Satu perkara yang menarik mengenai Islam ialah aku akan (selalunyalah, peringkat orang awam) dapat ikut balik jawapan yang dibentangkan, disebabkan Islam itu diikuti dan dikukuhkan oleh hujah dan logik. Tapi jawapan dari segi peringkat akal sahaja lah, nak kata peringkat kefahaman dan penghayatan hati itu tak sampai lagi.
Kisah 1 - Dalam pengalaman di jalanraya, aku selalu terserempak dengan keindahan akhlaq manusia. Antaranya - pernah di satu traffic light, ada seorang buta yang ingin melintas. Pemandu kereta di hadapan kereta aku turun, untuk membantu orang buta tersebut melintas. Walaupun semasa melintas, lampu merah sudah bertukar hijau, namun kereta lain yang di belakang tetap bersabar. Tak ada riak-riak hon marah atau suruh cepat. Masing-masing bersabar dan menunggu. Sehingga orang buta itu selamat melintas baru kereta mula bergerak. Pada ketika itu, aku sangat bahagia dan gembira dengan mereka, sampai aku mengucapkan "Barakallahu fiikum" untuk pemandu budiman dan juga audience jalan raya yang bersabar. Hati aku benar-benar mengharapkan agar kebaikan dilimpahkan kepada mereka.
Kisah 2 - Ada juga pengalaman di atas motor, semasa hujan. Hujan tiba-tiba lebat (atau aku masuk kawasan hujan tengah lebat), aku tercari-cari tempat untuk berteduh. Selalunya, aku akan kira-kira jarak antara lecak di jalan raya dan juga kedudukan kereta mendatang di lane kiri atau kanan. Untuk elak terkena percikan bila kereta laju memecut melalui lecak itu. Tapi ada sekali itu, sebab lebat sangat, tak sempat nak estimate kelajuan motor, kedudukan lecak, dan juga kelajuan kereta dari lane sebelah kanan - lane laju. Masa itu memang pasrah dah, semestinya kena sembur. Tapi kereta itu tiba-tiba perlahankan sikit kelajuan dia supaya aku sempat lepas lecak itu sipi-sipi sahaja sebelum kena sembur. Aku tak tahu sama ada pemandu itu dengan sengaja memperlahankan kereta, ataupun atas sebab lain. Regardless, I manage to pray for him, "God Bless..".
Islam dan sumber
Dalam satu seminar perbandingan agama, pernah ditanya, apakah entiti/perkara paling penting dalam Islam, Kristian, Buddha? Dijawab oleh ahli panel itu sendiri - dalam Islam, yang paling besar dan paling penting ialah Allah. Dalam Kristian, dosa. Dalam Buddha, penderitaan. Dalam akidah Islam juga, kita mempercayai tanpa ragu - Allah is the cause of everything. Dengan kuasa Allah, terjadi manfaat dan mudharat. Premis ini disokong oleh dua dalil dari Al Quran dan Hadith.
Al Quran [Al A'raf : 188]
Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.
Hadith 40 Imam Nawawi
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Difahami daripada kedua sumber di atas, tiada 'cause' lain bagi manfaat dan mudharat dalam Islam kecuali Allah. Aqidah yang suci dan sejahtera. Daripada asas ini, umat Islam diajar untuk menzahirkan kecintaan kita pada nabi. Bukan kita diminta berselawat kerana Nabi dalam keadaan 'desperate' dan memerlukan cinta umatnya sebagaimana dalam halnya Zeus dan Hades. Namun, kerana kita meyakini - kebaikan itu tidak lain tidak bukan hanya datang dari Allah. Sebaik-baik kecintaan untuk kita ucapkan ialah mengharapkan kebaikan dan kebahagiaan dilimpahkan kepada beliau. Mana mungkin kita mahukan untuk orang yang kita cintai selain dari kebaikan dan manfaat. Dan pemilik segala kebaikan, rahmat, kegembiraan, dan ketenangan ialah Allah.
Betapa sucinya aqidah Islam, bila kita inginkan orang yang kita cintai itu memperolehi kebaikan, kita diajar untuk meminta pada Pemiliknya. Suci daripada syirik dan kemungkinan untuk menjadikan cinta kepada makhluq diangkat menjadi tuhan, dewa dan sembahan. Kita diajar untuk berdoa kepada Allah, supaya dilimpahkan kebaikan kepada si dia. Tiada jalan lain dalam Islam untuk memperolehi manfaat kecuali daripada Allah. Oleh itu, satu-satunya cara ialah memohon kepada Allah untuk dilimpahkan kebaikan padanya.
Pada fitrahnya, kita memerlukan Allah.
Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji ”. [Faatir: 15]Dan aku tak tahu ucapan cinta mana lagi yang lebih indah dan cantik untuk nabi kita melainkan dengan selawat.
"I try to follow your way, and do my best and live my life as you taught me. I pray to be close to you, on that DAY and see you smile when you see me" The Chosen One, Maher Zain.
Allahumma Solli 'ala Muhammad.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete