Wednesday, August 19, 2009

Ujian dalam SPM..

Salam. Di sini, ana nak berkongsi satu cerita, satu peristiwa yang amat signifikan dalam hidup ana. Amat-amat signifikan. Dalam tempoh ujian tu, banyak perkara ana belajar. Boleh juga kata tempoh paling banyak muhasabah, dan belajar.

Semua kita berusaha untuk cemerlang dalam peperiksaan. Cemerlang itu sendiri subjektif pada setiap orang. Ada yang mengukur kecemerlangan berdasarkan markah atas kertas, ada yang mengukur dengan hubungan dia dengan Allah dan makhluq, ada yang mengukur keberkesanan dirinya sendiri dalam menterjemahkan apa yang dia pelajari dalam kehidupan seharian, macam-macam lagi definisi. Tapi yang pastinya, setiap orang mahukan kecemerlangan. Pada ana, kecemerlangan mencakupi satu skop yang amat-amat luas. Ana amat menginginkan kecemerlangan dunia dan akhirat. Kecemerlangan dari aspek akhlaq, ibadah, iman dan sebagainya. Itu semua keinginan manusia biasa. Salah satu daripada kecemerlangan yang ana impikan ialah kecemerlangan peperiksaan. Bagi ana, ianya salah satu kayu ukur keberkesanan apa yang ana pelajari, walau ia bukan kayu ukur yang mutlak. Short term, markah ialah kayu ukur untuk diri ana.

Dari kecil, ana akan cuba untuk cemerlang dalam peperiksaan terutama peperiksaan akhir dan utama. Ana cuba maintain keputusan ana. Dari darjah 6, UPSR dan SPPM ana dapat semua A. PMR dan PMRI ana dapat semua A. Bagi ana, setiap orang ada perjalanan peribadi dalam mengharungi peperiksaan. Dan perkataan sinonim bagi perjalanan peribadi ana ialah pengorbanan dan kesusahan. Bukan pelajaran itu susah, tetapi halangan-halangan lain yang menjadikannya susah. Dari kecil hingga sekarang, ana tak pernah jejak kaki di tempat tuisyen, adik beradik ana ramai dan yuran tuisyen agak mencekik. Selain ana tak suka tuisyen. Kelas tambahan, terima kasih pada kelab kelas yang ana hormati komitmen mereka. Itu tambahan, yang core punya tabik spring sama cikgu-cikgu Al-Amin khususnya. Jenis mereka yang lebih inginkan anak-anak Islam daripada kesenangan hidup. Gajinya lebih sedikit, namun itu satu pengorbanan. Moga Allah berkati mereka. Sewaktu PMR dan PMRI punya result, ana tak tengok dulu, ana sentiasa bagi result ana kepada parents ana untuk lihat. Antara kebahagiaan ana ialah ana gembira tengok wajah gembira ibu bapa ana. Mak ana buka saja sampul itu, terus menangis dan peluk ana. Needless to say, lelaki mana yang tak menangis bila saat macam itu. Mengenang balik segala jerih pahit kita, akhirnya terbayar. Itu kes PMR.

Naik form 4, ana mula berdoa untuk SPM ana. Dari awal tahun, berdoa agar diberi keputusan yang terbaik untuk diri ana. Sometimes, bila terlalu ikut nafsu, ana doa untuk semua A1. Tapi, kadang-kadang ana takut semua A1 itu tak terbaik untuk ana, ana terus berdoa untuk keputusan yang terbaik untuk diri ana dunia dan akhirat. Keputusan yang takkan jadi benih kegagalan pada masa hadapan, dan dunia 'hadapan'. Ana sentiasa berusaha untuk jaga hati, daripada takabbur dan lain-lain penyakit hati. Walaupun kadang-kadang timbul, sentiasa cuba ingatkan diri bahawa semua ini anugerah Allah, bukan milik manusia. Selain berlaku perubahan pada diri ana dari segi psikologi dan biology, ana juga mengalami beberapa konflik peribadi. Macam-macam berlaku pada tahun itu, dari perkara kecil hingga ke 'darkest revenge' dalam hati ana hilang. Revenge yang berasal dari kisah lama, berakar umbi dan menyeksa batin. Siapa yang tahu memang tahu. Pada tahun itu baru ana mula betul-betul faham betapa pentingnya keluarga dan kawan-kawan. Mereka bangunkan kita bila kita jatuh. Bila kita buat salah mereka tegur. Keluarga yang penyayang, sayang mereka tak mengenal kelemahan dan keburukan. Kawan-kawan yang berwawasan dan berfikiran jauh, fikiran mereka sehingga ke akhirat. Naik form 5, dengan azam baru untuk cemerlang sekali lagi. Mahu 'perfect record'. Jawatan dan amanah bukan alasan. PUI kami, merupakan kenangan yang amat bahagia. Ana mula-mula start PUI memang gembira sangat, bila terasa otak 'panas' semacam. Ana suka macam itu, rasa macam otak berkembang, kepenatan otak yang nikmat. Alhamdulillah, ana cuba kekalkan rasa macam itu sampai sekarang. Dalam PUI, masing-masing tunjuk belang. Tak kisah la macho dan matang mana pun, semua kena sihir jadi macam budak-budak. Main banyak, gelak banyak, tidur banyak, MAKAN pun banyak.

Time tu rasa susah dan senang dengan kawan-kawan. Ada yang buat kelas sendiri petang-petang, respect them for the efforts. Bila SPM tiba, kami sama-sama harungi. Bila habis, ana hanya sempat beberapa hari saja, kemudian pergi daftar ke DQ. Sempat la jadi juara Explorace. Hehe. Dalam DQ, ana lebih kuat berdoa pada Allah, usaha sudah, tinggal doa dan tawakkal. Akhirnya tiba masa yang dinantikan. Result SPM 2008. Ana macam biasa, pergi ambil result tapi tak buka. Ana pergi ke bilik guru, untuk tunjuk pada mak ana.

Memang berdebar-debar, setiap langkah penuh gambaran macam mana muka mak ana nanti. Mak ana pegang sampul then bukak. First impression pada wajah beliau, 'kecewa'. Ana dapat nampak pada wajah beliau. Beliau ada kata sesuatu, tapi ana tak dengar. Minda ana dah celaru, keliru, dan 'lain'. Ana tengok result, Bismillah, kemudian ZUPP! Ana rasa macam ana tengah duduk dalam badan fizikal yang asing, macam bukan badan ana. Mata ana mula hilang fokus, adrenaline di secrete untuk tahan pressure kecewa, hati mula memujuk diri sendiri. Muka ana, memang jelas kecewa. Ana macam nak terlepas slip keputusan masa itu. Terkejut dengan keputusan. Parents and family ana memang supportive, not a word from them yang menurunkan semangat ana. I do not know what will happen kalau keluarga ana tak bersama-sama ana dalam perjalanan yang perit ni. Mungkin mereka tak sedar, dan ana pun tak beritahu, tapi ana dalam diam ana menikmati mereka di sisi ana. Ana bila dapat result, tengok slip. Astaghfirullah..

Semua A1, kecuali tiga subjek. PQS, Tasawur Islami, dan Bahasa Arab Tinggi. Firstly soalan yang terpacul dalam minda ana, WHY? Mana pergi A2? Mana pergi semua yang hilang? Apa yang hilang? Sejurus dapat result, mood ana hilang. Kebiasaannya, ana bukan jenis orang yang ada 'mood', cuma hari ini baru ana dapat rasa 'moody'. Orang lain tanya, clearly ekspressi terkejut dari muka mereka. Alhamdulillah, poker face ana sembunyikan segala-galanya. Tapi memang semua tahu, betapa kecewanya ana. 9A1, 3B3. Nice multiples of 3. Balik DQ, rasa inferiority complex sangat. Sehinggakan bila ada orang present dalam kelas English, BAMM! Everyone got what they deserve. Ouch! Dia rujuk pada result. Hati ana memang masa itu kena guris habis. Dalam tempoh itu, macam-macam ana belajar. Aplikasi ilmu. Sangka baik dengan Allah, kadang-kadang ana hampir-hampir mempersoalkan takdir, begitu hebat perang yang berlaku dalam hati ana. Ana belajar redha, ana belajar sangka baik, ana belajar sabar, ana belajar muhasabah dengan kritis, belajar dari kisah silam, ingat apa salah kita buat. Dalam tempoh itu, tak payah cerita berapa kali air mata menitik masa doa semata-mata sebab keputusan ini. Minta ampun dengan Allah, ucap terima kasih kerana beri pada ana keputusan yang terbaik untuk diri ana dunia akhirat. Kemudian ana pergi semak result. Dalam masa itu, ana muhasabah banyak. Bila tengok, PQS ana A1 masa trial. Tasawur ana buat latihan dan kertas yang Liyana dan kawan-kawan dia bagi pada ana. BAT dapat 74.

Memang fikir, ana kemudian minta maaf lagi pada guru-guru yang ana dapat B3. Kecuali Tasawwur. Mereka sememangnya terkejut dengan keputusan ana, dan mengatakan sememangnya mereka dah lama maafkan. Ana terfikir, macam-macam timbul. Tasawur, ana pernah ada konflik dengan guru ana. Sampai ana berdoa, kalau ana bersalah dalam konflik itu, dan teguran ana itu bukan didasari dengan ikhlas, kekalkan B3 ana. Ana akan pergi minta maaf. Seandainya memang betul salah, kekalkan B3, ana dengan rendah hati pergi minta maaf. Macam-macam fikir.

Akhirnya, pada satu hari ana dapat call, daripada Kementerian Pelajaran. Dia kata result baru dah lama hantar, lambat sikit sebab ana batch yang last sebab tukar gred. Ana nampak harapan, kemudian ana tanya dalam call itu juga, boleh tahu result? Dia kata Tahniah, awak dapat A2 untuk PQS dan dan Tasawur. BAT masih B3. Tahniah. Ana sejurus lepas itu, bangun dari kelas tasmi' terus pergi belakang dan sujud syukur.

I actually cried. I do not know why. It is suddenly God tells my heart, and said "Asif, congratulation, you have passed the test of patience, perseverance and tawakal." I cried but tend to keep my poker face in front of my friends. Still there's a B3; 11 A's, 1 B3. But, that's it. Kebahagiaan bukan bergantung pada sesuatu yang bersifat keduniaan, ianya datang dari Allah. Ana rasa, macam ada sesuatu mengisi hati ana penuh sehingga melimpah, sesuatu yang bersifat rabbani, yang menenangkan dan mendamaikan. Ana gembira bukan disebabkan keputusan semakan, ana tak tahu kenapa ana gembira. Ana bagitahu parents ana. Ana masih gembira. Dan ana tak tahu kenapa. Sampai sekarang, ada rasa kepuasan bila lihat result. Ujian bukan pada SPM semata-mata, tetapi suatu pengembaraan perasaan dan jiwa yang kaya dengan pelbagai emosi. Pelbagai sangkaan, pelbagai penderitaan. Maybe it seems simple to others, but to me it is the actual fruit of my satisfaction. Satisfaction and happiness that me myself can't explain what is it. Yang tak disandarkan pada dunia, yang bersifat Rabbani. Menyusup rasa gembira, ana merupakan yang terpilih untuk rasa perasaan manis ini.

Sekarang, setelah satu ujian yang penuh getir dan konflik perasaan, ana melangkah dengan satu persepsi dan 'view' yang baru tentang hidup. Pengajaran yang dididik terus oleh Allah kepada Hambanya. Alhamdulillah, Thank you Allah for teaching me this lesson.

Adakala ALLAH hilangkan mentari kita. Berikan pada kita guruh dan ribut. Puas kita menangis mencari di mana mentari kita, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s : Mungkin agak terlambat nak bagitahu, ana dapat 9A1, 2A2, 1 B3. Doa supaya dapat sambung dalam jurusan Physics. Amin.

Salam.

9 comments:

  1. Kita semua sentiasa LAYAK untuk diuji.

    Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.

    p/s : Ramadhan Kareem!

    ReplyDelete
  2. azizi - Syahdu ke? Macam lawak je.

    hadi - jgn cuak, just smile and wave...

    khazinatul asrar - amiin. moga kita mjadi hamba yg sentiasa diuji, dgn itu kita tahu kita makin dekat dgn Allah kalau kita lepas.

    ReplyDelete
  3. tahniah!!!
    baru tahu gred nta dah bertukar...
    alhamdulillah...

    hmm...moga apa yg berlaku menjadi kenangan manis dalam hidup...
    (^.^)/

    ReplyDelete
  4. amin. terima kasih atas thniah.
    insya allah, akan jd kngn manis.

    ReplyDelete
  5. waduh..
    haha, saya rasa anda boleh teka perasaan saya bila baca post ini...aduiai..
    insya-Allah, terus berusaha..
    btw tahniah !

    ReplyDelete
  6. syukran.

    satu je tips yg buatkan ana x down gile2, juz kecewa then hidup mcm biasa, iaitu niat blaja. nikmati pljrn, bkn utk ujian.

    ReplyDelete
  7. salam.

    mula2 cam malas nak baca, sbb pnjg. so ana baca komen je. bila baca komen, rasa nak baca pulak the whole story.

    memang seronok kn perasaan dididik Allah.

    scr kebetulan, ana pernah rasa yang sama. Exactly. Allah bagi surprise disaat Dia memberi sesuatu yang tak terjangka oleh kita berdasarkan past experience. Tapi ana bukan time SPM. but still about exam results.

    Lagi bersyukur, bila dapat sesuatu takdir dari Allah yang not to our favor, kita tak menangis. Dada sesak, sakit. Tapi tahan jgn menangis. Tahan utk Dia. Tanda redha. Mesti ada hikmah - mungkin juga kafarah dosa yg kadangkala bongkak/riak (back to me) tanpa sedar, dengan pencapaian sendiri. Teringat pula, kejayaan tak selamanya milik kita.

    A few days after,..Dia bagi surprise.

    Speechless. Tak tergambar kesyukuran. Kekasih mmg suka buat surprise.Thanks, Allah.

    Maaf,panjang pulak komen. Anyway, tahniah for the results. Moga terus maju dunia+akhirat.

    Barakallahu fik.
    Salam.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.