Friday, October 22, 2010

Dialog Si Tunas

Salam.

Dalam menikmati cuti-cuti yang datang berkunjung di hujung tahun, saya berkesempatan melakukan beberapa perkara yang tersekat masa tempoh belajar. Saya berpeluang memuaskan nafsu menonton Discovery terutama yang bertemakan "Universe" dan adik-beradiknya. Menjadi bibik sepenuh masa tanpa gaji, menjadi driver, menjadi tutor tak berbayar kepada adik-adik terutama yang sedang mendepani gelora SPM (oh.. for them, anything I would give..) hehehe, menjadi teman berbual dengan si kecil-kecil sudah tentu.

Apa yang saya baru hadapi sekarang, ke'tersekat'an untuk memahamkan adik-adik saya mengenai satu hakikat. Menunjukkan saya sendiri kurang faham, mungkin. Apabila mereka bertanyakan tentang Allah - hakikatNya, perbuatanNya, 'superpower' dan 'kuasa'Nya, makhlukNya, rahmahNya, dan sebagainya. Kadang-kadang terkejut, mengapa saya tidak pernah terfikirkan mengenai perkara sebegini? I mean, it's not as easy as what I thought. Kita tahu mengenai rahmah Allah dan keampunanNya lebih luas daripada kemurkaanNya. Kita tahu Allah akan mengampunkan kita walaupun sebesar gunung dosa yang kita pikul. Kita tahu dan kenal Allah, dari Al-Quran dan Hadith, penciptaan dan sains, halaqah-halaqah dan daurah, tarbiah si ibu dan bapa, guru-guru dan pembacaan. Cukup untuk kita menitiskan air mata hanya dengan mengenangkan betapa baiknya Allah pada kita. Namun, apabila tiba masa untuk kita menerangkan pada yang lebih kecil, tersekat.. Tanda ketidakprihatinan sendiri. Mungkin. Mungkin kerana terlalu ingin si kecil itu faham tentang siapa itu Allah.

Apabila ditanya, harus dilayan. Pada saya, minda si kecil tidak harus ditempelak, kelak minda akan membentuk dirinya sendiri tanpa dibantu dan dipandu. Rosak. Minda mereka harus dilayan dan dirai penuh-penuh. Mereka suci dan murni. Persepsi mereka ialah persepsi fitrah. Menangis apabila lapar, diam apabila tenang dan gembira. Sekiranya dahulu manusia umur mereka akan meminta gula-gula, bermain lecak, membaling batu terhadap ibu-ibu ayam sehingga dikejar dan menangis (aku lah tu..ehehe), memanjat pokok jambu dan membuat style kelawar pada dahan yang agak tinggi jatuh konpem mati dan naik basikal. Namun, kini sudah lain. Kini mereka sudah pandai menginginkan bateri baru untuk dipasang pada kipas mainan, belajar mengenai basikal, mereka-reka teori mengarut seperti memasang kipas pada kereta Hotwheel, meminta untuk menonton Hagemaru dan Geng Bas Sekolah, dan sebagainya. Maksud saya, zaman saya dan zaman mereka sudah cukup berbeza.

Contohnya, Ayaz sekarang bertadika di Tadika Amal. Tadika saya dahulu. Saya masih berjumpa dan berborak dengan guru-guru tadika dia, iaitu guru-guru saya juga kiranya saya terlewat menghantar Ayaz untuk vannya. Semasa kali pertama di rumah selepas tamat peperiksaan di DQ pertengahan tahun ini, ketika waktu makan malam saya dikejutkan oleh perbuatan Ayaz. Saya amat faham, kanak-kanak tadika akan membaca doa makan sebelum makan. Saya juga begitu dahulu. Tapi, TAPI! Hanya bahasa Arab. Namun Ayaz, dia membaca doa makan dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Hampir mendapat 'cardiac arrest' (betul ke? Minat cerita CSI haha..). Walaupun pada permulaanya berasa agak seram tiba-tiba dengar bahasa yang amat asing serta dicampur mengantuk dan imaginasi tak terkawal nampak Ayaz seperti menyeru makhluk asing dengan mengangkat tangan penuh khusyuk - namun Alhamdulillah di akhir baru dengar "Jemput makan mama, jemput makan baba, jemput makan Abang Asif........... long list to go for another 5 siblings". Kemudian baru ingat itu bahasa Inggeris dan Arab yang di'pronounce' secara pelat. Nampak perbezaan? Dulu satu bahasa, sekarang tiga bahasa.
Left4Dead2. Thrilling game.
Jika dahulu permainan komputer mudah sahaja; Pacman, Doom, Aladdin, semuanya comel-comel. DoTA pun comel lagi. Tapi sekarang, balik-balik tengok dia main Left4Dead2. What the!? Lepas hide game itu (ni kerja abang-abang la ni cuai sangat) dia teruskan dengan Plant vs Zombies. (Still with the zombies =.=). Tak nak pengaruh 'violence' ada dalam diri dia. Biar dia pilih 'value' apa yang dia mahu besar nanti. Alhamdulillah. Dalam masa berbual dengan dia, menonton TV, mengaji Anakku, dan main game - dapat lihat potensi kanak-kanak zaman sekarang. Mereka begitu cepat belajar. Budaya banyak bertanya mereka tidak harus dibunuh dan dicacatkan. Saya melihat ramai kanak-kanak pada hari ini diperlakukan sebegitu. Budak-budak mahu bertanya sedikit, "Diam! Jangan menyibuk orang tua tengah berbual". Bukan tak mahu hormat, tapi saya rasa orang-orang dewasa boleh faham kalau si bapa melayan kerenah si anak. Jikalau tak tahu, tunjukkan sedikit usaha kita ingin membantunya. Sedikit usaha yang kita akan melakukan sedikit 'research' dan tolong carikan jawapan. Biar dilihat generasi dewasa mereka generasi yang tidak berputus asa sekiranya lompong ilmu-ilmu mereka. Jika dirasakan soalan itu melampau, ubah cara baik.. Soalan mereka ialah pencarian si tunas dan mencari air dan cahaya matahari, jangan halang perjalanan itu dengan segumpal awan kebodohan dan batuan keegoan. Bantu mereka membesar, sihat dari segi jasmani dan minda. Siapa tahu kitalah si matahari yang si tunas cari? Atau si air yang tunas dahagakan? Jawapan kita menentukan siapa kita.
The sunflower powers up the whole infantry to fight the evil side. Will we be their sunflowers?
"Allah kat mane? Kenapa kita tak boleh nampak Allah?"
"Allah lawan raksaksa siapa menang?" (Pengaruh Ultraman Cosmos. Masa ada movie masa raya haritu Ultraman Seven Brothers, memang masa tu ha keluar la belang abang-abang main cop-cop Ultraman... memang *pendulum bowl betul!)
"Allah kuat tak?"
"Allah sayang Ayaz tak?"
Macam-macam lagi. Pada hemat saya, jawapan haruslah berhikmah. Jangan bila dengar soalan macam itu, terus "Haish! Apa tanya soalan macam ni?" Bukan itu caranya. Pada pendapat saya saja. Harus terap persepsi awal dalam diri dia - hormat ibubapa dan orang lain Allah suka, selalu belajar Allah sayang, jangan tengok perempuan tak tutup aurat, dan macam-macam lagi. These days, we are battling our own wars, and we are the battlefield.. (Tak ada kaitan dengan game Battefield ye.. COD is better.. ;p)

Pada umur mereka, harus kita sebagai yang lebih dewasa menerapkan persepsi yang baik dan benar. Ikat pada persepsi yang diajar sebab-sebab dan rasional mengapa perspepsi sebegitu dibina. Ajar mereka berfikir secara kritis dan sistematik. Kita yang lebih dewasa, semestinya lebih banyak pengalaman. Didik dengan baik, bukan mengarah secara membuta tuli. Jika dilarang, larang dengan rasional dan sebab.

Masa ini masa yang sesuai. Untuk kita terap nilai yang kita rasa diri kita terlepas pandang masa muda pada mereka. Hormat orang tua, jaga mulut dan mata, rajin membaca, hadirkan rasa bertuhan dalam hidup, biar Allah itu jadi macam kawan. Rasa hormat pada agama. Pandang matlamat dengan objektif, cara mencapainya dengan subjektif. Saya rasa lebih molek dan sesuai jika Allah dihadirkan dalam hidup kita sebagai tuhan yang friendly, loving, keeping and even hiding secrets, forgiving, and supporting. Rather stern and strinct, like to punish and burn, unforgiving and other 'strong' and 'hard' attributes. Kita perlu hadirkan dua-dua, cuma hanya pada pendapat saya, lebih elok dihadirkan yang lebih positif. Hanya pendapat.

Kelak, bila mereka dewasa, merekalah yang akan menumbangkan idealisme yang mengarut. Jelas pemikiran dan fikrah. Memanah hujah-hujah yang mengelirukan. Digilap kembali konsep-konsep asli dalam agama dengan gilapan pembaharuan. Bukan disalut dengan liberalisme. Tidak bertakhta di hati persamaan agama. Percaya pada benarnya Islam. Mengasingkan kekotoran yang dicanangkan pihak penguasa. Islamic Fashion Festival? Pendapat Dr Maza. Heh. Serius jelas penghinaan terhadap Islam. Ya Allah.. I really hope to live to see Islam shines purely in my country :) And it's up to us, to change that. And it's our duty to make sure the supply continues.. Erk? Adik-adik, bukan anak. Belum lagi. Teruskan menjadi contoh kepada adik-adik dan keluarga. Allah dah janji dalam Quran satu hari nanti kita akan disatukan. :)

Well, that's all. Got to go. Huha... Masih berebut setiap malam dengan Ayaz. Dia nak tengok Ceria entah Hagemaru ke Fukuchan, I want to watch Top Chef! Haha.. My dad said, "karang tengok-tengok abang Asif masuk culinary Amru jadi physicist pulak.." Haha. Tak ada lah sampai macam itu. Minat je...

* Pendulum Bowl = Mangkuk Hayun. ==.==

5 comments:

  1. ana da komen dah kat fb. malas la nak komen lagi =)

    thanks untuk doa ye asif. MOga Allah permudahkan urusan enta juga, n beri yang terbaik =)

    ReplyDelete
  2. nice post and keep on writing..
    u can be a good father one day!

    ReplyDelete
  3. syazwan - hehe,,insya ALLAH..afwan2.. amin.. nta juga..

    anon - erk? macam naik bulu roma ni.. insya ALLAH.. im targeting.

    ReplyDelete
  4. ur style macam bpk org.
    matang dlm berfikir dan melihat dunia jauh ke hadapan.

    ReplyDelete
  5. erk? ye ke? kalo nampak muka tuan blog ni, muda macam tak dapat jadi bapak orang.. hehe

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.