Monday, September 3, 2012

Mai Cek nak habaq skit.

Di Penang ni, selalu tergelak.

Masa halaqah, Umar dan Abu Bakar akan jadi Umaq dan Abu Bakaq. Selalu masa halaqah gelak sorang-sorang. Geli hati. Sampai sekarang. Huduh habis bunyi dia. Punya lah nama Abu Bakar dan Umar tu ada izzah dan megah dia, terus hilang bila sebut macam tu. Kelakar kot. Memang tak boleh fokus bila masa naqib cerita pasal sirah. Nak gelak je.

Masa jalan-jalan, Tasik Gelugor jadi Tasik Gelugoq. Masa dalam lab, cecair jadi cecayaq! Nasi Daging jadi Nasi Dagin. Kambing jadi Kambin. Parit Buntar jadi Parit Buntaq. Motor jadi Mutoq!


Tapi Kelantan pun macam tu jugak.

Uthman jadi Uthme. Pasir Mas jadi Pasir Mah. Kok Lanas jadi Kokk Llanah. Kubang Kerian jadi Kube Khie. Gua Musang jadi Guo Muse.

Zainab jadi Mek Nab. Azman jadi Mea. Rubber jadi Roba. Shock Absorber jadi Saksoba. Biskut jadi Sekut'. Duit jadi pitih. Syiling jadi Skeleng. Tapi tak kelakar pulak. Sebab dah biasa kot.

Kesimpulan, kena biasakan diri. Insya Allah. Lama-lama tak gelak dah lah. Takkan nak gelak sepanjang duduk sini.

Hari itu pergi beraya rumah ustaz Syazalie. Ahli DPN IKRAM termuda. Belajar di Yaman. Rumah dia penuh  buku-buku arab. Macam library. Tawadu' dan mesra orangnya. Dia SPM skor straight, pilih untuk ambil bidang agama.

Selalu jumpa dia, mesti belajar pasal Tasyaabuh al Alfaz - salah satu disiplin dalam Ulum Quran. Mengenai perkataan yang nak dekat sama maksud. Contoh macam wa Saari'u ila maghfirah(Ali Imran) dan Saabiqu ila maghfirah(Al Hadid 21). Ataupun apa beza Khashyah as in Khashyatillah dengan Ar Ru'b as in wa fi qulubihimurru'ba (al Hasyr). Ataupun beza al Ghafuur dan al Ghaffaar. Tahu pasal disiplin ni masa ustaz bagi kuliah pasal tajuk ni, sejak tu baru tahu ada disiplin ilmu ni dan berminat.

Lagi satu minat nak faham kenapa certain ayat ada Ghafuururrahim, tapi ayat lain Rahiimul Ghafuur. Kenapa sekejap Qawiyyun 'Aziz sekejap 'Azizun Hakim. Kenapa nabi Yusuf sebut Hafiizun 'Aliim(masa nak jadi bendahara) kenapa nabi Musa sebut Qawiyyun 'Amin(apply kerja dengan nabi Syu'aib). Banyak lagi. Sebab memang jenis tak keruan kalau ada persoalan tak terjawab. Ini nak tawakkal kat Allah macam mana nak bagi jawapan, pemalas lah namanya. Ini bukan bab cinta atau nikah ke apa nak serah pada Allah macam tu saja. Ilmu kena cari, kena usaha.

Masa raya haritu tanya pasal Ar Ru'ba dan Khashyah pada ustaz. Ustaz terus bagi kitab Arab, Itqan fil Quran kot nama dia. Ustaz suruh baca. Dah lupa dah bahasa Arab tinggi masa form 5. Nak kena asah balik. Serius, 'Ulum Quran antara ilmu yang aku nak sangat kuasai. Tapi tak boleh lah nak terus macam tu. Kena faham Arabic, dan Nahu segala bagai. Ustaz cakap kita nak faham, bukan satu buku je baca. Kena ada lima enam buku untuk cross reference silang pendapat, baru ada basic kefahaman disiplin tu.

Masya Allah. Cemburu. Harap sepanjang di Penang ni dapat belajar banyak lagi dengan ustaz. Insya Allah.

Ingat masa cuti nak belajar ilmu ini. Tapi nak kerja juga nak cari duit. Tak tahu lagi mana satu. Harap boleh lah dua-dua.

Nanti kalau jumpa boleh lah kita borak-borak, you choose. Loghat penang boleh, loghat klate pung boleh. Cuma, macam ada seorang kawan ni jugak lah, dia cakap Kelantan bunyi macam Siam, sama lah, orang Kelantan kat sini pun cakap aku cakap bunyi macam Siam. Tapi takpelah. Kita try lah. Lama-lama jadi lah tu.

Orang Kelantan ini kuat Assobiyah jugak. Kat sini pun macam tu. Walaupun aku macam cakap Kelantan tak seberapa, tapi derang memang melekat jugak dengan aku. Iftar sekali, solat sekali semua sekali. Pergi kelas pun sekali. Sebab diorang tahu aku orang Kelantan, walaupun aku selalu cakap KL dengan diorang ni. Tapi diorang tak pun menolak orang luar. Bukan jenis assobiyah tegar. Kitorang malam-malam kalau dah habis study, ada lah yang bawak gitar main sama-sama. Walaupun selalu aku suruh diorang keluar bila dah pukul 12. Nak tidur. Still, I love them.

Scene yang selalu jadi macam ini. Scene jenis perasan tahap gaban.

1. "Eh Fikri, mu gi dok male ni, hok Imam Muda tu?" aku tanya.
"Meme lah..aku hok mesej die, suro die maghi. Geng aku tu. Kitorang selalu main mase kecik2 dulu." dia balas.
"Mu mesej die, takde pun. Lebong ni. Handset aku dok dapat pun mesej ape2." implying that I'm the Imam Muda. Haha.

2. "Eh Nazim, mu doh tengok movie IP Man hok yang keduo? " aku tanya.
"Tengok bakpenye, movie tu pasal aku." -.-

3. Bila ada jet air force lalu, akan ada sorang cakap "aduh..awalnya bapak aku datang. Aku minta datang pukul lima, ni baru 4.30" implying that the jet bapak dia bawak. Ada orang pulak reply, "Aik..sejak bila bapak mu amik jet control aku? Ni mainan aku masa kecik2 dulu. Patut tak ada dalam garaj mainan aku". -.-

And many more.



P/s - It's good to be a student. I spent countless sleepless nights just to finish doing my tutorials, homework, and study. It feels really good. It's not last minute, I don't sleep because I love doing my work. I love equations, and I love being stuck at questions and working out every possible solutions. I love staring at formulas for hours just to understand how they derive them. I will not be satisfied until I understood how they were derived. Although engineering equations should not be as hard as physics equations, except for understanding the applications, still it feels very good. I bet physics and math students enjoy their courses very much. Plus, I never realize how much I love experiments. Except for the lab report part. I will choose to do the discussion and conclusion parts, in which the parts are not very technical and provides me a very wide range to discuss and understand the experiments. Especially in the ElectroTechnology lab. The lab session is 4 hours straight, and not even once I feel sleepy.

p/s 1 - Sekadar mengisi masa lapang kejap tulis post ni. Semua dah exhausted dah study group. Circuit Analysis.  :)

p/s 2 - ada pernah tanya, outlier di label post bawah ni maksudnya lying ke? Tak. Outlier ni term statistics. Search lah.

6 comments:

  1. MashaAllah, hebatnya ustaz syazalie tu.
    Masa duduk penang tu, merata2 boleh dgr dia bagi ceramah.

    Untung, untung, dpt dekat dgn ust.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

    Haritu masa kami singgah di surau al muttaqin, surau yg dr roslan jadi pengerusi tu. nampak hostel AUCMS.

    Baru igt yg foundation nt dulu d penang.

    ReplyDelete
  3. Asif Asif!

    Glad to here you are fine, and feeling fine.

    Benih yang baik, campak ke mana-mana pon jadi pulau.

    Campak ke pulau? Jadi KLCC terus!

    hehe :D

    ReplyDelete
  4. Wan!!! Haha..

    Alhamdulillah Wan.. it really worth waiting.

    Lol..campak ke pulau apa? Pulau Pinang ke? Xmo jd klcc. Nak jadi 'masjid'. Tapi kena bina dulu kan 'masjid'? Apa aku cakap ni? Haha.

    ReplyDelete
  5. asippp.. oh asipp!

    bittaufeeq wan najah!!

    doakan ana yg tgh cube nk struggle ni. T_T .

    ReplyDelete
  6. Setiap yang kita rancang, terkadang tidak selari dengan apa yang Dia telah takdirkan ke atas diri.
    Tapi bagi mereka yang beriman, mereka meyakini bahawa setiap ketetapan daripada Nya, pasti tersimpan rahsia tersirat ke atas sesuatu yang telah tersurat.
    Sungguh akhi, di bumi Seberang Prai Tengah penuh dengan Gedung Ilmu.
    Yayasan An-Nahdhoh & Pengajian Us Bakar di Kubang Semang antaranya.

    Itu hanyalah sekadar majlis tambahan, jika tiada keperluan dakwah & tarbiyah pada hujung minggu yang mengikat diri untuk diutamakan, hadirilah.
    Meski hanya sekadar sekali sepanjang di perantauan.

    Allah memilihmu untuk berada di sana, kerana IMAN mu mampu.
    Dan peluang amal jariyah terbentang luas, di saat waqi' medan ilmu yang penuh dengan fitnah dunia.
    Salam Juang hingga Syahid!

    Ukhtukum fillah

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.