Saturday, December 26, 2009

Aku dan Alam


Salam..

Bismillah..

Memikirkan cuti ini hampir habis dan aku akan pulang ke Darul Quran, kembali menghafal ayat-ayat suciNya. Matlamat jangka pendekku, aku akan habiskan 8 juz dalam masa sebulan setengah, sebelum Raya Cina, kerna aku akan ke Indonesia dengan izin Allah pada cuti Raya Cina. Insya Allah..Ingin ku luahkan sedikit yang terbuku di hatiku ini. Iya..hanya sedikit perkongsian. Jika tak keberatan.
------------------------------------------------------------------------------------------

Aku melihat alam ini amat indah. Alam ini mengisi mahkluq-makhluq Allah. Dihiasi dengan hiasan yang hanya akan mengagumkan pengkajinya. Semakin dikaji, semakin kagum. Adakah alam ini terjadi dengan sendirinya? Aku pernah cuba untuk berfikir seperti mereka. Itu falsafah interfaith dialogue yang aku belajar. Pemikiran mestilah pluralist, iya, itu kayu ukur mereka, namun, aku cuba juga untuk menjauhi pemikiran exclusivist. Sedangkan aku mahukan yang lain melihat agamaku sebagaimana aku melihat agamaku sendiri, aku tidak takut untuk memakai pemikiran mereka, kerana aku yakin Islam itu benar. Maafkan aku, aku sudah cuba mencari-cari kesilapan dalam agamaku sendiri, namun tidak aku jumpai. Ianya cukup sempurna. Ianya merupakan penawar kepada barah kemodenan masa kini. Rumusnya mudah sahaja, tanpa agama, modernisasi is inversely proportional to moral manusia. Makin tinggi kadar modernisasi, makin rendah moral manusia. Buktinya sudah ada di negara-negara maju. Seolah-olah jenayah dan keruntuhan moral bertambah semakin hari, secara exponential mungkin. Tak payah jauh, lihat di negara sendiri. Dengan kemelut dunia yang sedang melanda, ianya merupakan penawar untuk seketika ku menjauhkan diri daripada kesibukan hutan konkrit dan kembali ke dalam alam semulajadi. Aku merasakan seperti hutan itu hidup. Aku rindu dan sayang akan hutan. Sungguh asli.

Minggu ini, aku tinggal di hutan selama beberapa hari. Alam yang amat indah. Pernah ada seorang kawanku bertanya, apa gunanya alam ini? Allah boleh mencipta kita sahaja tanpa alam ini, mengapa perlu alam? Maksud aku, matlamat jelas alam ini. Apa matlamatnya? Aku terdiam. Aku memejam mata. Aku tahu jawapannya, namun ianya tidak mahu keluar. Mohon ilham ya Allah. Hening mengisi sela masa perbualan kami. Alam itu alamat, aku menjawab. Alamat yang membawa si pencari pada destinasinya. Alam dan alamat, kata akarnya sama kan? Dunia ini sudah punya cukup petunjuk dari segi fizikalnya. Kita hanya perlu mendengar petunjuk dalam diri kita, iaitu fitrah kita. Jangan biarkan ego menutupi fitrah ini. Aku melihat kehidupan ini amat cantik analoginya. Aku menyambung perbualan, Kau tahu tak? Hidup ini macam jalan. Dari zaman dulu hingga sekarang. Ada jalan menuju Tuhan. Jalan lurus. Kalau 2000 tahun dahulu Allah hantar Nabi Isa untuk tunjukkan jalan kepadaNya. Petanya Allah kurniakan Injil untuk mereka. Itu sebab dalam John 14:6 Nabi Isa kata macam ini.
Jesus told him, "I am the way, the truth, and the life. No one can come to the Father except through me

Pada masa itu, pengikut dia tanya macam mana nak menuju Tuhan. Kau jangan salah faham pula pasal Father and Son. Itu gaya bahasa Hebrew. Even Greek pun tak salah tafsir kau tahu tak. Dalam Bible, beribu-ribu ayat mention pasal beribu-ribu Son of God. Gaya bahasa masa itu menunjukkan sons atau son merujuk pada hamba Tuhan yang bertaqwa. Bukan Nabi Isa seorang je. Okay, back to topic. Cuba kau dengar ayat itu, Nabi Isa jadi penunjuk jalan buat umat dia. Tapi, nabi Isa akan pergi, dan setiap nabi akan pergi, Allah kurniakan kitab atau lembaran untuk mereka, supaya bila Nabi mereka pergi, mereka ada peta. Peta untuk menuju Allah. Itu Nabi Isa, aku tahu kau budak comparative, tengok Kitab-kitab lain dari perspektif lain dari orang biasa. Cuba bawa konsep kau ni kat Nabi kita pulak. Ada tak? Sebab aku macam tak berapa yakin dengan ayat Bible tu. Iyelah, tangan-tangan dah ubah-ubah. Takut salah pula. Itu je. Oh..haha. Tak ada, tak ada masalah kau nak tolak Bible. Kita wajib terima hanya Al-Quran dan As-Sunnah. Okay. Konsep jalan eh. Kau pernah dengar tak hadith ini?

Dalam suatu hadith, yang mana sesudah Nabi s.a.w. menguburkan jenazah seorang sahabat Ansar di perkuburan Baqi` di al-Madinatul Munawwarah, lalu baginda mengambil ranting kayu dan membuat satu garisan lurus di atas tanah sambil berkata, "Ini jalan ALLAH."…Kemudian Nabi s.a.w. buat beberapa garisan di kiri dan kanan daripada garisan lurus itu sambil Nabi kata lagi, "Janganlah kamu ikut jalan-jalan yang lain daripada Islam, nescaya berpecah-belah kamu daripada agama ALLAH.".

Kau tengok bijak tak bijak Nabi kita. Kalau dia kata diri dia jalan lurus, for sure orang sembah dia macam orang sembah Nabi Isa. Tapi ini tak, dia lukis atas tanah. Masih membawa konsep yang sama. Satu-satunya jalan yang selamat di dunia. One road, one message, one God. Secara tidak langsung, jalan itu merujuk pada Al-Quran dan Sunnah. Jalan lurus itu bukan Islam hanya pada nama tau, ha, hadith itu relate pulak dengan ayat ini.

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam ini seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata." Al-Baqarah 208

Asbabul Nuzul ayat ini adalah berhubung dengan 7 orang yahudi yang telah memeluk Islam di Madinah, yang mana mereka diketuai oleh Abdullah bin Salam r.a. datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. di Masjidil Nabawi. Kata mereka, "Ya Rasulullah, kami ini orang-orang yahudi Madinah yang telah memeluk Islam. Kami baca quran, kami sembahyang Jumaat, dan kami puasa bulan Ramadan; cumanya kalau boleh izinkan kami buat 2 perkara wahai Rasulullah. Yang pertama ialah izinkanlah kami orang-orang yahudi di Madinah yang telah memeluk Islam ini merayakan hari Sabtu bersama-sama dengan orang-orang yahudi yang lain sebab hari Sabtu itu adalah hari kebesaran bagi orang-orang Yahudi. Dan yang keduanya ialah kami nak baca kitab Taurah sebab Taurah ni juga daripada ALLAH SWT, apa salahnya kami membacanya?"...Bila mendengar begitu, Nabi s.a.w. pun diam. Sebab baginda tidak akan menjawab kecuali wahyu daripada ALLAH SWT. Lalu apabila Abdullah bin Salam bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya melihat Rasulullah mendiamkan diri, maka tahulah mereka bahwa Nabi sedang menanti jawapan daripada ALLAH SWT. Kemudiannya tiba-tiba Nabi s.a.w. berpeluh. Bila Nabi berpeluh, maka sahabat-sahabat pun tahu yang wahyu sedang dibacakan kepada Nabi. Begitulah beratnya Nabi s.a.w. menerima wahyu. Sehinggakan kata `Urwah bin Mas`ud r.a., "Sekiranya wahyu turun ketika Nabi sedang menaiki unta, nescaya unta Nabi itu jatuh dan tidak dapat berjalan lagi."...Begitulah beratnya wahyu itu sehinggakan unta jadi lembik. Manakala kata Saidatina Aishah r.a. pula, "Kalaulah wahyu turun pada musim dingin di Madinah, Nabi s.a.w. akan tetap berpeluh." Ha, nampak tak. Cukup kemas Islam ni. Kalau nak masuk, masuk betul-betul. Jangan jadikan tiket nak raih populariti, tafsir baru dan apa-apa lagi la. Panjang la pulak kalau nak cakap bab liberal dan sekular ni kan?

Tapi weh, macam dah jauh je. Aku tak nampak apa kaitan Nabi dan Islam dan apa-apa la kitab suci kau tu dengan alam. Aku tanya pasal alam, kau bukak topik lain pulak. Macam ni lah, minat kita sama. Pada sains, walaupun kau nak selamatkan orang, aku punya minat bab sebaliknya, bidang yang boleh membunuh ramai orang dalam sekelip mata. Macam aku cakap tadi, alam tu alamat. Kau tak nampak lagi ke? Yang kita betul-betul tengah bermusafir. Yang dunia ni persinggahan saja. Pengembaraan kita jelas. Dari alam ruh, kita berikrar bersama ruh-ruh lain, bahawa Allah itu Tuhan. Sebelum kita mula mengembara, kita janji kita akan sampai balik pada Allah dengan menjadi hamba yang soleh dan bertaqwa. Itu janji kita sebelum kita start mengembara. Kita lalu alam rahim dan kemudian alam dunia. Kat alam ini ramai yang terkandas, sedangkan di alam ini paling banyak petunjuk atau alamat nak menuju Tuhan. Allah masih bersama kita walaupun kita tengah mengembara. Dia mahu tolong kita. Dia hantar nabi sebagai rahmat seluruh alam. Dia hantar yang benar-benar tahu macam mana nak sampai pada Tuhan. Kenapa kita ikut dia? Allah berfirman dalam Surah Ali Imran..
[31]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Aku rasa kau faham kot. Allah hantar penunjuk jalan. Bersama penunjuk jalan itu ada peta. Bila penunjuk jalan dah wafat, peta masih ada lagi. Peta 'panduan hidup'. Dalam peta itu juga ada ajar kita supaya kaji dan lihat sekeliling kita. Lihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Tanda-tanda yang mendekatkan diri kita padanya. Peta itu dari Tuhan, terus dari Tuhan. Peta itu hebat, dipelihara oleh Yang Maha Agung, manusia mengambilnya sebagai panduan hidup, berjuta-juta manusia menghafalnya, berbilion manusia membacanya, ianya kekal tidak diubah sejak 1400 tahun dahulu. Zaman kita, peta saja ada, penunjuk jalan dah wafat, tapi, road sign ada sampai kiamat. Alam ini bertindak sebagai road signs. Tanda-tanda yang membawa pengembara ke destinasi. Tengok sekeliling kau. Dari sebesar-besar angkasa yang boleh mengisi bintang yang lebih besar daripada matahari, dimana jumlahnya lima kali lebih banyak dari jumlah butir pasir di bumi ini. Dari sekecil-kecil quarks yang di dalamnya wujud bebenang halus yang bergetar. Semuanya bergetar, menghasilkan bunyi, satu simfoni yang mengajak manusia sama-sama menundukkan hati dan diri pada Pemilik Alam ini. Aku tak faham kenapa ramai manusia tak akui wujudnya Tuhan. Aku faham kalau manusia berdosa, itulah manusia. Berdosa itu memanusiakan dia, dan dia akan kekal manusia selagimana dia bertaubat.


Hanya ada dua jalan. Tunjukilah kami jalan yang Mustaqim!

Uish..dalamnya. Okay2. Aku faham sekarang ni. Kau rasa wujud tak naturalist muslim? Aku takut terjebak jadi naturalist yang atheist pulak. Hehe, kau lupa apa pesan Tuhan dalam peta? Kau jadi mu'min, automatik kau jadi naturalist di sisi Allah. No worry..hehe..laws yang wujud juga ciptaan Tuhan. Jangan sekali-kali lupa..it's like human invented logic gates and binary codes. Kau perlu yakin yang Tuhan itu ada. Jangan taklid dalam bab akidah. Kalau kau yakin, tak ada hal. Keyakinan tak dapat dihilangkan dengan keraguan kan? Okay. Thanks banyak kawan. Lepas ni kena lebih banyak perhati sekeliling nih..hehe


Agama melarang manusia menuju kemusnahan. Setiap larangan agama ada tujuan.

Till we meet again. I'll start my new sem tomorrow! Bismillah...au revoir~
Di sini aku sertakan lyric lagu kat mixpod sebelah tu. Berjudul Open Your Eyes. Ianya tentang alam...layan...

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.