Thursday, November 26, 2009

Bila Takbir menusuk hati.

Salam

Bismillah..

Aku pergi uptown semalam, jalan-jalan dengan ayah aku. Selipar pun nak beli. Apa-apa pun, aku bersyukur, aku ada family yang sangat supportive. Terutamanya parents aku. Mereka strict tapi bebas. I don't know. But, the way they treated me membina kepercayaan dalam diri aku. Semalam takbir dah mula berkumandang dah. Bila aku tunggu mak dengan adik-adik pergi Giant, aku duduk dalam kereta. Aku tak berapa suka nak keluar, crowded dan berserabut. Hidung aku automatik akan mula nak bersin. Jadi, aku duduk dalam kereta. Tapi, bila aku di dua-dua tempat tu, hati aku rasa sedih. Kenapa? Aku nampak banyak manusia. Pakai 'cantik-cantik'. Kalau jalan tu, Masya Allah. Tak payah cakap. Lelaki normal kalau tengok sekilas pun mesti terangsang. Cantik. Bagi aku memang cantik, tapi cantik sementara. Masa muda je. Tak boleh bawak depan kubur pun. Akhlaq cantik boleh bawak masuk kubur backup kita. Tapi tulah. Aku sedih lepastu. Masa aku duduk dalam kereta, aku pejam mata. Aku tak boleh nak buka mata, banyak sangat! Handphone aku tak bawak, sebab tengah caj di rumah. Jadi, aku pejam mata tak nak lihat manusia-manusia cantik itu. Hati jadi sedih. Sebab aku tahu, aku yakin Akhirat pasti datang. Aku tahu Allah akan tanya mata aku kat sana, jadi aku pejam mata dan istighfar. Tapi, lagi aku takut aku tak tahu macam mana nak tolong wanita-wanita seksi tu. Tolong bagitahu. Aku tahu derang akan lagi nahas kat sana kalau derang stay macam tu.

Aku terdiam dalam imaginasi aku. Di Padang Mahsyar nanti, panas dan crowded. Tak ada lindungan kecuali naungan Allah. Macam mana dengan mereka? Bila di depan Allah, apa derang nak jawab? Seksi. Ikut trend. Panas. Tak ada baju lain. Aku tahu itu alasan. Bukan aku tak pernah berdosa. Bukan aku tak pernah jadi jahat. Dulu aku pernah jatuh, seorang diri. Dalam sangat. Allah bagi aku bakat bercakap dan berdebat. Jadi, bila aku berdosa, otak aku ligat cari hujah untuk justify diri aku. Untuk meletakkan diri aku di spot yang benar. Tapi, dalam aku buat macam itu, hati aku meronta-ronta atas kepalsuan itu. Jadi, bila aku bangun aku tahu alasan-alasan itu semua palsu. Aku boleh saja nak pangkah apa yang derang cakap, bukan susah. Tapi aku tahu dengan cara itu derang akan lagi jauh. Lagi pun, Mukjizat Nabi Muhammad yang aku tengah cuba pahat dalam hati aku ini ajar aku cara berlembut. Ada had dia bila nak keras. Aku cuba sedaya upaya tak nak campurkan urusan dakwah di jalan Allah dengan sebab peribadi aku. Aku tak nak kebencian aku mengatasi sayang aku. Tapi, aku tak tahu nak cakap dengan derang macam mana. Aku tak kenal derang. Derang pun tak kenal aku. Apa yang aku buat, hanya berdoa. Aku tak nak aku, family aku, kawan-kawan aku dan orang sekeliling aku sakit. Sakit sebab azab di sana nanti. Sakit sana bukan macam sakit sini. Lain. Lagi-lagi perempuan. Aku kesian. Kau dedah rambut, rambut kau kena tarik di neraka sampai tersembur otak. Kau tunjuk part-part yang tak patut, kau kena gantung sampai putus part itu. Sakit. Lelaki pun lebih kurang. Kita zina macam-macam. Aku dulu pernah rasa, bukan tak pernah. Tapi, jujur aku cakap bila buat benda-benda macam itu, aku rasa kotor sangat. Hati aku tak tenang, otak aku tumpul, emosi tak stabil. Fitrah dosa memang macam tu aku rasa. Kenikmatan dia memuncak dengan gradient graf yang sangat tinggi. Dalam period yang amat singkat. Tapi kenikmatan tu akan jatuh, graf sengsara dan ketidaktenteraman pulak naik. Lepas tu kita akan buat lagi, untuk hilangkan rasa sengsara dan tak tenang, tapi dosa itu hanya menutup sahaja rasa tu bukan hilangkan. Macam makan pain killer. Rasa sengsara itu bersifat cumulative. Sampai hati hitam legam! Masa itu jangan harap hati dapat selamatkan. Yang sudah itu sudah. Tak perlu nak justify diri. Buat persidangan dengan hati, derang tak pernah menipu. Bangkitkan balik diri suci yang Allah bekalkan. Fitrah itu akan pandu kau agar kau jauh dari fitnah. Fitrah nombor satu dalam list, Fitrah Ketuhanan.


Tiba-tiba, sayup aku dengar takbir raya di IKIM.fm. Sayu sahaja. Aku suka dengar. Aku pun ikut sekali. Air mata aku jatuh. Aku dah banyak berdosa. Entah macam mana aku ni depan mata Allah. Entah macam mana jijiknya penduduk langit dengan aku. Entah macam mana badan aku menyampah dengan berdosanya aku. Aku tak tahu. Yang aku tahu, aku sedih. Adik-adik dengan mak aku tak sampai lagi. Aku pejam mata lagi. "Takbir" monolog aku dalam hati. Maksud takbir membesarkan ALLAH. Allah itu Maha Besar. Zaman sekarang, dunia terlalu fizikal. Manusia sudah mula lupa adanya Tuhan. Aku ikut bertakbir. Aku tak nak jadi macam orang lain. Aku mula berfikir.... tentang HATI aku. Saidina Ali pernah kata, manusia itu kerdil. Tapi, di dalam diri manusia terdapat satu alam yang amat luas. Itu kata sahabat nabi yang dikenali sebagai pintu Gedung Ilmu nabi. Takbir, indah sungguh. Kita sama-sama yang kerdil dan hina membesarkan Allah. Orang Tabligh selalu cakap, kita kena selalu membesarkan Allah. Masukkan kebesaran Allah dalam hati. Kalau tidak, ada perkara lain masuk. Masa dulu aku tak faham apa perkara lain yang masuk. Baru masa itu aku faham. Humph. Hati aku keras sangat sampai tak dapat huraikan falsafah mudah ini. Aku mula rungkaikan. Hati ini ajaib. Aku sendiri tak tahu nak letak kayu ukur macam mana. Bila hati ini kita masukkan kebesaran Allah dalamnya, kita akan selalu membesarkan Allah. Itu sifat hati. Tapi bila kita lupa besarkan Allah, perkara lain yang besar juga akan masuk. Apa? Ha. Aku bagi satu cerita, Imam Syafie pernah tanya murid dia apa paling besar di dunia. Macam-macam jawapan murid dia, semua kurang tepat. Jawapan Imam Syafie, ialah HAWA NAFSU. Ya! Aku terangguk dalam pejam. Bila hati lupa pada besarnya Allah, hawa nafsu akan ambil alih hati. Itu dah mula bahaya. Kenapa?

Bila hawa nafsu yang besar masuk dalam hati. Segala dosa jadi kecil, termasuk DOSA BESAR. Aku ingat lagi mafhum hadith nabi, Mu'min itu sifatnya dia melihat dosa kecilnya bagaikan gunung besar yang akan menghempapnya, lantas dia bertaubat. Namun, bagi munafiq dia melihat dosa kecilnya bagaikan lalat yang hinggap pada mukanya, lantas dia meremehkannya. Aku cukup risau takut-takut termasuk golongan kedua. Itulah yang jadi bila hawa nafsu yang besar masuk dalam hati. Bila dosa kecil nampak remeh, dosa besar akan nampak kecil. Bila dosa besar nampak kecil, hah, jadilah manusia yang penuh dosa tanpa taubat kerana hawa nafsunya cukup besar untuk mengecilkan dosa besar. Akan dianggap biasa bila melakukan dosa besar. Na'uzubillahi min zalik ya Allah. Bila aku sedar perkara ini, aku jadi sedih. Dan takut. Takut-takut dalam hati aku ini kebesaran hawa nafsu, bukannya kebesaran Allah. Allahu Akbar. Minta jauh la.

Aku tak nak ulas panjang-panjang. Pendek je. Asalkan nampak point itu. Bukannya aku tak reti nak berpuitis dan bukannya tak nak menjaga nilai eksklusif, cuma aku rasa lagi mudah aku tulis macam ini. Aku reti juga puitis-puitis ni, aku left-handed person. Memang otak aku untuk seni. Ye ke? Kesimpulannya, aku nak ingatkan pada semua pembaca. Besarkanlah Allah dalam hati itu. Selalu lah bersidang dengan mahkamah hati, juri-jurinya merupakan naluri-naluri anggota korang, anggota yang selalu berzikir pada Allah. Jangan sebab korang khianat amanah Tuhan di dunia, anggota badan korang khianat korang di depan Allah nanti. Sebenarnya aku rasa tak khianat, cuma anggota korang akan take side pada pemilik alam. Senang saja. Buat yang jatuh, bangun balik. Cukuplah justify diri korang. Besarkan Allah, ego dan hawa nafsu taruk tepi. Apa-apa pun, sebelum aku habiskan post aku di tengahari raya ini, aku nak calit sikit ibrah dari kisah nabi Ibrahim. Kita semua maklum, Allah perintah nabi Ibrahim sembelih anak dia, dia buat kemudian sebelum pisau sentuh leher Ismail Allah tukar dengan An'Am dari syurga. Nampak, Ibrahim buat tanpa alasan dan sebab. Aku cakap ini pun, kena juga pada aku. Zaman sekarang ini, nak laksanakan perintah Allah punya susah. Kita akan cuba cari sebab yang merukhsahkan perintah itu. Macam-macam. Korang tengok sendiri. Paling jelas tengok dalam TV. Paling aku panas bab Kartika. Punya lah si empunya diri dah volunteer nak kena, ada pula yang sibuk-sibuk nak backup. Dah pulak tu, bagi hujah yang entah apa-apa. Aku yang bukan aliran agama pun boleh tergelak, apa punya hujah lah dia pakai. Cuba juga cari, bagi lambang-lambang Islam tak dapat jalan kat negara ini. Kalau lah orang tu nak jual arak, tak pulak kau backup jangan bagi jual arak. Obvious. Korang pun nampak, zaman dulu time arak diharamkan pada peringkat ketiga, penuh arak di Madinah, jadi macam lecak-lecak. Tak ada pulak nak kata takut membazir la, pilihan la nak minum tak nak, apa-apa entah. Sami'na wa atha'na. Tapi sekarang, Islam kena pijak pun kau guna alasan nak jaga toleransi agama la, perpaduan kaum la, nasionalisme la. Kau anut fahaman apa ni? Konon Sofia Perennial, nak sangat pakai Global Ethics? Kau tahu tak kau dah membelakangkan Islam the moment kau letak perpaduan kaum lagi tinggi dari Islam? Tolonglah, tak pernah dalam sirah Nabi aku baca bila Islam atas sekali perpaduan kaum tak jalan. Dalam piagam Madinah pun suruh Muslim and Jews sama-sama defend negara Madinah. Ni baru nasionalis. Ni kau buat apa aku tak tahu. Pembaca sekalian! Mari sama-sama kita tegakkan Islam dalam hati, nescaya akan tertegak Islam di muka bumi.

Itu saja. Untuk kali ini. Untuk yang rasa gaya bahasa aku lain kali ini, jangan pikir lain pulak. Karang masuk sms berderu-deru kang, hehe..aku tak ada kredit nak reply. Si Ayaz dengan Saif habiskan. Baru topup, depa pi call sana sini, main Internet. Adoi. Check balik dah hilang dah duit. Tak apa lah. Budak-budak. Saja aku nak pelbagaikan gaya bahasa. Okay lah. Eid Al-Adha friends and readers! Barakallahu fiikum.



Ini lembu sudah nampak syurga. Girangnya tak terkata! Tak macam manusia, sibuk berdosa biarpun kiamat hampir tiba.

"Pasang surut sejarah umat Islam bergantung pada pasang surut iman di dada umat Islam."

Salam

14 comments:

  1. dalam kita duduk memerhati
    kita pandai menilai tindakan org.

    sampai antara kita2 berkata
    " kau bangunlah.aku nak kau jadi pemimpin.penat tgk semua ni.sampai bila kita nak biarkan hal ni berlarutan? "

    ketika tu, uishh..amanah, besar tu~

    tapi tu bukan psoalannya..psoalannya..

    mcm mana kita nak tahu kita di pihak yg benar?

    kalau nak ikutkan, semua org merasakan dia benar..

    herm..soalan umum.~

    ReplyDelete
  2. bagi ana mudah..

    pihak yang mempunyai ciri-ciri sama atau lebih kurang dari perjuangan nabi dan sahabat2 secara holistik termasuk adab2 dan akhlaq.

    perjuangan yang menaikkan islam, menjulang al quran dan memuliakan serta mengamalkan sunnah nabi..

    perjuangan untuk mengembalikan manhaj nubuwwah secara berperingkat..

    juga sifat pejuang terutamanya tidak merasakan hanya kita betul tapi orang lain salah lantas menafikan perjuangan orang lain serta memburukkannya.

    itu jawapan umum ana, kalau ada pendapat lain atau ana salah, minta betulkan.

    ReplyDelete
  3. terlupa, bila kali terakhir menangis..

    indahnya saat menangis.

    terima kasih

    ReplyDelete
  4. salam akhi.ana ni ilmu x bnyk mana.cuma teringat pesanan rasulullah utk tak menceritakan dosa silam kita pada org.sedangkan Allah dah menutupkannya.waallhu'alam.maaf kalau salah maklumat.

    ReplyDelete
  5. herm.tertarik..

    sedikit " menyampuk "..x salah rasanya :)

    dlm usaha kita cuba bdakwah, tak salah sbnrnye kita mbuka sedikit ' aib ' kita pada masa silam..dengan syarat bkn btujuan untuk dibangga2kan, tapi lbh kpd cuba mberi iktibar.

    kalau kita perhatikan, sbnrnye mad'u lbh suka dan selesa dengan kita(sbg daie)kalau dulu kita pon ada pengalaman mcm yang dia alami..so secara automatik, si mad'u akan termotivasi sket.kalau sang daie boleh berubah, nape aku tidak?

    bkn mcm skang nie..ramai daie yang sekadar cakap2 tapi tak faham perasaan orang yang berada kat situasi tu sndr.tegah sana sini.

    mcm ana sndr, lbh suka gunakan pengalaman silam, ungkit balik dosa..dalam pndktn dakwah yg lbh bkesan.cuma satu, cara kena betul.

    ReplyDelete
  6. wasalam.
    syukran. tak apa, tegur sahaja. :)
    cerita tu hanya aspek umum sahaja, not specific. insya allah, ana akan jaga lagi next time. thz!

    -makhlukDia > ya. betul tu.

    ReplyDelete
  7. salam..wah..post yg mantap..ana pon byk wat dosa..astaghfirullah, hmm left-handed ek?? hehe ana pon left-handed gak..kah3 cm sasuke

    ReplyDelete
  8. wasalam.

    nta left-handed jugak? ee..sasuke..ana prefer itachi.. dia lagi berprinsip dan berfikiran jauh.

    ReplyDelete
  9. hehe yup ana left-handed..haha ana ckp left-handed tu mcm sasuke jer, haha..itachi?? ape yg dia berfikiran jauh?? hmm??

    ReplyDelete
  10. oh. itachi? nta update naruto tak? kalau nta update nta akan tahu betapa jauh fikiran dia..

    ReplyDelete
  11. haha ana update jer..stiap minggu confirm baca yg latestnya samada khamis,jumaat,sabtu ..kalo awl dia kuar, khamis la..normal nya jumaat..sabtu tu lmbt la..haha maksud nta ape nie?? fikiran jauh yg mcm mane tu?? pasal sasuke ke?? ke psl konoha tu??

    p/s:(boleh lak discuss naruto kt post nie...haha)

    ReplyDelete
  12. 'aku tak nak kebencian aku mengatasi sayang aku.'

    Just the right word to say, and the right thing to do.For we hate the manner not the man, for we love the man not the manner.

    The best way to behave.Gr8 messages you have here, akh.

    ReplyDelete
  13. isyraf -> junior ku, lain kali jgn baca saja2. takde manfaat..berhibur, ambil sebyk yg boleh. itachi tu, all yang dia buat hanya untuk adik die..dan utk kekang akatsuki..bc balik, kompleks perancangan dia..hee..yg pnting, die abang yg baik..

    anon -> :) welcome. ada apa2 idea silakan jot down..perkongsian membina.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.