Thursday, September 24, 2009

My Ramadhan-Raya.

Salam.

Wah..gembira betul balik kampung. Iftar sama family, perjalanan pun jauh, jumpa sepupu, gaduh dengan 'makcik muda'. Ana mahu cerita sedikit tentang Ramadhan dan Raya ana. Insya Allah most of akan cerita tentang raya. Lebih selesa untuk cerita. Ramadhan deals with 'Hablumminallah'. While Raya deals mostly with 'Hablumminannas'. Of course lagi selesa cerita pasal latter kan berbanding yang former?


My Ramadhan

Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang paling sibuk pernah saya lalui. Memang penat. Mean schedule before iftar make sure sudah hafal 3 hingga 4 muka. Malam memang tak sempat la nak cari. Malam ada tarawih lagi. Itu kalau hari yang bukan giliran untuk jadi imam. Kalau jadi imam, lepas 'asar sudah kena bersedia untuk bacaan pada malam itu. Lepas habis tolong tadarus budak-budak. Kira balik lebih kurang pada pukul 11.30 malam secara purata. Kebiasaannya tinggal lagi dua muka belum hafal, alamat memang malam berjaga, Fuhh. Penat sangat! Ustaz saya memang wajibkan hafal lima muka sehari. Tak apa. Ini jihad. Saya bercita-cita untuk jihad yang lebih besar, takkan jihad ini tak boleh lepas kan?

Itu di Darul Quran. Bila balik, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembira hati. Iftar dengan family, masya allah. Nikmat betul. Lepas Maghrib bertolak ke UIA. Masjid UIA. Memang nikmat duduk di situ. Dengan suasana, speaker, keharmonian fiqh dan macam-macam lagi. Ada satu kejadian, yang meruntun hati saya. Iya, mengingatkan persahabatan yang kekal, walau fizikal tak kelihatan. Mengingatkan bahawa masing-masing sudah mula melakar tapak perjuangan masing-masing. Yup. Diversity is a bliss. Ada satu malam, saya berjumpa dengan bapa kawan saya di Masjid UIA. Lepas berjabat tangan dengan bapa tersebut, tanya khabar kawan kita. Biasa tiap-tiap tahun, nampak bapanya, mesti nampak dia. Tapi tahun ini tak nampak. Dia di seberang. Kemudian, apabila beliau balik bercuti dan saya di Darul Quran, beliau pula yang jumpa ayah saya. Heh. Salam salaman kemudian beliau mesej saya "Muka bapak kau sama macam kau". Nak tergelak pun ada. Mungkin kejadian ini nampak simple, namun ia menyedarkan hakikat bahawa Allah telah memilih jalan untuk setiap daripada kami untuk menolong agamanya. Jalan yang berbeza. Biar jalan berbeza, namun matlamat tetap sama. Hormati jalan orang lain.

Kalau tahun-tahun lepas iktikaf sama kawan-kawan. Outstanding. Dari kecil hingga besar. Dari kecil duduk lumba-lumba dan main kejar-kejar di kawasan UIA. Habis satu kawasan kami conquer. Naik menara, dan macam-macam. Pagi-pagi pergi Mahallah mana-mana, makan. Habis kolesterol meninggi. Kemudian, meningkat umur sikit, kami tukar style. Masa PMR study sama-sama. Alhamdulillah. Best. Sampai SPM, doa sama-sama. Masih lagi pergi mahallah pagi-pagi, dengan Abg Syarif lagi. Harap-harap lain masa kita dapat iktikaf sama-sama. Kalau dulu lumba-lumba lari, kali ini kita berlumba buat kebaikan pula. Siapa lagi banyak ibadah, macam zaman nabi dan Sahabat dulu. Itu secara umum. Btw, saya khatam tiga kali tahun ini. Meningkat dari tahun lepas. Hehe.


My Raya
Saya beraya di Kelantan tahun ini, tiap-tiap tahun pun macam tu. =.=" Tapi tahun ini ada ujian sikit, kami hanya boleh balik sebelah bapa sahaja. Sedih mak saya. Kenapa? Ha, nanti bila krisis ini dah selesai, saya akan buat satu siri peribadi menceritakan bagaimana keluarga saya melawan arus dalam kepercayaan tahyul keluarga besar kami. Wah. Tapi tak apa, ujian mematangkan empunya diri. OK. Habisss..

Kami keluar pukul satu pagi, nak kejar tol percuma. Masya Allah, jamn amat sangat. Bayangkan dari Batu Caves hingga tol yang biasa ambil masa lima minit, jadi sejam lebih. Macam-macam ragam yang boleh dilihat. Yang paling masyuk bila ada chain tu berjalan perlahan-lahan, tiba-tiba berhenti. Pelik. Lane lain semua dah jalan. Lane dia je belum. Bila pergi tepi, la, driver tengah tidur. Kosong je depan kereta dia. Patutla tak bergerak-gerak. Balik kali ambil masa lebih kurang sebelas jam. Agak sakit juga la badan. Btw, I drove half of the way or less. Tapi, tulah, darah muda kita ni nak saja bawak more than 120 km/h, tapi parents kita lagi sayang. Hehe. Nak pecut kena minta izin. Terharu pula.

Sampai kampung, sebak dah dengar takbir. Agaknya memang kebiasaan masyarakat kita dihiasi dengan suasana sebak bila hari raya, sehingga takbir raya sudah sinonim dengan sebak dan sayu. Sebak dan sayu sebab sudah dekat dengan Fitrah asal tak apa la, ini duduk teringat kisah-kisah lama. Tapi tak apa, asal makin dekat dengan Allah bagus la. Dalam hal ini, saya puji iklan-iklan syarikat korporat kita. Macam TM, Petronas, TNB. Iklan-iklan yang mereka simpulkan amat-amat bermakna. Lagi-lagi dengan digabungkan dengan konsep Satu Malaysia, Masya Allah. Hebat. Ha, "Satu Malaysia". Konsep baru. Saya ada kawan-kawan, yang kadang-kadang mengenepikan asas-asas kritis dan saintifik dan lebih mementingkan sentimen politik dan arus emosi perdana. Macam Konsep Satu Malaysia, ramai yang menolak seratus peratus. Tak apa nak tolak, kalau dia ada hujah dan bukti peribadi yang menjadi dasar pendapat dia, itu MESTI kita hormat. Pendapat orang mesti dihormati. Pendapat bagaimana? Pendapat yang cukup untuk mengelaskan bahawa pendapat itu dizahirkan melalui hujah-hujah bukan hanya omongan kosong semata. Tapi, ramainya mereka lebih menolak hanya kerana sentimen politik. Apabila ditanya, kenapa dikutuk dan ditolak konsep ini? Mereka jawab dengan jawapan yang rapuh, ikut orang, pencadang konsep orang tidak sempurna dan korup, dan macam-macam. Kesian pada nilai moral yang indah. Nilainya dihodohkan hanya kerana pencadangnya seorang yang kotor. Sungguh tak 'adil. Heh. Tak apa, karang ada yang emosi. Saranan saya, sokonglah nilai indah yang terdapat dalam konsep ini. Jikalau takutkan pluralisme, berhenti bercakaran sesama Islam, pasti kita akan menonjol. Itu janji Tuhan. Sedih rasa tengok orang Islam duduk menuduh sesama sendiri. Saya cadangkan anda baca siri "Kenali Musuh Islam" terbitan Hijjaz Records. Automatically, anda akan menjauhi tabiat bodoh yang menjahatkan orang lain dan mem'baik'kan diri sendiri. Pesan saya, carilah persamaan, ketepikan perbezaan.

Mercun pun sudah sinonim dengan Raya Melayu. Jiran makcik saya, pegawai polis menjual mercun yang dirampasnya. Malah habis dimainkan mercun bersama 'geng' dia malam-malam. Heh, Penguatkuasa. Bukan semua polis begitu, ramai lagi polis yang baik. Ha, saya pun main mercun juga. haha. Tapi tak sekreatif macam dulu la. Dulu, main balut mercun ketupat, bola, dan botol. Balut dengan salotape bagi bunyi lagi kuat. Tanam mercun dalam lembu punya waste product, meletup biar kena baju sepupu. Haha. Tapi, tu dulu. Sekarang main biasa je. Sekadar menghabiskan mercun yang dibeli adik-adik.

Raya memang penat. Jalan sana-sini melawat sedara mara. Tapi, puas. Ada satu yang pelik dekat Kelantan ni. Saya selalu pening. Nama-nama gelaran semua nak sama je. Tok Cik ada berapa da, Tok Ngah, macam-macam yang sama-sama je semua. Kadang-kadang bantai je gelaran tu. Saya cadangkan kepada pembaca, nanti bila besar reka nama gelaran yang unik sikit, supaya cucu-cucu dan cucu saudara kita senang ingat. Haha. Tup tup, balik rumah. Dalam perjalanan lalu LPT (Lebuhraya Pantai Timur), memang agak speeding la kan. Ye la, bila jalan tu, semua rasa slow je walaupun velocity dah laju. Theory of Relativity? Frame of reference? Hehe. On the way balik, we came across scenery yang amat cantik. Sunset. Automatik saya yang tengah drive ambil HP tangkap gambar. Japtu, si Naim pun ikut sekali. Hehe. Tapi malangnya bila dia nak tangkap through front glass, saya sembur air dan wipe glass tu. haha. Kesian. Tak dapat dia gambar yang cantik. (Dapat juga lepas cermin depan tu kering).

Semalam baru pergi beraya rumah Hakim dan Qistina. Syukran antuma. Best pergi. Ingat nak setup konvoi, tapi budak UIA sudah mula exam raya keempat tu. Maybe sooner or later, up to president.

OK. Nak pulang ke DQ dah. MAKPA buat open house, tapi maaf Azfar, ada aral melintang. Lain kali insya allah.

Salam.

No comments:

Post a Comment

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.