Sunday, November 14, 2010

Fitrah dan 'rejection'

Salam.

Bismillah.

Mungkin kali ini ia akan menjadi titik pemula. Insya ALLAH. Kita terdiri daripada unsur-unsur tertentu. Ada unsur-unsur yang disepakati, ada juga yang tidak disepakati. Yang pastinya, unsur ruhani dan jasmani bersinar cerah di dalam diri. Dalam hidup, kedua-dua unsur ini memainkan peranan penting, berpotensi untuk menjadi petunjuk peribadi dalam kehidupan seharian. Kita Muslim, haruslah berusaha untuk mengoptimumkan pemerhatian dan mengambil pengajaran daripada keadaan sekeliling. Nilai yang amat berguna untuk kehidupan seharian, nilai yang bukan sahaja akan membuat diri kita 'tahu', namun lebih kepada penerapan iktibar daripada 'alam ke dalam diri kita. Pemindahan iktibar, panduan dan nilai-nilai.

Kita dicipta untuk mengenali, mencari, dan dengan pengisytiharan penuh rela dan tunduk, menjadi hamba kepada Maha Mencipta, Maha Mencintai.

Kehidupan, satu elemen yang misteri. Ciptaan Allah, disediakan untuk hambaNya sebagai platform mutlak untuk diuji.

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik 
 amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. [Al-Mulk : 2]



Terlepas pandang?
Kadang-kadang, sewaktu diri berada di tahap kesedaran yang tinggi dan jernih terasa hidup ini terlalu bernilai untuk dibazirkan. Setiap pilihan dibuat dengan begitu teliti. Namun, selalu juga, hati dan jiwa kalah - mengharapkan ditunjukkan jalan. Alhamdulillah, Allah bukan sekadar mencipta dan meletakkan kita di sini. Ada bekal - di luar dan di dalam. Bekal dan panduan, untuk kita makhluq yang diberikan keistimewaan untuk 'MEMILIH'.

وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ * وَفِي أَنفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? [Az-Zaariyat : 20-21]
 
Selalu, kita melihat suatu hakikat - sama ada terlalu dalam atau cetek, terlalu dekat atau jauh. Sehingga kerapkali terlepas nilai-nilai yang penting dalam melihat sesuatu.

Ianya pernah terjadi kepada saya. Di saat pertama kali mendengar kata-kata "Man 'arafa nafsahu, 'arafa rabbahu". Barangsiapa mengenal dirinya, mengenal Tuhannya. Tak tahu berapa lama saya bergelut dalam gelanggang ini. Alhamdulillah, sememangnya membuahkan hasil walaupun tidak seperti yang diharapkan. Perjalanan yang agak mengejutkan. Di mana dalam perjalanan peribadi, saya temui beberapa mutiara yang boleh dikutip untuk panduan masa hadapan. Saya tidak bermaksud untuk bercerita lebih panjang, namun ada sesuatu yang ingin saya kongsikan.

Dalam saya berusaha untuk 'mengenali' diri - saya berjumpa malah berpeluang merasa dan mengamalkan apa yang dipanggil sebagai tenaga dalaman. Alhamdulillah, walaupun platformnya tidak ekstrem, terdapat yang masih ekstrem sehingga menganggap tenaga seperti itu berasal daripada Nur Muhammad. Ianya seperti mazhab atau school of thought. Terus saya berminat dan mencari, mengkaji dan berfikir. Di saat itu, pemikiran saya amat keliru. Saya bertanyakan beberapa ustaz dan orang-orang yang dihormati, namun masih tidak berjumpa dengan jawapan yang sesuai. Sehingga kini masih keliru. Dalil daripada kedua-dua belah pihak wujud - yang menolak dan yang menerima.

Nur Muhammad - suatu entiti yang dikatakan bersifat Qadim, dicipta sebelum segala sesuatu oleh Allah - ada juga yang mendakwa Allah mencipta segala sesuatu dengan Nur Muhammad. Dalam kisah kerasulan, Nur Muhammad dikatakan memasuki badan setiap nabi dan rasul dan akhir sekali Nabi Muhammad. Selepas kewafatan beliau, Nur Muhammad didakwa terus menerus menginspirasikan orang-orang Islam di seluruh dunia...

Sehingga pendedahan yang dibuat semasa Enrichment class di IIS mengenai falsafah. Masya Allah, masa itu terasa hati bagaikan dilepaskan daripada penjara. Pencarian yang sekian lama mengenai Nur Muhammad dan bagaimana sepatutnya kita 'deal' dengan isu tersebut membuka perspektif baru. Siapa sangka Nur Muhammad sangat dekat konsepnya dengan Triniti? Dalam hati masa itu hanya Allah yang tahu. Dengan mengutuk diri sendiri macam mana boleh terlepas pandang fakta dan konsep yang jelas. Nur Muhammad begitu mirip dengan Holy Spirit, permulaan kewujudannya juga dalam kurun yang sama, digunakan dengan cara yang sama, malah antara sebab yang sama yang menyebabkan kedua-dua autoriti jatuh. Alhamdulillah.. Namun, untuk sesiapa yang mahu mempercayainya, saya ambil pendekatan masing-masing ada pendapat dan perspektif sendiri. Jikalau bukan disebabkan saya sudah di'pahat' secara pahit konsep-konsep asas Kristian, berkemungkinan besar saya akan menentang pendapat ini.(Christology memang topik yang penat dan berat)


"Sometimes, what we think of that nothing can turn out to be the special something"
Perjalanan mengenali diri sendiri tidak akan pernah berhenti. End of something starts another something. 
Dalam melayani rutin seharian membaca artikel-artikel menarik ( juga yang tidak menarik dan mengarut..hehe), terjumpa satu fenomena dalam perubatan. Lebih familiar dengan nama 'rejection' mungkin. Kali pertama saya berjumpa bahan mengenai konsep ini adalah semasa di Darul Quran, ketika Fa'iq membuat presentation beliau mengenai organ transplant. (So lame baru tahu masa tu.. =.=) Jadi, bila terbaca kali ini rasa macam 'deja vu' lepas itu revisited pula sebab memang kurang minat medic. Saya tahu medic interesting dan best cuma tengah berusaha nak buang mindset macam ini. Boleh ke?

'Rejection' merupakan satu fenomena di mana badan bertindak balas untuk menyingkirkan objek asing sama ada tisu, organ, mahupun bakteria dan subang (macam mana dengan susuk?).
Konsep dia macam ini. Bila kita masukkan sesuatu yang badan kita tak kenal atau sesuatu tanpa kita sedari masuk, badan kita akan cuba untuk menyingkirkan objek tersebut. Sistem imuniti digambarkan menyerang objek asing ini bagi melindungi badan kita daripada bahaya-bahaya yang mendatang. Masya Allah. Immunology.

Macam pemindahan organ, objek berbahaya masuk dalam badan, atau pun yang mudah dan biasa seperti subang dan sebagainya.


Transplant rejection occurs when a transplanted organ or tissue is not accepted by the body of the transplant recipient. This is explained by the concept that the immune system of the recipient attacks the transplanted organ or tissue. This is expected to happen, because the immune system's purpose is to distinguish foreign material within the body and attempt to destroy it, just as it attempts to destroy infecting organisms such as bacteria and viruses. - Wikipedia

Rejection
Simply put, rejection is a cause. Rejection happens when you place a foreign object in your body (i.e. body jewelry) and your body, for one reason or another, considers that foreign object a threat to your health and safety. In order to protect itself, your body slowly fights the object by pushing it and healing the skin behind it to eventually force the object completely out through the skin.- About.com


Mid-fight: Neutrophil immune cell engulfing anthrax bacteria [Source]

Fenomena yang secara automatik melindungi diri kita daripada bahaya yang berkemungkinan. Fitrah jasadiyah. Badan kita menjadi lebih kuat setelah sembuh daripada penyakit. Memory Lymphocyte. Wujudnya memori sebagai panduan menghadapi masa akan datang. 


Apa kata fitrah?
Fitrah diri kita mengenai fenomena 'rejection' amat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Apabila kita menghadirkan elemen kotor dan tidak 'bersih' atau pun ianya dihadirkan, sistem imuniti fitrah akan bertindak.

Dosa yang hadir pada akan mencetuskan rasa kurang selesa pada diri. Tanda awal penentangan fitrah suci pada dosa. Rasulullah SAW telah menyatakan implikasi dosa dan kebaikan kepada manusia.

Di dalam hadis riwayat Ahmad dan al-Darimi, Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud: "Bertanyalah diri anda. Kebaikan itu ialah sesuatu yang hati anda berasa tenang kepadanya, manakala dosa pula ialah sesuatu amalan yang hati anda berasa bersalah dan teragak-agak padanya. Terimalah pandangan ini, walaupun orang ramai memberikan pandangan yang lain pada anda".

Moga hati terus bersih. Dosa sememangnya wujud, sebagaimana wujudnya ancaman berbahaya dalam kehidupan seharian kita. Namun, merupakan tugas kita untuk terus memastikan hati kita bersih supaya fitrah kita terus terjaga.

Seperti fitrah jasadiyah, memory lymphocyte - kita juga harus menjadikan 'kejatuhan' masa silam sebagai panduan masa hadapan. Malik bin Dinar berjaya setelah 'jatuh'. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Jatuh sekali bukan bererti jatuh selamanya. Tapi, kalau jatuh tak nak bangun-bangun?

Sempat saya menyoroti siri-siri temubual 'We The People'  di India melalui youtube.com. Ianya mengenai stereotype Islam di India, bersama ahli-ahli panel yang terkenal seperti Dr Zakir Naik dan Shah Rukh Khan. Kiranya dapat semua yang membaca menonton temubual tersebut, tertonjollah betapa kelirunya masyarakat mengenai Islam dan tuntutannya. Timbul terma menggelar diri 'moderate Muslim' yang mengaku tidak terlalu serius dalam mengamalkan Islam dan menjadi sederhana dalam mengamalkan Islam. Dikotomi 'Practicing Muslim' dan 'Non-practicing Muslim' sangat cantik diulas oleh Dr Zakir Naik. Moga kita semua termasuk dalam kategori 'practicing Muslim'.

Menjadi practicing Muslim, haruslah dimulakan dengan penyucian diri. Supaya fitrah terus suci dan kekal menjadi peringatan peribadi buat diri. Kisah Imam Syafi'e mencerahkan mengenai pentingnya kesucian hati dalam kehidupan seharian.

Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Imam Waki'  iaitu dalam sebuah syair yang masyhur: Aku mengadu kepada guruku Waki' akan lemahnya hafalanku..Lalu guruku menasihatiku agar meninggalkan maksiat. Dia memberitahuku bahawa ilmu itu cahaya...dan cahaya Allah itu tidak akan masuk kepada ahli maksiat. [Sumber]


Arus dunia dan fitrah
Kita maklum dengan betapa kuatnya arus-arus yang melanda. Ianya bukan masalah secara dasarnya kerana kita perlu terus maju dan memacu ke hadapan agar dapat menyesuaikan diri. Dalam keselarian usaha menyesuaikan diri, prinsip-prinsip asas Islam haruslah dijaga dengan kuat. Ha.. Cakap memang senang. Buat itu yang susah.

Arus falsafah, arus budaya, arus akademik, malah arus hiburan. Arus teori konspirasi juga wajar dimasukkan. Maher Zain dan Sami Yusuf pun kena penangannya.

Semaju-maju kita pun, kepada asal-usul juga harus kita kembali. Kepada fitrah. Usah mencari solusi jauh-jauh. Al-Quran, hadith dan Sirah menjadi mutiara. Harus mula bertindak sebelum fitrah benar-benar tercemar.

God is “The one who created death and life to test you and to find out
which of you would behave best.” Death, life, experiences, ordeals, pain,
solitude, as well as joy and happiness, are so many lessons along the road
to reconciliation. Wounds, separations, tears, as well as smiles, “say” something:
if you live in unawareness, they touch you; with God, they guide
and lead you. Where to? Where to then? Toward Him, toward you, close
to Him in you. Such is the most beautiful and the most difficult lesson of
Islam: you find God only by rediscovering your own nature, and the essence
of your nature is the only thing that can free you from its appearance. . . .
“I” must set out to discover another “I”: such is the meaning of life. Ordeals
viii PREFACE
drive you not to your limits but to your origin, where “the need for Him”
has its root. Ordeals will lead you back, whether you like it or not, to what
you are, to the essence from which He has formed you. Exile will take you
home. - Western Muslim and the Future of Islam, Tariq Ramadhan

Amat menarik kata-kata yang beliau nukilkan. Perjalanan mencari diri akan membawa kita kembali ke dalam diri. Jauh di dalam. Moga kita sama-sama istiqamah.


Akhir kata

 إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ * وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ
Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh keni'matan, dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka [Al-infithaar : 13-14]


Wassalam.




*********


Footnote :
1. http://www.tokeikedai.net.my/alquran/
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Transplant_rejection
3. http://tattoo.about.com/cs/piercefaq/a/migration.htm
4. Western Muslim and the Future of Islam, page 11 - Tariq Ramadhan
5. http://www.youtube.com/results?search_query=shah+rukh+khan+and+dr+zakr+naik&aq=f (Interview 'We The People')

5 comments:

  1. MasyaAllah bro. Ulasan yang sangat menarik.

    What I like about your idea the most is your capability to grab the essence and put it in islamic frame of thought.

    the last excerpt to from book kan? nak cari lah :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. haah. Ada PDF die.. Xifu Naser bagitahu masa enrichment class.

    Boleh download, hanya tapi tajuk buku.. boleh dload..

    :D

    ReplyDelete
  3. Salam akh. Ya Allah! Topik-topik yang sangat menarik. Rasanya banyak sangat nak komen tapi ini sajalah yang ana boleh tulis.

    Tentang Nur Muhammad tu Ustaz Uthman pernah jelaskan dalam kelas Tasawur Islami semasa kami di Tingkatan 2. Alhamdulillah, tak pernah pula nak percaya.

    Transplant rejection mengingatkan ana kepada penjelasan Cikgu Rosmalena. Cantik sangat analogi itu bila dikaitkan dengan fitrah. Ok.

    ReplyDelete
  4. afwan. sama2.. Cikgu Rosmalena sekarang dah ok? sempat jumpa tapi x smpt tny pasal lutut beliau.

    ReplyDelete
  5. Nampak OK tapi masih sakit. Seingat ana sebelum masuk UIA haritu dia kata sokmo dia kena inject fluid but doct kata nanti dia kena buat operation juga. Berapa kali dah kena operate. Kesian cikgu.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.