Assalamu'alaikum
Bismillah.
Dalam mengenali 'dunia' yang semakin tua ini, usaha yang berterusan dan bersungguh harus mengiringi mujahadah. Insya Allah, dalam siri ini, saya akan cuba sebolehnya membuat satu perbandingan di antara dua umat, dua kuasa, dua sistem gergasi, dua kepercayaan, dan dua nasib. Sedari dulu lagi, saya berkeinginan, amat menginginkan diri ini agar dapat melihat dunia ini dengan jelas dan telus dari segenap aspek. Sama ada dari segi fizikal, tersirat, moral, spiritual dan sebagainya.
Heh. Bunyi macam nak tulis buku kan? Gurau je. Tak ada. Saje je gurau. Weh, serius la gurau. Hak elah, serius gurau. =.=
Dalam perbandingan ini, saya akan cuba mencetus idea-idea melalui perbandingan antara dua wasilah-wasilah pembentukan manusia. Dengan pertempuran slogan global, "Novus Ordo Seclorum" yang membawa maksud "New Secular (World) Order" dan juga "Ustaziatul 'Alam" yang membawa maksud rujukan seluruh alam. Di bawah visi global ini, terdiri para ahli dunia dan akhirat, bersatu di bawah idea masing-masing untuk membawa pengaruh masing-masing menelusuri setiap denai-denai kehidupan. Perbandingan yang akan dikemukakan ini adalah pendapat peribadi penulis yang semestinya penuh cacat cela dan kesalahan - juga amat cetek dari segi intelektualnya. Semestinya. Justeru, saya berharap teguran mahupun perbincangan dapat dicetuskan sekiranya ada sebarang cetusan(tengok, ini ayat macam nak conduct forum pulak dah. ==)
Usaha-usaha, ideologi-ideologi mahupun fikrah-fikrah yang tersirat dalam setiap tahap. Daripada tahap manusia- individu, keluarga, masyarakat, negara, perundangan, dunia dan alam. Insya ALLAH.
* Titans di sini bukanlah dimaksudkan dengan Titans yang menjadi ibu bapa kepada Zeus, Hades dan Poseidon. Bukan juga dalam golongan Titan yang mentadbir dunia di dalam Azeroth. Perkataan itu hanya untuk menunjukkan kegergasian kedua-dua kewujudan. Usaha untuk menyebarkan Islam, dan menghancurkan Islam. Wallahu a'lam.
p/s - Light and Life akan bersambung insya Allah. Payah sikit part ni, sebab correlation critical.
mantap2.. semoga berjaya
ReplyDeletex saba nak baca!(excited)
ReplyDeletedipengaruhi unsur-unsur siri pemikiran kru-kru dokumentari The Arrival tak lupa diserap pemikiran tajdid gerakan islam masakini :)
ReplyDeleteteruskan penulisan dalam meneroka teori-teori filosof yg mengejutkan buat para pengunjung blog!