Tuesday, December 13, 2011

Ujian dan Mu'min

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." 
[Al Baqarah 155-156]

*Rasulullah SAW bersabda "Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya.."  Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Moga Allah permudahkan -

Untuk abang UM tersayang, Thalhah Ajma'in, semoga cepat-cepat sembuh. Rindu ana pada enta. Walaupun baru kejap sama-sama berkonferens riang, dah rasa sayang. Ana doa moga enta cepat sembuh. Terima kasih kerana ambil berat dan care pada ana.

Untuk ex-schoolmate dari Al-Amin, ex-classmate dari DQ, ex-partner Setiausaha Biro Akademik, Jannah Radzi, moga enti terus kuat. Doa banyak-banyak, dan banyak-banyak sabar.
[Jannah Radzi dan keluarga dirompak di rumah mereka sebelum subuh, kerugian RM30ribu++. Sesiapa yang nak menyumbang boleh PM Facebook. I'll give you her account number. I'll post it too di Caliph14 dan Grup FCR. Terima kasih.]

* Tak dapat provide sanad betul, dengar masa khutbah, cari dah tak jumpa. Kthxbye.

1 comment:

  1. tebbaik!
    doakan iman yg thabat.
    Asif alunitedkingdomin.
    ^_^ salam ukhuwwah.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.