Sunday, July 11, 2010

Konsert dan Malam yang memenatkan

Salam.

Bismillah.

Semalam best, tapi penat. Pagi - 9.00 bertolak untuk tamrin. Saya sampai sekarang masih tidak merasakan saya salah memilih jalan. Jalan yang istiqamah dan tidak 'meletup'. Jalan yang Alhamdulillah kekal mengikat saya pada akidah dan akhlaq yang suci. Petang minta excuse dengan mas'ul dan naqib - off to Shah Alam ke Karnival IKIM. Tujuannya ke konsert Mahabbah Gaza. Masya Allah, dah lama tak rasa pengalaman macam itu.

Pembukaan persembahan 'LIVE' dari Raihan; pemusik dan percussionist yang mantap masya Allah. Dengan flutenya, guitarnya, drumnya, keyboardnya.. Allah memang sedap. Nasyid mereka tak payah cakap la, masya Allah sedap sungguh. Kemudian persembahan DJ-DJ Ikim. Mula-mula ada seorang penyanyi menyanyikan 'Lagu Kedamaian'. Terfikirlah' sape ek dia ni? tak pernah kenal pun. Suara sedap. Digilirkan dengan bait-bait syair oleh Dj lain. Akhir persembahan baru tahu, dia DJ Irwan. Suara mengalahkan artis. Memang serius ingat penasyid masa tu. Kemudian Inteam, Nowseeheart, Saujana, Ummul Qura, last-last Rabbani. Ada juga penyair berbangsa Cina dan India.

Konsert ini berjaya menitiskan air mata penonton-penonton. Kutipan dalam dewan pada saat konsert bermula hingga akhir sebanyak RM27 ribu. Banyak tu.. Alhamdulillah.

Malam semalam masa konsert memang gembira walau ada perkara membuat kita terasa dan menyampah~ Allah hantar bro buat mengubat hati. Dia jerit minta "Bunkface". Saya tak puas hati, pergi borak buat silaturrahim dengan dia, akhir before habis konsert sempat dia cakap, 'ko nampak aku ngan isteri aku ni? ko doa2 la ktrg dapat wat anak jadi mcm ko..' hehe.. Perasannya.


Moga dia mati dalam jihad.. Saif tersayang. Adik bongsu perosak handphoneku!!

Menteri di JPM. Palestine menyatukan kita.. it goes beyond ideologies.

DJ's IKIM

Untuk bersatu, bukan menjadi satu.. Badan sebagai bukti.
***********************
(Part Climax)
Sampai rumah around 12.30 malam(pagi). Rehat kejap. Terus bertolak balik ke tempat tamrin di Damai. Dalam perjalanan bawa slow, sebab mengantuk. Lalu DUKE, tersilap amik simpang pergi ke Pusat Bandaraya instead of Setiawangsa. Ini part interesting. Masa nak masuk jalan kampung untuk U -turn amik jalan ntah nama dia Ayer ape lupe dah. Lalu jalan itu. Macam gelap dan seram. Baru ingat nak yakin, Ma'thurat petang dah termiss sebab redah hujan balik tadi. Baru nak try aura boleh belah, dah lama tak berjurus. Last-last tak ada usaha dalam option resort pada doa je. Bawa la ikut instinct. Rasa-rasa boleh tembus naik DUKE balik. Saya tinggal di kawasan ada seekor anjing, dia pengejar motor. Dia kejar siapa-siapa yang naik motor. Jadi, sebab dah diterapkan instinct ni di rumah, rasa perkara sama di jalan ini. Sebab dah rasa - cari mana anjing. Tup tup. Ha, nampak seekor tengah baring. About 50 meter jauh. Dah cuak masa itu pukul 1.15 pagi, u turn la. Jalan dah gelap. Pusing tengok-tengok anjing tu terjaga nak qiam(?) Tak. Dia tidur lagi. Tiba-tiba.....

Dengar macam salakan berchorus. Takde bunyi macam Twilight, so bukan vampire dengan shapeshifter tu. Pusing balik ada dua-tiga ekor anjing duduk lagi dekat tengah hirasah masa itu. Adoi! Depa pi kejar! Apa lagi.. Tukor helmet daripada driver mengantuk jadi rempit huffaz. Pecut la.. Tak nampak jenis anjing apa. Kalau German Shprd kejar boleh kot apply ilmu dalam game C.O.D tu, kalau bulldog(eleleh..comelnye bulldog kejar motor) gelak je, kalau tak, habis depa buat sahur badan ni.. Asal macam exaggerate je? Haha. Sambung, depa kejar, terus pecut... Adrenalin masa itu memang membuatkan jantung berdebar melebih-lebih. Alhamdulillah, dapat escape daripada pemangsa yang kejam itu. Sampai di Ansar - pukul 2.30 pagi. Tidur dan Qiam jama'ie(sebab tulah sanggup mengharungi lautan anjing liar tu.. hidup di kolej membutuhkan qiam-qiam yang merapatkan ukhuwah..)

Ini huraian mengenai orang-orang 'amazing' yang saya jumpa. Kumpulan manusia yang menyedari mereka manusia, mereka sentiasa berusaha memperbaiki diri, mereka sentiasa cuba bersangka baik walau syaitan sibuk meniup-niup api buruk sangka. Cahaya di wajah mereka sama walau rupa lain. Di muka mereka terdapat garis-garis penyesalan masa lalu. Mereka melayan saudara baru seperti saudara lama, tiada rasa terasing. Apabila hati sedih dan bergelora, ianya akan tenang kembali apabila bersama mereka. Mereka bukan malaikat, namun saya sedar hakikat bahawa mereka manusia yang berupaya menjadi lebih hebat daripada malaikat. Mereka juga manusia, mereka bergelak ketawa, mereka melompat semangat pabila bernasyid sama-sama, mereka mengantuk ketika daurah, mereka tersengguk ketika qiam, namun mereka juga menangis ketika sujud, mereka meminta maaf pabila salah, memaafkan, menjaga lidah, menghormati wanita dengan sehormat-hormat sehingga mereka merasakan mereka akan mencemari wanita dengan pandangan mereka. Mereka berusaha untuk membangunkan diri sendiri supaya mereka dapat mengejutkan ummat yang tertidur. Saya tenang bersama mereka. Mereka tidak bercakap meletup-letup, mereka juga tiada insentif untuk berdakwah - pangkat tiada, undi tiada, gaji tiada, hanya murni. Terima kasih, ikhwah sekalian..

No comments:

Post a Comment

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.