Sunday, January 30, 2011

Study Case

Sungguh enak sungguh.

Pagi tadi, dua-dua naqib datang. Seorang dari zaman menengah, dan seorang lagi dari zaman selepas menengah.

Berbual, rindu betul. Sayang betul pada mereka. Sayang, naqib selepas menengah kena balik awal, kalau tidak sedap la mengusik pasal membina masjid. (Apalah ikhwah-ikhwah ni, dari Malaysia ke Oversea, mesti kena usik pasal itu bila umur dah meningkat.. :) Gurau sahaja)

Tadi, sedang berbual-bual dengan naqib zaman menengah sementara menunggu semua anak usrah terbaru beliau sampai, aku dan Amin Aleman rakan satu batch juga kawan rapat aku, diberi beberapa study case.

1. Kenapa bila dengan ikhwah akhawat, atau orang yang kita kenal background tarbiyah dia, walaupun dari aliran jemaah berbeza, kita menggunakan bahasa 'ana dan anta/anti'? Dia pun tanya, kenapa dengan dia, ana anta, tapi dengan kawan walaupun tarbiyah dan sebaya berbahasa aku dan kau? Kenapa tak samakan? Kenapa bila cakap dengan orang yang kita rapat sangat-sangat walaupun tarbiyah aku kau, tapi yang rapat jugak tapi naqib kita ana anta? Apa beza, manfaat, dan juga kesesuaian? (Note; tidak mendakwa mana-mana panggilan lebih baik daripada mana-mana ye.. terserah kepada masing-masing. Bak kata Ustaz Razak, budak Alamin ni tahu bahasa Arab ana, anta/anti, antum, banin, banat,..tu je.. (comel sungguh) )

2. Aku menghadiri talk 'Sign of the Creator 2' Harun Yahya semalam. Dia tanya, apa pendapat? Aku jawab, bagus. Aku suka sains. Dia tanya, kenapa bila dah tahap macam faham Islam, kenapa tak guna wasilah macam itu? Kan bagus. Kenapa tak manfaatkan sahaja maklumat-maklumat itu dan kaitkan dengan Islam? Secara mendalam dan serius. Aku pun explain-explain. Mereka ada buat macam itu tak? Baru sedar. Dia nak mengingatkan aku, macam Said Ramadhan ingatkan Muslimin sedunia. Dalam kita nampak keajaiban fizikal Islam, jangan kita sekali-kali lupa tentang hebatnya dan dalamnya Islam dari unsur ghaibiyat dan sam'iyyat, mu'jizat, dan juga perkara nubuwwah dan rabbani. Kalau hari ini ramai yang bersentrikkan Muhammad yang genius, saintifik, bijak, jangan kita lupa, semuanya dari wahyu. Jikalau kita seimbangkan kedua-duanya, masya Allah. Lepas itu aku cakap, tapi dari zaman dahulu, mereka tak ada pun sains? Macam mana? Lain zaman dan waqi' ke? Dan jawapan mengecewaka, ha, itulah study case nya, anta kena research la.. Oh tidak, aku sungguh malas..

3. Pasal boikot. Sekarang McD buat kursus latih pekerja dia untuk lawan balik logik boikot. Ada dua sebab beliau kongsikan. Jadi, dia tanya, macam mana kita nak ajak pekerja-pekerja ini sama-sama fahamkan hakikat dan juga dalam masa yang sama mereka bertindak boikot atas kesedaran tanpa merasakan Islam menyusahkan? Kalau dapat orang macam itu, sungguh berpotensi jadi Muslim super dinamik. Lagi dinamik dan hebat daripada yang mengikut tarbiyah sekian lama, kerana dia cukup kuat untuk merubah prinsip dia. Jangankan kita Muslim, adik ipar Tony Blair yang ditemubual petang tadi di IKIM pun tersentuh dengan Islam kerana kuatnya semangat rakyat Palestin. Jadi, dia sarankan, kita cari teknik baru untuk dakwah mereka yang bekerja di McD dan sebagainya. Supaya walaupun mereka tak terdaya nak memboikot, kefahaman dan keazaman itu tumbuh. INCEPTION :)

4. Berbagai isme sekarang ini. Macam mana kita nak rectify kefahaman mereka? Mereka nak berjuang, kita dah nampak komitmen. Tapi arah yang kurang tepat. Macam mana kita nak sampaikan kefahaman, tapi dalam masa yang sama, dia makin dekat dan rapat dengan kita? Aku jawab, sebelum kita bermula, kenal dahulu ideologi-ideologi itu. Demokrasi, liberalisme, sekularisme. Jangan di'jahat'kan semua sebelum kita betul-betul kenal. Ada sisi-sisi baik yang mana tanpa kita sedari, Islam sendiri mengangkat sesetengah daripada nilai-nilai yang kita jahatkan.

Ada banyak lagi...tapi tak apa. Yang tu biar simpan je lah eh.. Amanah untuk kami sahaja. Study case. Rumusan bila kena bagi? Tak tahu lah. Aku suka macam ini. Mencabar arus-arus pemikiran tipikal, menggali-gali apa yang kita tersalah anggap selama ini.

Apa-apa pun, dipesannya, kalau yang lain pun dah ada aliran masing-masing yang kita tahu bezanya cabang sahaja, bersatulah. Jangan berbalah.. Oh, aku sungguh suka kata-kata itu. Kawan-kawan aku dari macam-macam aliran, dan itu tak membezakan apa-apa pun. Di 'atas', hanya taqwa yang bersinar. Matlamat kita sama..bak kata Nidzam, lapang dada dan sangka baik.

Kebebasan Memilih :)

Setuju dengan Khalilah, aku nampak 'bintang bersinar' semalam di I'dad Murabbi.

2 comments:

  1. gempaklah asif..
    aku harap aku pon dapat timba ilmu yg banyak macam ko..

    ReplyDelete
  2. tak gempak apa pun la hanif..

    sikit pun tak rasa,, lg kantoi rasa adalah..

    tapi, jom sama2 timba ilmu..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.