Monday, August 22, 2011

Momento of the second half

Something to share.

1.Sharing Islam with the World
Sebelum mula. Kat tangan tu sikit je. Sebenarnya banyak dan berat beg kami kene bawak. :D
We went to KLCC, another team of groups went to Bukit Bintang. My group; Fillery, Irwan, Fadhlina and Khuzaimah. We swept the area back at the park. We dispersed after that. Back few years ago, at the same place, my team and I were chased by pak guard for selling books in that area during our Explorace. Again, pak guard came to us to warn us. He wanted to 'rampas' our things, and he left after a few minutes of 'pujuk'. Alhamdulillah. We gave free goodie bags and at the same time, presented Islam. But most of them only took it without spending any minute with us. It's okay. Kami first-timer. From around 3pm to nak dekat maghrib. At the end of my journey, I spent 15 minutes to share about what we were doing to a makcik. Surprisingly, she had a nephew studying at Darul Quran, so talking to her to support our cause(not ours exactly, it is the cause of all muslims, globally) and spread words about us was an easy task. Alhamdulillah. Iftar at Masjid KLCC, solat maghrib, and then post-mortemed activities for the day with Fadhlina and her JAD(Japanese Associate Degree) friends. Seronok dan penat. :)

2.IRIS(Ijtima' Ramadhan Ikram Selangor)
Aku berazam untuk berintima' dengan jama'ah ini, berkahwin dengan wanita dari jama'ah ini dan menumpukan seluruh hidup kami untuk bersama-sama jama'ah ini demi membangunkan manusia dan hati-hati mereka untuk Islam.
Sangat ramai jumpa ikhwah masa ni. Jumpa Fillery jugak. Revert, 21 tahun. Tapi dah ikut usrah, core pulak tu masya Allah kagum. Dia faham kewajipan ini. Alhamdulillah. Ramai sangat dan seronok. Rasa makin kuat perasaan berjemaah. Pada masa yang sama, ada iktikaf anjuran ISMA. Juga sangat-sangat ramai ikhwah ISMA jumpa di situ. Mesra dan rapat. Alhamdulillah. Seronok sangat. Nampak masa depan umat Islam di Malaysia bercahaya. Unity tak semestinya memerlukan uniformity. Untuk bersatu tak semestinya menjadi satu. Ingat tu wahai mereka-mereka yang sangat taksub dan fanatik. Moga terus bersama-sama memacu dakwah di Malaysia. Dan membanteras pemurtadan Islam secara sistematik dan kolektif.

Dan ada seorang muallaf yang ditarik oleh ikhwah dari INTEC. Datang ke UIA nak iktikaf. Kami berkenalan, dan kami melihat dia menangis sangat berat apabila dia memberitakan keislamannya pada ibunya. Umurnya 18 tahun, namanya Ridhuan Chau. Tengok muka dia, kita pula yang sebak masa dia explain pada mak dia thru phone. Alhamdulillah, kita orang berjama'ah. Kami pass beliau pada yang pakar, pakcik Nicholas Sylvester. Tapi batch G4squared masih kekalkan ukhuwah dengan beliau. Moga urusan beliau dipermudahkan.

I have close friends from ISMA, PAS, tabligh and others, and we get along pretty well. You still think that there should only be one and others are wrong? Well, think again. :)


3.Ethics Of Disagreement
Alhamdulillah. Ahad lepas, ikut satu seminar anjuran IIS, mengenai ethics of disagreement atau adab berikhtilaf. Insya Allah. Moga boleh lebih berlapang dada dan memahami keperluan wujudnya khilaf. Satu fakta yang perlu sentiasa diingat - Imam-imam dan Ulama' zaman dahulu bukan calang-calang orangnya. Sangat-sangat hebat, genius, dan berakhlaq. Insaf rasa bila dengar kisah-kisah betapa hormat menghormatinya ulama' zaman dulu sesama sendiri. Allahu Akbar. Satu kisah hebat dalam kita melayan kerenah masyarakat yang penuh khilaf pada hari ini. Imam Syafie datang ke Madinah untuk ziarah. Atas dasar hormat, penduduk Madinah menjemput Imam Syafie menjadi imam solat subuh. Imam Syafie mengimamkan solat, dan beliau menunaikan solat subuh tanpa membaca doa qunut. Sedangkan, dalam mazhab Imam Syafie dituntut membaca qunut, dan mazhab Imam Malik iaitu tidak dituntut membaca qunut. Kerana menghormati 'urf penduduk madinah yang mengikut mazhab Maliki, dan juga menghormati gurunya Imam Malik, Imam Syafie mengimamkan solat subuh tanpa menunaikan qunut. Masya Allah. Hebat. Akhir seminar, kami iftar bersama-sama. Saya terus beriktikaf di UIA malam itu. Nidzam ada jugak, tapi tak sempat jumpa. Sorry ye zam!

- Insya Allah, esok saya akan assist dialog dengan sepasang suami isteri Korea di MINES. Nak mengenali Islam lebih lanjut, dan nak perbincangan serius. Doakan dipermudah. Siapa yang minat K-POP tolong jangan contact saya. Mereka tak ada kena mengena dengan K-POP dan saya sangat tak minat k-pop. Kthxbye.
- Insya Allah, akan terus beriktikaf di masjid UIA sampai malam ke 29. Moga kita bersama-sama dapat lailatul Qadr.
- Sangat-sangat penat menjadi cikgu. Sungguh penat. Budak-budak baik je, tapi tak tahu lah kenapa sangat penat tapi tak ada kaitan dengan puasa ok langsung.
- Yes. I understand what YOU mean. Thanks for the post.
- Ust Hasrizal said "Antara yang seronok mengahwini seorang doktor ialah, selain sudah tidak lagi ke klinik, kita akan sangat rajin mengulangkaji Google Calendar, sensitif dengan masa dan semua itu menjadikan kita sangat dinamik. Orang-orang bujang keliling saya, tolonglah pertimbangkan cadangan ini. Kahwinlah dengan doktor. Pleaseee!!!" Virtuous.



Ini video di belah Bukit Bintang. Di KLCC tak ada. Sebab sibuk lari dari pak guard. Hehe. Siapa yang berminat, feel free to PM me di FB.

6 comments:

  1. siapa ust hasrizal ?

    iraizati-

    ReplyDelete
  2. http://saifulislam.com/

    author, blogger terkenal.

    ReplyDelete
  3. i smell sthg la kat d last 2 points tu. ehem2

    ReplyDelete
  4. Ira - yup. the second anon have answered it for me.

    Anon - smell is not subjective, but the way you interpret it is subjective. Objectivity in subjectivity.

    ReplyDelete
  5. ok baru baca post2 kau yang ni. no hal sip. :) meneruskan kekaguman pada kau...keep it up bro..


    sedihnya muzik latar... isk

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.