Saturday, December 8, 2012

Berpijaklah di bumi nyata

1. Saya sudah masuk ke rumah sewa baru. Seronok dan indah. Ada ikhwah menanam herba-herba dan teh. Nak minum bunga chrysanthemum yang kering ada, tambah dengan daun mint. Roselle ada, halia ada. Musuh utama kami sekarang ialah lembu, sebab mereka selalu ngap tanaman. Nak tanam cili hybrid lah pulak.

2. Rumah sewa baru bermakna surau baru. Tak pergi masjid UiTM dah. Kini di surau usang. Still, ianya tetap rumah Allah dan lelaki sejati tetap akan bersujud di rumah Allah pada waktu solat. Bukan dalam bilik seorang diri. Di sini, yang datang semuanya yang tua-tua. Andai angin selaju 30 knot datang menerpa nescaya mereka tumbang. Tapi pakcik-pakcik ini gagah. Imamnya membaca surah-surah dengan suara yang sangat perlahan, andai mengantuk mesti tertidur. Sedap, merdu, aman dan mendamaikan. Saya berniat nak volunteer untuk menjadi imam, tapi apabila melihat sekeliling, mereka makmum yang tua kelihatan lebih menikmati suasana sebegitu. Menghabisi sisa usia. Mereka bertuah, akhir usia mereka di masjid setiap masa. Saya mencemburui mereka. Tapi saya lebih menginginkan kesyahidan. Moga Allah mengabulkan.

Kita yang masih muda bagaimana? Hidup mulia atau mati syahid. Amin.

3. "Kau kan ikut usrah, kenapa join bayan depa?" tanya salah seorang kenalan. Kami bergiat di NGO berbeza, namun kami sering bertemu untuk berbincang. Telinga saya berdesing mendengar soalan sebegini bodoh. Saya sering duduk mendengar bayan dan ta'lim. Malah jika ada masa saya akan mengikuti mereka ziarah dan khuruj.

Dulu, semasa di DQ saya pernah menempelak seorang sahabat saya yang mengutuk jemaah tabligh tidak tersusun dan tak mempunyai tanzim, jadi tak perlu sibuk nak buat dakwah. Dia berkata begitu di depan jemaah tabligh yang sedang membuat ziarah di bilik kami.

Benarlah kata Imam Hasan Al Banna, ramai yang mengaku Ikhwan tapi sebenarnya mereka bukan dari kalangan kami. Ramai yang tidak mengakui mereka Ikhwan, tapi mereka bersama kami.

Each of us is a Muslim, and we must invite and improve :) Regardless in what sets and subsets we dwell, Islam is a universal set.

4. Kenapa para da'ie memilih untuk bergaul hanya dengan orang-orang sejenis? Mengapa tidak menjadi akh yang nyata dan turun padang. Selami hati dan ajak mereka ke arah kebaikan. Walaupun sikit. Walaupun dengan hanya mengajarkan al fatihah. Saya dulu mempunyai rakan hostel yang menghisap stone, daun ketum dan pil kuda. Ramai ahli masjid menjauhi dan membenci, tapi tiada yang mendekati. Kenapa tiada yang membantu? Apa salahnya duduk seketika untuk ajak mereka solat, ataupun memberitahu khabar gembira betapa pengampunnya Allah. Alhamdulillah, di akhir semester mereka sudah mula solat, walaupun qada' 3 solat sekaligus dan di tengah malam. Mereka solat di bilik saya, pada pukul 2 pagi hanya kerana malu takut dikatakan konon berlakon baik. Masyarakat kita pada hari ini sungguh kejam.

Ayuh da'i, bangun dan bingkas turun padang. Fahami manhaj dan kuasai wasilah. Perbetulkan niat dan pohon lah kekuatan dari Allah.

6 comments:

  1. Bnar dalam dunia tiada kebetulan.

    Apabila Allah sampaikan hujjah dan jawapan. Terima kasih Asif.

    :)

    ReplyDelete
  2. U taught us to recite a better al fatihah. Thanks for the ta'lim tahsinul quran ritu. :)

    ReplyDelete
  3. Wan - sama2 syazwan :) barakallahu fiik



    Ana -afwan.

    ReplyDelete
  4. Akh yg benar eh? Uissssyyyyy, pedas! Pedas! Terbakar! Tolong bagi alkaline solution weh, heart burn!

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat.Masyarakat sekarang kebanyakannya hanya menghukum.Tidak ramai yang ingin membantu.Tuding-menuding jari.Moga umat Islam bangkit dari lena yang panjang.WaAllahualam

    ReplyDelete
  6. Halim - errkk..haha. aku power engineering student kot. ko nak suruh bagi surge lektrik boleh lah..

    Irda - Amin ya rabb

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.