Tahun lepas, saya mengikuti satu seminar mengenai ideologi dan falsafah dan saya secara peribadi telah tersangkut dan berminat untuk belajar mengenai satu ideologi; pluralisme. Ada beberapa istilah yang saya sangat berminat untuk mendalami dengan lebih lanjut - first-hand and on-field experience. Global ethics, sophea perennial, Parliament of World Religions. Saya mempunyai misi peribadi untuk mencari dan mempelajari elemen-elemen ini sepanjang berada di sana.
4 Sept, Selasa
"Assalamualaikum wbt. U guys smua pg pearl hotel hri ni kan? -amirul" mesej masuk. Saya terus "Ya Allah... is it today!??". Saya menyangkakan program tersebut hari Jumaat hingga Ahad. Careless. Terus, dapat mesej pukul 12 terus ambil baju-baju dan iron. Terus menelefon mak saya meminta izin dan memaklumkan saya akan ke program tersebut. Pukul 2 saya keluar rumah dan mengambil teksi. Sampai sahaja di hotel, saya mendekati auntie yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan saya. Saya dipasangkan dengan seorang Buddhist - Vincent Leong dari Soka Gakkai Malaysia, yang mana saya menjadi sangat rapat dengan dia. Saya terlihat seorang doktor Melayu sedang duduk di lobi hotel. Bajunya agak menarik minat saya. Bajunya mempunyai pelbagai lambang-lambang keagamaan seperti Bahai, Jainism, Kristian, Islam dan macam-macam lagi. Dan saya "Oh.. isn't that the same as you wear a shirt with lambang salib on it only?". Tanpa mengetahui siapa dia, saya terus naik ke bilik dan berkenalan dengan roomate saya. Saya menjadi sangat rapat dengan dia. Mungkin sebab kami sebaya - wallahu a'lam. Soalan pertama mengenai Islam yang ditanya ialah "Do you mind if I am here while you are praying?". "Nope..I don't mind" saya membalas. "Can I watch you pray?" dia tanya balik. "Yeepp.. Also not a problem. You can pray also in this room. I don't mind. I'd like to know and watch also". Jadi, perkenalan kami bermula dengan baik. Alhamdulillah. Dia sembahyang sedikit sama sebagaimana orang Islam berzikir. Macam baca ma'thurat. Dia memegang buku kecil, dan mengulang-ulang zikir dalam bahasa Sanskrit. Dia mengamalkan Sutra Lotus. Malah dia meminta saya mengejutkannya selepas subuh. Selepas saya menunaikan solat Asar, kami berborak-borak sehingga pukul 5.45 petang. Kami kemudian bertolak ke Pure Life Society untuk memulakan aktiviti kami.
5 Sept, Rabu
Saya bangun. Mandi. Kejut Vincent dan terus ke surau hotel untuk solat subuh. Membaca Quran dan Ma'thurat sebagai pembuka hari. Rasa bahagia membuka hari dengan Al Quran. Sebelum ini kita take for granted kita punya keselesaan mengamalkan aqidah. Saya merancang untuk membaca Al Fatihah, The Opening dan doa "Allahumma Nawwir Qulubana binuri hidayatika.....abadan abada" untuk Sacred Opening nanti. Amirul masuk sekali solat di surau. Saya tak tahu mengenai akhawat kerana tak ada nombor telefon mereka. Kemudian, saya balik ke bilik. Berhasrat nak tengok macam mana Vincent sembahyang. Kemudian, kami turun untuk breakfast di hotel. Seronok breakfast dengan foreigners. Kita perkenalkan makanan kita. Sambil itu kita baca doa sebelum makan. Kami sangat seronok makan bersama-sama. Selepas makan, saya dan Amirul naik untuk tengok keadaan tiga orang akhawat tersebut. Kesian. Ada yang sampai menangis ketakutan. Takut tergugat iman. Mereka dimaklumkan oleh professor-professor mereka agar berhati-hati. Dr Amir pernah dikenali sebagai free-thinker tegar. Well-known pluralist dalam kalangan Muslim academics. Pensyarah mereka juga mendakwa URI bernaung di bawah Freemason dan Zionist institutions. Wow.. A bit blunt isn't it? Saya reserve dakwaan itu. Ingin menunggu sedikit masa lagi sebelum merumuskan konklusi.
Kemudian kami menaiki van untuk ke Pure Life Society(PLS). Aktiviti pertama pada hari itu ialah Sacred Opening. Dimulakan dengan doa pagi hari dari Sikh dalam punjabi, kemudian doa dalam English dari Bahai dibaca oleh Viknes, kata-kata hikmah oleh Vincent. Tiba turn saya sebelum Vincent, saya memulakan "Assalamu'alaikum, and Morning. As this is the Sacred Opening, I wish to share with you a chapter from Quran, named Al Fatihah which means the Opening. As we Muslims recite this chapter every time we pray, to ask Allah to bless us for the rest of our life. Then I will end this chapter with another du'a". Saya membacakannya sambil memejamkan mata saya. Betul-betul di dalam hati memaknakan maksud al Fatihah. Dan saya berharap Allah memberi hidayah kepada mereka. Seorang wanita beragam Hindu di sebelah saya, Nivy dari Australia "That's very nice of you to recite the Quran. It's good, relieving. Plus, you have a good voice~ nice!". Saya tersenyum sambil *blushing* - membalas kembali dengan ucapan terima kasih. Ahmed mendekati saya, "You are hafz Quran?". "Yeepp.." saya membalas. "Masya Allah..you know, your du'a is good. Luckily they don't have any idea what does it mean.". Dia berkongsi mengenai pengalamannya di Australia menjadi Muslim yang menyambung ikatan dari aqidah-aqidah berbeza. Malah dia menjemput saya ke Australia.
Kami mengisi hari tersebut dengan beberapa bengkel dan LDK. Bagaimana kami ingin mengaplikasikan ilmu-ilmu, juga kami diperkenalkan dengan satu moto yang saya secara peribadinya tertarik "Leadership Through Service". Awal pagi, kami memulakan The Amazing Race. Kemudian kami dipecahkan dalam kumpulan secara berkala, untuk duduk di meja-meja dan berbincang mengenai isu yang ditetapkan di meja-meja tersebut. Antara isunya, "Leadership Through Service - a form of leadership?", "Are we called to serve our community?", "Sharing experience - what have you served?" dan macam-macam lagi. Sangat membantu memahami isu. Bercadang membawa balik beberapa contoh modul untuk dakwah. Ketika zohor, saya meminta izin untuk sembahyang bersama-sama rakan-rakan lain. Kami sembahyang di perpustakaan. Saya menjadi imam bermakmumkan Ahmed dan Amirul. Ahmed menyambung solat jama' asar. Kemudian Dr Amir Farid masuk. Doktor Melayu yang saya lihat pada hari pertama. Dia presiden INSAF(Inter-faith Spiritual Fellowship). Wow.. Kemudian dia hampar sejadah, dan solat. Bajunya masih berhias lambang-lambang agama lain. "I am very open at accepting differences regarding opinions, options, fiqh, and almost anything else - but this?" saya bermonolog. Hati saya panas. Terus keluar bilik.Adakah wujud toleransi dalam Islam mengenai hal-hal sebegini? Ketika itu, saya merasakan ada sedikit peluang untuk saya mencapai matlamat saya. Saya ingin menemui dan mempelajari elemen-elemen pluralistik, global ethics, kalau bernasib baik mungkin akan terkeluar sedikit mengenai Parliament of World Religions. Sedang merayau-rayau dalam library, terjumpa beberapa trofi dan sijil penghargaan dari Rotary Club dan Lion Club. Wow.. ini yang real. Bukti. Semua orang tahu yang Rotary Club is associated with Freemasonry. Bukan konspirasi punya teori. Sekarang saya tahu saya dalam situasi serius. Sebab itu penginapan dan semua yuran percuma - mereka ini tauke duit.
Selepas menunaikan solat 'Asar, beberapa dari peserta termasuk saya menawarkan diri untuk turut serta ikut ke Gurdwara Sikh di Shah Alam. Saya berniat dan berminat untuk mendalami lebih dalam mengenai Sikh. Untuk pengetahuan pembaca, pengasas Sikh - Guru Nanak pernah menjadi seorang Muslim. Untuk 'improvise' dia mengasaskan agama Sikh. Sebab itu penganut Sikh mendakwa guru Nanak pernah sampai ke Mekah, juga jika diperhatikan, tuhan mereka Allah. Sesampai saja kami di sana, kami diberikan headband untuk menutup kepala. Kami sampai pukul 7. Jadi, kami berlima bersama doktor Amir menuju ke surau untuk menunaikan solat maghrib. Selepas habis menunaikan solat maghrib, kami masuk ke Gurdwara untuk menyaksikan persembahan mereka. Dalam bahasa Punjabi - sedikit sama macam bahasa Urdu. Entah-entah sama. Entah. Semasa di dalam Gurdwara, saya ternampak gambar-gambar tergantung di dalam Gurdwara tersebut. Somehow, mereka pun ada imam - macam Syiah. Mereka punya imam ada 10. Dan Imam mereka sangat-sangat iras macam syeikh-syeikh kita - berjambang dan berserban. Kemudian, apabila mereka mula bersiap untuk sembahyang, kami keluar. Termasuk Ahmed. Kami berborak-borak di luar sementara menunggu sembahyang mereka selesai. Saya melihat beberapa peserta beragama Hindu dan Buddha turut serta dalam sembahyang mereka. Sikh menyentuh lantai, mereka turut sekali. "Wow.. what a tolerance. Gladly our Nabi had made it clear - Lakum diinukum waliya diin..". Sangat mudah kelihatan mereka berkira-kira dalam hal akidah. Pada saya, akidah ini adalah hal kebenaran. Absolute truth. Bukan perkara di mana kalau kau merasakan Hindu paling sesuai dengan diri kau, kau ambil Hindu, kalau Buddha sesuai kau ikut Buddha. Saya tidak memandang Islam hanya sebagai platform spiritual untuk sama-sama mencapai 'tujuan-tujuan' baik seperti keamanan dunia dan sebagainya. Mungkin agama mereka membenarkan hal-hal sebegini, wallahu a'lam. I will respect theirs anyhow. Kami kemudian dijemput makan. Kelihatan YB pun turut serta. Eceh.. Tanpa pasal, YB pun datang bersalam dengan kami. Sebab kami dari URI Conference, up lah sikit market kami di situ sebab performers pun dari URI. Kemudian saya berborak dengan performer tadi, namanya Jamel Kaur seorang wanita. Bertanya mengenai maksud lagu. Kemudian berbual dengan ibunya.. Ibunya kami panggil Auntie Jessie. Katanya Doktor Amir 'spiritual brother' dia. Dia juga mengatakan, suaminya seorang 'multi-faith person'. Multi-faith? Interesting.
6 Sept, Khamis
Pagi seperti biasa. Selepas breakfast, kami menuju ke Pure Life Society. Kami memulakan hari kami dengan briefing mengenai service project - cat railing rumah anak yatim. Dalam pukul 10 - kami memulakan projek kami. Seronok. Sedang mengecat dan mengikis, kami belajar lagu-lagu tradisional bangsa-bangsa lain. Kami mengajar lagu "Buah Cempedak di luar pagar" dan "Rasa sayang". Selesai dalam pukul 12.30 tengahari. Saya mengambil masa untuk tidur sebentar. Bangun-bangun, saya melihat perempuan 3 orang itu sedang makan makanan luar. Tak tahan katanya makan vege sahaja. Kesian tengok. Kami terus menunaikan solat zohor - dan meneruskan dengan satu bengkel penutup.
Di majlis penutup - mereka menyerahkan sijil kepada setiap peserta. Dan menjemput kami untuk hadir ke SEAPAC Regional Assembly - "No thanks. gua sudah penat.. :)". Di akhir majlis, seorang fasilitator - Jamel Kaur menawarkan diri untuk membacakan doa. Dia memulakan dengan meminta sesiapa yang sudi memejamkan mata dan menghayati. Katanya doa ini universal. Universal? Yep - dia mengatakan doa yang dia akan bacakan ialah doa universal. Kemudian dia memulakannya.. Kami Muslim tidak turut serta, hanya melihat. Bersama kami seorang Kristian, Jerrison dan Vincent juga tidak turut serta. Pada awal doa - dia membaca morning prayer Sikh, saya mengingatinya sebab pada hari sebelumnya semasa Sacred Opening seorang Sikh juga membacakan doa sama seperti ini. Kemudian dia berpindah ke bahasa Sanskrit - yang mana saya tak mengenali doa itu. Jadi saya anggap itu doa orang Hindu. Kemudian dia membacakan doa Buddha - Lotus Sutra - "Jerrison, isn't this is your sutra?". "Ya...she read some of it". Kemudian dia membacakan ayat "Shamma Israelu adonai elahaino adna ehad" dan kemudian "Shalom..". Aik? Kemudian "Allahu Akbar, Allahu Akbar..". Makin bertambah kehairanan saya. Ini bukan doa. Dia hanya membaca sedikit frasa dalam bahasa asal. Semakin jelas - saya melihat muka Dr Amir Farid - ingin melihat reaksi beliau terhadap doa 'universal' ini. Dia memandang saya - saya memandangnya kembali. Saya masih keliru dengan status beliau. Dan secara muktamad saya tidak setuju dengan amalan sebegini. Tidak sama sekali.
Akhirnya - seorang reverend dari UK berucap. Memperkenalkan URI secara global, serta menceritakan serba sedikit mengenai Parliament of World Religions! Ketika saya mendengar perkataan tersebut, saya tersenyum seorang diri. Alhamdulillah.. Ini pintu masuk saya. Kemudian setiap daripada kami mendapat nota kecil mengenai global ethic. Alhamdulillah. Makin jelas. Ketika ingin berpisah, kami berborak-borak dan bertukar-tukar contact. Ramai yang nak berjabat tangan - tapi saya dan Amirul merapatkan dua tangan kami dan tunduk. Sebagai 'courtesy'. Cuma, yang saya masih tak faham, yang dah veteran pun mahu hulur tangan. Kata dah lama dalam inter-faith, tak faham-faham lagi. Siap kata - jangan jadi terlalu tradisional. Mesti 'lower the fence' antara agama. Idea ini sangat bahaya. Fence inilah yang membuatkan sesebuah agama itu satu agama. Yang mempunyai identiti dan batasan. Mempunyai sendi dan prinsip. Iya.. kami digalakkan bekerjasama dalam hal-hal kebaikan. Wa ta'awanu 'alal birri wat taqwa. Iya..kita mesti mengajak kepada kalimah yang sama. Kalimah apa? Bukan world peace. Bukan.. Alla na'buda illallah. Tuhan yang kita sembah hanya Allah. Dalam hal aqidah dan ketuhanan, tiada kompromi. Kami berpisah dengan hati yang terbuka dan terikat. Sudah bercambah rasa sayang pada mereka. Mereka baik-baik, mereka juga ignorant terhadap hakikat pluralisme. Malah, Jerrison dah pun jatuh cinta pada seorang wanita dari Indonesia. Comel.
Saya dan Amirul pulang dengan Vincent dan Jerrison naik bas dan LRT. Sempat berborak mengenai ikhtilat dalam Islam. Menerangkan macam mana nak sunting perempuan kalau dalam Islam, tak boleh bersentuh, tak boleh berdua, tak boleh dating sebelum nak kahwin tanpa mahram. Dan macam-macam. Jerrison akhirnya tanya, "You rasa saya ada peluang tak?". "I vote for yes!" saya kata padanya. Dalam Islam, Amirul kata, kalau dah jodoh tak ke mana. Jauh mana pun pergi, beza mana pun usia, tak ke mana. Saya menambah "If you are meant for her, you'll be with her". Hehe. Menggatal pulak masing-masing waktu itu. :D
Refleksi :
- Terasa solat itu sangat berharga. Quran bertambah sayang. Rasulullah semakin rindu. Kalau lah Rasulullah ada di sisi, semestinya dia dapat merungkai segala permasalahan di dunia ini. Tekad di dalam diri, aku lah pejuang Islam. Terngiang lirik Binnabil Huda - "Nahnu Jundul Huda". Kamilah tentera Hidayah(petunjuk). Di dalam surau, sangat aman rasa. Dekat dengan Allah. Aku buat perkara ini, untuk mengenal jahiliyah. Jahiliyah yang bernama pluralisme.
- Pluralisme barah yang sangat bahaya. No over-estimation. Ideologi yang halus dan nampak cantik. Harap kita dapat sama-sama menanam kesedaran dalam hal ini.
- Mereka di sana sangat bekerjasama. Indah nama - for a better world, better environment. Slogan mereka cantik, One God, One World, One Race. Sama-sama bekerjasama untuk tujuan yang baik. Cuma, ada sedikit racun di situ. Mereka menyamaratakan semua agama. Macam slogan malam kesenian mereka "A Night Emblazing Different Paths Towards Oneness". Saya ingin agar kita umat Islam bersatu. Usah bergaduh atas nama politik, jemaah dan khilaf cetek. Mereka semakin kuat. Syukur kita ada Allah di side kita, kita masih wujud dan hidup.
- Masyarakat pluralistik ideal. Saya ingin hidup dalam masyarakat seperti ini. Setiap aqidah mengenali dan menghormati perbezaan - tanpa menyama ratakan agama. Mereka tahu aku tak boleh sentuh perempuan bukan mahram, mereka hormat. Aku tahu mereka tak makan daging, aku tak masak makanan berdaging kalau mereka datang. Aku nak mereka hormat agama aku, bukan dissolve agama aku sebab nak capai tujuan 'a better world'. Aku percaya Islam itu sebaik-baik medium untuk menyembuhkan dunia ini. Sebab aku, orang Islam, aku percaya agama aku sahaja yang menyembah Allah dengan cara yang Allah mahu - cara yang sebenar-benarnya. Muktamad. Radhitu billahi Rabba, wa bil Islami diina, wa bi Muhammadinnabiyya wa rasuulaa.
- Islam itu agama terbaik. In every aspect. Bertambah yakin. Alhamduilllah, ya Allah. Terima kasih kerana menganugerahkan Iman dan Islam. Amin. Allahumma Solli 'ala Muhammad. Sangat merindui Rasulullah..
- Wallahu a'lam. I look forward to sharing and discussing.
Mereka pemenang Amazing Race. |
Amirul, Chin Yi, dan K Rine. |
Selepas menunaikan solat 'Asar, beberapa dari peserta termasuk saya menawarkan diri untuk turut serta ikut ke Gurdwara Sikh di Shah Alam. Saya berniat dan berminat untuk mendalami lebih dalam mengenai Sikh. Untuk pengetahuan pembaca, pengasas Sikh - Guru Nanak pernah menjadi seorang Muslim. Untuk 'improvise' dia mengasaskan agama Sikh. Sebab itu penganut Sikh mendakwa guru Nanak pernah sampai ke Mekah, juga jika diperhatikan, tuhan mereka Allah. Sesampai saja kami di sana, kami diberikan headband untuk menutup kepala. Kami sampai pukul 7. Jadi, kami berlima bersama doktor Amir menuju ke surau untuk menunaikan solat maghrib. Selepas habis menunaikan solat maghrib, kami masuk ke Gurdwara untuk menyaksikan persembahan mereka. Dalam bahasa Punjabi - sedikit sama macam bahasa Urdu. Entah-entah sama. Entah. Semasa di dalam Gurdwara, saya ternampak gambar-gambar tergantung di dalam Gurdwara tersebut. Somehow, mereka pun ada imam - macam Syiah. Mereka punya imam ada 10. Dan Imam mereka sangat-sangat iras macam syeikh-syeikh kita - berjambang dan berserban. Kemudian, apabila mereka mula bersiap untuk sembahyang, kami keluar. Termasuk Ahmed. Kami berborak-borak di luar sementara menunggu sembahyang mereka selesai. Saya melihat beberapa peserta beragama Hindu dan Buddha turut serta dalam sembahyang mereka. Sikh menyentuh lantai, mereka turut sekali. "Wow.. what a tolerance. Gladly our Nabi had made it clear - Lakum diinukum waliya diin..". Sangat mudah kelihatan mereka berkira-kira dalam hal akidah. Pada saya, akidah ini adalah hal kebenaran. Absolute truth. Bukan perkara di mana kalau kau merasakan Hindu paling sesuai dengan diri kau, kau ambil Hindu, kalau Buddha sesuai kau ikut Buddha. Saya tidak memandang Islam hanya sebagai platform spiritual untuk sama-sama mencapai 'tujuan-tujuan' baik seperti keamanan dunia dan sebagainya. Mungkin agama mereka membenarkan hal-hal sebegini, wallahu a'lam. I will respect theirs anyhow. Kami kemudian dijemput makan. Kelihatan YB pun turut serta. Eceh.. Tanpa pasal, YB pun datang bersalam dengan kami. Sebab kami dari URI Conference, up lah sikit market kami di situ sebab performers pun dari URI. Kemudian saya berborak dengan performer tadi, namanya Jamel Kaur seorang wanita. Bertanya mengenai maksud lagu. Kemudian berbual dengan ibunya.. Ibunya kami panggil Auntie Jessie. Katanya Doktor Amir 'spiritual brother' dia. Dia juga mengatakan, suaminya seorang 'multi-faith person'. Multi-faith? Interesting.
6 Sept, Khamis
Pagi seperti biasa. Selepas breakfast, kami menuju ke Pure Life Society. Kami memulakan hari kami dengan briefing mengenai service project - cat railing rumah anak yatim. Dalam pukul 10 - kami memulakan projek kami. Seronok. Sedang mengecat dan mengikis, kami belajar lagu-lagu tradisional bangsa-bangsa lain. Kami mengajar lagu "Buah Cempedak di luar pagar" dan "Rasa sayang". Selesai dalam pukul 12.30 tengahari. Saya mengambil masa untuk tidur sebentar. Bangun-bangun, saya melihat perempuan 3 orang itu sedang makan makanan luar. Tak tahan katanya makan vege sahaja. Kesian tengok. Kami terus menunaikan solat zohor - dan meneruskan dengan satu bengkel penutup.
Saya dan Lansky. - kikis jangan tak kikis! |
Sebahagian peserta sempat berposing. Yang lain suka berborak. Peliknya budaya peserta di sini, mereka mesti inquire something about us or our faith bila ada masa lapang. |
Saya dan Amirul pulang dengan Vincent dan Jerrison naik bas dan LRT. Sempat berborak mengenai ikhtilat dalam Islam. Menerangkan macam mana nak sunting perempuan kalau dalam Islam, tak boleh bersentuh, tak boleh berdua, tak boleh dating sebelum nak kahwin tanpa mahram. Dan macam-macam. Jerrison akhirnya tanya, "You rasa saya ada peluang tak?". "I vote for yes!" saya kata padanya. Dalam Islam, Amirul kata, kalau dah jodoh tak ke mana. Jauh mana pun pergi, beza mana pun usia, tak ke mana. Saya menambah "If you are meant for her, you'll be with her". Hehe. Menggatal pulak masing-masing waktu itu. :D
Refleksi :
- Terasa solat itu sangat berharga. Quran bertambah sayang. Rasulullah semakin rindu. Kalau lah Rasulullah ada di sisi, semestinya dia dapat merungkai segala permasalahan di dunia ini. Tekad di dalam diri, aku lah pejuang Islam. Terngiang lirik Binnabil Huda - "Nahnu Jundul Huda". Kamilah tentera Hidayah(petunjuk). Di dalam surau, sangat aman rasa. Dekat dengan Allah. Aku buat perkara ini, untuk mengenal jahiliyah. Jahiliyah yang bernama pluralisme.
- Pluralisme barah yang sangat bahaya. No over-estimation. Ideologi yang halus dan nampak cantik. Harap kita dapat sama-sama menanam kesedaran dalam hal ini.
- Mereka di sana sangat bekerjasama. Indah nama - for a better world, better environment. Slogan mereka cantik, One God, One World, One Race. Sama-sama bekerjasama untuk tujuan yang baik. Cuma, ada sedikit racun di situ. Mereka menyamaratakan semua agama. Macam slogan malam kesenian mereka "A Night Emblazing Different Paths Towards Oneness". Saya ingin agar kita umat Islam bersatu. Usah bergaduh atas nama politik, jemaah dan khilaf cetek. Mereka semakin kuat. Syukur kita ada Allah di side kita, kita masih wujud dan hidup.
- Masyarakat pluralistik ideal. Saya ingin hidup dalam masyarakat seperti ini. Setiap aqidah mengenali dan menghormati perbezaan - tanpa menyama ratakan agama. Mereka tahu aku tak boleh sentuh perempuan bukan mahram, mereka hormat. Aku tahu mereka tak makan daging, aku tak masak makanan berdaging kalau mereka datang. Aku nak mereka hormat agama aku, bukan dissolve agama aku sebab nak capai tujuan 'a better world'. Aku percaya Islam itu sebaik-baik medium untuk menyembuhkan dunia ini. Sebab aku, orang Islam, aku percaya agama aku sahaja yang menyembah Allah dengan cara yang Allah mahu - cara yang sebenar-benarnya. Muktamad. Radhitu billahi Rabba, wa bil Islami diina, wa bi Muhammadinnabiyya wa rasuulaa.
- Islam itu agama terbaik. In every aspect. Bertambah yakin. Alhamduilllah, ya Allah. Terima kasih kerana menganugerahkan Iman dan Islam. Amin. Allahumma Solli 'ala Muhammad. Sangat merindui Rasulullah..
- Wallahu a'lam. I look forward to sharing and discussing.
terbaik la asif!
ReplyDelete* 4 - 6 Oktober, bukan 4 - 6 September.
ReplyDeleteI think you've wrongly written the date.
kamal - syukran
ReplyDeleteanon - syukran for the correction. :D
Alhamdulillah. Sangat bagus.
ReplyDeleteHaha, aku tak tau kenapa aku menangis masa taip komen nih. Partly mungkin sama ada kau teringat aku.. haha, mahal tuh.
Partly, masyaAllah.. aku kat US center of everythig tapi aku lalai dengan shopping online la apa la masalah duit la, nak balik taun depan la, sedangkan hadaf yang aku letak awal-awal tak nampak pun jalannya lagi.
Allah.
Part rindu rasulullah tu memang setuju habis. Aku kadang2 terbayang macam manalah rasa duduk sebelah rasulullah SAW kemudian dia tepuk peha aku sebab dia nak bangun.
haha, poetic much? entah lah. Jaga diri Asif, kita jumpa tahun depan ye, insyaALlah :)
Salam.
ReplyDeleteAm asking permission to use some of the pictures to be included in my presentation, just as example on how the idea of pluralism is spread among our community.
can or not?
This makes you more competitive and better overall in your business.
ReplyDeleteGenerally this form of private student loans for people in that
it recognizes the long term, is the traditional
southern method which is simply dredging the fish
in a cornmeal mix and then frying. As with all private student loans for people strategy we have to come within you
trying out their products and in store. Now, not knowing the demographics or your target market this
way. 6 per cent last year to 232.
Here is my homepage - Student Loan