Wednesday, December 29, 2010

XChallenge 2010 Dalam Kenangan

Assalam

Bismillah.

Ini merupakan catatan diri, hanya untuk mengabadikan kenangan manis bersama-sama rakan-rakan sebaya, senior dan junior. Aku akan bermula dengan tempoh sebelum program ini bermula. Insya Allah. Kalau rasa boring, teruskan membaca. Hehe..

Untuk pengetahuan pembaca, XChallenge atau dulunya dinamakan Xplorace merupakan acara tahunan Sekolah Menengah Islam Al Amin, khasnya untuk pelajar lepasan SPM.

Sebelum XChallenge 2010
Basith " Meeting nanti pukul 8.30 pagi. Tolong forwardkan pada akhawat sekali.."
Selepas men'forward'kan mesej, hati bermonolog, 'aik.. Bukan ke kata meeting pukul 9.00 pagi ke?'. Pagi esoknya aku terus call Muhaimin, oh meeting pukul 9.00.. 8.30 itu hanya untuk memastikan semua sampai awal. Setibanya kami di venue mesyuarat, kami tiba tepat pukul 9.00 (ada la yang terlambat terlajak tidur dan etc..), terus diperli oleh banat dan cikgu yang menanti, habis habisan diperli. Memang pedas. Rasa nak air banyak-banyak masa tu.

Hari demi hari kami berkampung di bilik guru untuk merancang dan merealisasikan program ini. Tahun ini cikgu Sapinah tidak mengambil AJK dari kalangan pelajar, sepenuhnya Alumni. Jadi, proses bermula agak lewat dek alumni yang dikumpulkan mempunyai jadual pembelajaran dan cuti yang berbeza. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah. Guru-guru yang menjadi guru pengiring kebanyakannya guru-guru baru. Dapat berkenalan dan juga mengeratkan ukhuwah antara generasi. Alhamdulillah, tahun ini juga Allah mengumpulkan empat generasi dalam satu program - Gfoursquared sebagai peserta, Ikhwanul15, Caliph14, dan G13 sebagai AJK. Nikmat betul.. Lebih kurang seminggu kami berkumpul dari pagi hingga ke petang - dari menghubungi PIC di tempat-tempat dan checkpoint perlumbaan ke tahap mencari barang amanah untuk diberikan kepada para peserta. Kadang-kadang diam bilik guru bagai tiada orang, kadang-kadang riuh seperti Pasar Keramat ;p. Senario-senario yang berlaku hanya boleh dialami, amat sukar diceritakan. Bersama-sama cikgu, senior dan junior, rakan sebatch, oh akan kurindui. Semestinya agak terkilan, team-team camping tak dapat bersama seperti Mirol dan Anas, dan lain-lain dek study yang lebih patut diutamakan :( insya ALLAH, nanti dah habis bak datang sekali dengan ustaz Idris pergi XPDC Gunung Senyum.

Pada awal perancangan ---
Kami berhasrat tempat akhir perlumbaan di Langkawi, namun terdapat masalah, dua hari sebelum program bermula tukar tempat ke Tasik Banding, Alhamdulillah sehari sebelumnya, Allah membantu kami, dapat balik menyambung program kami di Langkawi. Alhamdulillah.

Kami berhasrat ingin mengambil arnab untuk menjadi barang amanah. Biar jadi macam kem Kembara, kami guna ayam. Last-last sembelih. Memang sedih nak berpisah dengan sahabat baik selama berhari-hari. Dalam kes ini, misi membawa aku dan Hakim sehingga ke MAHA 2010 untuk mencari arnab. Dek kekurangan bajet dan masalah transport, kami gantikan dengan tembikai, kendi dan mess tin. Ini pun lagi satu, kami nak tembikai besar dan berat, tapi yang dibeli kecil dan comel. Haha.. tak apa lah. Itu pun dah terima kasih dah. Falsafah di sebalik tembikai - amanah itu berat, besar. Mudah dikhianati bagi sesiapa yang tiada iman. Kemanisannya dikecap di akhirat. Insya ALLAH.

Program XChallenge 2010 bermula...

Hari Pertama - 22 Disember 2010
Tembikai sakti.. ?

Mereka bermula di sekolah, pada pukul 8.30 pagi. Setelah dibariskan oleh camp commandant Hakim Ali, aku sebagai MC memulakan majlis. Setelah habis perasmian dengan potongan tembikai gergasi gimik pengetua Ust Hasni, perlumbaan dimulakan. p/s - nama kumpulan yang agak kelakar, Hathobatul Khadra'. Ingatkan apa, kayu hijau ke ape, tengok-tengok Greenwood (ahli dia budak-budak Greenwood). Pakaian rasmi hari itu, sila lihat dan senyum..
Berbaju Melayu, berkain pelekat :)
Berkain sarung.. :)
Checkpoint pertama, Telur Terapung - mereka harus mengapungkan telur di dalam bikar menggunakan air dan garam. Kami menyelitkan soalan berbentuk fikrah sedikit. Mereka harus mengaitkan putih telur dan kuning telur dengan kejatuhan Khilafah. Rujukan - Prof Hussaini. Agar mereka faham, apa harus wujud secara seimbang di dalam sesebuah ummat.
Checkpoint kedua - membuat bendera dan ikrar.
Bendera yang berwarna warni, ikrar penuh ceria.. haha
 Checkpoint ketiga - kami Satu Aqidah. Tugas mereka menemubual lima warga antarabangsa dan bergambar bersama mereka di UIA Gombak. Syaratnya tunjuk tiket bas di next checkpoint. Ada yang bijak, dia beli tiket bas dan naik teksi. Hehe.. memang niat buat macam tu pun.
Abang, abang ni dari mana? Macam pernah tengok muka abang dalam TV..(sesi interview)
Checkpoint keempat - Pasar Keramat. Sini memang banyak kenangan. Dia punya clue, kami banin buat. Cube try test korang dapat ke tak jawab,

Di sini ada gallus domestica, sumber protein yang tinggi dan tempat berdagang. Telah wujud zaman berzaman. Antara banyak-banyak tempat keramat, sinilah yang paling keramat.

Jawapannya Pasar Keramat. Aku ditugaskan menyusun aktiviti dengan orang yang bertanggungjawab. Untuk mendedahkan budak-budak Al Amin pada kegiatan pasar. Macam menjual, membasuh dan memproses ayam, ikat sayur et cetera. Ingatkan jumpa orang pasar AJK biasa, tengok-tengok jumpa Ketua Cawangan UMNO kawasan Keramat. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Kita pun sempat tunjuk apa produk Al-Amin sedikit sebanyak. Moga fahaman dia memperjuangkan agama boleh lebih diutamakan dari memperjuangkan bangsa. No problem melalui bangsa, karya Hasan Al Banna chapter first sekali, dakwatuna boleh mencerahkan kita, namun, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya :) Kak Musalmah PIC nye jugak. Kali kedua berjumpa, aku, Muhaimin, Cikgu Sapinah dan Cikgu Hasnah - kami dapat pengisian mengenai ekonomi dan cara pengurusan ayam segar. Lama jugak. Masa ini memang dah expect kumpulan yang dapat tugasan dengan dia mesti kena lama. Betul tekaan kami, kena sejam setengah. Hehe. Sebab itu dalam sistem pemarkahan kami, masa di masa Keramat tidak diambil kira, hanya markah tugasan.
Time ni lah nak sama-sama masak, skang ni kat bandar mana ada dah kumpul ramai-ramai masak...kan?
Sapa kata budak bandar tak boleh proses ayam dari awal hingga akhir? Siap jual lagi..
Checkpoint lima - Masjid Jamek. Ini kena jual buku di Masjid Jamek. Alhamdulillah, aku macam bangga dengan kumpulan Muqawwamah, mereka beli semua buku guna duit sendiri dan buku-buku itu mereka sedekahkan kepada masjid. Ada kumpulan yang terus ke kedai buku jual. Mereka menebalkan muka menyusuri bandar tersebut dengan pakaian rasmi mereka. Aku dan Omar sempat bersilaturrahim dengan pakcik jaga di masjid itu.
This is my brother.. Mewarisi skil abangnye? haha.. no la. Abangnye takde skil..Alhamdulillah, dia sudah ke DQ skrg. 
Bila gusar dan resah tak dapat menjual buku, contohi peserta ini. Di kala rehat, dia isi dengan Quran.. Alhamdulillah
Checkpoint enam - Alamak terkoyak!. Sungguh cantik falsafah di sebalik tugasan ini. Mereka diharuskan menjahit baju yang sudah dikoyakkan. Supaya dalam minda mereka dan kami, terdapat satu niat dan keazaman - 'Umat Islam sedang dikoyak-koyakkan oleh musuh Islam, menjadi tugas aku untuk menjahitnya kembali'. Biarlah dikatakan mesej separa sedar, aku yakin satu hari nanti mesej ini akan sampai. Muhaimin sempat bergaul dengan polis yang menjaga kawasan itu. Haha.. siap ajarkannya beberapa doa, termasuk doa dapat isteri yang baik :P Siapa kata polis tak 'friendly'? 
Wanita Melayu terakhir..

Ni free size ke?
Checkpoint tujuh - KLCC. Hafal sepotong ayat Quran dan hadith. Fussilat 30-34 dan hadith ke 21 dalam Imam Nawawi. ''Amantu billah.. thummastaqim''. Aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamah. Ada kes lawak sikit time ni, haha.. team first sampai menceritakan dalam diari harian kumpulan mereka - mereka sampai, kejutkan AJK yang bertugas yang tertidur, bangun-bangun AJK terus cramp. Lawak betul.. Tamat checkpoint hari pertama. Malam itu, kami main TV rosak - seorang buat gaya then ajar kepada orang lain dan terus menerus, kita dapat lihat macam mana gaya asal itu rosak dan rosak. Fawwaz, seorang peserta made a good point. Ada hadith mafhumnya, peringatan yang kita sampaikan pada orang lain, haruslah orang yang kita sampaikan itu lebih memahami dari diri kita sendiri. Regeneration, perhaps an advanced one instead of degeneration.
Tasmi' bersama Amin..
Sesi permainan sementara menunggu bas..happy benor nampak

*************Malam itu kami bertolak ke jeti Kuala Perlis*************

Hari kedua - 23 Disember 2010
Checkpoint pertama - Bearing dan orienteering di Taman Lagenda. Ha..Abang Kamal sebut DOTA masa tu, ingatkan DOTA game, tengok-tengok Direction of Travelling Arrow. Ilmu yang dah lama dibekukan terpanas balik. Jarak memang la agak jauh. Alhamdulillah, checkpoint dalam bearing terakhir masa itu terus di'sejukkan' dengan berenang di laut.
Eceh..lain mcm je gayanye.. (berehat sebentar setelah jauh mencari bearing point)
Gembiranya!!!
Checkpoint kedua - Kompas Rakyat. Perlumbaan terus membawa mereka daripada menggunakan kompas bearing kepada menggunakan kompas rakyat. Kompas rakyat bermaksud bertanya arah menggunakan khidmat penduduk. Ada satu team hampeh betul.. Team lain jauh-jauh jalan kaki, depa nampak van sewa terus kaut. Aku tumpang sekali sebab aku sweeper berwalkie talkie. Alhamdulillah, rasa jugak air cond. Peserta teruskan perjalanan ke Gua Landak, aku ke Pantai Beringin. Ada kejadian dalam Gua Landak, sebab laju sangat jalan, accident. Cite die macam ni, ada dua kumpulan, 12 orang tapi ada dua torchlight sahaja, seorang terlanggar batu - habis benjol kepala. Di Gua Landak, aktiviti menyumpit. Dengar cerita banin menyumpit hebat :)

Aku terus ready di checkpoint terakhir. Amin dan Omar pun dah ada membantu. Checkpointnya, buat rakit guna tayar, paip getah dan tali. Ha.. pastu berakit ke laut, pusing checkpoint dan patah balik. Dalam enam pelayaran, (dua kumpulan gabung) ada satu yang tayarnya ke atas paipnya ke bawah. Sungguh comel rakit mereka terapung. Habis kesemua kumpulan, mereka diarahkan berehat. Masa tu tangan dah gatal-gatal dah AJK semua nak berakit. Namun, sayang sekali, abang Dan, urusetia tempat itu memanggil aku dan Amin membantunya membersihkan ikan dan sotong. Kredit to Sulaiman sekali. Sedih sungguh petang itu. Tapi, sedih kejap je.
Kayuh jangan kayuh,,dayung jangan tak dayung..
Lepas tu tengok semua kumpulan diberi ayam hidup untuk disembelih dan dimasak sendiri.. Ayam kampung, jangan main-main. Maghrib semakin hampir, mereka mula menghidupkan unggun api untuk memasak. Mengikut perancangan, ada pertandingan memasak pada malam itu, namun hujan. Sebelum hujan, ingin aku kongsikan satu babak menarik - Aku, Hakim, dan dua orang peserta Nik Aiman dan Fadhil. Sedang aku dan Hakim menolong mereka untuk menghidupkan kembali api mereka dan membuat 'ibu api', ucapan si Fadhil membuatkan kami tergelak. Apabila Hakim dapat marakkan unggun api mereka, Alhamdulillah, Fadhil dengan stylenya berkata "Wow..diva nyeee.." dengan penuh gaya. Meremang bulu roma kami. :) Malam itu hujan, aku dan AJK lain menyuruh peserta masuk ke khemah mereka, dan kami pergi dari khemah ke khemah bertanyakan mengenai kesihatan dan makanan mereka. :)
Ayam kampung..fresh and healthy, yet small.. :)
Malam itu kami tidur di dalam khemah bersebelahan pantai dengan nyenyak sebelum bangun untuk qiam. Alhamdulillah.

**********************************

Hari Ketiga - 24 Disember 2010
Pagi itu, kami bertolak ke checkpoint pelepasan pada pukul 8.30.

Checkpoint pertama - Puzzle. dengan pelepasan selang dua minit, di sini mereka harus menyelesaikan 'jigsaw puzzle'. Caranya, mereka harus menghantar seseorang yang ditutup matanya ke kawasan jigsaw puzzle, dan selebihnya berada lebih kurang 4 meter dari wakil kumpulan. Susunlah.. Agar mereka faham, organisasi itu penting, dan lebih penting wujudnya ketua untuk mengharmonikan pelbagai ragam dan mengambil keputusan.
Yang ni ke letak sini?

Checkpoint kedua - Punctured pipe. Mereka harus memasukkan air ke dalam paip berlubang sehingga bola pingpong timbul dan keluar dari paip. Senang? Tak mudah sebenarnya. :)
Paip berlubang..
Rasa-rasa ini checkpoint yang paling lama dan susah. Hah..tengok gambar di bawah. Sampai diciumnya paip tu.. Allah, nak pecah perut kot siapa yang jaga tu.
Stunt.. 
Checkpoint ketiga - Choose and Taste. Ha.. tempat ini memang syok. Selepas berjalan jauh, mereka dihidangkan dengan beberapa hidangan tertutup. Terung pipit(super pahit), peria katak(lagila..), halia, bawang, lobak masin, pucuk janggus. Memang muka peserta muka special semua.. Air mineral yang depa bawak untuk berlumba haritu banyak habis kat situ je. Nak muntah pun ada. Haha..
Sedapnya pucuk ni!!!

Nikmatnya dalam-dalam!

Checkpoint keempat - Scooba Doo. Haha.. Ini checkpoint aku. Sadly, ingat nak jadi runner, tapi sebab aku je tahu dive, kene duduk situ. Three hours and more in the water.. what do you think? Letih kot. Kat sini, aku sampai awal. Terus menyelam tanam checkpoint. Minimum 2 meter dalam tempat checkpoint tu, maximum perhaps 2.5 to 3 meter. Tugas mereka kat sini, cari checkpoint yang ditanam, sikit je tanam, ada zahir banyak kot. Banat di quarter lain, baru tanam, sebab banat bahagian lain, tempat cetek. Di kawasan banin, kumpulan pertama sampai, mantap. Dia scan guna google snorkeling yang kami bagi dulu, baru dive. Ada sistem. Kumpulan lain terus hantar wakil diver menyelam je. First kumpulan around 15 minutes dalam air. Yang lain around 45 to one hour. Lama jugak la kan. Tabik spring kat diver-diver yang stay lama dan tak berputus asa. Syabas aku ucapkan! Di mana tempatnya? Air Terjun Telaga Tujuh. Cantik sangat tempatnya.
Aku dan Abang Dan, dalam kenangan. 
Checkpoint kelima - River crossing. Sini kene jalan thru sungai around 800 meters.
Checkpoint keenam - Weapon setup. Asalnya kami minta paintball. Dapat ini, pun Alhamdulillah. Depa kene buat lastik, pallet paintball disediakan. Tembak target. Sorang pun tak kene. Ada yang baling pallet kat kawan lagi. Habis pecah kene leher.
Dalam ramai-ramai peserta dan AJK, dia je yang kene. Gambar-gambar ni pun dia yang snap.
Zaman dulu sniper ada sorang je, sekarang sniper bergerak dalam team. Ada coordinator, shooter dan spotter. Macam dalam gambar ni.hehe
Macam-macam cara... 
Checkpoint terakhir - ke Oriental Village. Sini best untuk AJK. Sebab jumpa Amirul Arif, my best friend. Dia kat Langkawi amik pilot. Alhamdulillah, sekian lama nak jumpa. Tapi terkilan sikit, aku penat sangat, duduk dalam air. Jadi masa dia borak-borak dengan yang lain, aku just duduk sebelah dia, tidur. Tak sempat nak melayan dalam lagi.. sama macam malam tu, so collapsed. Takpe, habis training, kita dengan yang lain-lain XPDC. Amin. Aku rindu saat-saat itu. Petang itu, peserta diberi masa untuk bersedia dengan persembahan malam tersebut.
Bakal kapten..insya ALLAH.. 
Malam itu, kami makan jamuan. AJK, guru dan peserta sekali. Banin memang kureng sikit. Punyalah aku pesan tunggu baca doa, depa dah ngap dulu. Banat setia je menunggu. Kesian banat. Habis baca doa dah ngap separuh pinggan dah banin.

Malam Seni - lawak memang sangat-sangat lawak. Juga Alhamdulillah, penuh isi. Dakwah sekaligus untuk urusetia-urusetia di situ, dan kami. Babak yang memang tak tahan kelakarnya, mengenai lakonan semula, situasi do's and dont's. Ada satu babak tu, masa tengah berlumba, ada kawan melecet celah kangkang, ditinggalkan dia keseorangan. Itu dont's dia. Do's dia, lakon semula..tengah berlumba, melecet sorang. Yang tak melecet menjerit, "Kawan-kawan, ada kawan kita melecet..jom!".. Ingatkan derang patah balik nak tolong angkat ke ape.. tengok-tengok semua buat melecet sekali jalan terkengkang. Aduh.. bahagia betul malam tu.

Pagi itu kami berjaga, mengumpul dan mengira markah. Menambah dan menolak markah. Membuat sistem pemarkahan yang adil, insya ALLAH kami cuba seadil yang boleh. Setiap jam dan minit yang berlalu juga kami convertkan ke unit equivalent dengan nilai markah. Alhamdulillah, selesai pukul 3.30 pagi. Masa tu memang putus fius. Semua dah bingung habis dah. Ada juga adegan lawak. Masa tu Omar nak kejut aku qiam sekali, tengah keluar khemah betul-betulkan kain sikit, ada banat datang khemah sebelah kami, khemah AJK juga. Dia pandang kami pelik, kami lagi la pelik dia datang kawasan khemah banin. Dahla orang tengah betulkan kain. Pastu dia nak masuk khemah sebelah, dah bukak zip dah kot, tiba-tiba banat tu kata, "Alamak! Silap khemah la... " terus lari. Kami apa lagi, segan pun ada, geli hati tak payah cakap.

Hari keempat - 25 Disember 2010
Perlumbaan habis. Majlis penutup. Persembahan dari AJK. Penyampaian hadiah. Tahniah kepada Hathobatul Khadra' aka Greenwood kerana berjaya menjadi juara. Alhamdulillah. Kami melancong dan bersiar-siar hingga ke petang di Langkawi. Aku? Orang bujang makan ABC je. Hehe. Family pun dah ada adik yang jadi peserta belikan barang. :) Simpan duit, untuk masa hadapan.. pesan mak. :) Untuk apa, paham-pahamla. Kami sampai di jeti, pukul 7. Terus berjumpa dengan pakcik di jeti. Aku perkenalkan diri, tanya mana feri. Tiba-tiba, "Kami ucapkan selamat datang kepada Sekolah Menengah Islam Al AMin Gombak! Juga selamat pulang......... " panjang ucapan dia. Terima kasih pakcik. Seronok rasa disambut pulang. Masuk feri, baca doa, jalan. Sampai jeti, naik bas, kena tegur dengan cikgu Wasitah sebab tak turun di Maqam Mahsuri. Minta maaf cikgu, ana penat sangat. Sampai Al Amin, terus balik. Alhamdulillah.

Tahniah juara!
Mana AJK banin? Semua dah cabut pergi ikat rakit balik.. its our time then to enjoy..haha
Penutup
Terima kasih aku ucapkan pada cikgu-cikgu, kawan-kawan banin dan banat, juga peserta. Penuh makna program kali ini. Aku harap kita dapat rangka lagi program tahun depan. Tahun depan kita amik basikal, kayak dan paintball pulak. :) Alhamdulillah. Moga setiap aktiviti dapat diambil pengajaran. Kami berharap, ini dapat menguatkan ukhuwwah sesama antum, kerana selepas keluar, untuk mencari kawan yang ingin islahkan diri, bukan senang. Sementara masih ada, hargai. Nanti bila dah keluar, rasa sentapan itu. Sentapan yang pedih. Wallahu a'lam :)
Tak sempat buat tinggi-tinggi..haha :) 


* Kredit gambar - Amin Aleman dan Qistina Nafisah. Syukran.

* AJK dalam kenangan - Omar C14(Jaipetra, ICT and Syariah), Amin C14(UIA, ICT), Hakim C14(Animal Science, UPM), Rashid I15(INTEC-US, Chemical Engineering), Sulaiman I15(Kolej MARA, Engineering and Electronics), Basith G13(UMP, Civil Engineering), Muhaimin G13(UM, Chemical Engineering). Banat juga.. syukran 'ala kulli hal

11 comments:

  1. ha.. betul la i've come across your blog dlu.


    sooo interesting xchallenge ni. paling best, part melecet tu. =D

    great job

    ReplyDelete
  2. waduh waduh, panjang bebeno. dah boleh buat buku skrap dah ni..huhuhu

    banat salah masuk khemah??khemahku tu....!

    ReplyDelete
  3. anon - i guess, u'll be fadhlina shaari. kan? haah. memang sure best.. part melecet tu br skit..byk lagi.

    rashid - waduh2.. ni pun kne pjg lg ni. takut byk sgt miss point.

    ReplyDelete
  4. fuh! nampak macam best. teringat wafa bila cakap pasal langkawi :)

    ReplyDelete
  5. manisnya rasa..alangkah bgusnya jika di luar sana sbgini~~~

    ReplyDelete
  6. hmm...rindu la pulak....banyak benda tak sempat buat time ni....

    ReplyDelete
  7. senang kata xchallenge SUPERB.

    terima kasih byk2 la kpd ajk yg dh brtungkus-lumus, tak pernah join program ajk layan baik sgt mcm tu.

    May Allah bless us all.

    ReplyDelete
  8. isyraf - tahun depan turn korang plak la ye ;p

    muaz - i met the same team that handled yours..

    anon - to be honest, its the same thing that inspires most of us to stay persistent and consistent outside alamin. so we may feel it one day, as we had felt.. :'(

    acide - hehehe..

    anon - alhamdulillah. Allah punya baik sgt ni bagi mudah byk pkara.. tak pernah join prog AJK lyn baik sgt? heh. sebab kiraan smpai 72 kiraan br sme start bratur eh?
    Amin.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..
    wlaupun xdpt join kerna kelas bertimbun2, tp puas baca entri ini. setiap detik ibroh pasti diisi..
    tahniah utk semua, lebih2 lagi kpd peserta2.
    best !

    ReplyDelete
  10. salam...
    asif... thank you for this entry...
    ckgu suka skali..:)
    alhamdulillah.. bgitu banyak ibrah yg boleh diambil sepanjang xchallenge 2010...
    hmm.. rasa mcm nak ulang balik je, bg jd lebih bermakna untuk semua........:')

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.