun dan negara-negara lain. Sistem riba sedang jatuh. Kalau pergi ke Kinokuniya, new arrivals punya slot, hah, penuh pasal meltdown and financial. Iran sedang di dalam kemelut dalaman. Filem 2012 yang hot sekali. Guess how many symbols will I find then. Tak tengok lagi. Busy bangat. CERN punya LHC baru habis baiki, dah start balik dah. Gempa Bumi di Padang. Masya Allah, kifarah saling berganti.

Harapan 2010
Harapnya penguasa-penguasa Islam lagi efektif. Kiamat nak dekat sangat dah. Umat Islam perlu bersatu. Cukup-cukuplah buat perkara sia-sia banyak sangat. Rasa-rasa nak tak kita jadi tentera Imam Mahdi? Di saat Dajjal mengetuk pintu setiap rumah. Moga kita selamat dalam keimanan. Nabi Muhammad pernah bersabda, fitnah Dajal fitnah paling besar pernah Allah ciptakan. Kalau zaman sekarang punya fitnah pun dah kecundang, dengan ketua fitnah macam mana? Hmmph..Harapan parents sudah saya tanyakan. Sudah diaminkan dalam hati. Saya pula, harapan saya agar kekal dalam iman sepanjang tahun ini. Harapan saya agar diberkati setiap ilmu yang dipelajari. Dimurahkan rezeki untuk beli buku banyak-banyak, hehe. Juga dijaga hati saya agar dikhaskan hanya untuk Tuhan, belum untuk wanita bukan muhrim. Juga ditajamkan fikiran dan lidah serta dimudahkan segala urusan. Juga agar mendapat tempat di dalam mana-mana syarikat penaja untuk melanjutkan pelajaran. Juga agar dapat melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan. Juga agar keluarga dan kawan-kawan berada di bawah rahmat Allah. Amin. Harapan-harapan lain takleh bitau. Rahsia. :)


Di akhir perjalanan, saya melihat sekumpulan perempuan bertudung labuh dan lelaki yang bercahaya muka mereka menaiki tren. Saya tersenyum. Harapnya mereka hanya mengedarkan risalah. Tak perlu menangkap dan lokap. Itu kurang berkesan. Pikat mereka dengan akhlak. Cukup. Dalam hatiku berdoa, semoga berjaya wahai saudara-saudaraku. Saya senyum pada kumpulan lelaki tersebut. Mereka mengangguk seakan memahami bisikan hati ini. Barakallahu fiikum. Kereta ayah saya sampai. Ku cium tangannya dan ku iftar..lapar benor! Haha...apa-apa pun, selamat melaksanakan azam tahun baru. Hayati video yang di attach ini. Saya tak pasti whether MSM punya production atau tak. Terjumpa di youtube. Tak tahu siapa upload. Tapi, semestinya mereka yang sudah melalui Ini Sejarah Kita(ISK). Itu saja..salam

2 comments:

  1. ya Allah...

    post nta ni menusuk jiwa ana...mabruk alaik

    bab dialog dgn abg tu sgt2 terkesan..i.Allah harap2 abg tu adelah ibrah yg dia dpt ambil..

    ReplyDelete
  2. teach me how to converse with them :).kdg2 tak reti nak mula.(-.-)".tp niat dah membara.maybe berkait dengan skil bercakap?

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.