Bismillah..
Penat, penat, penat! Saya pergi Persaingan Eksplorasi 2009. Saya rindu hutan. Saya suka hutan. Haha. Lama-lama jadi orang utan. Pergi Ekspolorasi jadi Alumni. Jumpa kawan-kawan sana. Seorang sebaya dan yang lain senior. Kalau boleh nak ajak ramai, tapi mesej semua berbalas tak dapat pergi. Sunyi juga. Rindu zaman dulu-dulu. Luka-luka, panas-panas, penat-penat, lumpur-lumpur, koyak-koyak, basah-basah, hujan-hujan, kawad-kawad bersama. Semuanya sekali. Pergi pun ada misi. Perkembangan dakwah dah mula. Secara sistematik dan tersusun. Dahulu dan juga sekarang saya minat tentang kewujudan organisasi rahsia seperti Freemasonry dan Illuminati. Saya ambil tahu. Perkembangan semasa. Tapi, agak terkejut beruk juga saya bila tahu untuk Islam juga wujud satu gerakan universal yang amat rahsia, mengoptimumkan setiap tenaga penggerak, bergerak dengan penuh disiplin dan adab, bekerja dalam satu ikatan yang menyatukan ummah. Yang memimpin bukanlah yang menindas, bukanlah yang diatas, jauh sekali sistem piramid seperti yang diamalkan oleh organisasi rahsia yang lain, ianya adalah kejernihan manhaj Rabbani, corak dakwah Rasulullah, penuh kekemasannya, ketat prinsipnya, menjulang setiap manusia memperjuangkan idea Din dengan sepenuh tenaga.
Dalam program ini, ada satu keadaan di mana ianya mengingatkan saya tentang ikatan hati. Kami sampai dalam keadaan banyak perkara tak tersiap lagi. Tujuan asal kami hanyalah untuk membantu. Jauh sekali terlibat dalam program. Namun terdapat beberapa masalah teknikal yang menyebabkan kami terpaksa campur tangan. Namun tujuannya hanya dua, mendidik AJK yang muda, kami mahu mereka memimpin sekolah nanti, dan menyediakan suasana buat guru-guru baru. Maaf jikalau ada salah silap daripada pihak kami. Juga untuk peserta kami juga datang membawa tujuan. Maafkan kami jikalau tujuan itu tidak kesampaian. Kami telah berusaha sebaik mungkin. Tidur kami adalah lebih sikit, persiapan kami berganda-ganda lebih, dan bilangan kami amat sedikit. Maafkan kalau ada kekurangan daripada pihak kami. Saya, Hakim, dan Basith menugaskan diri masing-masing untuk membuat trek basikal untuk perlumbaan mereka. Heh. Makluman untuk poyo, saya juara sprint basikal zaman Xplorace saya. Cuma, peredaran masa telah menyebabkan diri saya dibebani molekul-molekul yang tidak diperlukan dalam badan. Hehe. Ok. Jadi, kami pergi membuat trek dengan BASIKAL. Maaf kalau peserta rasa jauh sangat. Cuma, nak anda semua merasakan nikmat turun bukit. Agak kesian kalau tak ada brek, anda tak dapat merasakan angin menyapa lembut muka anda dengan laju, anda tak dapat menikmati pemandangan kerana beruk-beruk dan kera-kera menanti anda, jadi anda tidak selamat. Haha. Lepas kami buat trek, kami naik balik untuk merancang Checkpoint dan Tugasan. Kemudian kami keluar pergi beli barang. PERINGATAN, modul itu hanya dibuat dan disiapkan 10 jam sebelum peserta memulakan cabaran. Kerana, bukan kami yang kena buat sepatutnya!!!! Haha. Kami hanya melengkapkan apa yang belum lengkap. Tak sangka banyak lagi..
Sedang dalam kereta pergi ke Shah Alam untuk membeli barang-barang untuk lumba basikal, Hakim mencadangkan lagu Rabithah sebagai nasyid tugasan. Terus disetujui. Lalu, ditulis lirik, ditaip dalam laptop dan diprint dalam masa setengah jam di Cyber Cafe. Dalam kereta dan perjalanan yang sama. Malam berbasikal itu adalah malam yang menarik. Tiba-tiba kenangan lama dan baru mengisi ruang fikiran. Setelah kepenatan yang amat sangat malam semalamnya dan siangnya. Malam itu, setelah solat Maghrib, Hakim dan Rahman memulakan acara. Emosi saya mula disentap dengan setiap bait kata-kata mereka. Satu-satu kenangan manis bersama rakan-rakan muncul.
Saya yang ditugaskan memasang nasyid Rabithah mula terkesan. Ceh, sasaran peserta kita pula yang kena. Mata bertakung, tapi sebab masa itu menghadap banat, saya cuba untuk control. Tahan juga. Yang Rahman sudah mula menangis. Saya agak, kami yang sudah keluar Al-Amin lebih terkesan mungkin dengan kata-kata dia. Iyelah, kita lebih terkesan sebab kita dah keluar. Kita lihat bagaimana entiti 'dunia luar' mengubah kita dan rakan-rakan. Kadang-kadang ada yang terlepas dari orbit Islam. Graviti tidak cukup kuat atau velocity dirinya terlalu laju sehingga terciptanya ketidakseimbangan antara daya graviti dan centrifugal force untuk membenarkan wujudnya revolution.
Sekarang hanya tinggal kenangan. Harapan masih lagi menggunung pada pimpinan batch untuk menganjurkan aktiviti bersama-sama. Harus kekal aktif. Jangan hanya pada nama. Itu harapnya. Rindu pada kawan-kawan masih lagi menebal. Di Al-Amin. Ukhuwah di DQ masih belum teruji. Imej mereka seakan hampir sama dengan rakan-rakan di Al-Amin. Berfikrah, berakhlaq, dan KEBUDAK-BUDAKAN. Haha. Letak tepi mereka yang pandai berlakon, letak tepi mereka yang tikam belakang, letak tepi mereka yang cuba merosakkan ukhuwah yang wujud. Tak berbaloi mengorbankan ramai kerana yang sedikit. Nasyid itu sayup beralun, mengiringi kata-kata Hakim dan Rahman. Lirik nasyid itu merupakan doa. Doa yang telah disusun oleh Imam Hasan Al Banna. Jika difahami di dalam bahasa Arab, Aduh, indah sungguh. Doa tersebut amat berkaitan dengan hati-hati yang berdakwah di jalan Allah. Bilamana ada yang down, yang lain menangkat. Bilamana ada yang sedih, yang lain menggembirakan. Bilamana ada yang bermasalah, yang lain cuba menolongnya. Lengkap, natural dan jernih. Rindu pada batch Al-Amin Caliph14. Batch paling macam budak-budak(?), atau bak kata Cg Hawa, batch yang unik. Macam-macam yang dilalui, sama-sama. Tak habis nak menceritakan semua. Cuma, masing-masing yang membaca tahu apa yang boleh dikenang. Dari Tamrin, perkhemahan, even kena rotan berbirat di tangan. Haha. Di Wafdul, Uji Cekap, Xplorace! Waduh...banyak yang boleh dikenang.
Harapnya semua kawan-kawan masih berada di landasan yang benar dan betul.
No man is a true believer unless he desireth for his brother that which he desireth for himself - Prophet Muhammad
Do unto others as you would have them do unto you - Jesus
You shall not covet your neighbor's house. You shall not covet your neigbor's wife, nor his servants, nor his cattle, nor anything that is your neighbor's. - Moses
Saya mahu anda di jalan Allah.
Nasyid Rabithah itu telah saya masukkan dalam mixpod di sebelah. Sila hayati.
Do unto others as you would have them do unto you - Jesus
You shall not covet your neighbor's house. You shall not covet your neigbor's wife, nor his servants, nor his cattle, nor anything that is your neighbor's. - Moses
Saya mahu anda di jalan Allah.
Nasyid Rabithah itu telah saya masukkan dalam mixpod di sebelah. Sila hayati.
wah..menusuk kalbu coretan anta..btw,
ReplyDeleteseorang rakan ana di uia dah jatuh hati dengan tulisan anta..hehe..
mabruk alaik..
senang sekali dengan tulisan anta..
haah.x teringat pasal masa tu.duk fikir nak siap je.haha.pa2 pun, mabruk bro!
ReplyDeletegood job to ur juniors i see... mabruk..
ReplyDeletehmm, 1 thng I m wondering, do all the 91's born are suffering from immaturity?
haha..
najihah - syukran ya ukht..
ReplyDeletehakim - hehe..aku tpk malam tu je kot..
syazwan - yeah..haha..i guess so..agreed!
wah best nye cite mok..
ReplyDeletecite la lg laen kali..
tarek pemuda2 ky luar 2..
haha