Sunday, August 2, 2009

Tentang Rally, Michael Jackson, dan Marwa.

Salam.

Sejahtera ke atas pembaca-pembaca Muslim, moga-moga anda selamat. Dunia sekarang memang sudah terbalik. Amat-amat terbalik. Dahulu, Islam hebat. Pakatan rahsia Yahudi dengan senang kita tumbangkan. Sekarang, dalam negara Islam dah kena jejak Freemasonry. Kita boleh tengok dengan senang, dalam TV boleh nampak. Selalu dengar orang cakap, Freemasonry tu dah pupus. Sama macam Illuminati. Dah tak ada zaman sekarang. Kalau bukan sebab dia jenis yang minda malas, memang dah kena dah. Mungkin anda tahu, dan mungkin juga tidak. Tak apa, ana akan beritahu serba sikit. Dah tahu, bertindak. Macam mana? Islahkan diri. Dakwah orang lain. Tingkatkan kualiti, dan kuantiti. Harap pembaca-pembaca dapat buka mata luas-luas.

Rally 'Gerakan Mansuhkan ISA'
Semalam, tengok TV. Terus, mereka cerita di TV pasal 'rally' anjuran GMI. Firstly, minta maaf kawan-kawan, tak dapat turun sama. Ana memilih untuk bersama family. Bila tengok dalam TV, di Port Dickson, tengok Syed Ibrahim bercakap. Menyusup rasa bangga, dia lah yang tangannya aku jabat bila dapat anugerah di Hari Takrim 2008. Moga penat lelah, peluh-peluh pejuang hebat itu tercalit pada diri ana yang lemah ini. Amiin. Baru nak syok, tup-tup, macam biasa kerajaan punya media bertubi-tubi burukkan 'rally'. Nak tergelak rasa, bila wartawan pergi interview bangsa Cina dan India dengan harapan mereka burukkan 'rally' itu, masing-masing duduk sokong manfaat 'rally'. Siap ada Cina yang kata dengan pelat, "Yelah, kalau tak buat rally, nak bagitahu macam mana lagi? Lalu kerajaan punya service, kerajaan buat tak tahu. Lalu media, kerajaan manipulasi. Rally jelah". Masa itu bangga ada kawan yang ada darah Cina, Omar Abdul Rahman. Kemudian pemberita terus menerus memburukkan 'rally' itu. Yang lagi kita boleh buat perbandingan, bila mereka interview bangsa India, ini dia cakap "Polis sepatutnya kena jaga la rakyat. Bukan pergi main tembak-tembak. Itu yang jadi ganas. Cuba kalau biar, ha, aman jela". Itu India. Ini Melayu cakap "Sepatutnya tak buat la, peniaga-peniaga nak berniaga susah. Ganas 'rally'. Tak dak manfaat pun."
Sayang, Cina dan India punya sokong, sampai giliran Melayu bersuara. Tak boleh harap.

Mungkin sesetengah pembaca tak berpuas hati dengan pendapat saya yang menyokong 'rally'. Tapi sebelum anda mula persoalkan, biar saya kemukakan dulu untuk dijawab.
Melalui cara manakah lagi perlu untuk rakyat suarakan hak mereka? Kalau dengan media- terus ditolak. Membuat media sendiri contohnya Harakah- premis dan lesen ditarik. Laman web seperti Malaysiakini- laman web dan server ditutup. Melalui perkhidmatan kerajaan- Layanan 'buat-buat tak tahu'. Menggunakan undang-undang- macam biasa, tanpa hujah dan prosedur biasa kita salah. Sedang dari segi undang-undang bertulis kita tidak. Ini persoalan-persoalan. Tolong jangan nafikan persoalan ini. Menunjukkan yang anda tak buat 'homework' anda. Ini fakta tahap umum. Bukan tahap rahsia.

Jadi, kepada para pembaca. Satu pesanan daripada ana. "ANDA MAMPU MENGUBAHNYA". Pastikan, kita bertindak atas kefahaman dan bukan atas dasar semangat semata-mata. Kalau kita faham hakikat sesuatu isu, kita tetap akan bertindak walau dengan tidak bersemangat. Itu istiqamah. Kita lihat contoh Sirah, bilamana Kaab dipulau selepas Perang Tabuk. Alasannya untuk tidak ikut perang ketika itu, adalah kerana tidak cukup makanan dan persiapan. Akhirnya, selepas nabi pulang, nabi memerintahkan agar rakyat Madinah memulau Kaab. Termasuk isterinya juga turut memulau beliau. Ketika itu, memang ikut logik, sudah tentu semangat beliau amat rendah. Beliau di'boycott' 50 hari 50 malam di Madinah. Malah oleh isterinya sendiri. Malah, wakil raja datang untuk menjemput beliau kepada agama Kristian. Jikalau bukan disebabkan kefahaman, hanya di atas semangat beliau memeluk Islam sudah tentu beliau menerima ajakan wakil raja tersebut. Alhamdulillah, beliau bukan calang-calang. Beliau sahabat Nabi. Jalan ini, jalan penuh cabaran. Tidak mustahil kita akan hilang semangat, namun mustahil kefahaman kita terhadap sesuatu akan hilang. Malah ia sepatutnya bertambah.

Michael Jackson

Bila kita tengok berita, dan juga akhbar. Pelik, banyak betul fakta yang dimanipulasi. Bila fikir balik, ini Malaysia. Negara Islam. Media pun patut media Islam. Tak apa, biar ana melakukan pembetulan fakta sedikit. Sebelum pembaca-pembaca nak betulkan fakta ana, pastikan bukan daripada akhbar nasional, bukan daripada ehsan AP, REUTERS dan juga BERNAMA. Sumber ana Ikhwanul Muslimin, Buletin Bahrain.

Freemasonry dan Illuminati mula memerangkap Michael Jackson(MJ) sejak tahun 1989. Apabila beliau berkata dalam satu press conference...
"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu"
Sejak tarikh tersebut, hidup MJ tidak sama lagi. Beliau mula difitnah oleh media-media terutama daripada Amerika Syarikat. Beliau difitnah berasmara dengan kanak-kanak, dilibatkan dengan dadah, dan berbagai lagi. Ini membuatkan MJ berasa tertekan dan beliau kemudiannya melarikan diri ke England. Di sana, beliau berkawan rapat dengan Yusuf Islam (anda boleh add Yusuf Islam di myspace, boleh thru myspace ana). Beliau juga berkawan dengan seorang pencipta lagu bernama Zain Bikha. Zain telah mencipta satu lagu khas untuk MJ, iaitu lagu 'Give Thanks To Allah' untuk dinyanyikan pada bila-bila masa sahaja bila dia bersedia. Walaupun lagu tersebut tidak akan dinyanyikan lagi oleh MJ. Ianya hanya dinyanyikan oleh Zain Bikha sendiri. Semasa tuduhannya dijalankan di atas dakwaan beliau berasmara dengan kanak-kanak, beliau menetap di Bahrain dan menjadi tetamu khas anak Sultan Bahrain. Di sana, MJ belajar tentang Islam. Tentang solat, Al-Quran dan sebagainya selama 3 tahun.Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA. Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapati telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih. Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ. Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik. “Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”. Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awam (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tu. Ini semua dilakukan semata-mata untuk maklumkan pada dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam. Siapa dalang? Faham-faham. Tak ada pengaruh Freemasonry atas Barrack Obama? Beliau sokong Islam. Mari ana beritahu satu fakta. Obama melantik Rahm Israel Emanuel sebagai Ketua Staf Rumah Putih, jawatan paling kanan dan rapat dengan Presiden. Ayahnya merupakan antara orang teras dalam penjajahan Palestin, Benjamin M Emanuel; Zionis. Akhbar Yahudi mengulas tentang Rahm, "Orang kita di White House". Freemasonry tidak wujud? Fikir balik.


As Syahidah Marwa Al Sharbini


Beliau seorang wanita Islam yang mengandung tiga bulan, yang syahid ditikam sebanyak lapan belas kali oleh seorang pemuda Jerman berketurunan Rusia. Beliau syahid kerana mempertahankan haknya memakai jilbab. Suaminya pula ditembak kerana mempertahankan isterinya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman ketika beliau memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Beliau mendakwa seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya kerana beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha menarik jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.

Yang hebatnya, mungkin ana terlepas pandang tapi ana tak dapat jumpa pun artikel tentang Marwa di akhbar-akhbar. Mungkin ana terlepas pandang. Yang ana jumpa dan perkara ini di'higlight' dengan baik, di Harakah. Malah, PAS menghantar surat pada Jerman, supaya kerajaan Jerman memohon maaf. Ini beza antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Bila kita cermin balik pada masyarakat, malu pulak rasa. Gadis-gadis Melayu kita, punya nak cuba buka tudung, atau kalau tak buka pun pakai sesingkat yang boleh. Tapi tak apa, tugas kita hanya menyampaikan pada mereka. Tak nak dengar, bukan tugas kita nak memaksa. Kita di sana sendiri-sendiri, padang mahsyar yang matahari dia sejengkal. Memang tak boleh bayangkan. Azab bagi mereka yang tidak menutup aurat amat pedih. Di sini, ana nak reveal satu logical fallacy yang selalu digunakan sebagai hujah oleh mereka yang berminda rendah. Islam ini menaikkan martabat seseorang. Seseorang takkan jatuh martabat bila ikut Islam. Logical fallacy dia, selalu kita dengar mereka yang pakai tudung yang tak menutup aurat dan tak sempurna pemakaiannya mengikut Islam mengatakan cara mereka pakai adalah antara ciri Islam moden. Biar ana betulkan fakta. Kalau belajar sejarah, zaman jahiliyah, cara pemakaian tudung sebiji macam majoriti pakai tudung sekarang. Singkat, dedah yang tak hak kepada awam, dan macam-macam. Itu zaman jahiliyah, yang dikatakan moden. Kembalilah pada Islam. Ajaklah yang lain sekali.

Itu saja. Sekian. Dengan ini ana akhiri dengan beberapa video untuk para pembaca tonton. Fikir dan zikir. Reflect and Respond. Anda mampu mengubahnya.

Teoh Beng Hock? Cuba lihat warna baju dan rambut dalam akhbar, yang menunjukkan gambar dia mati. Sama tak? Anda judge sendiri. Ana tak dapat cam, mungkin anda dapat.


Video Protest ISA Anda judge, siapa yang mula dulu. Siapa yang ganas dulu. Fakta, dalam kalangan protestors, ada SB yang bertindak sebagai pencetus.

10 comments:

  1. Syukran ya Asif. Sudah lama tak dengar khabar 'Freemason'. Melimpah-limpah ilmu saya dapat hari ini. May Allah bless us all.

    ReplyDelete
  2. Petah menggunakan fakta dan logika,
    tak terkalahkan :)
    kita sebagai rijal jgn bersandarkan kepada smgt semata-mata,hemat pada aqal,hikmah pada zahir.
    mabruk!teruskan penulisan..

    ReplyDelete
  3. Iya2 Izzaldin. Lama tak dengar? itu sebab org x bercakap pasal ni. mcm ada tulah pulak, sbb tu derang pnggil 'open secrets'. Rahsia terdedah, tak siapa berani buat apa2. Macam tulah kerajaan Bavaria digulingkan, kerajaan dah kuarkan amaran, masing2 wat tktahu..alih2, perang...

    uish, auz. xde la smpai gitu. bese2 je. iya, bukan semangat, tapi cahaya kefahaman penyuluh kehidupan..

    ReplyDelete
  4. hmmm.... menarik. sblum ni x pnh pun kesah tntng bnd2 cam freemason...... ble bace fakta2 ni cam bminat nk tau lagi... bagus2 truskan

    ReplyDelete
  5. oh kematian altantuya pun freemason jugak?
    oh lori tak ambil sampah mengikut jadual dikawasan perumahan pun salah freemason ?
    oh memang hebat ya freemason nih?
    oh betul freemason menguasai dunia dan boleh buat apa sahaja..

    buang masa je freemason nak sibuk dgn MJ.


    SALAH bukan freemason bijak tapi pemimpin islam yang bodoh !

    ReplyDelete
  6. kaedah point, saya cadangkan. demi menyusun minda pembaca.

    ReplyDelete
  7. thaaqhib - insya allah, memang tk niat nak huraikan, cuma nk luah je..insya allah, will be more organized in posting.

    pendapat - ya. betul tuh. memang salah pemimpin juga, tapi bukan semata2 pemimpin. ana pernah berpendapat macam nta juga, tapi as ana go through lagi dlam ana makin tahu dan faham bukan hanya semata2 salah pemimpin. kalau kita draw timeline, kita akan dapati pesalah constant throughout history of conspiracy is freemason itself. mmang ada pesalah tambahan in some 'tick's of this history. mcm salah pemimpin, dan salah rakyat. ana xkn ckp semata2 salah pemimpin, kalau nta tahu bagaimana jasa sultan hamid. Pengikut freemason sendri akui yang sultan berjaya lambatkan rancangan mereka selama 30 tahun. Dan cuba fikir salah sultan ke bila beliau DIBUNUH oleh Gabungan Pemuda Turki. Rakyat beliau sendiri. Bila rakyat neglect khilafah, bila 'hero' baru muncul, Kamal Attaturk, or exactly, Mustafa Kemal Attaturk. Dalam period ini, dapat dilihat rakyat satu-satu TERSALAH langkah, bila mereka terlalu sokong nasionalisme. One more thing, our so-called nasionalisme, it is one of the most powerful long term ideologies that will refrain us from supporting khilafah. Nasionalisme, is the exact counter of khilafah. Most of the authorized books recognized this fact.

    Apa-apa pun, silakan, kalau ada prkongsian lagi bagus. Btw, altantuya? No comment. Itu lumrah 'kerajaan' kita. Mereka twist thru cara yg diiktiraf. Dalam mahkamah, yg ragu tinggal ragu. Kita lihat dan susuri kes teoh beng hock. Dan lihat, keraguan dalam mahkamah akan tinggal keraguan...

    ReplyDelete
  8. nota kaki utk komen saya di atas:

    utk bab freemason, illuminati.. suatu diskusion yg kompleks. tak selesai dgn hanya meletakkan barisan fakta. tak juga dengan cipta teaser yg beri provokasi tidak berenergi.

    utk sesetengah orang ..mereka akan membaca dan oh!~~

    sesetengah lagi akan..mempertikaikan, confuse dan meragui. juga sekadar TAHU dan erm..erm.. nak imani konspirasi dgn mendalam? sukar

    mungkin juga, akan menjadikan kita kaku dgn fakta.. kerana hanya kita di dunia kita.

    saya mencadangkan pengkajian SENI dalam pembentangan fakta anda. kurangkan dos, tapi tingkat efektivness dia.

    sehingga kini, saya masih mengkaji cara terhebat to deliver this all sort of ideas. cuma yang membataskan usaha saya adalah masa dan kelengkapan.

    saya amat gembira berkenalan dengan anda, maka saya suka untuk berkongsi cara saya.

    mungkin salah satu caranya, fokuskan perbincangan blog. mungkin blog khas? committee khas?~

    dan susun lambakan idea agar minda pembaca tersusun..sikit dan sedikit. pembaca yang landing di page anda tak semestinya tailing ur end selalu. jadi bantulah mereka.

    boleh juga berusaha lebih keras sedikit dalam pembikinan video. dan semestinya video yang menarik. bukan sekadar lepas tangan. menarik tak bermaksud kompleks..simple is much ok.

    mungkin pamerkan gambar illuminati dengan touchup fotosyoppe~ lebih kemas dan ada energi.

    fokus pada isu sejarah.. barulah fokus pada isu semasa.

    saya pernah jalankan kajian mengenai iklan yang efektif dan iklan yang tidak efektif. tulisan energetik dan tulisan lemah.. dan pelbagai lagi..dalam usaha memahami seni dalam penyampaian.

    Cuma, kini saya terhad masa dan pergerakan. mungkin kerana hilangkan fokus itu sebentar.

    Bila jumpa orang seperti anda. maka saya suka! SAYA sokong anda!

    ReplyDelete
  9. Hehe.
    Thaaqhib, saya juga tak cukup masa.

    Mungkin boleh, nak buat blog khas. Lambakan maklumat dalam otak nak dikongsi ni tak tahu nak letak mana, dalam keadaan TERSUSUN.

    Cuma, ana nak letak maklumat itu, tujuan nak bagi diorang reflect freemason dgn apa jdi dalam kehidupan.

    Ya, sejarah memang makan masa nak menulis tu. mgkin bila cuti sem nanti kot, boleh tulis. Hehe.

    Ana akan buat satu siri mungkin. Insya Allah, doa2 ada masa. :) Syukran atas nasihat dan pndgn!

    ReplyDelete
  10. Cukuplah kita asyik menyalahkan pelbagai pihak atas kelemahan umat kita sendiri.
    Freemasonlah iluminatilah komunislah kapitalislah.
    Tak perlu cakaplah mereka memang punya agenda mereka untuk kuasai dunia.Tapi hakikatnya kesedaran sendiri itu yang lebih penting !
    Antara kelemahan paling besar kita adalah lebih suka menyalahkan pihak lain daripada melihat sendiri kelemahan diri.

    Terima Kasih

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.