Saturday, July 3, 2010

Duhai Hati.. Mari bercinta..

Bismillah..


Telah lama cinta terbiar..
Dari cinta yang suci..
Telah lama cinta tersasar..
Dari Cinta Hakiki..

Kerna sekian lamanya, manusia dibuai cinta nafsu..
Kita sering menyangka cinta manusia itu yang sejati..

Mengharungi hidup ini sebagai roh.. Roh ini, roh yang melalui jalan kemanusiaan. Sungguh, aku bukan manusia yang melalui jalan kerohanian.. Namun, aku roh yang melalui jalan kemanusiaan. Itu aku pasti.. Kehidupan bukan sesuatu yang seiring dengan kematian. Arahnya berlainan. Sering, kehidupan didefinisikan sebagai permulaan. Namun, adakah ianya sebenar-benar permulaan? Kemudian, kematian sebagai pengakhiran?

Roh ini hidup dengan cinta. Hidup bersama cinta. Sedari penciptaannya, roh ini dibelai-belai dengan cinta.. Di saat berkumpulnya - roh ini diikat dengan janji seorang Pencinta.

"Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi" -Al-A'raf - 172

Roh ini tahu suatu hari nanti, dia akan ditanya kembali mengenai janjinya. Bagai bunga kembang di pagi hari, bagai burung girang dengan datangnya mentari, roh ini hidup sehidup-hidupnya dengan cinta PencintaNya. Namun roh ini sedar - itu semuanya masa lampau, tiada lagi. Sesak, mengingati kembali janji terhadapNya. Diri ini cuba meragui, apakan daya.. tidak mampu. Semuanya tersedia..
Mendayu rintihan hati..
Sedih..



Cinta itu sudah lama menunggu. Namun sering diri ini mengabaikannya.. Umpama tiada bayang.. Lesu, malah sirna mungkin. Gelap menelan, cahaya menyepi. Amat sering. Seperti kain buruk diri ini memperlakukannya. Bukan seperti sepah, habis madu ia dibuang - ianya tetap indah selama-lamanya. Tidak terbuang oleh kehidupan dan kewujudan. Bukan juga sampah - ianya tidak berasal daripada sesuatu dan menjadi sesuatu yang lebih rendah. Ianya permulaan segala nilai. Nilai-nilai ikatan hati-hati hamba terhadap Tuhannya. Ujian ini sakit.. Kejam menapis jiwa-jiwa kecut, kendur, lemah. Lemah? Tidak sepatutnya.. Setelah semuanya diberi, tanpa diminta, tanpa dibalas.. Kekal..Khianat dan lupa, ingkar dan dosa.. Kufur..
Di sana.. Dia tetap menunggu.
Dia masih menunggu..
Dengan tadahan cintaNya..
Sedih..


Roh ini rindu pada cinta itu. Sekian lama hati ini gersang. Dahaga. Tidak terkadang roh ini dihenyak-henyak rasa bersalah.. Janji itu. Aku kian melupainya. Sedang Dia setia menantinya. Tidak juga roh ini merasakan hanya kerana janji. Aku pasti - roh ini tercipta daripada cinta Maha Pencipta. Roh ini bukan hanya hidup dengan cinta, namun roh ini tercipta daripada cinta Maha Penyayang terhadap makhlukNya. Maafkan aku wahai roh.. Aku telah memilih untuk mengkhianatimu..
Maafkan aku..


Aku mahu hidup aman.. Aman seiring dengan rohku. Rayuan hati sering disalah erti. Di saat hati mula menyendiri, nafsu datang mengganti.. Dirampas makhkota khalifah, digulingkan menteri hikmah, dibunuh penasihat mutmainnah.. Hancur.. Perlahan-lahan menghakis cahaya hati.
Gelap...
Malap...
Suram...
Zulumat...

Hati, bangun wahai hati... Rohku memerlukan kau di sisi. Wahai hati, bangkitlah. Tolong wahai hati.. Aku sudah mula hilang cahaya.. Seakan cahaya itu semakin jauh dariku. Tiada daya dapat aku sesali.. Bangkitlah.. Genggam tanganku ini dan pimpin diriku.. Kau tempat jatuhnya pandangan Ilahi - Dia yang kurindui. Dia yang padaNya aku memohon, mengadu, bermanja.. Aku merindui saat itu. Kau juga pasti merinduiNya juga bukan, wahai roh?

Aku sakit. Sesak. Melihat diriku. Kering dengan redha. Retak kolam hati kian merekah.. Mengering segala unsur fitrah, mengundang segala anasir fitnah..
Aku benci. Keliling. Cinta-cinta mereka penuh dusta. Aku benci, seperti aku membenci diriku.
Cinta Tuhan dipijak-pijak. Punah. Hilang damai..
Aku sedih. Suram. Dunia menangisi kehilangan kau.. Kembalilah..
Sudah tidak tertahan rasa.. Aku dahaga cintaNya..

Tiada lagi hati bergemuruh melihat maksiat..
Tiada lagi hati tersentuh melihat daun-daun menari diusik angin..
Tiada lagi air mata tumpah di saat membarah- parah- darah.. luka hati-hati si ibu dan bapa..
Tiada lagi doa tulus dipanjat penuh harap..
Tiada..semuanya hilang..
Tiada tenang bertemu, tiada damai berjumpa, tiada aman bersua..

Kehadiran hambaNya..
Yang sebenar pasrah..
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi..


Rohku, mari tolong aku.. Kita sama-sama kejutkan hati.. Aku tidak tahu - sama ada dia sudah mati, atau menyendiri..
Wahai hati.. dengarlah diriku berbicara..
Jangan menyendiri wahai hati.. Tidak terdaya hidup ini tidak terpimpin..
Kau pintu diriku.. Untuk bercinta dengan Tuhanku..
Mari.. Bersama denganku.. Kita bangunkan diri kita..
Bercinta dengan Pencinta..
Dia setia menunggu..

Aku perlukan cintaNya.. Sudah lama Dia menunggu..
Sekian lama.. Aku mahu menjadi manusia.. Manusia syurga..
Di saat roh, hati, akal, dan anggota seiring melagukan nyanyian bahagia..
Seirama dengan simfoni redha Ilahi..
Seharmoni dengan zikir-zikir pencinta-pencinta Rabbi..
Dendang gembira degupan jantung, motivasi penguat diri..
Cahaya mula sinar..

Duhai hati.. Ayuh bercinta.. Tiada bahagianya cinta manusia, tanpa cinta Tuhan di hati..
Itu aku pasti.. Tiada kehidupan bila lesu kecintaan..

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai. Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
" -Al Fajr

Suatu hari nanti.. Aku akan dipanggil oleh Allah, Al Wadud - Maha Mencintai.. Aku mahu diseru dengan panggilan penuh cinta oleh Yang Maha Mencintai..



5 comments:

  1. ini cabarah asif.

    perjuangan hati dalam dunia gersang perlu ditemani air mara membasah hikmah.

    oh, doa jadi tampuk senjata kita.
    Ya Allah.. ana dah lama rsa sampai dah penat nak rasa naik turunnya.

    takut sangat sangat kalau selama ini apa-apa yanga ana buat, Allah tak pandang pun. Syok sendiri, merana sendiri.

    Allah... sampai ada rasa nak give up dah - nak tukar arah. Tapi itu bukan caranya, ana tau. tergesa-gesa memang sifat manusia.

    Jadi, apa yang ada sekarang ialah kita, dan Allah.

    ReplyDelete
  2. betul syazwan..

    nta mcm memahami.. situasi kita mgkin sama2.. syukran!

    Allah..

    ReplyDelete
  3. percaya kalau saya katakan simptom ini ditanggung oleh kebanyakan anak muda yang sedang menjengah alam dewasa terutamanya mereka yang berlatar belakangkan sekolah agama dan mendapat tarbiyah?

    bagaikan kehilangan diri yang lama,
    bahkan terasa sudah tak punya matlamat,
    hilang segala kekuatan yang pernah ada
    huh~

    saya juga perit menanggungnya...kalau jumpa solusi,harap kongsikan bersama ya...

    ReplyDelete
  4. Insya Allah.. nnt ana kongsikan dengan nti sekiranya Allah temukan ana dengan solusinya..insya Allah.

    ReplyDelete
  5. style post ni..buatkan aku terfikir:-
    1-betul jgk apa ko cakap.
    2-hebat betul dia ni, mcm mna dia boleh pikir smpai mcm ni?

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.