Bahagia tengok junior dah bernikah. Masa kami makan, kawan rapat aku dan abang kepada Abu Bakr, Omar datang berbual bersama kami. Aku tanya pasal mas kahwin, hantaran, dan perancangan selepas nikah pada abang dia. Alhamdulillah, baik. Mudah dan murah.
Masa kami nak pulang, jumpa ramai ikhwah-ikhwah senior. Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia pun datang, Dr Parid. Bersalam dan berbual sikit sahaja sebab dia pun sibuk. Abang Sarep lah yang seronok nak jumpa salam semua. Pakcik Syed Ibrahim ada, Dr Hatta ada, ramai sungguh. Sebelum nak balik, pakcik Nicholas tepuk belakang aku masa aku ucap tahniah pada dia. Seronok tengok muka dia seorang anak dah kahwin.
Abu, Khadijah, makcik dan pakcik :) Makcik dan pakcik ni sangat baik orangnya. Dua-dua sepadan. Pakcik Nicholas dan isterinya. |
Baju pengantin lelaki memang kena gelak dengan abang Sarep sebab macam uniform Jepun. Still, to me it looks good. |
Abu dan Abang Sarep [Kredit to Amir Mohsein atas gambar-gambar] |
Dulu, masa darah pemuda baru nak bergelojak dengan syahwat dan nafsu, aku pernah tanya pada Abang Sarep kenapa walaupun puasa keinginan itu sangat-sangat kuat? Nabi kata puasa dapat 'hold' keinginan itu. Aku terus sambung soalan aku, aku bukan puasa fizikal sahaja, tapi pancaindera sekali. Tapi kenapa masih kuat dan mengganggu?
Jawapan dia sampai sekarang aku ingat. Adakah kita berpuasa dengan sebenar-benar puasa macam yang nabi maksudkan? Kekuatan datang dari dalam katanya. Inisiatif kita untuk menundukkan nafsu. Inisiatif dan kekuatan dalam diri untuk menolak tepi keinginan dunia untuk fokus pada akhirat. Puasa tahap yang ketiga - bukan sekadar menjaga pancaindera dan mengharapkan hasil, tetapi menjaga hati dari berbuat maksiat kepada Allah. Walaupun kecil. Walaupun ianya hanya lintasan hati.
Allahu Akbar.
Masa dalam kereta on the way balik ke rumah (Yes, he picked me up, and he sent me home. I refused, he insisted), banyak dapat mutiara berharga daripada Abang Sarep. Dia jadi driver untuk kedua-dua Naib Mursyid Am IM yang datang ke Malaysia. Allah susun sangat cantik. Masa tengah cuti - ada orang bawa jalan-jalan sambil bagi nasihat. Masya Allah. Oh. Ya. Abang Sarep, walaupun senior kami, masih belum berkahwin. Belum sampai seru mungkin. Dia menceritakan mengenai komen Syeikh Jum'ah Amin pada ikhwah di Malaysia. Syeikh berkata "Aku hairan pada ikhwah-ikhwah di Malaysia. Bagaimana mereka boleh hidup tanpa bernikah?".
Sampai rumah aku pahat azam baru. Tiada masa akan kosong pada waktu cuti ini. Masa kosong membunuh pemuda seperti aku. Meliarkan angan-angan kosong. Melemahkan jiwa. Tiadalah aku nak melemahkan diri masa cuti setelah aku berdisiplin hempas pulas masa di kampus. No way. Kalau di kampus dah jumpa orang untuk tasmi' al Quran setiap minggu, sini pun jangan miss. Selalu juga cemburu dengan ikhwah akhawat UIA, ada kelas tasmi'. Di kampus, aku mencari orang untuk tasmi' aku. Hidup Allah dah stabilkan, jangan kita kucar kacirkan. Emotion and lust are tools. Tools yang patut digenggam dengan kuat di bawah kawalan. Rindu juga pada suasana Darul Quran. Tapi fikir balik, to what ends am I gonna sit and wait for opportunity to come? Teringat dalam kisah "Cinta di rumah Hasan Al Banna", ahli keluarga Imam Hasan bercerita bahawa Imam Hasan akan sentiasa tasmi' Qurannya dengan mana-mana ahli keluarga. Andai tiada yang dewasa, dengan anak kecil pun jadi. Masya Allah.
Alhamdulillah, kerja dah dapat. Itu pun lagi dua minggu baru mula. Bayaran RM 80 sehari. Insya Allah. Cukup. Sekarang ini mengambil tugas sambilan menulis ringkasan dan nota-nota pelajaran. Ok lah kot satu ringkasan RM20. Kalau banyak. First ringkasan buat pasal Hadith pertama, hadith niat. Last sekali rasa bersalah gila nak ambil upah. -.-
I just love teaching. But now, there's no one to teach. SPM dah hampir. Dan anak murid aku sekarang tengah berhempas pulas untuk prepare SPM. Sebelum raya, aku ada berjumpa dengan manager sebuah kedai buku. Nak pohon kerja. Dia tanya, sebelum ini masa cuti buat apa? Aku jawab mengajar. Subjek Add Math, Biology, Physics as tuition dan mengajar Al Quran di dua buah masjid. Dia membalas, "Oh..Cikgu. Tak payah kerjalah. Cikgu sekarang banyak duit. Sangat banyak". Itu fakta yang baru aku tahu. Aku kemudian gelak besar, menafikan. Aku bukan seorang cikgu dalam kerjaya.
Lusa insyaAllah akan ke seminar finance. Di Hotel Boulevard. Baca The Star dengan kawan, jumpa seminar. Terus daftar. Kawan itu juga lah yang minta nak berusrah Alhamdulillah, setelah satu semester study dengan dia. Dulu langsung tak minat bisnes finance etc. Sekarang ini dah ada tanggungjawab. Asyik fikir macam mana nak pacu IkramSiswa UITMPP punya DnT dan kewangan. Nak fikir projek dana. Kalau ada idea roger lah. Kami open untuk cadangan. Projek jual beli emas dan perak dah ada yang mula.
Dah target nak habiskan dua buku tebal. Buku sirah Raheeq Makhtum, yang selama ini hanya jadi rujukan. Dan fiqh dakwah.
Masuk team RnD Robotic UiTM. Will be busy. Busynya sampai masuk keluar lab sampai pukul 2 pagi. Let's give it a try. Dah dijemput masuk, tak moleklah kalau menolak. Jadi, masa cuti ada pembacaan sikit-sikit.
Itulah rancangan setakat masa cuti.
Masa cuti - aku spend untuk keluarga(family first), kerja dan perancangan untuk Ikram Siswa nanti. Membaca diteruskan.
Anekdot masa cuti. Ayaz selalu, kalau kami jadi imam dia akan sebut masa tengah solat surah yang dia nak revise untuk sekolah, contohnya kalau rakaat pertama tengah imam tengah Al Fatihah dia akan sebut "Al 'Alaq". Kami pun baca al 'Alaq. Kemudian dia sebut al Bayyinah. Kami baca al Bayyinah. Kalau kami tak baca, dia akan ulang dan ulang, "al 'Alaq..al 'Alaq..". Geram juga kadang-kadang. Tapi melayan lah. Dia adik kecil yang aku sayang.
Ada elemen comel terbaru - Meelo. Cucu Avatar Aang, dalam Legend of Korra.
Dia fartbending, extension of airbending. Mengarut betul budak ni. |
:)
Itu lah update sedikit sebanyak.
1. "Tafaqqahu qabla an tusawwadu" -Umar al-Khattab r.a [Kata-kata Umar yang menunjukkan peri pentingnya ilmu sebelum dilanti
k sebagai pemimpin (at-Tasawwud bermaksud ar--Riasah) sangat jarang diulas sebagai "tuntutlah ilmu sebelum kamu berkahwin" kerana menurut az-Zabidiy dalam Taj ul-'Arul semasa mensharahkan maksud at-Tasawwud, katanya ia juga bermaksud at-Tazawwuj (berkahwin), justeru membawa maksud pelajarilah ilmu sebelum berkahwin kerana orang yang berkahwin akan disibukkan dengan urusan rumahtangganya.] - FB Marwan Bukhari
2. Oleh itu aku menyeru kamu wahai ikhwah, janganlah kamu berpada hanya sekadar menjadi akh muslim, atau berpuas hati sekadar dirinya telah bersolat, berpuasa dan bermujahadah. Jangan! Menyebarkan dakwah itulah yang dituntut daripada kamu, setiap orang. Maka, awas kamu! Jangan berlengah, jangan bermalas, jangan berasa berat untuk melaksanakan kewajipan ini. Awas! Jangan kamu tanggalkan baju yang telah dipakaikan Allah kepada kamu dengan memilih Muhammad s.a.w. sebagai ikutan dan pemimpin kamu. - zaadut-taqwa
Allahumma solli 'ala Muhammad.
Moga aku dikurniakan cinta pada Allah dan Rasul melebihi segala-galanya.
Roger and out.
Bro pa khabaq? tak habaq pun ada blog eh.. :p
ReplyDeleteaku dah jmpe tab dengan chord lagu best. "here without you".
Nanti mai penang ni kita jamming macam dolu2..bagi ak mel bro.
Assalamualaikum.
Baik Alhamdulillah. :) Kalau jumpa, jumpa lah. Harap ambil manfaat lah di sini.
ReplyDeletehaah. baru tengok tadi kat youtube lagu tu. jiwangnyaaa.. skrg tak boleh practice lgi. gitar orang pinjam. nnt esok lusa kot amik balik insya Allah.
ni mel nya, asifhasbullah@gmail.com