Friday, June 15, 2012

To my beloved

Bismillahirrahmanirrahim.

Anekdot first day...

Salam adik-adik semua. Salam mak aku, mak aku peluk kuat-kuat. Mak aku menangis. Panjang mak aku pesan, last-last keluar perkataan 'I Love You'. Itu pun dah cukup sebenarnya. Hati bahagia, walaupun tak tunjuk di muka. Nak menangis jugak, tapi senyum je. Nanti lagi sedih mak aku. Mak aku menangis macam aku nak pergi oversea je, walhal Penang je pun. Masa tu mata dah bergenang, tapi lap cepat. Nanti mak aku lagi sedih. Walaupun depan orang, I'm proud being treated like that. Lol, anak manja. Not a whimpy one, but anak manja yang able to protect his family, and to protect his ummah. Kemudian salam ayah aku. Salam and peluk cara gentlemen. He taught me how to be a man. Kemudian salam and peluk adik-adik kecik dua orang, Ayaz dan Saif. Tapi derang macam tak kisah, sebab tengah bergurau sesama sendiri. Aku pun biarlah. Kereta pun pergi, akak polis sebelah siap tegur lagi, 'tak menangis ke?'. 'Taklah, dah besar, control sikit'.

Kemudian, dalam 30 minit lepas tu, mak aku call. Dengar suara Ayaz kuat menangis dalam fon, dia cakap "Abg Asif, terima masih kerana telah membesarkan Ayaz dan menjaga Ayaz dengan baik selama ni..Ayaz janji akan belajar elok-elok dan ngaji tiap malam-malam..huuuu(sambung nangis)". Aku pun menangis dalam bilik, berderai-derai air mata jatuh. Aku pun letak telefon,tak tahu nak cakap apa. Call mak aku balik lepas tu, tanya Ayaz cakap tu skrip ke? Mak aku cakap tak, memang Ayaz cakap sendiri. Ayaz ni darjah satu kalau kome nak tahu. Dalam kereta masa tu pun terkejut, Ayaz cakap macam tu. Rupanya masa aku salam derang dalam kereta tu, derang tak tahu aku nak masuk U dah. Kelakar betul. Bila dah otw balik baru mak aku cakap lepas ni Abg Asif takda, siapalah yang nak teman pergi tandas, buat susu, ngajar ngaji semua. Terus dua-dua menangis. Baru derang sedar. Keh keh. Sentimental betul. Dah takda sapa dah aku nak marah sebab conteng buku aku. Haha.

**************************

1. I wrote this, with my love towards my family, and towards my very nice uncles and aunties. Asif di sini sihat-sihat aja. Baik-baik aja. Sudah mula kelas, juga sudah mula usrah. Usrah Asif dengan Dr *#^%$#, professor Physics di USM. Sampai-sampai di Penang ikhwah dah bawak pi jalan-jalan. Hujung minggu ini InsyaAllah pergi panjat gunung dengan Aqsa Syarif. Asif KoKu masuk Kesatria Negara.

Subject daftar enam, in which ada dua are pretty easy. English dan Agama Islam. Subjek lain biasa je. Dua physics, satu calculus, lagi satu subjek faculty - ElectroTechnology. Library dia best. Roommate pun boleh tahan. Seorang roommate dah mintak Asif ngajar dia mengaji walaupun kat Pusat Islam ada je halaqah al Quran ustaz tu buat. Tapi, ustaz-ustaz tu pun baca tajwid kantoi juga, tapi Asif diam jelah. Budak baru katakan. Pusat Islam dia aktif, almost every day ada kuliah. Lagi dua orang roommate selalu tengah DF. Sorang dah suruh Asif kejut dia Subuh masjid betul-betul sampai bangun. Setakat ini alhamdulillah tak ada kelas malam, boleh mengaji dan study senang sikit.

Kafe dia pun murah, setakat ini Asif kira perbelanjaan Asif RM211 sebulan, untuk makan sahaja. Buku belum beli lagi, tapi rasa macam tak payah kot. Although I love books so much, I think dengan keadaan duit sekarang, rilek-rilek dulu lah. Lecturer pun dah prepare note online. Wahai Mama n Baba, walaupun Asif dah dewasa, tapi macam perlu bantuan untuk beli laptop lah. Macam perlu sangat di sini. Hihi. Dah jumpa ramai ikhwah senior sini, derang offer Asif buku jugak. Separuh harga. Kat sini ada tiga rumah ikhwah dekat dengan UiTM.

Naim pun dah masuk UIA PJ. Dia exempted APT, EPT level 6.

2. I wrote this, with a bunch of regrets towards my best friend. Aku minta maaf, sebab tak dapat pergi oversea dengan kau. Aku cadang nak pergi nanti. Maybe Master. It is my utmost regret when I made the decision. Insya Allah, I pray, you'll be a great physicist one day, and as for me, to be a great engineer.

And thank you for everything. And Asyraf Roslan! happy belated birthday! Aku ingat masa form 4 aku lupa birthday kau. Haha. Moga berkat umur kau..dan mudah pelajaran kau. Aku sebenarnya ada post untuk kau, tapi maklumlah orang tak ada laptop plus wifi sentiasa bingung di sini. Ini pun roommate aku seludup gajet apa entah macam ada parabola nak intensify wifi bilik ni. Lepas ni, aku, kau dan Omar susahlah nak jumpa lagi. Sorang di Penang, sorang di Klate, sorang di Manchester. Acano nak gi tonton dota tournament lagi??

3. I wrote this, with a mountain of hope in the future. As you said, I put my choice on Allah. And I really really really really really hope that I can make it in time, to win. In 3 years, I'll be there. I'll meet him, and I'll be ready. Mark my word.

4. To all, do pray for me.

Ini aku sertakan lagu masa kami orientasi, ada abang senior dua orang nyanyi. Sumpah terbaik!! Aku menangis dengar, menangis betul. Aku tengok keliling aku ada yang nangis jugak. Later I know, they were the ones who are just like me, some older, 22 yrs old. Pegang harapan family. Bila datang sini, baru tahu, lagi ramai unfortunate. I should be grateful.



7 comments:

  1. Welcome to university life, bro.

    Some people find Lights and some people don't.

    Hope you'll be the one who find what you want with Barakah from Him.

    Be firm through out the journey.

    And may you be the best among the greatest out there.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Isyraf - electrical, major power.

    Nawi - ana ada sentuh nta ke?:)

    Qistina -Amin. Thanks for the prayer.

    ReplyDelete
  3. tahu-tahu dah masuk U. tahniah :)

    ReplyDelete
  4. Ty sipo. Blaja elok2 jgn men2. Nnt sambung MIT masters. haha

    ReplyDelete
  5. aminah - terima kasih.

    capo - heeee...tq!!!! Amin. doakan tau. haha. jumpa nnt la capo, dgn maro sekali. Lagi 3-4 tahun lagi..huhu. Sume dah dok jauh2, ko paling jauh!

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.