Bismillah..
Saja ana nak berkongsi cerita ini dengan antum semua. Asalnya ana kongsi minggu lepas lagi, tapi kesibukan mengekang masa ana. Lepas tu pulak, bila dah depan komputer ana jadi numb-minded person pulak. Tak keluar idea. Insya allah..baru beli buku, tapi tak nak baca lagi. Tak nak rosak mood. "A history of God". Karen Armstrong. Agaknya perangai ana macam tu, tanda-tanda ana tak tahu sesuatu perkara, ana akan jadi bad mood dan defensive. Contohnya dulu ada kawan ana ajak join debat di forum DoTA, ana jadi bad mood. Sebabnya, bukan sebab mereka kutuk Islam, tapi sebab ana sendiri tak kenal agama ana. Jadi, makin lama belajar, makin banyak ana tak tahu, tapi ada perubahan drastik. Ana tak lagi bad mood, ana hanya akan relaks dan anggap mereka tak tahu tentang Islam dan cuba ajar mereka. Cuma, kadang-kadang tujuan itu diperlahankan bila lihat orang-orang Islam sendiri gaduh sesama sendiri. Tak payah cerita baik atau tak, pemikiran dah teracun. Itu kelebihan perang saraf. Ada enam, salah satunya golongan sasaran tak kira siapa. Jadi, fanaticism. Kisah yang ana nak cerita ini berlaku tahun lepas. Apa la nta nih..nta nak jadi gay apa? Jadilah jadi..ana patahkan tulang nta nanti..tertarik tu normal. Itu menandakan nta normal..hehe. Macam ni, tertarik tu fitrah. Jaga fitrah tu jangan sampai jadi fitnah pada nta nanti. Faham? Entahlah.. ana pun tak berani nak cakap lebih-lebih dalam bab ni. Cuma, ana dulu ada taekwondo. Jadi, ana lepaskan puas-puas masa belasah orang. Tapi, lepas itu ana cuma puasa. Ana pernah tanya soalan sama. Puasa? Jawapan dia, kalau tak dapat tahan lagi, maknanya puasa nta tak sempurna lagi. Puasa tu dalam hadith nabi, nabi takkan menipu. Jadi, tak berkesannya datang balik pada diri kita. Cuba hayati betul-betul puasa kita. Dari segi kesan fizikal dan juga kesan bukan fizikalnya. Percayalah. Dan kalau dalam bab ni, nta jangan cepat down. Sebaik-baik hamba adalah hamba yang berdosa, lalu bertaubat. Itu hadith nabi. Ayat ni pun best.. nanti nta hafal lah.. Ana bacakan pada dia Ali Imraan, 135-136. Dari Abdullah RA, katanya: "Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu."( Muslim)
Suatu hari ana duduk di pondok membelakangkan sungai, membaca, ada seseorang datang duduk di sebelah ana. Baya anak usrah ana, sekarang form 2. Duduk sebelah ana, dan senyum. Ana pun pelik. Kenapa dengan budak ni? Buang tabiat ke? Tiba-tiba dia tanya, Bang nak tanya boleh tak? Ana jawab, Ha tanya je..ana free sekarang ni. Bang jangan marah tau kalau ana tanya ni. private skit, katanya. Ye2, tanya je. Ana tutup buku ana. Ana tertanya-tanya dalam hati apa yang dia nak tanya. Sudah lah hari ini dia mesra lain macam. Emm, boleh tak nak kapel dengan adik abang? Ana tersedak. Biar betul?!! Kebanyakan budak datang pada ana menceritakan masalah keluarga atau masalah peribadi, tapi budak ini berani betul. Terpinga-pinga ana. Air muka ana berubah mendadak. Keliru. Dengan jawatan dunia ana pada ketika itu sebagai ketua umum, ditambah lagi dengan jawatan Sarjan Mejar, ana pelik. Berani betul. Apa pun, jauh dalam hati ana, ana lega. Menunjukkan ana boleh didekati. Kadang-kadang ana rasa itu dilema senior-senior ana dulu. Ana selalu tak puas hati, kenapa senior-senior atas selalu muka serius dengan ana yang form 1 dan form 2. Sekarang baru ana faham. Mereka dibebani permasalahan dari mereka yang lebih senior dari ana, kerisauan umat, menyalahkan diri sendiri atas kelemahan mereka. Mencipta tembok ketakutan bercampur hormat, namun lama kelamaan ketakutan lebih dominan. Melahirkan junior-junior yang hanya berpura-pura di depan yang lain sedang di tempat lain berlaku sebaliknya. Siapa sangka dan pasti ianya bukan diniatkan oleh pemimpin-pemimpin, namun itu berlaku.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda : Kamu mendapati antara manusia yang terjahat adalah yang bermuka dua, ia mendatangi satu kelompok ini dengan satu wajah dan mendatangi kelompok yang lain dengan wajah yang lain. - Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Astaghfirullah. Ana tenung banin tu tepat ke dalam matanya. Ana tengok betul-betul muka dia. Keberanian dia. Itu adalah keberanian yang jarang ana jumpa. Keberanian untuk mengetahui. Jika dihias dengan akhlaq yang baik, dia boleh menjadi pemimpin Islam yang tidak terpengaruh dengan idea fanatisme, atau individualisme di atas skala yang lebih besar, PLATFORM. Setiap yang berlaku akan dicarinya sebab-sebab dan punca-punca. Mencari hubungkait dan punca penyebab. Ana sendiri pernah berbincang dengan kawan-kawan ana. Bila seorang atheist cakap pada ana "Correlation does not imply causation". Perbincangan yang cukup menarik dengan hanya melalui SMS. Ana akan cuba tolong budak ni. Budak tu mula takut, sudah mula membayangkan perkara bukan-bukan
Ana senyum. Nope, tak boleh. Dia nampak semacam lega. Ana nak test abang je tadi, ingatkan nak marah. Men2 je, katanya. Tahu. Ana jawab selamba. Tapi kalau abang bagi, saya jalan je hehe. Ana bukan tak nak saja-saja. Bukan ana punya, nak minta kat sana tu, Ana tunjuk ke langit. Kalau nta nak betul-betul, jadi budak baik dan minta. Jangan duduk doa hulu hilir, usaha tak ada. Dia mula memberi perhatian. Ana tak nak adik perempuan ana, satu-satunya adik perempuan ana rosak macam gadis-gadis lain. Hanya ada dua jalan sahaja bagi ana. Ke arah solehah, atau ke arah yang tak solehah. Ye ana tahu, abang mesti nak adik abang jadi solehah, bertudung labuh dan lain-lain ciri yang power kan? Ana dapat baca abang. Eh, jap. Pembetulan, ana tak nak adik ana bertudung. Ana nak adik ana tutup aurat. Bertudung dan tutup aurat nampak serupa tapi berbeza. Kalau nta belajar set, nanti nta belajarlah naik form 4 nanti, bertudung labuh itu subset menutup aurat. Hanya sebahagian. Ana lukis atas buku ana. Dia mengangguk. Ana nak adik perempuan ana tutup aurat. Sebenar-benarnya. Walaupun susah atau ana salah ajar ke, ana nak dia jadi macam tu. Dari segi pemakaian, dia melambangkan ciri-ciri wanita solehah. Wanita yang melangkah secara offensive melawan hawa nafsu. Ana tak nak dia defensive je. Dia macam tak faham. Apa ni bang offensive defensive ni? X faham lar.. Hehe, lupa pulak, nta kecik lagi. Maksudnya, kalau defensive nta kekal cara lama. Tutup aurat cukup-cukup. Tak salah. Definitely. Cuma dengan arus perang saraf sekarang, agak payah. Ana takut dia terkorban. Bayangkan, usaha mana lagi menyakinkan. Yang pakai cukup-cukup makan, seluar yang ketat tak ketat, baju yang singkat tak singkat, pergaulan yang kejap jaga kejap tak, cara bercakap semacam tak ada hormat pada diri, jiwa yang sakit yang selalu nak tarik perhatian lelaki walau tak sedar. Ana tak nak adik ana macamtu. Nta dah belajar tajuk ghazwul fikr kan? Ombak perang tu kuat sangat. Ana nak adik ana lawan badai tu. Buat usaha yang membentuk benteng streamlined shape. Yang akan memudahkan adik ana menempuh dunia ni. Kalau nta buat benteng tak streamline, nta mudah jatuh. Dia mengangguk-angguk. Habis tu, abang nak adik abang macamtu. Apa kaitannya dengan permintaan ana tadi? Oh..hehe..lupa plak ana, gini. Kalau ana benarkan adik ana kapel, adik semacam menganggap dia murah. Macam jahiliyah. Dulu, sebelum nabi datang, perempuan rendah sangat maruah dia, tamadun-tamadun hebat dunia semuanya merendahkan perempuan. Dari wanita khayalan tamadun Yunani, sehingga ke agama Hindu yang membakar si isteri kalau suami mati agar si isteri ikut bersama. Nta baca lah artikel-artikel tu. Cari dan baca..nta akan rasa semangat nabi membawa Islam. Mengangkat setinggi-tingginya maruah wanita. Kapel, hanya akan membuatkan wanita jadi murah. Nta nak besar-besar nanti dapat isteri cinta dia second hand? Ana pun tak nak. Ana cakap ni, apa yang ana lalui sepanjang dari kesilapan-kesilapan ana. Allah tolong ana. Islam datang untuk jaga wanita. Kenapa perlu kapel? Ana tak nampak apa keperluannya..nta tolong ana boleh? Cuba bagitahu..Oh..ntah lah..tak penah pun..tapi apa yang ana tahu, kawan-kawan ana kata rasa hati rasa macam dilengkapi. Kita boleh luah macam-macam kat die, dan kita boleh cintakan dia. Alah, bukan sentuh-sentuh pun. Cuma mesej je..call kejap-kejap. Jumpa pun. Bukan buat apa..
oh. Baguslah kalau macamtu. Bukan apa, cuma, 200 lebih kes rogol dan zina dan anak luar nikah, di Selangor, hampir semuanya ada ciri-ciri macam anta sebutkan tadi. Mula-mula tak sentuh, call je..rindu je..biasa lah. Cuma, ana nak bagitahu nta satu rahsia. Kalau nta tahu dan amalkan, syaitan akan lagi kuat nak jatuhkan nta, tapi tak apalah. Nta tolong agama Allah, Allah tolong nta dan teguhkan prinsip nta. Surah Muhammad ayat 7. Bukaklah balik nnt. Rahsia dia, Iblis ni bijak. Bayangkan dia hidup lebih lama dari kita. Golongan jin. Umur 60 tahun masih lagi nak tengok TV. (Akademi Rawatan Islam Nur Ihsan) Mereka punyai teknologi yang hebat, mereka ambil ilmu-ilmu kita. Mereka bagaikan CCTV yang boleh report apa-apa sahaja pada HQ. Yang menjalankan penyelidikan, terutama dalam bidang interaksi psikologi dan fisiologi. Seks. Mereka sudah masak dengan pola kelakuan kita. Mereka tahu nak pancing kita macam mana, mereka tahu macam mana nak jauhkan kita dari ulama', mereka tahu macam-macam. Mereka hebat pasal konspirasi. Baca sirah, di Dar An-Nadwah, iblis menyamar jadi lelaki tau cadangkan nabi dibunuh. Cuma kita saja masih tak sedar. Termasuk ana. Tapi nta jangan takut sangat, Allah dah janji dalam Quran, hamba yang ikhlas iblis dan syaitan tak boleh sentuh. Probability logik ke macam tu? Walaupun human science di hujung spektrum of science, dia mesti ada pola mathematics atau statistics yang jadi basic penentuan sesuatu. Or else, it wouldn't be called human science.
Ya Allah, cuak pulak dengar abang cakap macam ni. Betul jugak. Tapi, bang..ana rasa macam susah la..puasa dah, doa dah. ntah..tertarik juga kat perempuan..cmne eh bang?
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Ana suka ayat ini. Macam Allah bagi motivasi pada ana. Pada hamba-hamba Dia. Percayalah, kalau nta anggap Allah tu kekasih nta, nta akan layan Quran macam surat cinta untuk nta. Nta tengok Sarep, tengok senior-senior lain, tak ke nta rasa mereka disirami iman dan rahmat Allah, bila menangis baca Quran. Ana suka pemandangan itu. Ana rasa kalau zaman Rasulullah mungkin mudah nampak, tapi sekarang susah. Bak kata tabligh, kita ini sudah dikembalikan ke zaman jahilyah. Kita patut rasa bertuah, sebab kita diuji pada zaman ini. Kita ini termasuk golongan yang nabi sebutkan..nta tahu tak hadith pasal nabi menangis.
Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
Kita hidup di zaman di mana orang merendahkan sunnah, meninggikan jahiliyah. Nta nak tak termasuk dalam golongan yang Rasulullah rindu?
Nak! Hehe. Thank you bang..ana tahu, ana takkan dapat adik abang pun. Saja je. Dapat mende best pulak jawapan. Motivasi. Tq. Ana senyum, puas. Mana tahu, kalau nta baik, dan terlibat dalam gerakan untuk menaikkan Islam tanpa merendahkan gerakan yang lain, sape tahu ana cadangkan ke kat mak ana besor nanti..Allah yang menentukan. Yang penting, nta buat yang terbaik dalam setiap apa yang nta buat. Jap, mana tahu ana ada adik? Dia bukan sekolah sini. Hehe..tengok dalam kereta. Oh..tak apa, insya allah, nanti kita sama-sama berjuang naikkan Islam. Pesan lah pada kawan-kawan nta tu. Jangan marah, ajak derang. Jangan putus asa. Allah tak tengok pada hasil tapi pada usaha. Kalau Allah tengok pada hasil, Nabi Nuh akan jadi orang paling rugi, 950 tahun berapa orang je yang naik bahtera tu. Jadi, berusahalah. Moga kita termasuk dalam ikhwan nabi, dan bersama dengan nabi dalam syurga nanti. Wokeyh?
--------------------------------------------------------------------------------------
Akhir kisah. Harap dapat ambil pengajaran dari perkongsian ana ni. Ana masih harap budak tu manfaatkan apa yang ana bagitahu, lama tak melawat dia di Alamin. Okeyh. Salam.
banin tu mmg 'logam'.
ReplyDeletep.s: jaga iman elok2. maksud akak, iman adik enta :)
Jaga fitrah jangan sampai jadi fitnah
ReplyDeleteI'm gonna put it as big as I can in my room and also in my heart.
thank you Asif. for actually reminding me again of all these feelings.
p/s: yeah, i think you are right about my condition now. I am at war. and this post is gonna be one of my weapon.
fathiyyah -> sedang mencuba sedaya upaya. syukran
ReplyDeleteQistina -> insya allah. welcome. moga istiqamah.
Sohaib -> sory, adik ana men semalam, komen nta hilang. Pakai purdah? Insya allah. dah cadangkan dah, lama da. tunggu besar sikit je..hehe
salam..
ReplyDeletea worthy reading.. hehe..
ana pun ada wawasan nak jadikan adek ana mcm tuh.. Alhmdulillah kesedaran de datg daripada sekolah de jgak.. skung wawasan ana nak galakkan dia ke DQ..
(n sje is very positive bout dis, Alhamdulillah)
p/S: enta pg US la.. tmn ana =p
SALAM.
ReplyDeletedgn background lagu, berair mata ana baca post nta ni.
sebab ana macam perempuan yg nta tak nak adik nta jadik..
berusaha, tp selalu jatuh. tapi terus usaha.
Ana harap Allah tetap sayang ana, tu je.
*waa.hujan makin lebat dimata!
wow! berdegup jantung nie bile bc tajuk post nta. mcm nk gugur pown ade, hehe.
ReplyDeletebtw, mmg btol2 berani la budak uh, hehe, lwk waktu yg die kte asyik ske pompuan. hehe,
hurm, moga2 iman semua terjaga, serious, nice post ;)
syazwan - whoa..segannya..alhamdulillah..sama2 la kita ya..DQ? bagus2..nak pegi US? hehe. insya allah nta bleh di sana.
ReplyDeleteanon - amin. moga kuat. tak plu jd cm ana nk, jadi cm Allah nak. :)
muaz - haha...bdegup ke? ana punya stiap masa bdegup! haha..
asif...
ReplyDeleteisi yang mantap...
semoga terus kuat memantapkan diri...
kalau nmpak aku leka2 sikit uh...tlong2 la ye...he...
go,go fitrah khalifah
hahahahahahahahahahahahahahahahahaha
ReplyDeletebergelak
salamz..wow, really really really really nice post :D, btol2 bagi byk pengajaran dkt ana, haha berani gak yek budak uhh,,siap tnye dpn2. Anyway, terima kasih banyak2 kerana buat perkongsian ni, amat berguna pada ana *thumbs up*! :D
ReplyDeletesalam. wah, hebat sungguh kuasa Allah. subhanallah. very nice post~ thanks for your tazkirah. :)
ReplyDeleteeh, thaaqhib pn ada.
ReplyDeletegelak yah kamu~
nak join hahahahahahahahaha
eh amin pn ade..
ReplyDeletegelak ye kamu..
ana nk gak join gelakk..
hahahahaha
Nidzam -> insya allah.ko pun sama juga ingatkan aku..hehe..satu halaqah..kalo TERponteng ke..hik2.
ReplyDeleteThaaqhib -> :)
Isyraf -> thank you
Fatmah -> welcome.
amin -> gelak jugak ke? :)
Naim Adikku -> moki gelak jugak ke..
Haha ramai peminat rupanya... Tak masuk DQ lagi. Post menarik. Banyak sungguh pengisian rohani. Syukran.
ReplyDeleteAnyway, Ali Imran muka surat tu.. ada sesuatu.
tak juga
ReplyDeleteterfikir dan masih berfikir..
saya diri depan cermin tp lihat org lain..
Salam. entri yang membuka mata ana. Alhamdulillah ana masih blum terlambat utk bertaubat. ana bknlah seperti gadis2 lain serta gadis yg nta mahukan adk nta jd bila besar nnt. ana dh byk buat dosa. setiap kali terjatuh, ana bgn dgn tanggapan bhw ana kuat. tp ana silap. ana lemah. tazkirah nta ni terlalu berharga buat ana. terima kasih. ana minta izin utk link blog nta di blog ana. utk tatapan blogger lain ye?
ReplyDeletewow amin2
ReplyDeletegelak dan gelak..
ReplyDeleteitu ajea kerja kamu bertiga(naim,amin,sakeb)yah??
hmmmm..
tq bro..
ta tahu plak psl menda ny..
hahaha. gay. tu lawak.
ReplyDeleteherm, post yang sangat sangat sangat sangat sangat mantap. semoga asif dapat terus mentarbiyah orang ke jalan yang benar! :)