Ikhwah akhawat yang dirahmati Allah, ana ambil analogi ini dari debat 'Does Allah exist?' antara Adam Deen dengan Dr Brandon Larvor. Masya Allah, ideanya sangat mudah. Sememangnya analogi di atas sangat tepat dengan sains semasa. Hutan itu ibarat unsur-unsur yang 'belum' disusun selepas letupan Big Bang, yang mana dalam fikiran kita, juga dalam perkara 'adat, setiap letupan akan membawa kepada keadaan 'chaos', huru hara dan tidak teratur. Semacam hasil poduk Oppenheimer yang digelar 'bapa bom atom' yang telah berjaya mengucar-kacirkan aspek kehidupan dari tahap infrastruktur luaran sehingga ke genetik. Inna lillah. Papan tanda itu pula ibarat 'alam. Menunjukkan penemuan dari satu masa ke satu masa, membawa kita untuk memahami sesuatu. Sehingga kita berjumpa dengan sebuah rumah, yang kita diami iaitu Bumi. Dari dulu sehingga sekarang, baru kita dapat memahami bahawa penciptaan kita dan juga bumi sememangnya 'well-tuned' untuk membenarkan wujudnya kehidupan di bumi. Dari kekuatan graviti, kepada jarak matahari dan bumi, lapisan ozon sehingga ke perkara-perkara sekecilnya seperti sifat air, semuanya masya Allah menunjukkan bahawa sememangnya 'alam ini di'set'kan khas untuk kita. The creation of universe. Oleh Harun Yahya. Karya beliau yang ini, berpotensi dengan izin Allah, menundukkan hati yang angkuh dan sombong. Membicarakan mengenai aspek-aspek kejadian 'alam - sehingga buku itu sendiri berpotensi untuk rosak sebab air mata yang tak henti-henti melimpah. Wallahu a'lam.
*********************************
"Salam. Akhi, boleh tak ana nak ikut mukhayyam kali ini?" tanyaku pada naqibku. Perasaan serba salah masih ada - aku tak berpeluang mengikuti mukhayyam yang dikhaskan untuk tahapku (tahap di mata manusia, di sisi Allah taqwa tetap menjadi ukuran). Untuk menebus rasa bersalah, biarlah aku mengikuti mukhayyam tamhidi, insya Allah ada berkahnya.
"Salam. boleh2..nanti ana email pada nta butiran-butiran :)" balasnya. Mesejnya sememangnya jarang lekang dengan 'smiley'.
Alhamdulillah. Mukhayyam itu berjalan dengan lancar. Sejujurnya, untuk kelasakan ia tidak bertemu tahap pelajar Al-Amin, namun bukan itu sahaja yang kita cari. Ukhuwah dan juga fikrah itu yang kita inginkan. Elemen-elemen yang terus membawa kita bukan sahaja untuk berusaha menggapai rahmat Allah, namun memegang tangan orang lain untuk mencapai rahmat Allah sekali. Aku nak berkongsi satu sahaja, yang padaku, ayat Al Quran ini memang terbaik menghempuk wajah hati aku yang sombong. Terlalu 'jual mahal'.
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. At-Taubah,111
Terbaik tak? Kadang-kadang dilema juga, lagi-lagi bab duit memang lah aku selalu kering sangat, kena infaq itu ini, bayar itu ini, nafsu buku kuat jugak - sepatutnya satu buku tu baca berkali-kali, ni baca sekali habis nak beli lain pulak, lepastu macam-macam lagi. Duit untuk pelamin pun ada, lampin pun ada (pehal ni tiba-tiba plak?). Dan-dan masa itu masa tengah fikir-fikir kena pulak ayat ni. Agak logik kan? Why not duit, masa dan tenaga kita tukar dengan syurga? Allah dah cakap nak beli awal-awal. Bila fikir balik, memang sepatutnya aku terkejar-kejar mende ni. Yelah, kalau ada account nak check dosa pahala ok sikit, ni tak tahu mana lagi banyak. Confirmnya dosa la. Memang kita masuk syurga dengan rahmat Allah, cuma aku baca dalam al Hikam Ibnu Athaillah tulis, ada tiga jenis orang mu'min kat dunia ni. Yang pertama Al-'Ibaad. Mereka buat amal sebab nak masuk syurga dan tak nak masuk neraka. Yang kedua Al-Muridiin. Nak buat ibadah dan amal supaya terus dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Yang ketiga Al-'Arifiin. Yang ni ganas sekali, mereka buat bukan sebab apa-apa, tapi sebab cinta mereka pada Allah terlalu tinggi. Golongan ini merasakan mereka dalam mabuk cinta ni bukan sebab usaha mereka, tapi sebab Allah. Didorong hidup mereka oleh cinta mereka pada Allah. Aha..jadi, apa kata kita sama-sama masuk perniagaan ni? Letak dalam kepala, setiap helai duit keluar, setiap peluh yang jatuh, setiap tidur yang di'skip' semata-mata untuk Allah, don't worry, Allah sediakan syurga. Lagi elok kita buat sebab kita sayang sangat-sangat pada Allah. Susah nak sampai ni..ke senang? Wallahu a'lam. Kita try dulu. Harapnya pemahaman ini terus melekat dalam diri aku. Janganlah ditarik. Amin.
Alhamdulillah. Syok sangat. Jumpa ramai ikhwah-ikhwah. Yang dah kenal, for sure la dirapat-rapatkan. Dah berapa kali dah jumpa 'Ammar MTS yang ke CUCMS, Cyberjaya. Ha..dia ni aku jumpa dia sekali je masa dia datang DQ, lepas tu entah macam mana jumpa dia dalam daurah dan qiam bulanan rasa macam hati dekat dah. Dahlah kitorang belajar jauh-jauh, aha, apapun, ini tugas Allah yang menyatukan hati-hati kita. Tetap gembira. Walaupun esok mula kelas. Wahhhhh...penaaaatttt. Insya Allah, setiap nombor-nombor yang aku tatap untuk Allah khasnya, dan umumnya Islam dan Ummah, moga aku termasuk dalam doa di tahiyat akhir setiap muslim di dunia ini. Wa 'ala 'ibaadillahissolihiin. Moga aku dan kau, kita termasuk golongan yang setiap muslim doakan mereka lima kali sehari dalam tahiyat. Moga momentumnya kekal :)
“Sesungguhnya iman itu bisa menjadi lusuh dalam diri salah seorang dari kamu sebagaimana lusuhnya pakaian. Karena itu, mohonkanlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman yang ada di dalam hatimu.” (HR At-Thabarani dan Al-Hakim).
Consistency is the best recipe. Syukran kepada yang terlibat. Syukran :)
Amin.
ReplyDeleteHa, untuk DNA kita tersusun daripada 25 acid pon ke pada susunan yang kita (manusia ada sekarang) mengambil masa more than the age of the universe itself.
Orang cakap kita dari monyet sebab 99% of our DNA is similar - tapi 90% kita dengan pisang pon similar jugak. Oh adakah kita pun well,might evolve from bananas?
Seronok jumpa orang sefikrah - macam jumpa buku yang puas nak cari and bila baca rasa seronok sangat :)
Moga-moga sama istiqamah dan mujahadah ya akh:)
amin...
ReplyDeletehaah. DNA protein tu memang la super cara Allah cipta.. macam kalo xde RNA, DNA takle wujud, tapi DNA produce RNA>.to..satu2 cara adalah both exist at the same time..
ehehe.. kentang pun ada jugak bro! haha..
seronok kan? ha..entah bile kita nk jmpe lagi.. rindu plak di IIS nuh..
amin..syukran atas doa.. :) nta juge